“ENCIK FENDI, boleh saya masuk?” soal Yana di celah pintu yang di kuak dari luar.
Fendi mengangkat wajah
sebaik mendengar suara itu. Dia menguntum senyum.
“Masuklah..”
“Maaf menganggu Encik
Fendi...” Yana cuba berbasa-basi.
“Panggil Fendi aja baru
tak di kira menyusahkan..”
“Fendi? Sini pejabat
Encik Fendi. Nanti orang fikir saya tak hormat Encik pulak...” Yana menyangkal
kata-katanya.
“Depan orang awak panggil
saya Encik Fendi. Kalau kita berdua panggil aje Fendi. Boleh?”
“Err... baiklah Encik.
Eh, Fendi...”
“That’s my girl. Ada apa
nak jumpa saya ni?” Fendi mula menyoal tujuan utama Yana datang ke biliknya.
“Err... err..” kelihatan
Yana tergagap-gagap untuk memulakan
bicara.
“Tak apa. Saya jenis open
minded. Tanyalah..” kata-kata Fendi itu melegakan hatinya.
“Siapa Lisa?”
Soalan Yana membuatkan
wajah Fendi berubah riak. Macam mana Yana tahu mengenai Lisa. Siapa yang beritahu
Yana tentang Lisa. Sudah lama nama Lisa tidak di sebut dan kini selepas 3 tahun, nama itu kembali
menjelma.
“Fendi?” Fendi tersentak
mendengar namanya dipanggil. Dia memandang Yana dan menarik nafas panjang.
“Mana Yana tahu?” soal
Fendi.
“Err.. dari Encik
Zarith..”
“Zarith?” soalnya
kehairanan. Kenapa dengan begitu mudah Zarith bercerita tentang kekecewaannya
kepada Yana. Dahulu, seluruh keluarganya bimbang melihat keadaan Zarith. Sudah
puas di pujuk supaya bercerita tentang masalahnya. Zarith lebih rela berdiam
diri. Namun wajahnya menampakkan kekecewaan yang sedang dia alami. Fendi segera
membuang jauh-jauh ingatan itu dan mula memandang Yana yang masih lagi menunggu
jawapan darinya.
“Lisa tu kekasih
Zarith..” balas Fendi senada.
“Kenapa putus?” soal Yana
tidak sabar.
“Bukan putus. Tapi Lisa
yang tiba-tiba menghilang diri selepas mereka sama-sama menyambut ulang tahun
perkenalan mereka yang kelima tahun.”
“Habis, tak dapat cari
ke?” soal Yana lagi.
“Tak.. dia terus hilang.
Sudah puas kami cari. Nombor dia pun dah tukar. Macam mana kami nak cari lagi.”
rintih Fendi.
Yana hanya mampu
mendiamkan diri. Kasihan Encik Zarith. Patutlah muka dia dari awal nampak seperti
kehilangan. Walaupun dia garang macam singa namun jiwanya kosong.
Zarith tidak bercerita keseluruhan cerita.
Zarith hanya bercerita bagaimana mereka berdua berkenalan dan bercinta. Selepas
itu, cerita itu terhenti di situ apabila Zarith seakan sedar dia sudah terlebih
cerita mengenai Lisa. Segera dia menghalau Yana keluar dari pejabatnya.
Yana menjadi tidak puas
hati kerana hatinya meronta ingin mengetahui kisah selanjutnya. Justeru itu,
dia pergi ke bilik Fendi meminta penjelasan.
“Err.. saya harap Fendi
tidak beritahu Encik Zarith tentang hal ini. Dia tidak tahu saya bertanya
kepada Fendi..” mohon Yana.
“Boleh. Tapi dengan satu
syarat.”
“Syarat apa?”
“Keluar makan dengan saya
malam ni?”
“Keluar? Kita berdua?”
“Yelah. Habis tu, Yana
ingat kita nak keluar dengan siapa? Ziana Zain, Adibah Noor?” Fendi berseloroh
membuatkan Yana tidak dapat menahan tawa.
“Amboi, sukanya dia..”
teguran Fendi itu membuatkan Yana terus berhenti ketawa. Fendi ketawa geli hati
melihat wajah Yana menahan tawa.
“Malam ni? Pukul lapan
malam? Saya ambil awak dekat rumah?” soal Fendi kembali.
Yana sudah berasa serba
salah. Dia sudah meminta pertolongan dengan Fendi. Takkan dia mahu menolak
ajakan lelaki itu. Bimbang juga jika Fendi memberitahu Zarith. Pasti teruk di
marahi Zarith.
