Pages

Peminat Novel

Blog Page

20 Jan 2013

Bab 5: Hanna Dayana & Yazid Shah



JAM LAPAN MALAM, keluarga Yazid Shah sudahberada di rumah keluarga Hanna Dayana. Rumah Hanna Dayana tidaklah sebesar sebuah banglo tiga tingkat.Tetapi memberi keselesaan kepada Hanna Dayana sekeluarga. Susunan perabot yang kemas disimbahi pula dengan lampu kristal berwarna kuning. Berlatarbelakangkan cat dinding berwarna marron di bahagian atas dan kuning air di bahagian bawah.Tampak mewah.Puji hati Yazid Shah.
Kamarul melabuhkan duduk bersebelahan dengan Haji Brahim.Mereka berdua khusyuk bersembang.Aisyah awal-awal lagi sudah menawarkan diri mahu membantu Hajah Asmah di dapur. Manakala Yazid Shah pula duduk di sofa yang menghadap ke ruang dapur.
Yazid Shah memerhati ruang tamu keluarga kenalan papanya itu. Seketika, matanya tertancap kepada sebingkai gambar. Keluarga Hanna Dayana. Kesemuanya lima orang. Wajah itu milik Haji Brahim, Hajah Asmah, Hanna Dayana. Manakala lagi dua wajah Yazid Shah belum pernah melihatnya. ‘Pasti ini abang dan kakak minah tu.’ Mata Yazid Shah semakin meliar melihat sekeliling sebelum matanya terhenti kepada sesusuk tubuh kecil yang berada di ruang dapur.
Diperhatikan pemilik tubuh itu.Seketika Hanna Dayana berpaling ke arahnya sebelum kembali menghadap ke hadapan. Yazid Shah seakan terpukau melihat wajah itu. Walaupun dia sudah pernah berjumpa dengan Hanna Dayana.Namun kelihatannya mala mini Hanna Dayana lebih cantik tanpa secalit solekan.Dengan bibirnya yang memuncung, Hanna Dayana kelihatan comel. Bibir Yazid Shah menguntum senyum apabila melihat Hanna Dayana menghentakkan kaki sambil mengacau sejag air sirap. Mukanya kelihatan lucu tetapi comel. ‘Anak manja..’ kata hatinya.
“Kamu tengok apa tu?” teguran Kamarul menyentakkan lamunannya.Baru kini dia sedar yang dia sudah terlebih memuji gadis itu.
“Err..takde tengok apa-apa...” balas Yazid Shah sedikit gugup.
“Kalau tak tengok apa-apa, kenapa kamu sengih sorang-sorang?Kamu intai anak Uncle Brahim ye?” usik Haji Brahim sambil memanjangkan lehernya memandang ke dapur.Dia tersenyum panjang.Benarlah sangkaannya tadi.Anak sahabatnya itu mengintai anak daranya.Kepalanya menggeleng perlahan.
“Err..err...”
“Bakal berbesanlah kita ni, Arul...” kata Haji Brahim sambil tersenyum penuh makna.
Yazid Shah tersentak. ‘Besan?’
“Nampaknya begitulah, Bang Brahim....” kata Kamarul yang turut mengusik anak terunanya.
Yazid Shah sudah tidak keruan. Dia ingin menjelaskan salah faham yang terjadi tetapi tidak sempat apabila mereka bertiga di panggil oleh Hajah Asmah untuk menikmati makan malam.

