"YANA, ambil order dekat
meja nombor dua
belas..” arah Kak
Zati dari kaunter.
Yana bergegas ke
meja nombor dua
belas. Dia telah
bekerja disebuah restoran.
Restoran Selera Manja.
Pada awalnya, dia
tidak diterima kerana
tidak mempunyai pengalaman.
Namun, dia bersungguh yang
dia boleh belajar
dan mudah diajar.
Akhirnya dia diterima
sebagai pelayan restoran.
“Makan apa, encik?” soal
Yana tanpa memandang
wajah lelaki itu.
“Makan hati!” balas
lelaki itu sedikit
menjerit.
Yana terkejut apabila
pelanggan itu menengking
kepadanya. Lantas dia
mendongak.
“Kau?!” soal Yana
terkejut.
“Apalah nasib malang
aku dapat jumpa
kau?” lelaki itu
merintih.
Yana hanya berlagak
biasa. “Makan apa?” soal
Yana sekali lagi.
“Tak ada seleralah
bila aku tengok
muka kau. Geli tekak!” bicara lelaki
itu selamba.
“Kalau tak nak
makan, dipersilakan keluar. Ramai
lagi yang nak
makan dekat sini.” kata Yana sambil
menunjukkan arah keluar.
“Kau halau aku?
Kau ingat restoran
ni bapak kau
punya?” bicara lelaki
itu yang sudah
berdiri sama tinggi
dengan Yana.
Yana memandang tajam
wajah lelaki itu. “Bapak-bapak jangan
nak main bro!” marah
Yana. Geram apabila
ada yang mengaitkan babanya.
“So? Ada
aku kisah?! Kau halau
aku macam kedai
ni bapak kau
punya.”
Yana sudah menyinsingkan
lengan bajunya. Seketika,
dia merasakan dirinya
ditarik dari arah
belakang.
“Yana!!” Kak
Zati menjengilkan mata
kepadanya.
“Akak minta maaf
Zarith. Dia pekerja
baru. Banyak yang
dia tak tahu..” kata
Kak Zati seakan
memujuk pelanggan tetapnya.
Habislah jika pelanggan
tetapnya ini lari. Kerugian yang
sedia ada akan
semakin berganda.
“Kak Zati, lain
kali ‘sekolah’ kan dia
dulu sebelum bagi
dia bekerja dekat
sini. Menyusahkan orang
aja.” perli Zarith.
Yana mencebik bibir.
Meluat melihat perangai
mamat belagak ni.
Kak Zati menganggukan
kepala. “Baiklah Zarith.. Akak
minta maaf sangat-sangat...”
Zarith segera berlalu
meninggalkan restoran itu.
Tanpa sedar, Yana
ditarik Kak Zati
menuju ke dapur.
“Yana, kalau kau
nak kerja lama
dekat sini. Jaga
sikit perangai kau.
Kalau tak kau
boleh berhenti!” jerkah
Kak Zati.
“Apa Yana pula kak? Mamat
tu yang mulakan
dulu. Nak main
bapak-bapak pulak... Macam bagus sangat
aja....” kata Yana
sambil mencebik bibir.
“Bagus tak bagus
itu dia punya
pasal. Kau jangan
nak masuk campur.
Dia tu pelanggan
tetap akak. Kalau
dia lari, mana
akak nak cari
makan? Bisnes pun bukan
untung sejak dua ,
tiga bulan ni...”
balas Kak Zati.
Mukanya kelihatan suram.
Yana menjadi serba
salah. Dia tahu
keadaan restoran ini
bagaimana. Dia sepatutnya
menjaga sikap supaya
pelanggan terus datang
ke restoran ini.
“Maafkan Yana, kak.
Yana janji Yana
takkan buat hal
lagi..”
“Sudahlah... Pergi buat
kerja sana.”
Yana hanya menganggukkan
kepala. Seketika, bayang-bayangnya hilang
dari pandangan Kak
Zati.
“MACAM mana kerja kamu,
Yana?” soal babanya,
Pak Bakri sejurus
selepas dia meletakkan
punggung diatas kerusi
usang. Sudah lama
perabot didalam rumah
tidak bertukar. Babanya
tidak mampu. Babanya hanya
bekerja sebagai pengawal
keselamatan dikilang tidak mampu
menanggung empat orang
adiknya yang masih
bersekolah. Mujur, dia
berjaya menamatkan persekolahannya sehingga
ke tingkatan lima.
Dapat juga dia
membantu babanya dengan
kelulusan yang dia
miliki.
“Biasalah, baba. Penat sikit
aja. Ramai pelanggan
pula hujung minggu
ni..” balas Yana
sambil mengurut lehernya
yang sedikit lenguh.
“Baba minta maaf,
Yana... Kerana baba,
kamu terpaksa bekerja.
Sepatutnya sekarang ini
kamu sedang sibuk
belajar di Universiti.
Tapi baba tak
mampu. Nak bagi
makan dekat kamu
semua pun baba
tak mampu. Inikan
pula nak menyara
kamu belajar..” rintih
Pak Bakri.
“Baba... Kenapa cakap macam
ni? Yana tak
rasa terbeban pun. Sebaliknya, Yanagembira
sangat sebab dapat
mernbantu meringankan beban
baba. Anak baba,
adik-adik Yana, tanggungjawab
Yana juga. Jadi,
tak ada istilah
beban dalam diri
Yana mencari rezeki
untuk keluarga kita.
Lagipun, pergorbanan baba
menyekolahkan Yana belum
terbalas lagi. Jadi,
inilah kesempatan Yana
membalas semua jasa
baba dan umi..” bicara
Yana sambil tersenyum
memandang babanya.
Tersentuh hati Pak
Bakri mendengar bicara
Yana. Dia sungguh
bertuah mempunyai anak
seperti Yana. Yana
seorang anak yang
baik, mendengar kata.
Yana jugalah pembakar
semangatnya untuk terus
bekerja demi kebajikan
keluarganya.
“Baba, Kak Yana.. Umi
ajak minum petang....”
jerit adik keduanya, Sakinah dari arah
meja makan. Mereka
bergerak ke meja
makan yang juga
kelihatan usang.
“Umi buatkan karipap
sardin kegemaran Yana...”
kata uminya, Mak Kalsom
lembut.
“Wah.. Nampak menyelerakanlah.. Terima kasih
umi..” Yana mengambil
seketul karipap dan
disuakan ke mulutnya.
Sesekali kedengaran riuh
ruang makan itu
dengan gelak tawa
adik-adiknya.
owh, siapa lah si Zarith ni...sakitnya hati....>:o
ReplyDeleteKesian Yana. Zarith ni sombong .Teruskan berkarya.
ReplyDelete