Pages

Peminat Novel

Blog Page

30 Sept 2012

Cerpen: Baju Couple



“Anje..... baby nak baju ni..” tunjuk Diana pada baju yang seragam dari segi bentuk dan warna. Baju perempuan tertulis huruf LO, manakala baju lelaki tertulis huruf VE. Apabila digabungkan akan menjadi satu perkataan yang indah iaitu LOVE. So sweet!
Danish memandang baju yang ditunjukkan isterinya tadi. Seketika, terbeliak matanya melihat baju tersebut. Baju couple?
“Baju couple? Sejak bila pulak baby suka pakai baju macam ni?” soal Danish kehairanan.
Pelik melihat sikap isterinya itu. Dulu, Dianalah orang yang paling anti memakai pakaian yang sama dari segi bentuk, warna. Katanya macam budak-budak. Tetapi, kenapa sekarang Diana meminta untuk memakai baju tersebut. Pembawakan budakkah? Soal hatinya.
“Baby, apa kata kita pergi tempat lain. Mesti lagi banyak baju cantik-cantik.” Danish menarik tangan isterinya menuju ke kedai lain. Namun Diana hanya diam membatu. Muka Diana yang mencemberut merisaukan hati Danish.
“Tak nak! Baby nak baju ni jugak!” suara Diana sedikit meninggi. Susah sangatkah Danish nak memahami kehendaknya yang satu itu. Dia cuma mahu memakai baju itu sahaja. Sampai hati Danish menolak permintaannya. Diana seakan merajuk hati apabila permintaannya tidak ditunaikan.
“Baby... janganlah macam ni. Dulu baby yang tak suka pakai baju macam ni. Baby kata poyolah, macam budak-budaklah. Baby dah lupa ke? Sekarang tiba-tiba baby nak pakai baju ni pulak. Dah tak rasa malu?” soal Danish untuk menyedarkan Diana. Dia pun tidak berapa gemar memakai baju yang sama dari segi bentuk dan warna. Kurang smart. Tidak sesuai dengannya yang sudah beristeri.
Diana merengus. Apa nak jadi, jadilah. Yang dia tahu, dia mahu memakai baju itu. Kalau permintaannya tidak dipenuhi, dia tidak mahu melayan Danish. Dia mahu merajuk.
“Baby tak peduli. Suka atau tidak, anje kena beli jugak baju tu. Atau anje nak tidur dekat luar malam ni?” ugut Diana.
Danish mengeluh. Masakan dia mahu tidur diluar. Sudah punya isteri tanpa terpaksa tidur diluar kerana tidak memenuhi permintaan ibu mengandung. Sungguh tidak logik!
“Hmm.. yela,yela.. kalau itu yang baby nak. Anje ikutkan aje. Tapi nanti jangan merungut pulak. Baby yang nak sangatkan.” Danish memberi peringatan.
Diana sudah tersenyum senang. Akhirnya permintaannya dipenuhi. Segera dia menarik Danish memasuki kedai yang menjual pakaian yang sama. Dia menyoroti satu persatu baju yang ada disitu. Akhirnya baju berwarna kelabu menjadi pilihan. Walaupun Danish tidak menggemari, dia terpaksa menurut. Jika tidak, makin melenting isterinya itu.
9 bulan kemudian.....
Mereka dikurniakan dua orang cahayamata kembar. Kedua-duanya perempuan. Si kakak bernama Damia, manakala si adik bernama Darlina. Kedua-duanya sihat dan sangat cergas.
Danish balik ke rumah dengan membawa hadiah pemberian rakan-rakan sepejabatnya. Ada dalam sepuluh hadiah juga. Baik hati kesemua rakan pejabatnya.
“Baby.... cuba baby tengok apa yang anje bawak balik ni..” soal danish sambil meletakkan hadiah tersebut diatas karpet diruang tamu.
“Wah! Banyaknya hadiah. Siapa bagi?” soal Diana teruja.
“Kawan pejabat anje yang bagi. Untuk baby-baby kita. Kita bukak nak?” Diana menganggukan kepala.
Hadiah pertama dibuka. Mereka menerima set tilam bayi. Boleh juga ditukar apabila tilam sedia ada anaknya dibasuh. Kemudian, hadiah kedua pula dibuka. Tersenyum lebar Danish melihat hadiah tersebut. Baju sepasang. Sama warna dan bentuk. Sesuai untuk anak kembar mereka.
“Baby, tengok baju ni. Macam baju couplelah. Macam kita dulu-dulu..” kata Danish sambil menyuakan baju itu kepada Diana.
“Baju couple? Eii.. Tak naklah. Baby tak suka. Lagipun macam poyo aje....”
Aik? Pelik pula sikap isterinya kini. Dulu masa hamil, bukan main merengek nakkan baju couple. Sekarang tak nak pula?
“Bukan baby suka ke?” soal Danish kehairanan.
“Siapa kata baby suka?”
“Habis masa baby mengandung dulu, babykan yang nak pakai baju macam ni? Takkan dah lupa kot?” soal Danish.
Eh. Mana ada. Dulu, kini dan selamanya baby memang anti dengan baju couple tu. Dulu tu sebab baby mengandung. Mengidam nak pakai baju macam tu. Tapi tu dulu. Sekarang tak dah. Gelilah pakai baju macam ni. Nampak sama je.” balas Diana selamba.
Danish hanya mampu menggelengkan kepala. Itulah sikap Diana yang sebenarnya. Wanita yang paling anti dengan baju seragam a.k.a baju couple. Memang sah pembawakan budak. Danish tersenyum nipis mengenangkan kejadian itu.
26 Sept 2012