“Baiklah, saya setuju.
Fendi tulis alamat saya.” Fendi mula menulis alamat yang disebutkan Yana. Dia
menguntum senyum.
“Thanks sayang..” Fendi
mengenyit mata kepada Yana. Yana hanya mampu menggeleng.
FENDI sudah berada di perkarangan rumah Yana. Dia
mengambil telefon bimbit yang berada di dashboard dan mula mencari nama Yana.
Dia mendail untuk memberitahu keberadaannya di hadapan rumah Yana.
“Sekejap ye Fendi. Lagi
lima minit saya turun.” Yana segera mematikan talian dan bertungkus-lumus
menyiapkan diri secepat mungkin. Macam mana dia boleh tertidur selepas
sembahyang maghrib. Mujur dia tersedar dan kala itu jam sudah menunjukkan ke
angka tujuh lima puluh sembilan minit malam. Terlambat!
Selepas berpuas hati
melihat dirinya di cermin, dia bergegas keluar kerana bimbang Fendi panas
punggung menunggunya namun sangkaannya meleset apabila melihat Fendi sudah
berada di dalam rumahnya bersama umi, baba dan adik-adiknya. Dia segera
bergerak ke arah mereka.
“Maafkan saya, Fendi.
Saya terpaksa buat awak tertunggu-tunggu. Saya tertidur tadi..” perlahan saja
Yana menyebut perkataan tidur. Sebenarnya dia malu apabila Fendi berada di
rumah buruknya itu. Dia tidak mahu Fendi menjadi simpati kepadanya.
“Itulah Fendi. Penat
sangat agaknya kerja dekat pejabat tu. Pak cik tengok dia makin kurus. Kamu
tolonglah tengok-tengok anak Pak Cik ni ya.” mohon baba.
“InsyaALLAH Pak Cik. Yana
ni dah jadi tanggungjawab saya menjaga dia di pejabat.” Fendi cuba menyedapkan
hati orang tua Yana. Pasti mereka bimbang melihat Yana bekerja keras sehingga
menjadi kurus seperti ini. Kurus, kurus pun masih menawan. Oh hati! Kau sudah
gila bayang. Fendi tersenyum sendirian.
“Marilah Fendi. Umi,
babah. Yana pergi dulu ya?” pamit Yana sambil menyalami tangan kedua ibu
bapanya. Tersentuh Fendi melihat tingkah laku Yana yang amat manis dipandangan
matanya. Sopan santun, manis. Ah! Jika Yana ni anak yatim piatu sekalipun dia
sanggup menerima Yana kerana hatinya benar-benar sukakan gadis ini. Hatinya
menjerit sendirian.
“Kami pergi dulu Pak Cik,
Mak Cik..” giliran Fendi pula menyalami orang tua Yana. Kemudian dia berhenti
di hadapan adik-adik perempuan Yana dan bertanya, “Adik-adik yang comel ni, nak
abang belikan apa-apa tak?”
“Tia, nak coklat cadbury
yang besar!” adik bongsu Yana, Fatiah mula meminta.
“Ika pun nak coklat
jugak! Lagi besar dari Tia tau abang!” kata adik ketiganya, Farika.
“Ina... Ina...” kata adik
keduanya tergagap-gagap. Farina kelihatan takut-takut mahu meminta kerana umi
dan babah tidak pernah mengajarnya meminta-minta kepada orang lain.
“Cakap aje. Nanti abang
belikan ya?” pujuk Fendi.
“Ina... Ina nak teddy
bear...” perlahan sahaja suaranya. Bimbang di marahi baba agaknya.
“Fendi, jangan dilayan
sangat budak-budak ni.” tegur Pak Bakri.
“Tak apalah, Pak Cik.
Saya tak ada adik perempuan. Biarlah adik-adik ni jadi adik saya kalau Pak Cik
dan Mak Cik izinkan..”
Tergamam seketika Yana.
Adik-adik? Apa maksud dia?
“Boleh, boleh. Kecik tapak tangan, satu
padang bola Pak Cik tadahkan...” seloroh Pak Bakri mengundang tawa semua
kecuali Yana. Dia masih lagi cuba memahami kata-kata Fendi sebentar tadi.
“Sudah, pergilah cepat.
Nanti terlambat pula. Hati-hati ya. Jaga anak Pak Cik baik-baik ya, Fendi..”
“InsyaALLAH Pak Cik. Kami
pergi dulu ya?” sopan Fendi meminta diri. Mereka berdua berjalan menuju ke
kereta Fendi. Fendi segera membukakan pintu kereta untuk Yana.
