“ISFAHANI...” panggil
Haikal perlahan. Dia melihat dari tadi Isfahani duduk termenung di pondok di
hadapan rumah mak tok. Entah apa yang ada di fikiran Isfahani agaknya, desis
hati Haikal.
Isfahani terkejut dengan panggilan itu. Dia memandang
Haikal atas ke bawah. Apahal pulak mamat
ni datang sini? Ada aku kena smack down
dengan Sofi kang. Tadi dah la mimpi entah apa-apa, kata hatinya. Isfahani
menggeleng-geleng kepalanya dua tiga kali. Cuba membuang ingatan terhadap mimpi
ngeri tadi.
Haikal kehairanan melihat reaksi Isfahani. Kenapa pulak main geleng-geleng ni. Segera dia
menghampiri Isfahani.
“Awak tak apa-apa ke?” soaol Haikal yang masih berdiri.
“Aku okey..” jawab Isfahani sepatah.
Masing-masing mendiamkan diri. Isfahani memandang ke
utara, Haikal pula memandang ke selatan. Masing-masing melayan perasaan.
“Ehem.. boleh saya duduk?” soal Haikal setelah agak lama
menyepi.
“Duduklah. Pak Su aku buat pondok ni memang untuk duduk.
Bukan buat perhiasan..” balas Isfahani selamba.
Haikal berdeham. Cuba membuang rasa pedih di hati.
Isfahani melayannya seperti musuh. Dia mahu memulihkan hubungan mereka kembali.
Dia juga mahu berterus-terang tentang dirinya, tentang ‘budak nerd’. Tapi, dia tidak mempunyai kekuatan. Dia bimbang dengan
pengakuannya akan membuat Isfahani makin membenci dirinya dan menganggap dia
cuba menipu dan cuba membalas dendam akan perbuatan Isfahani kepadanya dahulu.
Mana mungkin dia mahu menyakiti insan yang amat dia
cintai semenjak zaman persekolahan lagi. Bulilah dia, deralah dia. Cuma dia
tidak mahu Isfahani terus hilang dari pandangannya. Sungguh, dia amat mencintai
Isfahani. Sehingga ke hari ini perasaan itu masih ada malah makin kuat.
“Awak masih marahkan saya?” soal Haikal.
Senyap.
“Awak marahkan saya?” soal Haikal lagi.
Masih senyap. Dia memandang wajah Isfahani. Kelihatan
Isfahani begitu asyik melihat pemandangan dihadapannya. Dia turut mengalih
pandang melihat apa yang dipandang Isfahani. Ternyata ia sungguh mendamaikan.
Burung-burung berterbangan menutupi awan yang sangat
cantik. Burung-burung itu seperti membuat bentuk seperti mata. Kadang-kadang
burung itu membuat bentuk seperti hati. Indahnya ciptaan Tuhan. Ini kali
pertama dia melihat keindahan seperti ini. Di bandar belum tentu dapat melihat
kerana rata-rata kawasan sudah dipenuhi
dengan bangunan yang tinggi seperti mahu menyentuh langit.
Inilah kedamaian yang dia cari selama ini. Hatinya
sedikit tenang melihat kicauan burung seperti bermaharajalela di langit.
Dia mengucap
kesyukuran kerana masih diberi kesempatan melihat keindahan ini. Lebih-lebih
lagi bersama insan yang amat di cintai. Dia memaling wajah memandang Isfahani.
Dan ternyata Isfahani juga turut memandangnya. Pandangan mereka bertaut.
Hatinya semakin berdebar-debar. Segera Isfahani mengalihkan pandangan memandang
ke rumah jiran mak tok.
“Awak marahkan saya?” untuk kesekian kalinya, soalan itu
ditanya lagi.
“Marah? Untuk apa?” balas Isfahani.
“Marah di atas perbuatan saya selama ini. Niat saya hanya
untuk berkawan sahaja. Saya tak ada niat lain.” Balas Haikal
bersungguh-sungguh.
“Saya tak marah. Cuma geram aje. Belum pernah ada orang berani mati kacau saya. Saya ni jahat
tau..” Isfahani cuba menakut-nakutkan Haikal. Tetapi ia tidak memberi kesan
langsung kepada Haikal. Badan kecik macam ni, nak takut apa, kan? Soal hatinya.
“Awak gangster
sangat ke?” Haikal mula menyoal apabila merasakan Isfahani sudah mahu bercakap
dengannya.