Cerpen: Tuan Singa Suka Aku?






“Sarah!!” jerit Faiz dari kamar.

“Ye tuan…” sahut Sarah sambil terkocoh-kocoh menuju ke kamar tuannya yang garang macam singa.

“Kau buat apa dengan baju aku ni hah?!” jerkah Faiz sebaik sahaja kelibat Sarah muncul dikamarnya. Habis bajunya bertompok-tompok warna putih. Pasti berendam dengan clorox.

Aduh! Mati aku. Tulah kau, Sarah. Bergayut sakan dengan Fatin. Sampai kau lupa yang kau letak clorox dalam mesin basuh. Yang tangan ni gatal-gatal terus sumbat baju tuan singa ni kenapa? Dalam tak sedar, Sarah mengetuk kepalanya sendiri.

“Ha, dah tau salah. Pandai pulak nak ketuk kepala? Kau ingat baju aku ni baju dekat pasar malam macam kau tu ke? Lima helai sepuluh ringgit...” kata Faiz yang masih bernada tinggi. Dia kenal sangat dengan sikap Sarah. Jika Sarah membuat kesalahan, pasti kepalanya yang akan jadi mangsa.

“Err...errr... Maafkan saya tuan singa. Eh! Tuan....” terlepas ‘tuan singa’ la pulak. Mampus kau, Sarah!

Tuan singa kau panggil aku?!” jerkah Faiz. Ini dah melebih ni. Suka-suka panggil aku tuan singa?

“Dah tuan garang sangat macam singa. Saya panggillah tuan, tuan singa..” balas Sarah selamba.

“Amboi, dah berani menjawab pulak! Ni siapa yang nak ganti baju aku ni? Gaji kau pun belum cukup nak ganti balik baju mahal aku ni. Kau nak aku pecat kau ke?” soal Faiz sambil merenung tajam wajah Sarah.

Erk! Pecat? Sarah pantas menggelengkan kepala. Kalau dia pecat aku, aku nak kerja mana? Dahlah susah nak cari kerja sekarang. Dengan kelulusan setakat 5C 4D, kerja apa yang aku boleh mintak. Amboi, kurang bijaknya kau ni Sarah. Teruk benar keputusan SPM kau? Soalnya sendiri.

“Tu..... tuan... Janganlah pecat saya. Saya sanggup buat apa saja asalkan tuan tak pecat saya....” rayu Sarah.

Faiz berfikir. Seketika, dia tersenyum sinis. Rancangan nakalnya mula menjelma.

“Baik... aku takkan pecat kau. Tapi, dengan syarat..” ayat Faiz tergantung di situ.

Syarat? Syarat apa pulak ni? Jangan dia suruh aku buat bukan-bukan sudah. Ada yang kena karate dengan aku.

