Pages

Peminat Novel

Blog Page

26 Oct 2012

MINI NOVEL : AKU TOMBOY, DIA PLAYBOY (Bab 1)






“Sha, kau tengok mamat tu. Dari tadi duduk usha kau. Dia nak try kau kot..” kata sahabat sehidup semati Sha, Ard.
“Mana, mana?” aku mula mencari empunya badan yang memerhati aku dari tadi. Huh! Playboy tu nak buat apa. Celah gigi je aku nak tengok.
“Dia bukan tengok akulah... dia tengok awek lain tu.” Aku menyangkal.
“Betullah beb. Apahal hari ni dia pandang kau aje. Nak try ke? Tak padan dengan playboy. Ada hati nak main-main dengan kita. Dia belum kenal kita siapa. Tomboy terhebat di kolej ni.” Ard mula membangga diri. Aku tengok Ard ni pulak yang melebih. Aku menyiku lengannya.
“Sakitlah woi..” marah Ard.
“Kau yang melebih sangat kenapa? Suka hati dialah nak pandang siapa pun. Kau jangan masuk campur. Kalau dia nak try aku, pandailah aku nak handle.”
“Aku bukan apa Sha. Walaupun  kita ni dah macam jantan, tapi hati tetap tisu weh. Kita ni tetap perempuan. Aku tak nak dia mainkan perasaan kau.” Terang Ard panjang lebar.
Betul jugak kata dia ni. Tapi aku bukan nak melayan sangat. Dengan perangai playboy macam tu. Aku tak heranlah.
“Biarlah dia. Janji dia bahagia.” aku menyedapkan hati Ard.
“Kalau dia nak main-mainkan kau, kau bagitau aje aku. Taulah aku nak ajar mamat tu nanti.” Ard mengempal penumbuk.
Wohoo! Ini dia tomboy terkenal. Cik Saleha Majid a.k.a Ard. Nama bukan main keperempuanan tapi nama glamour macam jantan.
Weh, weh. Playboy tu datang sinilah..” kata-kata Ard mematikan semua lamunanku. Mataku pantas menyoroti ke arah lelaki playboy tu.
“Hai, sayang..” lelaki itu mula menegur.
Yucks! Sayang? Ha ha ha.. kau ni apa mimpi nak bersayang-sayang dengan aku?” aku mula menyoal. Macam tak betul aje.
Rilekslah. Jangan nak marah sangat.” Kata lelaki itu berbudi bahasa.
Wohoo. Aku rasa kau salah makan ubat ni. Sebelum ni tak pernah-pernah kau tegur aku. Kalau tegur je mesti nak cari fasal. Apa kes?” soalanku menyebabkan dia menyimpul senyum. Alahai! Senyuman manis bak delima tapi perangai hancus!
“Tak salah apa-apa ubat sayang. Mari sayang, B nak kenalkan sayang dengan kawan B..” kata lelaki itu.
“B??!!” jerit aku dan Ard serentak tapi kedengaran suara Ard yang melebihi volume.
Lelaki itu masih tersenyum manis. “Mari..” lelaki itu menarik tangan aku supaya mengikutnya. Ard juga mahu ‘follow’ tapi aku tak bagi. Biar aje dia tengok dari jauh. Kacau daun je orang nak dating. He he he. Gatal jugak aku ni.
Weh, Am. Kau nak bawak aku ke mana ni?” soal aku tidak puas hati. Jalan dah jauh, sampainya tak jugak.
“B nak kenalkan sayang dengan skandal B.” balas Am bersahaja.
Skandal?? Apa kena mengena dengan aku ni weh?”
“Nanti sayang tahulah..”
Aku menuruti langkah Am dan secara tiba-tiba pinggang aku di pautnya erat. Oh boy! Terkejut tahap tapir sekarang ni. Apahal main pegang-pegang. Wa ada tali hitam woi!
“Sally, kenalkan girlfriend I merangkap bakal tunang I..” Am memperkenalkan aku sebagai tunangnya? Oh boy! Rasa nak pengsan pulak.
Kelihatan wanita itu tersenyum sinis. “Huh! You jangan I bodohlah Am. I tahu taste you. You takkan buat minah tomboy ni jadi girlfriend you apatah lagi tunang you.”
“Terpulang pada you. Tapi itulah hakikatnya. Kalau you tak percaya you boleh tanya dia sendiri. Nama dia Aisyah. My dream wife.” kata Am.
“Betul ke?” soal Sally.
Pelukan erat Am membuatkan aku menggelabah. “Betul.. kami.. kami dah nak bertunang dah tak lama lagi.”
“I tak percaya. Cakap pun tergagap-gagap macam tak betul.”
Aku mengecilkan biji mata. Minah ni dah melebih weh. Aku tebar jadi roti canai karang!
“Dia sebenarnya malu. Yelah selama ni tak ada siapa yang pandang dia. I sorang aje yang sudi terima dia.” Kata Am bersahaja.
Aku dah berasap berapi nak bertukar menjadi Narutto ni. Dahlah suka-suka peluk aku lepas tu sempat kutuk aku. Aku cepat-cepat mencelah bagi hot ini cerita.
Well, Sally. Bukan I yang tak laku tapi dia yang tergila-gilakan I sangat. I dah kata I ni tomboy tapi dia beria-ia mahu berkawan dengan I. so takkan I nak tolak pulak kan? Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Kan B?” aku melentok dibahu Am membuatkan Am sedikit kaget.
Hah! Rasakan. Api Naruto dah menyerang.
Ha ha ha.. you ni kelakarlah sayang.” Am mencuit hidung aku. Aku segera membalas tetapi aku cubit sekuat hati hidungnya.
“Ouch! Sakitlah sayang. You ni nakallah.” Kata Am sambil memegang kejap pinggangku. Aku sudah rimas tapi dalam masa yang sama aku rasa selesa didalam pelukannya. Oh boy! Ulat bulu dah nak daun.
“Huh. You memang jantan tak guna. You dah main-mainkan I.” marah Sally. Bukan dia aje yang salah, kau pun sama. Gatal melayan. Memang padanlah korang ni. Sorang miang, sorang keladi. Jadilah ‘miang keladi’. Ha ha ha....
I’m sorry dear. But I really love her. I can’t live without my beautiful Aisyah.” Kata-kata Am ni memuji ke mungutuk aku. Aku tersenyum manis apabila Am memandang aku. Kurang masin punya budak. Pepatah yang aku cipta sendiri.
“Menyesal I kenal dengan you.” Marah Sally dan kemudian berlalu meninggalkan kami berdua. Aku segera melepaskan pelukannya.
“Apa penjelasan kau?” soalku.
Nothing..” jawab Am kemudian berlalu meninggalkan aku yang terpinga-pinga. Tak betul punya jantan! Argh!

6 comments:

  1. NAK LAGI KELAKAR LE TAPI BEST SANGAT2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adeh, Baby Mio. Kalau yang ni kena amek masa sikit ye. sbb ni sy buat secara santai. untuk di baca dlm blog. sbr ya ^^,

      Delete
  2. Hmmm.... boleh update lg x rase2 nye
    baby mio... nak link blog boleh?

    ReplyDelete
  3. best! smart ar! terbaik....kelakar pon ada...mmg sempoi

    ReplyDelete

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,