Pages

Peminat Novel

Blog Page

14 Feb 2013

Bab 16: Pelangi Cinta (Hanna Dayana & Yazid Shah)



AZAN subuh berkumandang menandakan sudah tiba masanya seluruh umat Islam bangun dan mengerjakan solat. Rumah Haji Brahim sudah terang-benderang. Mereka sedang membersihkan diri untuk menunaikan kewajipan yang satu itu.
Yazid Shah tersedar daripada tidur apabila pintu kamarnya diketuk dari luar. Kedengaran suara Haji Brahim memanggilnya untuk solat berjemaah. Dia hanya menyahut sebelum bangun untuk membersihkan diri. Dikerling tubuh kecil molek disebelahnya. ‘Dah jadi laki orang rupanya aku ni. Macam tak percaya pulak!’ Yazid Shah menggeleng perlahan. Tuala yang disidai di ampaian dicapai dan melangkah ke bilik mandi.
Setelah beberapa minit menyegarkan badan dan mengambil wuduk, dia keluar untuk memakai pakaian yang lebih sesuai. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul enam dua puluh minit pagi. Isterinya dikerling sekali lagi. ‘Masih tak bangun-bangun lagi?’
“Sayang... Bangun. Dah masuk solat subuh ni. Nanti terlambat pula. Abah dah tunggu kita dekat luar tu...”
Masih tiada sahutan. Cuma tubuh isterinya sahaja yang berkalih ke kiri. Hujan-hujan begini memang syok tidur berterusan. Akan tetapi, kewajipan kepada Allah S.W.T lebih penting. Dia tidak berputus asa. Sekali lagi dia mencuba mengejutkan Hanna Dayana.
“Sayang....”
“Dah subuh ni...” sambungnya lagi. Yazid Shah menggaru kepala. ‘Payahnya nak kejut budak kecik ni...’
Dengkuran halus isterinya  menyakitkan hatinya. Lantaran itu, tuala yang tersarung di tubuhnya sebentar tadi dibaling ke wajah Hanna Dayana. Kuat.
Hanna Dayana yang terkejut, terus bangun secara mendadak. Terkejut plus mamai.
“Tuan...!” kata Hanna Dayana yang memberi tabik hormat kepada Yazid Shah. Namun matanya masih terkatup rapat.
Yazid Shah kehairanan. Dia melambai-lambai tangannya di hadapan Hanna Dayana namun lambaiannya itu tidak mendapat reaksi yang positif. Senyuman nakal terukir di bibir. ‘Ni mesti mengigau ni...’
“Hanna Dayana....”
“Saya, Tuan...” sahut Hanna Dayana yang masih terpejam.
“Apa yang special hari ni??” soal Yazid Shah serius. Namun di hati dia sudah mengeledak ketawa melihat tingkah Hanna Dayana yang sangat pelik dari pandangan mata kasarnya. Hanna Dayana, gadis yang kuat mengigau!
“Special? Special macam mana tu, Tuan?”
Yazid Shah menepuk dahi. ‘Ya Allah... Ada juga orang mengigau sampai macam ni? Siap boleh layan orang berbual lagi...’
Dia mahu terus mengusik Hanna Dayana. Lantas tangannya dibawa ke pipi Hanna Dayana. ‘Kejap lagi boleh ambil wuduk semula...’ desis hatinya.
“Special sebagai seorang suami dan isteri...” ucapnya lembut. Sengaja dia mahu mengusik Hanna Dayana. Senyuman nakal terus-terusan terbit dibibirnya.
Hanna Dayana sudah menggaru kepala sebelum dia merasakan ada sentuhan panas hinggap di pipinya. Matanya dicelikkan sebelum tersembul wajah Yazid Shah yang begitu hampir dengannya.
“Abang....!” jerit Hanna Dayana seraya menolak Yazid Shah ke lantai.
Yazid Shah mengaduh kesakitan.
“Hanna ni suka main kasarlah...!” gumamnya geram. Apabila dia geram atau sakit hati dengan Hanna Dayana, pasti dia akan memanggil gadis itu dengan panggilan nama. Bukan lagi panggilan romantik de amour itu.
“A... Abang buat apa tadi?” soal Hanna Dayana cuak. Dia melihat tubuhnya yang masih tersarung baju tidur berwarna merah jambu yang dipakainya semalam. Dia menghela nafas. ‘Nasib baik tak ada apa-apa...’
“Apa, apa, apa??” soal Yazid Shah kembali.
“Ta... Tadi tu apa??”
“Entah...” balas Yazid Shah sambil menjongket bahu.
“Entah??!” Hanna Dayana mengetap bibir. Lantaran itu, dia mencengkam bahu Yazid Shah tanpa sedar.
Yazid Shah tersenyum nipis. ‘Tak boleh pegang-pegang konon. Habis ni siapa yang pegang siapa?’