“Sya... syarat apa tuan?” soal Sarah tergagap-gagap.

Faiz mula mendekati Sarah. Dia melirik matanya ke arah Sarah. Sengaja ingin mengusik Sarah.

“Aku nak......” tangannya mula berjalan ke tangan Sarah.

Sarah tersentak. Gila apa tuan aku ni? Sarah menepis tangan Faiz. Seketika, terdengar gelak kuat dari mulut Faiz. Chet! Dia saja usik aku!

“Ha ha ha... tau takut. Lain kali jangan nak cari pasal dengan aku. Aku nak kau masak makanan special malam ni. Ada event penting malam ni...” kata Faiz sambil menyarung baju kemeja yang di ambilnya dalam almari ke tubuhnya.

Sarah segera berpaling ke tempat lain. Selamba derk je tuan singa ni pakai baju depan aku. Dia tak tahu malu ke? 

“Kau dengar tak apa aku cakap ni?” soal Faiz sekali lagi.

Sarah segera menganggukkan kepala. “Tuan nak menu special yang macam mana tu?” soal Sarah.

Faiz merengus. Lembab betullah orang gajinya ini.

“Ala... ikut kaulah nak special mana pun. Aku tau kau masak. Lagi satu, pakai baju cantik-cantik sikit...”

Baju cantik? Nak buat apa pulak? Aku cuma orang gaji aja.

“Tak payah nak melawa sangatlah, Tuan. Saya orang gaji aja dekat rumah ni. Saya duduk dapur aja sudahlah...” sangkal Sarah.

Degil pulak dia ni. Aku nak dinner dengan kaulah! Jerit hati Faiz.

“Pakai ajalah! Cuba jangan nak melwan cakap aku..” marah Faiz
Sarah mencebik. Baik tuan singa.

“Dah. Aku nak gerak pergi kerja ni. Kau kemas rumah apa yang patut. Aku tau balik nanti rumah berkemas, baju aku siap bergosok, makanan sedia terhidang atas meja. Sesaat kau lambat, aku pecat kau!” ugut Faiz dan segera berlalu menuju ke keretanya. Seketika, kedengaran enjin kereta Faiz mula meluncur laju menuju jalan utama.

Sarah merengus. Mengada-ngada punya tuan singa. Banyak pulak arahan dia. Dia ingat aku orang gaji dia ke? Eh! Memang orang gaji pun. He he he....

Sarah mula mengemas rumah tuannya. Dia menyapu lantai, mengelap meja, cermin dan yang sewaktu dengannya. Setelah, semua kerja dibahagian ruang tamu siap. Sarah bergerak pula menuju ke dapur.

“Menu apa aku nak masak malam ni ek? Event apa pulaklah tuan singa nak buat malam ni.” bebelnya seorang diri.

“Masak ajalah spaghetti chicken. Aku tau dia memang gila dengan spaghetti aku ni. Jangan ingat aku fail SPM, aku tak pandai masak tau!” bangga Sarah.

Seketika, terdengar bunyi periuk belanga didapur milik Faiz. Setelah sejam berada didapur, Sarah bergegas menuju ke biliknya. Dia bukan tidur disini. Dia cuma menjaga rumah Faiz apabila Faiz pergi ke pejabat. Apabila jam menunjuk ke angka enam petang, baru dia pulang setelah menyiapkan segala juadah makan malam untuk tuannya.

Tetapi, hari ini kelihatan sedikit pelik. Kenapa tuannya mahu dia menunggu untuk meraikan event malam ni. Ah! Mungkin kerana tiada siapa yang mahu membasuh pinggan nanti. Desis hatinya.

“Aku nak pakai baju apa ni? Setakat ada baju kurung moden aja...” baju kurung moden itu dibeli oleh Faiz sempena hari jadinya sebulan lepas. Kata Faiz, sebagai hadiah kerana dia sanggup melayan kerenah Faiz. Kalau bukan kerana kelulusan  SPMnya yang teruk, pasti dia sudah lari meninggalkan tuannya yang macam singa lapar itu.

Tepat jam 8 malam, kelibat  Faiz sudah kelihatan. Sarah terkocoh-kocoh mendapatkan tuannya. Bimbang jika tuannya angin tak tentu pasal. Pasti memalukan jika tetamu tuannya nampak dia dimarah.

