Pages

Peminat Novel

Blog Page

15 Jan 2013

Bab 14: Sungguh, Aku Cinta Kamu



“DISEBABKAN hari ni hari terakhir kita dekat sini. Saya nak ajak awak main layang-layang. Pagi tadi saya dah cakap, kan? Jomlah. Angin tengah kencang ni. Best kalau main time macam ni...” kata Isfahani teruja.
Sudah lama dia tidak bermain layang-layang. Semenjak dia bergelar seorang mahasisiwi, sudah kurang masanya di kampung. Memang jarang dia akan dapat pulang ke kampung. Kini, peluang yang diberi oleh Prof. Salleh untuk mereka mengenali dunia hidup di kampung memberinya sejuta rasa. Rindunya di kampung terlerai dengan kepulangannya ke kampung Mak Tok.
“Kita berdua aja ke?” soal Haikal mematikan lamunannya.
“Taklah. Borhan dengan Qila ikut sekali. Buah hati awak je saya tak tahu dia nak ikut ke tak...”
“Sekejap. Saya panggil dia..” Haikal berjalan memasuki rumah untuk mengajak Sofia turut serta bersama mereka. Menikmati keindahan dan pengalaman baru. Jika ianya tidak berkaitan dengan markah ujian mereka, dia juga tidak ingin Sofia bersama-sama dengannya. Nanti perangai gedik itu aje yang dia bawa. Buat malu dia sahaja.
“Sofi.. you nak ikut kita orang main layang-layang tak?” ajak Haikal.
Ketika ini wajah Sofia memuncung. Pasti mengenai hal tadi. Haikal menggeleng kepala lantas dia melabuhkan duduk di sebelah Sofia.
“Sofi.. I’m sorry, okey?” Haikal meminta maaf.
“For what?” balas Sofia lemah. Kini, dia betul-betul terasa hati dengan sikap Haikal. Tegarnya Haikal membiarkan dia bersendirian sedangkan lelaki ini bersuka-ria dengan geng-geng otak tak betul tu.
Haikal menghela nafas. “For everything.. Sorry, okay? I tak ada niat nak biarkan you sorang-sorang. Tapi ini kan berkaitan dengan assigment kita. So, I kena betul-betul mengetahui gaya hidup orang di kampung. I tak nak result I buruk. Please understand...” pujuk Haikal.
Sofia masih mendiamkan diri. Memikirkan kata-kata Haikal tadi. Benarlah mereka ke sini kerana assigment yang perlu dilaksanakan. Assigment yang entah apa-apa. Menyusahkan aje. Selama dia di sini, hampir setiap hari dia di gigit nyamuk. Tidak kira siang atau malam. Badannya sudah berparut sana-sini. Lepas itu, dia dipinggirkan oleh Haikal. Kewujudannya seperti tidak bererti langsung. Balik-balik Is yang Haikal cari. Siapa sebenarnya kekasih Haikal? Soalan itu yang sering bermain di fikirannya. Itu yang membuatkan dia menjadi cemburu dan menyampah dengan Isfahani. Dan dia tahu sedikit sebanyak Isfahani juga menaruh hati kepada Haikal. Cuma Haikal sahaja yang tidak sedar. Ah, dia juga wanita seperti Isfahani. Sudah tentu dia dapat meneka hati Isfahani.
“Sofi.. kenapa termenung ni? Hmm?”
“Nothing...”
“Jom. Hari ni kan kita last day kat sini. Is ajak kita main layang-layang. I nak pergi ni. You nak ikut tak?”
Is, Is, Is... Nama itu aje yang Haikal tahu sebut dan ingat. Dia menjerit di dalam hati.
“Sofi....” Haikal menegur apabila Sofia masih mendiamkan diri.
“Okey-okey. Kita pergi. Puas?” soal Sofia sedikit kasar.
Haikal langsung tidak terasa hati. Di fikirannya kini hanyalah Isfahani. Kesempatan ini akan dia gunakan sebaik-baiknya. Dia akan menghabiskan masa dengan Isfahani.
“You termenung apa?!” bentak Sofia sedikit geram  melihat Haikal seperti berada di dunianya sendiri.
“Hah? Nothing. Jomlah. Dia orang dah tunggu dekat bawah tu...” Haikal bangun dan berlalu tanpa menunggu Sofia. Sofia mendongkol geram. Belum apa-apa dah kena tinggal. Argh!!