“Ish! Apa pegang-pegang orang ni...! Kata tak boleh pegang-pegang. Batal air sembahyang abang!” balasnya selamba. Serentak itu, tangannya sempat menunjal kepala Hanna Dayana dan terus melangkah ke bilik mandi untuk mengambil wuduk semula.
Hanna Dayana terkulat-kulat cuba memahami situasi pantas sebentar tadi. Mulutnya ternganga luas. ‘Aku pegang dia ke tadi? Alamak! Malunya! Kenapalah tangan ni boleh pegang dia pulak!’ bebelnya di dalam hati sebelum dia menjerit kerana dia sudah melanggar perjanjian yang dia buat sendiri!
Yazid Shah yang berada di bilik mandi mengegek ketawa apabila mendengar jeritan dan bebelan Hanna Dayana. Dia tersenyum puas kerana dapat mengenakan budak kecil itu. Perlahan tangannya menyentuh bahu yang dipegang oleh Hanna Dayana sebelum dia kelam-kabut mengambil wuduk sekali lagi sebaik sahaja terdengar jeritan bekas komando di dalam kamarnya.
“Tak siap-siap lagi budak-budak ni? Malam nanti pun boleh sambung! Cepat sikit. Subuh nak habis waktu ni! Ish!”

“HANNA mana, Yazid?” soal Haji Brahim sebaik sahaja menantunya duduk di kerusi meja makan untuk bersarapan.
“Hanna sambung tidur lepas solat subuh tadi, bah...”
Haji Brahim menggeleng perlahan. “Dah jadi isteri orang pun masih fikir tidur? Perangai langsung tak berubahlah budak bertuah ni...” bebel Hajah Asmah yang sedang membancuh air Nescafe.
“Kamu kena tegas sikit dengan Hanna tu. Jangan manjakan sangat. Dia tu memang liat nak bangun pagi. Sepatutnya lepas solat tadi, bantu ibu dekat dapur. Tapi dia boleh buat taik mata pula!”
Yazid Shah hanya tersenyum nipis. “Err... Abah, Yazid tanya sikit boleh?” soal Yazid Shah takut-takut.
“Ish! Tanya ajelah. Abah bukan makan orang pun...” balas Haji Brahim bersahaja.
“Ha... Hanna tu memang tidur mengigau ke??”
“Ya Allah... Dia buat perangai lagi ke??”
Yazid Shah kerut kening. Tidak faham. “Buat? Buat apa, bah?”
“Hanna tu memang macam tu. Kalau kita sergah dia masa tidur, memang dia kalut. Tiap kali abah sergah dia, dia akan bangun dan perasan sangat yang dia tu tengah berhadapan dengan anggota tentera. Dia tabiknya pada kita. Tapi yang kelakarnya tu, mengigau pun masih boleh dengar apa kita cakap. Jawab apa kita tanya...”
Yazid Shah tergelak kecil. Patutlah....
“Dia teringin nak jadi tentera kot, bah...”
“Tak ada maknanya. Dia tu nampak aje kasar, garang. Tapi sebenarnya lembik! Manja tak bertempat. Kamu sabar ajelah dengan perangai dia nanti.” balas Haji Brahim.