“Eh! Tuan sorang aja ke? Kata ada event penting malam ni? Mana tetamu tuan?” soal Sarah kehairanan apabila melihat Faiz balik seorang diri. Tak jadikah?

Faiz terpegun melihat wajah manis dihadapannya. Sarah kelihatan ayu sekali dengan baju kurung moden berwarna merah hati yang dibelinya sebulan lepas. Baru kini Sarah memakainya setelah terperap lama didalam almari bilik Sarah. Dadanya berdegup laju.

“Err.. tuan.. kenapa tuan tengok saya macam tu?” soal Sarah.

Faiz yang tersedar mula mengelabah. “Err... takde apa-apa. Mana baju aku?” soalnya bagi menutup malu.

“Baju tuan dekat atas. Saya dah siap iron. Tuan pakai cepat tau. Saya tunggu tetamu tuan dekat bawah..” kata Sarah seakan memberi arahan. Faiz segera mengangguk dan berlalu menaiki tangga menuju ke biliknya.

Sarah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kenapa pelik benar aku tengok tuan aku ni. Pelik,pelik...

Setelah sepuluh minit, Faiz turun dan menuju ke meja makan.

“Sarah, jom makan. Aku dah lapar ni....” ajak Faiz.

Sarah mengerut dahi. Takkan makan berdua je kot? “Tuan tak nak tunggu tetamu tuan ke?”

Faiz mula mengelabah. Ayat apa yang sesuai nak cakap dekat Sarah ni. “Err... kita makan dululah. Nanti dah kenyang, senang nak layan tetamu.” balas Faiz walaupun dirasakan jawapannya tidak logik .

Sarah menjengkut bahu. Aku pun dah lapar ni. Sarah bergerak ke meja makan. Seketika, dia terkaku apabila Faiz menarikkan kerusi untuknya.

“Err... terima kasih tuan..” ucap Sarah.

Sarah masih lagi mendiamkan diri apabila Faiz menyendukkan spaghetti ke dalam pinggannya.

“Makanlah...” lawa Faiz. Sarah terpana. Bicara tuannya ketika ini dirasakan cukup lembut. Matanya yang mendamaikan, senyuman yang tidak pernah lekang dari bibir. Membuatkan Sarah seolah-olah berada diawang-awangan.

“Sarah.....” sapa Faiz apabila melihat Sarah kaku disitu. Faiz menyimpul senyum. Mesti dia terkejut beruk tengok layanan aku.

“Eh! Err... baik tuan. Saya makan. Tuan pun makanlah...” lawa Sarah juga.

Seketika, suasana meja makan itu senyap sunyi. Hanya kedengaran bunyi garfu berlaga dengan pinggan.

Setelah selesai makan, Faiz menuju ke ruang tamu. Dia menghidupkan radio dan memasukkan cd lagu yang romantik. Kedengaran perlahan penyanyi itu menyanyikan lagu kegemarannya. Lagu Sedetik Lebih, nyanyian Anuar Zain.

Sarah yang mendengar bait-bait lirik lagu dari dapur mula kehairanan. Apa mimpi pulak tuan singa ni bukak lagu jiwang-jiwang malam ni. Ni mesti tengah hangat bercinta. Lantaklah. Baik aku cepat-cepat siapkan kerja aku. Lepas tu terus balik. Seram sejuk pulak aku tengok perangai tuan aku malam ni. Dia meneruskan acara membasuh pinggan di dapur.

“Sarah......” panggil Faiz lembut.

Sarah yang mendengar namanya dipanggil segera menuju ke ruang tamu.

“Ye, tuan.. Tuan nak air panas ke?” soal Sarah.

Faiz menggelengkan kepala. Dia menghampiri Sarah dan menarik Sarah supaya duduk bersamanya di atas sofa. Sarah hanya menurut.

Faiz melepas keluhan. “Sarah... Saya bukan seorang yang pandai bermain dengan kata-kata manis. Saya juga bukan seorang yang romantik. Saya tak tahu cara nak memikat perempuan. Jadi, awak dengar baik-baik apa yang saya nak cakapkan ni. Saya cakap sekali aje. Tiada ulang tayang....”