“KUATNYA angin dekat sini, awak!!” Haikal menjerit kesukaan. Dia memusing-musingkan badannya menikmati udara segar di kampung itu.
Isfahani yang melihat telatah Haikal yang sangat jakun itu tersenyum lebar. Dia gembira apabila melihat Haikal gembira. Anak bandar seperti Haikal mana pernah merasa sebegini. Yang dia orang tau, bercuti di oversea. Tak pernah nak jejak kaki ke kampung atau kawasan percutian di Malaysia ini. Di Malaysia pun belum puas berjalan, dah pergi merayap dekat negara orang putih. Lepas tu, bila bawa datang sini. Perangai jakun pun keluar dengan banyaknya! Isfahani menggeleng perlahan.
“Inilah nikmat yang saya cakap dekat Prof. Salleh tu. Awak ingat tak?” soal Isfahani yang turut menghirup udara segar. Kiri dan kanan mereka sudah dipenuhi kanak-kanak yang begitu riang bermain layang-layang. Sesekali terdengar jeritan kecil dari kanak-kanak itu apabila layang-layang mereka berlanggar antara satu sama lain. Mereka kini berdiri di tengah-tengah sawah. Sambil itu juga, Isfahani akan menerangkan kepada Haikal dan Sofia cara-cara penduduk di sini menuai padi. Haikal yang begitu teruja turut ingin membantu pak cik dan mak cik di situ menuai padi.
Haikal menganggukkan kepalanya. Benarlah kata Isfahani semasa mereka di kelas. Kenikmatan yang tak terhingga. Tidak ada kesesakan. Tidak ada bunyi bising. Tidak ada pencemaran. Semuanya selamat dan selesa. Dia gembira di sini. Dan terasa tidak mahu pulang saja. Bila dia pulang, pasti akan berhadapan dengan kesesakan yang hari-hari begitu memenatkan.
“Bestkan?” tanya Isfahani sebelum melangkah kaki menuju ke pondok dan duduk dengan kawan-kawannya yang berdekatan dengan kawasan sawah padi.
Haikal juga mengikut langkah Isfahani. Dia duduk bersebelahan Isfahani sambil mengesat peluh dengan telapak tangan. Sesekali dia mengibas bajunya untuk mengeringkan peluh yang menyinggah di badannya.
Sofia ketika itu tengah ralit memerhatikan kanak-kanak bermain layang-layang. Bukan ralit sangat. Saja untuk menghilang rasa sakit hati kerana dari tadi Haikal membiarkan dirinya terconggok di pondok. Sedangkan mereka berempat seronok bermain layang-layang. Setelah Borhan dan Qila duduk bersamanya, barulah Isfahani dan Haikal turut menyertai mereka. Untuk apa Haikal mengajaknya datang ke sini jika tahu menyakitkan hatinya saja.
“Sofi, bestkan dekat sini. Ni pengalaman pertama I. You rasa macam tu jugak tak?” soal Haikal tanpa perasan wajah Sofia yang masam.
“Hmm...” balas Sofia sepatah.
“Awak, lepas ni kita nak main apa pulak?” soal Haikal kepada Isfahani.
Sofia mencebik. Awak, awak, awak! Aku ni tunggul ke depan mata kau?! Marah Sofia di dalam hati.
“Kita nak buat apa, beb?” soal Isfahani kepada Borhan dan juga Qila.
Kedua-dua sahabatnya seperti berfikir sebelum Borhan bersuara, “Kita mandi lumpur nak?”
“Nak, nak, nak!” kata Qila teruja. Dia amat gemar bermain lumpur. Baginya, bermain lumpur seperi mandi di dalam kolam.
“Good idea...!” balas Isfahani bersama sebuah senyuman manis. Manakala Haikal pula sudah berkerut-kerut kepala. Bukannya tidak pernah dengar perkataan lumpur itu. Cuma dia hairan ada ke orang sanggup berenang di dalam lumpur yang kotor dan berbau itu.
Isfahani segera menarik Haikal ke kawasan lumpur yang berdekatan dengan pondok yang mereka duduki tadi.
Qila dan Borhan saling berpandangan sebelum pandangan mereka terjatuh kepada Sofia. Di dalam kepala sudah pelbagai rancangan jahat yang dia mahu lakukan kepada Sofia. Lantaran itu, pantas saja Borhan mengenggam tangan Sofia dan menarik Sofia sekuat hati.