“Dia menurun perangai abah kamu, Yazid. Sebab tu jadi macam tu...” kata Hajah Asmah yang ketika itu sedang memasukkan pakaian kotor ke dalam mesin basuh.
“Ibu kamu tu sebenarnya cemburu abah lebihkan Hanna.” Bisik Haji Brahim perlahan namun kedengaran jelas di telinga Hajah Asmah.
“Saya dengar tu, bang!” balas Hajah Asmah yang sudah bercekak pinggang.
Yazid Shah ketawa geli hati.
“Malam ni abah kena tidur luarlah??” soal Yazid Shah.
“Nampaknya begitulah....!”

YAZID SHAH menggelengkan kepala. ‘Dah pukul sebelas pagi, masih tak bangun-bangun lagi??’
Dia menghampiri katil dan dengan sengaja dia menepuk-nepuk bantal kepalanya sekuat hati sehingga Hanna Dayana sedar dari mimpi indahnya.
Hanna Dayana menggerakkan mata. ‘Siapa pulaklah yang kacau aku nak tidur ni? Menyibuk betullah!’ marahnya di dalam hati.
Segera Hanna Dayana bangun dan hampir dia tersungkur ke lantai apabila melihat Yazid Shah hanya memakai seluar pendek berwarna hitam. ‘Argh!! Aurat!’ Matanya terus dipejam rapat.
“Apa ni??” soal Hanna tidak puas hati.
“Apanya??”
“Kenapa buka baju? Tak malu ke??”
“Kenapa nak malu pulak? Ni badan abang. Bukan badan sayang.”
“Memanglah bukan badan Hanna. Tapi itu kan aurat abang. Malulah sikit!”
“Hahaha....”
“Kenapa gelak pulak?!”
“Mananya abang tak gelak. Sayang ni pun boleh tahan sengal ek? Sayang kan dah jadi isteri abang yang sah. Aurat pun dah halal dah...”
‘Aik? Yeke? Tak perasan pulak! Sengalnya aku ni...’ “Err... Tapi kita kahwin bukan dasar suka sama suka. So, itu maknanya kita masih ada batas-batas yang perlu di jaga!”
Suasana sepi seketika. ‘Mesti mamat ni dah sedar dan insaf dengan ceramah free aku agaknya...’ Dengan perlahan-lahan dia membuka matanya namun nafasnya seakan berhenti apabila melihat Yazid Shah betul-betul hampir dengannya. Kurang seinci jarak antara mereka. Hanna Dayana mula menggelabah. Sebab jantung pun sibuk nak berjoget dangdut!
“Err.....”
“Kenapa? Seksi?” soal Yazid Shah selamba. Dia menyimpan senyum. Puas hatinya dapat mengusik Hanna Dayana.
Hanna Dayana kelihatan tergagap-gagap untuk membalas pertanyaan dan tomahan suaminya itu. ‘Seksi sangat ke? Err... seksilah jugak. Argh!! Mata aku dah melebih ni!!’
“Ini tak ada dalam perjanjian kita. Jadi, abang boleh buka baju atau telan....” kata-kata Yazid Shah terhenti di situ kerana dia tahu Hanna tahu akan maksudnya.
‘Apa maksud kau telan.... telanjang ke? Arghh! Mamat ni pun! Agak-agaklah... malu ni, malu!’
“Err... Err... Ya, bu!! Eh, ibu panggil Hannalah. Hanna pergi bawah dulu ek.” Balas Hanna gugup. Laju kakinya menuruni katil dan berlari ke luar namun langkahnya terhenti apabila mendengar ketawa kuat dari kamarnya.
Hanna Dayana mengenggam kedua-dua tangannya. ‘Argh!!!’

5 comments:

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,