Sarah mengerut dahi. Tidak faham apa yang dibicarakan oleh tuannya itu.

“Sa...saya... sebenarnya... su...sukakan awak!” Fuh! Lega bila dah diluahkan.

Sarah terkedu. Dia suka aku? Sarah seakan tidak percaya dengan luahan hati tuannya.

“Tu..tuan.. saya tak silap dengar ke? Tuan maksudkan saya ke?” soal Sarah bertubi-tubi.

Faiz menganggukan kepala tanda mengia-iakan kata Sarah. “Awak tak silap dengar. Memang saya maksudkan awak, Sarah... Saya nak melamar awak menjadi isteri saya...”

“Ta... tapi kalau tuan sukakan saya, kenapa tuan selalu marah saya?” soalnya apabila memikirkan kejadian dia kerap dimarah oleh tuannya.

Faiz hanya tersenyum. “ Saya saja nak usik awak. He he he....” balas Faiz sambil menayangkan gigi putihnya.

Membulat mata Sarah mendengar pengakuan tuannya. Sengaja? Aduh! Nak pitam rasa dengar pengakuan ‘jujur’ tuannya.

“Macam mana, Sarah? Awak suka saya tak?” soal Faiz pula.

“Err....saya..saya..” bicara Sarah tergagap-gagap.

“Awak jangan nak malukan saya Sarah! Suka atau tak suka, awak tetap kena suka saya!” desak Faiz.

Ek eleyh! Nak paksa-paksa orang pulak! Tapi comellah bila dia marah. He he he...

“Saya pun suka dekat tuan.” balas Sarah malu-malu.

Faiz sudah tersenyum riang. Gembira kerana Sarah menerimanya.

Yahoo!!” jerit Faiz kuat.

Sarah sudah tertawa senang. Rupanya tuannya menaruh hati terhadapnya. Aii.. Nasib badan bercinta dengan tuan singa. Mesti menyinga hari-hari. He he he!!

Bab 8: Sungguh, Aku Cinta Kamu




     Pagi ini Sofia kelihatan bersemangat untuk ke kolej. Dia dapat pergi bersama Haikal. Haikal tidak pulang ke rumahnya semalam. Datin Sarimah menyuruh Haikal bermalam dirumahnya. Banyak juga perkara yang dibualkan antara mereka. Tidak terkecuali soal perkahwinan Haikal dan Sofia.

Tetapi, alasan yang Haikal berikan; tunggu sehingga dia tamat pengajian. Baru difikirkan hal perkahwinan. Tidak mengapalah. Asalkan Haikal sudi berkahwin dengannya sudah cukup mengembirakan hatinya.

“Okey, dear. Jom!” ajak Sofia girang.

Haikal menganggukkan kepala. Mereka beriringan menuju ke Datin Sarimah yang sedang menunggunya diruang tamu. Datuk Fuad awal-awal lagi sudah pergi ke pejabat. Ada meeting penting dengan client katanya.

Auntie, terima kasih tumpangkan Haikal bermalam dekat sini.” bicara Haikal penuh hormat.

“Tak apa, Haikal. Rumah ini sentiasa terbuka untuk Haikal. Ada masa datanglah jenguk kami dekat sini. Selalu kamu ambil Sofi dekat luar aja. Takde masuk jumpa auntie pun..” kata Datin Sarimah seakan berjauh hati.

Haikal memang kerap ke rumahnya. Tetapi kedatangannya hanya untuk mengambil Sofia keluar berjalan-jalan. Dia tidak berkesempatan mengenali hati budi kekasih anaknya. Sebab itu, dia tidak membenarkan Haikal pulang. Dia mahu mengenali bakal menantunya.

Haikal hanya tersenyum tawar. Dia keluar dengan Sofia kerana terpaksa! Sofia sering memaksanya untuk keluar berdua. Sudah diterangkan Haikal tidak menyukai Sofia, tetapi Sofia seakan tidak faham. Buntu memikirkan halnya bersama Sofia.

“Kami pergi dulu ye, mama..” Sofia menyalami tangan mamanya kemudian diikuti Haikal. Seketika, kereta BMW M3 white metallic meluncur laju meninggalkan kediaman keluarga Sofia.