“Hello, saya ni
memang gangster tau. Sebut aje nama Is. Semua lelaki takut nak dekat
dengan saya. Cuma awak sorang aje
yang berani. Itu yang saya panas hati tu.” Balas Isfahani bersahaja.
“Saya berani dekat sebab saya sayang awak..” kata Haikal
perlahan.
“Apa awak cakap? Saya tak dengarlah..”
“Eh, tak ada
apa-apa. Saya cakap awak ni gangster
sangat. Tak padan dengan perempuan. Semua orang awak nak ajak bergaduh.” Balas
Haikal menutup keterlanjurannya tadi.
“Oh. Taklah gangster
mana. Saja tunjuk garang. Biar lelaki hormat sikit dekat kaum hawa. Kalau tak
semua perempuan dalam dunia buat macam mainan. Bila suka ambik, bila dah patah sikit, terus buang dalam tong sampah.
Perempuan ada maruah tau..” Isfahani cuba membela kaumnya.
“Tak semua lelaki macam tu..”
“Tapi, kebanyakannya macam tu kan?” soal Isfahani semula.
“Eh, apalah kita
melalut cakap pasal maruah perempuan ni semua kan. Awak maafkan saya tak?”
cepat-cepat Haikal menukar topik perbualan. Dia tidak mahu dengan isu sensitif
seperti itu membuatkan hubungannya bersama Isfahani semakin renggang.
“Hmmm..” balas Isfahani seraya menganggukkan kepala.
“Ikhlas ke tak ni?”
“Ikhlas....”
“Friend??” soal
Haikal sambil menghulurkan salam perkenalan.
“Eh, kita
memang dah kawan kan?” tanya Isfahani kehairanan. Dah berkawan, nak kawan apa
lagi?
“No. Itu kawan
sebab terpaksa. Saya nak kita berkawan sebab kita memang nak berkawan...”
terang Haikal.
“Peliklah awak ni... okey, kita kawan.” Balas isfahani
seraya menyambut huluran salam perkenalan daripada Haikal. Hari ini mereka
berkawan dalam kata erti sebenar. Bukan terpaksa, bukan dendam. Berkawan kerana
hati yang ingin mencipta silaturrahim.
Haikal tersenyum senang kerana akhirnya Isfahani sudi
berkawan dengannya. Tidak perlulah hari-hari bertekak. Tapi, boleh ke tak
bertekak? Sebab Isfahani ni lain macam sikit. Ada aja hal yang boleh di buat gaduh.
Tak apalah. Janji Isfahani sudi terimanya. Dia tersenyum sendirian.
Isfahani mengamati wajah Haikal. Senyuman yang terbit di
wajah Haikal sedikit menggoyahkan hati kecilnya. Dia merasa semakin hairan
dengan hatinya kini. Dulu kata tak nak bercinta, sekarang semcam aje perasaan yang datang menyapa ni? Dia
tertanya sendirian.
Mereka berbual dan kadang-kadang bergelak ketawa apabila
Haikal membuat lawak. Namun, di satu sudut yang terlindung, kelihatan satu
pandangan amarah yang terlahir dari mata yang cantik itu. Segera dia berlalu
menaiki rumah dan menuju ke bilik.
“KURANG AJAR
kau, Is. Kau nak main api dengan aku?” marah Sofi. Dia mundar-mandir di dalam
bilik yang terasa semakin panas apabila digabung dengan kemarahan hatinya.
“Aku tak boleh biarkan kau rampas Haikal dari aku. Dia
hak aku. Selamanya hak aku!”
Terbayang-bayang di matanya melihat keceriaan yang
terpamer di wajah Haikal. Selama ini dia cuba juga menggembirakan hati Haikal. Namun
Haikal tidak pernah tertarik dengannya. Sudah puas dia cuba menarik perhatian
Haikal. Haikal seperti bermain tarik tali dengannya.
Adakala Haikal seakan menyerah kepadanya. Dan adakala
Haikal seperti benci melihat dirinya. Dia segera berdiri dihadapan cermin
panjang yang terletak di tepi almari. Dia mengamati dirinya dari atas sehingga
ke bawah.
Wajah yang bersih tanpa ada secalit parut pun. Bibirnya yang
mulus terbentuk cantik. Matanya yang menawan. Badannya yang mempunyai bentuk
yang menarik. Pemakaiannya sangat up-to-date
dengan peredaran zaman. Haikal tidak tertarikkah dengan rupanya?
