Kerja Oh
Kerja
Di mana engkau
kerja
Macam mana
aku nak kerja
Orang tak
nak ambil aku
Orang tak
nak ambil aku
“HAH! Tu dia
lagu yang tunggang-langgang aku
buat. Geram punya
pasal. Kenapalah nak
memilih sangat ambil pekerja.
Aku ada kelulusan
SPM ni tak
cukup bagus ke?
Takkanlah setakat kerja ambil
order kena
ada kelulusan Diploma?
Tak masuk akal
langsung! Kalau macam
nilah gayanya, memang
takkan majulah bisneskorang. Kalau
pekerja asing, kau
boleh pulak ambil bekerja.
Nak jimat koslah tu!” bebel
Yana seorang diri.
Dia
mencari arah tuju
seterusnya. Dalam dialeka
mencari iklan jawatan
kosong, dia telah terlanggar seseorang.
“Aduh!!”
jerit mereka serentak.
“Kau ni buta
ke apa? Mata
letak mana?” jerkah
lelaki yang tidak
dikenalinya itu sambil
membersihkan seluarnya yang
terkena debu jalan.
Eh, mamat
ni. Melampau betul.
Suka hati je nak
hentam aku. “Apahal
aku pulak.
Kau yang jalan
tak tengok depan.
Mesti mata kau
tengah pandang awek-awek
cun kan. Sebab tu kau
tak nampak aku
yang kiut-miut ni depan
kau...” selamba Yana
membalas kata-kata lelaki
tadi.
“Hoi,
perempuan.. Kau jangan
nak perasan boleh
tak? Muka kau
tak ada lawa mana
pun. Perasan cantik!”
balas lelaki itu
pula.
“Kau...!”
Yana menunding jari
ke arah lelaki
yang tidak dikenalinya
itu.
“Ah!
Buang masalah layan budak
perasancunmacam kau
ni. Aku dah
lambat nak pergi
kerja ni. Ada meeting
penting. Boleh pulak aku
terlanggar minahperasan dekat tepi
jalan. Mesti malang
nasib aku kejap
lagi. Aku gerak
dulu. Harap aku
tak jumpa kau
lagi lepas ni...”
balas lelaki itu
selamba sambil berlalu
pergi.
“Aku
lagi malang jumpa
kau...!!” jerit Yana
sekuat hati. Dia hanya
memandang sepi lelaki
yang tidak dikenalinya
itu berlalu pergi.
teruskan2...
ReplyDeleteterbaik! (y)
ReplyDeletePermulaan ceriter dan menarik.Seronok baca.
ReplyDelete