“Eh! Tak apalah Fendi.
Saya boleh buka sendiri.” Yana cuba menolak.
“Tak boleh. Hari ini saya
nak layan awak macam puteri raja. Silakan masuk Tuan Puteri Faryana...” Yana
memandang wajah Fendi tanpa kelip. Macam mana dia tahu nama penuh aku? Soalnya
sendirian.
Fendi tersenyum manis
kepada Yana. Pasti Yana tertanya-tanya bagaimana dia tahu nama penuh Yana. Sebelum
dia menjemput Yana, puas dibodeknya setiausaha Zarith, Kak Ida untuk
memberitahu nama Yana. Kak Ida pada awalnya tidak mahu memberitahu kerana Yana
bekerja untuk Zarith. Namun setelah berbakul-bakul pujian di berikan kepada
wanita beranak dua itu baru di beritahunya nama Yana. Faryana Binti Bakri.
Sedap nama tu.
“Masuklah. Ke nak saya
dukung awak?” kata-kata Fendi itu membuatkan Yana kelam-kabut masuk ke dalam
kereta. Dukung? Gila! Kelihatan Fendi menahan tawa sehingga merah padam
mukanya. Sukalah tu dapat kenakan aku, bebel hati Yana.
Fendi segera beralih ke
bahagian pemandu. Pintu di buka dan dia masuk. Kemudian, kereta mewah itu
meluncur laju ke arah destinasi pilihannya.
“Encik Fendi...” panggil
Yana.
Senyap.
“Encik..... Fendi....”
panggil Yana lagi.
Sunyi.
Apahal pulak ni. Senyap
tiba-tiba. Tadi bukan main galak usik aku. Ni senyap pula. Yana menggaru
kepalanya yang terasa gatal. Tiba-tiba tangannya berhenti.
“Fendi...” panggilnya
perlahan. Baru dia tahu kenapa Fendi berdiam diri. Kerana dia memanggil Fendi
dengan gelaran Encik.
“Iya sayang....” usik
Fendi.
“Panggil Encik Fendi tak
dengar. Panggil Fendi, laju aje menyahut. Benci!” marah Yana.
“Saya kan dah kata. Kalau
kita berdua, awak kena panggil saya Fendi. Kalau dekat pejabat, baru betul
panggil Encik Fendi..” terang Fendi.
“Habis panggil sayang tu
pulak?” saja Yana bertanya soalan itu.
Terdengar tawa halus dari
mulut Fendi. “Bila awak panggil Fendi.... alahai lemah lutut saya dengar...”
kata Fendi ceria. Yana pula sudah mencebik. Gatal! Keadaan menjadi sepi
seketika.
“Kenapa awak melayan
sangat permintaan adik saya tu?” baru dia teringat tujuan dia memanggil Fendi
tadi sehingga dia membalas dengan panggilan sayang!
“Tak apalah Yana.
Adik-adik Yana kan masih kecil lagi. Biarlah...” balas Fendi.
“Tapi Fendi, keluarga
kami orang susah. Tak patut Fendi belikan mereka apa-apa. Saya takut nanti dia
orang mahukan barang tu lagi sedangkan kami tak mampu..” terang Yana.
“Izinkan saya jadi abang
mereka...” jawab Fendi bersahaja.
“Abang? Apa maksud awak?”
“Abang iparlah! Kenapa
awak ni slow sangat sayang oii..” bebel Fendi.
Gulp! Abang ipar? Biar
betul dia ni. Baru kenal dah mintak jadi abang ipar.
Fendi memandang Yana
sekilas lalu. Dia tahu Yana terkejut. Dia pun tidak menyangka secepat ini dia
berterus-terang. Gelojohlah kau ni, Fendi! Marah hatinya.
“Jangan risau. Saya
bergurau saja tadi...” Fendi berpura-pura ketawa namun dalam hatinya sedikit
kecewa kerana Yana tidak faham isi hatinya.
Fuh! Bergurau kasar si
Fendi ni. “Ha ha ha. Saya tahu Fendi
bergurau. Kita nak makan dekat mana ni?” cepat saja Yana mengubah topik. Tidak
mahu membincangkan perihal hati dan perasaan lagi.
Wajah Fendi yang sedikit
kecewa berubah riak.
“Adalah, rahsia...” kata
Fendi penuh kejutan.
Dia ada kejutan untuk Yana. Khas untuk Yana!
Biarlah. Mungkin dia masih belum kenal aku. Tak apalah. Bagi dia masa. Satu hari
nanti, dia pasti menjadi milik aku. Dia memujuk hatinya.