MAKAN MALAM pada malam ini terasa sungguh meriah dengan kedatangan sahabat lamanya itu.Dari cerita zaman kolej sehinggalah mereka sudah berkahwin menjadi topik perbualan antara pasangan suami isteri itu sehingga tidak sedar anak dara dan teruna mereka sedang berbalah.
Ketika itu, Hanna Dayana mahu mengambil seketul ayam bahagian peha yang terhidang di hadapan pinggannya. Baru sahaja dia mencapai ayam itu, tangan Yazid Shah pantas memegang ayam tersebut. Dan bermula adengan tarik menarik sesame mereka.Hanna Dayana menarik ayam itu ke arahnya. Yazid Shah juga menarik ayam itu ke arahnya. Penarikan itu berlaku selama satu, dua minit bersama gerak bibir tanpa suara yang hanya boleh difahami oleh mereka berdua sahaja.
“Ini saya punya..”Hanna Dayana menggerakkan bibir mengatakan ayam itu miliknya.
“No. Saya yang dapat dulu. Jadi, ini saya punya.” balas Yazid Shah juga menggunakan gerak bibir.
Hanna Dayana menjengilkan matanya. “Ini saya punya..”
“Saya...”
“Saya...”
“Sa.....”
“Apa benda yang kamu tarik-tarik tu?” tegur Haji Brahim.
“Ah!” akibat terkejut, secara tidak sengaja Yazid Shah melepaskan ayam yang di pegangnyamenyebabkan ayam itu terpelanting ke belakang kerusi Hanna Dayana.
Keadaan menjadi sepi seketika.Haji Brahim dan Hajah Asmah sudah melopong.Kamarul dan Aisyah memandang sesama sendiri. Hanna Dayana dan Yazid Shah sudah kaku di kerusi masing-masing. Keadaan yang berlaku terlalu pantas menjadi tanda tanya Haji Brahim. ‘Apa sudah jadi?’
“Kutip ayam tu cepat!” tegas Haji Brahim memberi arahan. Bekas komando mestilah tegas, kan?
“Baik, Tuan!” gara-gara terkejut, Hanna Dayana tidak sedar dia sudah bangun dari duduk dan memberi tabik kepada Haji Brahim sebelum mengutip ayam yang sudah jatuh ke lantai dan diletakkan semula ke dalam pinggan yang berisi ayam.
“Ish! Anak bertuah ni! Ayam tu kan dah jatuh dekat lantai tadi. Pergi buang!” lagi sekali Haji Brahim memberi arahan.
Hanna Dayana menganggukkan kepala sebelum mengambil ayam yang terjatuh tadi dan membawa ke dapur.Begitulah tingkah Hanna Dayana jika Haji Brahim mengeluarkan suara komandonya.
“Kamu buat apa dekat Hanna, Yazid?” tanya Aisyah.
“Err... err...”
“Biarlah..budak-budak ni baru nak berkenalan.” Kata Haji Brahim bersahaja.Kamarul yang memahami maksud Haji Brahim menghamburkan tawa sebelum Haji Brahim turut ketawa.Kamarul faham benar maksud Haji Brahim.Ketika muda, beginilah sikap mereka jika ingin merapati seorang gadis yang diminatinya. Mereka akan memulakan perkenalan dengan mencari fasal sebelum mereka menjadi rapat sebagai sahabat ataupun pasangan kekasih. Cuma ketika itu, Kamarul yang terlebih ‘gatal’ nya.Haji Brahim lebih memberi tumpuan kepada pelajarannya.
Hajah Asmah dan Aisyah memandang suami mereka dengan pandangan hairan.Entah di mana kelakarnya, suaminya ketawa terbahak-bahak sehingga mengeluarkan air mata.
Yazid Shah yang berada di situ menggaru-garu kepala. Pelik melihat lagak kedua-dua lelaki dihadapannya.‘Apa yang lucu sangat?’ soalnya di dalam hati.
Hanna Dayana kembali semula ke meja makan dengan wajah cemberut.Geram kerana dia di marahi oleh abahnya di hadapan keluarga mamat tak cukup akal ini.Semakin menebal kulit mukanya menahan malu.
“Hanna, sekarang cerita dengan abah. Kenapa dengan kamu berdua ni? Abah tengok dari gaya kamu, kamu berdua macam dah lama kenal. Tapi kenapa muka masing-masing muka masam?” tanya Haji Brahim.
Hanna Dayana membisu. Akhirnya Yazid Shah membuka mulut menceritakan perihal sebenar.
“Sebenar.... sebenarnya kami memang dah kenal..”
“Dah kenal?Maksud kamu?” soal Kamarul pula memandang tepat ke wajah anak terunya itu.
“Kami baru kenal.Masa dekat GIANT.Papa ingat tak Yazid pernah cakap Yazid terjumpa dengan dua orang awek.Sorang gedik, sorang lagi sengal.Hanna Dayana lah awek sengal tu..” kata Yazid Shah jujur.
Terhambur tawa Haji Brahim apabila mengetahui Yazid Shah menggelarkan anaknya sebagai ‘awek sengal’. Tangan Hajah Asmah pantas merayap ke pinggang suaminya.‘Amboi, suka eh orang panggil anak kita sengal?’
Haji Brahim berdeham bagi menutup rasa sakit ‘cubit ketam’ isterinya itu.
Mata Hanna Dayana membulat.‘Suka-suki aje dia kata aku sengal.Untuk pengetahuan awak, awaklah insan yang sengal itu.’Ucap Hanna Dayana geram namun cuma terluah di dalam hati sahaja.
‘Berkenan pula dengan budak Yazid ni.’Kata Haji Brahim.
“Habis siapa awek gedik tu?” soal Aisyah ingin tahu.Risau jika anaknya mengikut seratus peratus perangai suaminya.Tidak sanggup rasanya jika ada anak dara yang datang ke rumahnya sambil menangis-nangis kerana ditinggalkan oleh anak terunya itu.
“He he he...” hanya itu sahaja yang terkeluar dari bibir anaknya.Tidak tahu bagaimana mahu menerangkan hal sebenar kepada mamanya.Dia bukannya gatal mahupun playboy.Cuma dia gemar berkawan dengan semua wanita di dunia ini. Ah, playboy juga namanya. Tetapi dia tidak sama sekali menyangkan pengenalannya dengan seorang gadis di alam maya membuatkan hidupnya menjadi huru-hara. Sepanjang perkenalannya dengan gadis itu di Facebook, dia tidak pernah melihat gambar gadis itu sehinggalah dia membuat perjanjian untuk berjumpanya di GIANT.Rupa-rupanya dia berkenalan dengan wanita yang sudah berumur empat puluh enam tahun.Wanita itu seorang janda beranak satu.Nanar sekejap dunianya apabila mengetahui perkara sebenar.Sedaya upaya dia suma mengelak dari berjumpa dengan wanita yang layak di panggil emak.Sehinggalah dia terjumpa dengan Hanna Dayana yang memandang serong kepadanya.Dia bukan ‘anak ikan’ wanita itu. Dia tertipu!
“Playboy!”Hanna Dayana menggerakkan bibirnya yang membawa maksud playboy.
“Sengal!” Yazid Shah turut membalas dengan menggerakkan bibirnya.
Hanna Dayana mencengkam alas meja sambil membulatkan mata memberi araman.‘Jangan cari fasal!’
Yazid Shah menjelir lidah tanda tidak takut dengan ancaman gadis itu.
“Eh! Budak berdua ni. Abah kahwinkan kau orang, baru tahu!” pekik Haji Brahim.
Hanna Dayana menoleh memandang Haji Brahim sebelum kembali memandag sesama sendiri dan menjerit.
“Kahwin?!!”

0 comments:

Post a Comment

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,