SOFIA menuruti langkah Haikal menuju ke dewan kuliah. Sesampainya mereka di dalam dewan kuliah, Sofia mula bersuara.

Hello, guys! My name Sofia Kirana. You all can call me Sofi. I’m new here! I kekasih Haikal merangkap bakal isteri Haikal. So you, you and you jangan cuba goda Haikal I. Kalau tak, I marah you all....” kata Sofia sambil bergelak ketawa dengan pelajar disitu.

Haikal hanya mendiamkan diri. Matanya menyoroti ke arah Isfahani. Isfahani kelihatan bersahaja. Tidak cemburukah dia? Ah! Mana mungkin dia nak cemburu. Dia tu takde perasaan! Bebel Haikal di dalam hati.

Setelah keadaan sedikit reda, Haikal menarik tangan Sofia supaya mengikutnya menuju ke tempat duduknya. Sofia kelihatan ceria kerana semua pelajar menerima kehadirannya.

“Hai. I Sofi.” Sofia menghulurkan salam perkenalan kepada Isfahani. Isfahani pada awalnya kelihatan terkejut menyambut juga huluran Sofia.

“Isfahani. Panggil Is aje..” jawab Isfahani malas.

“Is aje? Wah! Hebatlah nama you. Kan sayang?” kata Sofia selamba.

Isfahani hanya tersenyum sumbing. Sama aja minah ni dengan laki dia. Memang padanlah korang berdua ni, desis hatinya.

Haikal menyimpan senyum. Geli hati melihat wajah kelat Isfahani. Comel!

No, correction. Bukan Is aje, tapi Is. Clear?”

Sofia ketawa. “Okey, okey. I’m sorry....

Kemudian, huluran juga diberikan kepada Qila dan Borhan.

“Qila”

“Borhan” masing-masing memperkenalkan diri.

“You all mesti kawan Haikal kan? So, now you all pun kawan I  jugak. But, I  warning you, don’t ever close to my boyfriend...” bicara Sofia dalam tawa.

“Sofi...” akhirnya Haikal bersuara. Tidak suka Sofia berkata begitu kepada Isfahani.

Don’t worry, Sofia. I won’t....” balas Isfahani dan terus memalingkan muka ke hadapan. Meluat betul dengan sikap mengada-ngada Sofia itu.

Seketika, kelihatan langkah lemah lembut Profesor kesayangan mereka, Prof. Salleh. Kedengaran bunyi siulan dari pelajar.

Siapa tidak kenal Prof. Salleh. Berbadan tegap tetapi lentik! Prof. Salleh lebih cenderung bersikap lembut. Prof. Salleh bukanlah seorang yang tersasar jalannya cuma sikapnya sahaja yang seakan-akan perempuan.

Morning, class.....” sapa Prof. Salleh. Tangannya yang sentiasa lentik mengundang tawa kami.

Morning, class!” sekali lagi Prof. Salleh bersuara.

Morning, Prof. Salleh.....” jawab kami serentak.

“Okey. Hari ni kita buat aktiviti santai. Sebenarnya I terlambat bangun. Bila dah lambat tu, tahu ajalah kelam-kabut. Exam paper you all I lupa nak bawak.But, syhh....Jangan beritahu mem besar ye? Masak I kalau dia tahu.” kata Prof. Salleh perlahan.

Kesudahannya, dewan kuliah riuh dengan gelak tawa pelajar jurusan perniagaan ni. Prof. Salleh menepuk kedua-dua belah tanggannya menyuruh kesemua pelajar berhenti ketawa. Habislah dia kalau Puan dekan tahu nanti.

Guys..... Silent please... Okey, sekarang kita buka topik untuk dibincangkan secara santai. Any idea?” soal Prof.Salleh.

Masing-masing mula berbisik sesama sendiri. Mungkin memikirkan topik yang sesuai untuk dibincangkan.

Come on, guys... Lambatlah you all ni. I rasa baik kita  bincang pasal kampung halaman. Siapa dekat sini ada kampung?”

Kelihatan  hanya beberapa pelajar sahaja yang mengangkat tangan termasuk Isfahani.

So sad... Tak sampai sepuluh orang yang ada kampung. Rugi sangat...” suara Prof. Salleh seakan kecewa dengan kehidupan sekarang.