TAMAN PERMAINAN itu menjadi pilihan Fendi makan malam bersama
Yana. Yana kelihatan terkejut kerana sangkanya mereka akan makan di sebuah
restoran. Rupanya, di taman permainan! Macam budak-budak, getus hatinya.
“Kita dah sampai...” kata
Fendi ceria.
“Taman permainan?”
soalnya kehairanan. Apa kes pulak datang sini. Nak ajak main buai ke apa, bebel
hati Yana.
“Haah. Kita makan dekat
sini.”
“Kenapa taman permainan?
Kenapa tak dekat kedai makan aje?” soal Yana.
“Dah nama pun kejutan...
inilah kejutan dia. Pasti Yana suka. Mari, saya bawak Yana pergi satu tempat..” ajak Fendi yang sudah keluar
dari kereta. Yana yang tidak banyak soal segera menurut.
“Tapi, sebelum itu.....”
Fendi mengeluarkan kain hitam dari poket seluarnya dan menghampiri Yana.
“Kena tutup mata
dulu....” sambungnya lagi.
“Tutup mata? Ala...
kenapa??” rengek Yana.
“Suprises, sayang.
Cepat.. pejam mata tu. Saya nak tutup mata Yana ni...” arah Fendi. Yana yang
mula tidak puas hati tu hanya menurut. Fendi segera melekapkan kain kecil itu
ke mata Yana dan mula mengikatnya.
“Jangan risau. Saya bukan
orang jahat..” kata Fendi apabila melihat Yana menggigit bibir seperti
ketakutan. Takkan dia mahu buat jahat kepada wanita yang kian menempat di hatinya.
“Jom!” ajak Fendi yang
sudah mula memegang erat tangan Yana. Dia mengikut langkah Fendi dengan
berhati-hati. Kawasan itu dipenuhi dengan lopak air. Pasti tempat ini hujan
pagi tadi, teka hati Fendi.
Selepas beberapa minit
berjalan, dia berhenti di satu tempat. Perlahan-lahan dia membuka ikatan di
mata Yana.
“Taraa....!” kata Fendi
sambil menunjukkan ke arah satu tempat yang dipenuhi dengan cahaya pelbagai
warna.
Yana kelihatan terkaku
melihat keindahan taman permainan itu yang sudah dipenuhi dengan pelbagai lampu
yang berwarna-warni. Lampu itu ada yang berbentuk hati, rama-rama, burung dan
pelbagai bentuk lagi. Cantik! Puji hatinya.
“Cantiknya Fendi...” kata
Yana sambil mengelilingi taman permainan itu.
“Kan saya dah kata, Yana
mesti suka. Mari, kita dudk dekat sana...” ajak Fendi yang sudah bergerak ke
sebuah meja yang berada di taman itu.
Di atas meja itu sudah
dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat. Ada spaghetti, chicken chop,
kek red velvet, air orange jus, sedikit buah-buahan berserta kacang di
hidangkan sebagai pencuci mulut.
Terdapat juga lilin wangi
yang di hiasi di atas meja itu dan juga radio kecil yang berada di tepi
hidangan makanan yang sedang mengalunkan alunan muzik perlahan. Romantiknya
mamat ni! Kata hati Yana memuji kesungguhan Fendi menyiapkan semua ini
untuknya. Ini kali pertama dia melalui ini semua jadi dia tidak mengesyaki
apa-apa kerana dia terlalu teruja dengan keindahan ini.
“Suka?”
“Suka. Suka sangat.
Terima kasih Fendi. Ini kali pertama orang layan saya macam ni. Terharunya
saya...”
“Kan saya dah kata, malam
ni saya akan layan Yana macam Tuan Puteri. Saya sanggup jadi dayang....”
“Ha ha ha....” meletus
ketawa Yana.
“Kenapa awak ketawa?”
soal Fendi kehairanan.
“Mana ada dayang lelaki.
Dayang untuk perempuan ajalah!”
Fendi kelihatan malu
kerana dia tersalah cakap. Betullah, mana ada dayang jantan. Jatuh standrad
aku, desis hatinya. Akhirnya mereka ketawa kuat memikirkan hal dayang itu.
Berangannya!
ZARITH berjalan perlahan-lahan menuju ke taman
permainan. Dia mahu menenangkan diri memikirkan tentang Lisa yang saban hari
menyesakkan otak dan dadanya.