Kenapa Haikal begitu sukar di tangkap? Adakah Haikal
mendekatinya kerana harta? Ah, mana mungkin. Haikal anak orang kaya. Malah lagi
kaya dari keluarganya. Tapi, kenapa Haikal tidak suka kepadanya. Kenapa Haikal
tidak pernah nampak ketulusan hatinya. Dia amat mencintai Haikal.
Tidak! Dia tidak akan membenarkan sesiapa pun merampas
Haikal termasuklah Isfahani. Jika dia harus berdepan dengan Isfahai demi mempertahankan
cintanya, dia akan lakukan. Kerana cintanya terhadap Haikal, dia rela menjadi
pembunuh! Segera dia mencapai tuala dan menuju ke bilik mandi. Mahu menyejukkan
hatinya yang semakin panas membara.
“MESRA SEMACAM
je korang berdua?” usik Qila apabila
melihat kelibat Isfahani dan Haikal menaiki rumah mak tok dengan gelak tawa.
“Saya dengan Isfahani dah berbaik..” balas Haikal yang
sudah duduk di sebelah Borhan yang begitu khusyuk menonton tv. Haikal juga
sudah menonton tv.
Isfahani segera duduk di sebelah Qila. Tangannya laju
saja mencubit pinggang Qila.
“Jangan nak buat gosip tak bertauliah dekat sini, ek?” bisik Isfahani.
Qila yang menjelir lidah tanda tidak peduli dengan kata-kata
Isfahani itu.
“Tahu dek cik kak dekat bilik tu, mengamuk tak tentu pasal
pulak.” Bisik Isfahani lagi. Bimbang jika Haikal mendengar dia mengutuk
kekasihnya itu. Ops! Terkutuk pulak.
“Biarlah dia. Hati kalau dah tak suka, mana boleh
paksa.... cinta tak akan bertepuk sebelah tangan kalau tak ada yang tukang
menepuknya..” balas Qila juga berbisik.
“Apa kau merepek ni?” balas Isfahani sedikit meninggi.
Haikal dan Borhan sudah terpinga-pinga apabila terdengar jeritan Isfahani.
Isfahani hanya tersenyum sumbing. Segera Isfahani menarik
Qila menuju ke dapur.
“Kau jangan merepek boleh tak?” marah Isfahani.
“Apa merepeknya? Aku cakap benda betul. Aku tahu kau suka
Haikal, kan. Dari pandangan mata kau, aku dah tahu.” Balas Qila bersahaja. Saat
itu, mereka tidak tahu Sofia berada di dalam bilik air sedari tadi.
Sofia mendengar setiap butir percakapan Qila. Isfahani
sukakan Haikal? Ah!, aku tak boleh biarkan. Lalu, dia segera keluar dari bilik
mandi yang tiba-tiba menjadi panas baginya.
Isfahani dan Qila terkejut apabila melihat Sofia yang baru
keluar dari bilik mandi. Mukanya masam mencuka kalah asam jawa masamnya.
Isfahani sudah menjeling-jeling Qila seakan memberitahu
dia, ‘Weh, kan dah kantoi??’
Qila hanya terkulat-kulat menutup debar di dada. Dia hanya
memerhati susuk tubuh Sofia yang menuju ke bilik mereka. Seketika....
DUMM!!!
Bunyi dentuman kuat dari bilik Isfahani. Mereka semua terkejut
dengan reaksi Sofia. Tiba-tiba terdengar jeritan mak tok dari arah belakang.
“Is, bunyi apa kuat sangat tu. Macam nak runtuh rumah mak
tok dengar...”
“Err.. bunyi... err, Is terlanggar pintu mak tok. Tak perasan.”
“Ha, eloklah tu. Anak dara pergi mandi cepat. Nak maghrib
dah ni. Apalah nak jadi dengan kamu ni..” bebel mak tok dari belakang. Belakang
rumah mak tok ada kebun kecil. Ada cili, lobak, bendi dan macam-macam lagi. Kelihatan
semuanya segar-segar kerana mak tok begitu mahir menjaga tanamannya.
“Err.. baiklah mak tok...” balas Isfahani. Dia segera
memadang Qila.
“Jadi gulai ayamlah kita lepas ni, Qila..” Qila segera
mengangguk menyetujui kata-kata Isfahani.
update lha lagi . :)
ReplyDeleteAnonymous: tq. but tinggalkan nama. jangan biar Anonymous aje :)
Delete