Kebanyakan ibu bapa lebih gemar duduk di bandar daripada dikampung sehingga menyebabkan anak zaman sekarang sudah tidak mempunyai kampung dan langsung tidak pernah merasa hidup dikampung. Orang zaman sekarang terlalu mengejar kesempurnaan sehingga lupa asal usul mereka.

“Isfahani, boleh kongsikan dengan kami apa seronoknya duduk dikampung? Please dear... Kesian I dengan budak-budak ni.” Isfahani dengan bangga lantas berdiri.

“Dekat kampung ni best. Lagi-lagi yang dekat dengan  kawasan sawah  padi. Kita boleh tengok macam mana diorang hasilkan beras. Jangan  tahu makan  je. Kena tahu buatnya jugak...” kata-kata Isfahani disambut dengan tawa rakan sekelasnya.

“Lepas tu, kita boleh main lumpur.”

“Eii, lumpur?” soal Sofia kegelian.

Isfahani pantas menganggukkan kepala. “Yes, Sofi. Lumpur. Belum cuba, belum tahu. Dan yang paling seronok sekali kita akan dapat nikmat yang kita tidak akan dapat dekat sini....” bicara Sofi sambil membayangkan ketenangan yang dirasai dikampungnya.

Nikmat? Nikmat apa yang Is ni cakap? Soal Haikal kepada diri sendiri.

“Okey, cukup Isfahani. Sekarang I nak bagi you all assigment. Not really assigment. You all akan bercuti semester tak lama lagikan? So, I nak you all buat team work. Pilih rakan you at least 5 orang dalam satu kumpulan. Ikut dia balik ke kampung dan rasai hidup di kampung. Balik semester, I nak dengar cerita sorang-sorang.  Kalau bercerita tak dapat extra mark, tapi kalau tak cerita I potong markah. Faham?” terang Prof. Salleh panjang lebar.

Kedengaran riuh suara pelajarnya. Pasti ada yang tidak setuju. Tapi dia tidak peduli. Dengan cara inilah dapat mengembalikan suasana hidup di kampung di kalangan pelajarnya.

No excuses, ya? Sekarang you all boleh pilih kawan and nak ke kampung siapa. Lepas semester, I nak dengar cerita you all okey?”

“Okey, Prof....” hanya itu yang kedengaraan dari mulut pelajarnya.



SEJURUS selepas Prof. Salleh meninggalkan dewan kuliah, kelihatan masing-masing berbincang sesama mereka.

Weh, kita tak cukup lagi dua orang ni....” soal Borhan.

“Itulah... Aku pun tak tahu nak ajak siapa. Kalau tipu, nanti kena potong markah pulak!” balas Isfahani.

“Ehem! Excuses me... Kalau saya join awak semua boleh?” Haikal mula mencelah. Inilah peluangnya mendekati Isfahani.

What?! Tak boleh!” tukas Isfahani.

Borhan menyiku lengan Isfahani dan berbisik sesuatu. “Is, bawak ajelah mamat ni. Kita tak cukup orang ni. Aku tak nak kena potong markah....”

Isfahani berdecit. “Yela,yela... Kau boleh ikut. Bawak Sofi sekali.” kata Isfahani sambil mengherot mulutnya ke arah Sofia.

What?! I tak nak. I lebih rela duduk sini daripada kena bertapa dekat kampung....” Sofia menolak ajakan Isfahani.

Please, Sofi. Kesiankan I. I tak nak markah I kena tolak. Please.....” rayu Haikal.

Kalau bukan kerana Isfahani , dia tidak ingin membawa Sofi. Dia mahu berdua-duaan dengan Isfahani dan mahu mengambil hatinya.

Sofia yang mula termakan pujuk rayu Haikal segera bersetuju. “Okey dear.... Anything for you....” balas Sofia sambil melentuk manja dibahu Haikal.

Isfahani mencebik. Menyampah aku. Geletis sangat!
“Okey, great! Kita dah cukup lima orang. Sekarang kita bincang bila masa yang sesuai kita nak gerak ke kampung Is.” kata Borhan seakan memberi arahan.

Mereka mula berbincang. Haikal hanya memandang wajah Isfahani. Isfahani, aku akan tawan hati kau dekat sana, desis hatinya.