Dia tidak tahu arah ke
mana dia mahu pergi. Diikutkan saja arah kakinya berjalan ke mana. Namun,
langkahnya terhenti apabila mendengar ilaian tawa dari satu arah. Dia mencari suara
itu. Seakan kenal pemilik suara itu. Puas dia mengamati suara itu sehinggakan
dia tidak sedar kakinya sudah melangkah menuju ke arah suara itu.
Tiba-tiba langkahnya
terhenti apabila dia dapat melihat dengan jelas dua raut wajah yang berada
dihadapannya sekarang. Buat apa dia orang dekat sini? Soal hatinya.
Zarith segera mencari
tempat untuk menyembunyikan diri. Dia mahu lihat sendiri apa yang dilakukan
oleh sahabat dan kekasihnya. Kekasih? Dia menggeleng pantas. Yana bukan kekasih
aku. Makin tak betul otaknya kini.
“So, Tuan Puteri. Nak
makan apa?” soal Fendi yang berpura-pura menjadi pelayan Yana.
Yana tersenyum manis.
“Fendi, tolong ambilkan saya laksa tu..” arah Yana seakan-akan Permaisuri.
“Laksa?” soal Fendi
kembali. Dia memerhati meja makan itu. Mana ada laksa, soal hatinya.
“Ya, laksa. Yang tepi kek
tu....” Yana mula menunjukkan laksanya dan kemudian meletus tawa Fendi sehingga
membuatkan Yana hairan. Mintak laksa pun nak gelak ke? Bebel hatinya.
“Sayang, itu bukan laksa....
itu spaghetti....” terang Fendi sambil menahan tawa.
“Spag.. spag... ape tu?”
soal Yana ingin tahu.
“Spaghetti tu makanan
orang barat. Rupa aja macam laksa. Cuma nama sedap dia spaghetti.” terang Fendi
lagi.
“Oh. Malunya saya. Nama
makanan pun tak tahu...” perlahan Yana membalas.
“Tak apalah dear. Saya
kan ada. Kalau tak tahu, awak tanya aja ok my princess??” pujukan Fendi
menceriakan kembali suasana yang mahu suram.
“Dah, jom makan.” Sambung
Fendi lagi sambil menyedukkan spaghetti dan dimasukkan ke dalam
pinggan Yana. Kelihatan Yana takut-takut mahu memakan makanan itu. Namun
setelah diberitahu bahawa makanan itu halal yang ditempah khas di sebuah
restoran, baru Yana berani merasa makanan itu.
“Sedaplah...” kata Yana
teruja. Fendi menguntum senyum melihat kebahagiaan di wajah Yana. Yana bahagia,
Fendi pun bahagia, sayang. Katanya di dalam hati.
Sayang? Dear? Apahal
Fendi panggil dia macam tu? Minah tu pun pantang orang melayan, laju je kau
melayan jugak eh? Bebel hatinya.
Dia melihat drama sebabak
tadi, hatinya sudah panas membara. Lagi-lagi bila Fendi memanggil Yana sayang,
buatkan hatinya mahu meletup ketika itu juga. Namun ditahankan juga, kerana dia
mahu menjaga reputasi dirinya.
‘Kalau aku mengamuk tak
tentu fasal, kan buat malu je. Lagipun dia bukan kekasih aku. Suka hati dialah
nak keluar dengan siapa pun kan?’
‘Tapi, aku... aku... aku
tak suka dia rapat dengan playboy tu.’
‘Untuk apa? Kau bukan
suka Yana pun kan?’
‘Memang aku tak sukakan
dia, tapi....’
‘Tapi apa Zarith. Kalau
kau tak sukakan, biarkan mereka. Kalau kau suka, kau kena pastikan Fendi tak
rampas Yana dari kau.’
‘Tak! Aku tak suka dia!
Aku ada Lisa!’
‘Lisa? Dia dah lama
tinggalkan kau. Kini, kau ada Yana. Jangan bohong dengan hati kau, Zarith.’
Hatinya bersoal jawab.
Dia buntu. Kalau tak suka, kenapa ada perasaan cemburu? Aku suka diakah?
Soalnya. Ah! Aku tak suka dia! Aku tak suka dia! Kata hati yang menidakkan
perasaannya. Kemudian, dia terus berlalu meninggalkan dua insan yang sedang
bergembira itu dengan satu perasaan yang dia sendiri kurang pasti.
P/S: maaf jika ada yang silap.
(1) Zarith bercinta bukan 2 tahun tapi 5 tahun
(2) adik Yana ada 3 orang. Nama pun saya dah tukar. maaf salah nama adik Yana pada awal cerita
best! sambung lagi :D
ReplyDelete