Sofia yang terkejut dengan penarikan itu, menepis-nepis tangan Borhan dari memegangnya. Hatinya yang sakit dengan keakraban Haikal dan Isfahani semakin sebal apabila Borhan menariknya ke kawasan air yang berlumpur sebelum dia di humban ke dalam air lumpur tersebut. Menjerit kecil Sofia.
Haikal terkejut. Isfahani, Qila dan Borhan sudah mengegek ketawa. Rupa Sofia ketika ini saling tidak tumpah seperti badak yang berendam di dalam lumpur.
“Haikal. Help me!” jerit Sofia.
Haikal yang leka sebentar tadi mula bergegas turun dan menarik Sofia. Sofia yang kelihatan terkejut itu pantas menolak badan Borhan sehingga Borhan terjatuh ke dalam lumpur.
“How dare you! You ingat I ni siapa hah? Anak lembu? Anak badak? Jangan nak samakan taraf I dengan you all. Orang-orang macam you all ni memang layak mandi dalam ni!” bentak Sofia.
“Rilekslah, Sofi. Aku nak bagi kau pengalaman aje. Tak semua orang dapat pengalaman macam ni tau.” Terang Borhan.
“Pengalaman kepala otak you! Orang kaya macam I tak perlukan pengalaman bodoh macam ni, tahu tak?!” balas Sofia sedikit kasar.
Isfahani yang sedari tadi mendiamkan diri mula bersuara. “Sofi, bahasa you tu jaga sikit. Borhan cuma nak tolong you aje. Lagipun inikan untuk markah kita. I rasa tak salah kalau Borhan nak bantu you.” Isfahani cuba mempertahankan Borhan walaupun dia tidak tahu ini adalah rancangan Borhan dan Qila.
Sofia tersenyum sinis.
“Senang you cakap kan? Habis baju dari Paris ni siapa nak basuh? Siapa nak ganti? You?” jari telunjuk Sofia menunding ke arah Isfahani.
“Tadi kau kata kau orang kaya. Kau boleh beli lebih dari satu baju ni. Jadi apa nak heran sangat..” balas Borhan bersahaja.
“You....!” Sofia sudah maju ke hadapan untuk berhadapan dengan Borhan yang ketika itu sudah keluar dari air lumpur.
“Sofi.. please.... jangan buat kacau dekat sini..” Haikal cuba memujuk.
“Huh? I buat kacau? Siapa yang mulakan dulu??”
“I know. Tapi Borhan cuma nak bantu you aje kan. Janganlah stress sangat....”
“You ni kenapa?! Nak pertahankan jantan ni pulak! I ni siapa pada you hah?!” kata Sofia sedikit meninggi.
“Sofi.....” panggil Haikal. Cuba menyabarkan hati.
“Apa? Tak betul apa I cakap? Mula-mula you asyik berkepit dengan Is. Sampai I depan mata you pun you tak nampak. Sekarang you nak back up kawan-kawan dia pulak?!”
“Wohoo! Sofi, ini dah melebih! Jangan nak kaitkan I dengan masalah you pulak!” Isfahani bersuara tiba-tiba apabila dia merasakan namanya turut ‘panas’ dalam hubungan Haikal dan Sofia.
“Gara-gara you, Haikal dah lupakan I. Sebab you, Haikal dah tak sayangkan I. Dan kerana you, dia sanggup marah I dan pertahankan you!” Sofia sudah mengangkat tangan kanannya mahu menampar pipi Isfahani tetapi sempat di tahan oleh Haikal.
“Jangan cuba-cuba berani tampar Is!” pekik Haikal dengan wajah yang menyinga.
Sofia kaku. Isfahani dan Borhan terkejut. Manakala Qila beriak biasa. Dia sudah menjangkakan hal ini akan berlaku. Dia tahu Haikal menyukai Isfahani. Jadi dia tidak hairan jika Haikal sanggup mempertahakan Isfahani.
“Kenapa? Tak boleh? Dia siapa pada you? Kekasih you? You suka dia?!” soal Sofia kasar.
Haikal melepaskan pegangan tangan Sofia. Belum masanya lagi orang lain tahu tentang perasaannya. Keluhan berat dilepaskan.
“Enough, Sofi. Jom kita balik. You kena bersihkn diri....”  kata Haikal seraya menarik tangan Sofia.
Sofia hanya menuruti.
Isfahani yang berada di situ sedikit pelik dengan reaksi Haikal. Kenapa sewaktu Sofia menanyakan tentang perasaan Haikal kepadanya, Haikal hanya mendiamkan diri. Kenapa Haikal tidak menidakkan tuduhan Sofia. Kenapa? Kenapa? Soalan itu bermain di fikirannya ketika ini. Adakah Haikal menyukai dirinya? 

0 comments:

Post a Comment

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,