Pages

Peminat Novel

Blog Page

24 Jan 2013

Bab 7: Hanna Dayana & Yazid Shah



“AISYAH..Abang ada benda nak bincang. Mari duduk sebelah abang..”Kamarul menepuk-nepuk kerusi di sebelahnya.
Aisyah menurut dan melabuhkan duduk di sisi suaminya.
“Apanya, bang?Macam penting aje.”
Suasana sepi seketika.Aisyah melihat suaminya yang tiba-tiba senyap.
“Kenapa ni, bang?Aisyah ada buat salah ke?Kalau Aisyah ada kecilkan hati abang dalam tidak sedar, Aisyah minta maaf.Aisyah tak nak jadi isteri derhaka. Maafkan Aisyah, abang....” bicara Aisyah sebak. Tidak senang hatinya jika suaminya berkecil hati dengannya.Dia mahu menjadi isteri dan ibu yang solehah buat suami dan anaknya dunia akhirat.
Kamarul mencapai dan menggengam erat tangan Aisyah.Selama dua puluh lapan tahun mereka mendirikan rumahtangga, tidak pernah sekalipun Aisyah melukakan hatinya.Makan, pakainya di jaga dengan rapi. Dia senang dengan cara Aisyah menjaganya. Persis anak kecil yang minta dibelai dan di manja.Semuanya disediakan oleh isterinya tanpa rungutan.Tangan Aisyah yang berada dalam genggamannya di usap lembut.
“Aisyah takde buat salah dengan abang. Abang nak bincang fasal anak kita..”Kamarul menerangkan perkara sebenar.
“Yazid?”
Kamarul menganggukkan kepala.Berkerut sedikit dahi Aisyah.
“Kenapa dengan Yazid?” soal Aisyah ingin tahu.
“Aisyah suka Hanna tak?Anak Abang Brahim tu?” soal Kamarul yang masih lagi mengusap lembut tangan Aisyah.Sesekali dia bermain dengan kuku Aisyah.
“Kita nak bercakap fasal Hanna ke Yazid?”
Kamarul tersenyum kecil sebelum mencuit hidung mancung isterinya.
“Dua-dua..” balas Kamarul sepatah.
“Dua-dua?Maksud abang?”
“Abang ingat nak jodohkan anak kita dengan Hanna.Aisyah setuju tak?”Kamarul memandang wajah isterinya.Mahu meminta persetujuan daripada isterinya.Jika Aisyah bersetuju, lagi senang kerjanya.Lebih mudah dia mahu berbincang dengan Haji Brahim.
Riak terkejut terpamer di wajah mulus Aisyah.Bukan dia tidak suka dengan anak kawan suaminya itu. Tetapi apa pula kata Yazid Shah nanti? Membuat keputusan tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu.Anak-anak sekarang bukan seperti dahulu.Bercinta sebelum berkahwin lebih bahagia katanya.Jadi, tidak mustahil anaknya mempunyai prinsip sebegitu.Ingin mencintai dan di cintai.
“Kenapa?Aisyah tak setuju ke?Aisyah tak suka Hanna jadi menantu kita?” soal Kamarul apabila melihat perubahan wajah insan di hadapannya.
Aisyah pantas menggeleng.
“Bukan... bukan tak setuju. Aisyah pun berkenan sangat dengan Hanna tu. Baik budi pekerti, tahu menjaga diri.Sesuai sangat kalau nak dijodohkan dengan Yazid.Tapi kita kena fikir fasal Yazid juga.Hati dia. Hati dia dah berpunya ke belum.Dah ada kekasih ke belum.Kita tak boleh buat keputusan sesuka hati tanpa berbincang dengan dia dulu, bang...” terang Aisyah.
Dia dan Kamarul pun tidak tahu Yazid Shah sudah mempunyai kekasih atau belum. Kan haru jika dia dan Kamarul pergi meminang Hanna Dayana untuk anaknya. Dia harus tahu dari mulut Yazid Shah sendiri. Jika Yazid Shah masih belum berpunya, dia sangat setuju dengan cadangan suaminya yang mahu menjodohkan Yazid Shah dengan Hanna Dayana. Tetapi jika Yazid Shah sudah berpunya, dia tidak akan memaksa anaknya. Malah dia akan bersetuju saja dengan pilihan hati Yazid Shah asalkan bakal isterinya tidak melanggar syariat islam.
“Tak payah bincanglah..abang rasa Yazid takde kekasih. Nampak saja dia macam tu tapi abang tahu dia pun cari isteri yang baik.Kita hantar rombongan merisik ye?”
“Kalau itu keputusan abang, Aisyah ikut aje.Bila abang nak hantar rombongan?” soal Aisyah.Jika itu keputusan suaminya, dia sebagai isteri mengikut saja. Cuma dia berharap sangat anaknya akan menerima keputusan papanya dengan hati yang terbuka.
“Lusa..” putus Kamarul.

“ASSALAMUALAIKUM, bang Brahim...” Kamarul memberi salam sebaik saja panggilan telefonnya bersahut.
“Waalaikumussalam. Ha, Kamarul. Apa khabar?” soal Haji Brahim ceria.
“Alhamdulillah, sihat bang.Abang dengan akak sihat?”
“Alhamdulillah....” balas Haji Brahim.
“Bang..saya ada perkara nak bincang dengan abang..” Kamarul terus ke topik utama.
“Apa dia?” soal Haji Brahim.
“Tak boleh cakap dalam telefon.Lusa malam abang ada dekat rumah tak? Saya dengan Aisyah datang sana....”
Berkerut dahi Haji Brahim. ‘Macam penting sangat je sampai nak datang rumah?’ tanya hatinya.
“Lusa eh? Rasanya abang takde pergi mana-mana..Datanglah.Ajak Yazid sekali.Boleh makan malam sama-sama...” kata Haji Brahim.
“Eh, tak boleh.. Perkara yang saya nak bincangkan ni berkaitan dengan Yazid. Dia tak boleh ada...” sanggah Kamarul.
Terjongket keningnya mendengar bicara Kamarul.
“Maksud kamu?”Haji Brahim sudah semakin pening.Apa perkara yang hendak dibincangkan sampai Yazid Shah tidak boleh turut serta.
“Saya jumpa abang lusa nanti...” Kamarul tidak mahu memberitahu di dalam talian.Dia mahu bersemuka dengan Haji Barhim dan menyampaikan hajatnya.
“Kalau begitu, lepas Isyak kamu datang ya?” putus Haji Brahim.
“Baiklah..”

0 comments:

Post a Comment

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,