Pages

Peminat Novel

Blog Page

22 Jan 2013

Bab 6: Hanna Dayana & Yazid Shah



“KAHWIN? Papa ni biar betul nak Yazid kahwin dengan budak hingusan macam tu?” sanggah Yazid Shah yang sedang memandu balik ke rumah mereka.
“Apa yang tak betulnya?Bukan dia aje budak hingusan.Yazid pun masih budak hingusan jugak. Umur dah dua puluh enam tahun masih tak kahwin-kahwin lagi..” kata Kamarul yang memerhatikan pemandangan malam yang di sinari lampu jalan.
Yazid Shah mengaru kepalanya yang tidak gatal. “Apa kena mengena?” soalnya.
“Iyelah..selagi kamu tak berkahwin, kamu masih digelar budak hingusan yang masih di bawah pemerhatian ibu bapa. Melainkan kamu sudah berkahwin.Tanggungjawab kamu menjadi besar.Membimbing isteri dan anak-anak ke jalan yang di redai.” Terang Kamarul.
Aisyah yang duduk di bahagian belakang mengangguk kepala menyetujui kata-katanya suaminya.Begitulah tanggungjawab seorang suami.Sama jugalah tanggungjawab seorang isteri.Jika si isteri ada melakukan kesilapan, si suami patut menegur dan memberi tunjuk ajar.Begitu juga dengan si suami.Saling memerlukan dan saling melengkapi.
“Tapi, Yazid ni harta pun takde lagi. Harapkan kereta Myvi ni ajelah harta Yazid, pa..Bagilah Yazid cari harta dulu. Berat tanggungjawab nak jaga anak orang ni, pa...” terang Yazid. Sebenarnya lebih kepada mahu mengelak.Tidak mahulah dia berkahwin dengan minah sengal itu.Makin huru-hara hidupnya.‘Dah lah manja, sikit-sikit merajuk.Boleh kena sakit jiwa lama-lama melayan rajuk dia saja.Habis rajuk aku, siapa nak ambil tahu? Amboi, belum apa-apa dah fikir fasal merajuk ye, Yazid..’
“Harta boleh di cari. Tapi isteri yang baik susah nak cari. Papa tak nak Yazid tersalah pilih isteri.Nanti Yazid ke mana, dia ke mana.”Terang Kamarul lagi.Perempuan zaman sekarang bukan seperti zamannya.Dahulu, perkahwinan ditentukan oleh ibu bapa.Tetapi kini, perkahwinan di nilai melalui harta, kekayaan, pangkat dan darjat seseorang.Sebab itu, kebanyakan perkahwinan terputus di tengah jalan apabila merasakan mereka semakin tidak sehaluan.Siapa yang harus dipersalahkan?Lelaki yang terlalu mementingkan dunia atau wanita yang terlalu mengejar kekayaan? Dia tidak mahu anaknya terjebak dengan kesulitan dunia yang hanya akan menyusahkan dirinya sendiri. Untuk apa mencari wanita yang mempunyai kerjaya yang membanggakan tetapi kurang akhlak dan agamanya. Sekurang-kurangnya biarlah ia selaras dengan dunia dan akhirat.
Yazid Shah memandang sekilas wajah Kamarul sebelum kembali memandang ke jalan raya. Berkerut sedikit dahinya.‘Papa ni serius ke nak kahwinkan aku dengan minah tu?’
“Tapi dia tu manjalah, papa.Tadi masa dia dekat dapur.Dia hentak-hentak kaki bila Auntie Asmah suruh dia bancuh air. Tak percaya, papa boleh tanya mama. Mama ada dekat situ masa tu kan?” soal Yazid Shah seraya mengerling Aisyah melalui cermin pandang belakang.
Aisyah menganggukkan kepala.Dia sudah tidak larat mahu melayan perbualan antara bapa dan anak ini.Kepalanya yang semakin memberat sukar menghadam perbualan mereka. Dia mengiakan sahaja apa yang ditanyakan oleh anaknya itu.
“Jadi betullah?” soal Kamarul.
Berkerut dahi Yazid Shah.
“Betul? Apa yang betul?” soal Yazid Shah tidak faham.
“Betullah kamu mengintai Hanna tadi?” teka Kamarul sambil mengjongket-jongket keningnya.Sengaja mahu mengusik anaknya. Dia mahu mengetahui apa yang tersirat di hati anaknya itu. Dia sudah berangan-angan mahu meminang Hanna Dayana untuk anaknya.Namun dia harus berbincang dengan isterinya terlebih dahulu sebelum menyampaikan hajat besarnya kepada keluarga Haji Brahim.
Erk! ‘Tertangkap jugak akhirnya.’
“Ish, mana ada papa. Tembel mata nanti kalau mengintai anak dara orang..” sangkal Yazid Shah.
“Kamu jangan tipu papa.Papa lebih makan garam dari kamu, Yazid.”Usik Kamarul lagi.
Yazid Shah menepuk dahi. ‘Pulak...’

“HANNA....” panggil Haji Brahim sambil mengetuk pintu bilik anaknya.
Senyap.
“Hanna ku sayang.... Bukalah pintu ni. Tak baik tau buat orang tua macam ni. Bukalah pintu ni...” pujuk Haji Brahim.
Masak! Memang masak! Anaknya kalau sudah tahap merajuk begini, memang payah hendak memujuk. Berpuluh-puluh ayat manis dia gunakan, satu pun tak jalan. Dia menggaru dagunya yang mula ditumbuhi rerambut kasar.Baru beberapa hari tidak mencukur, sudah lebat jambang yang tumbuh di dagunya.Dia yang dahulunya seorang bekas tentera telah di ajar menjaga kekemasan dan ketrampilan.Dahulu, mereka tidak di benarkan membela walau sehelai rerambut pun.Kerana tampak tidak kemas.Jadi, sekarang bila sudah pencen, dia sudah terbiasa dengan undang-undang itu.Untuk menjadi kacak tidak perlu membela jambang, menghisap rokok.Cukuplah dengan menjaga kesihatan dan pemakaian.Tampak sempurna.
“Hanna Dayana...” seru Haji Brahim lagi.
Masih senyap.Namun cuma seketika apabila dia terdengar pintu terkuak dari dalam.Segera dia memaniskan wajah dengan senyuman demi memujuk anak daranya itu.
Wajah Hanna Dayana ketika itu masam seperti asam kecut.Memuncung mengalahkan muncung itik.Tergelak kecil Haji Brahim melihat mimik muka anaknya itu.
“Abah....” renggek Hanna Dayana tidak puas hati. ‘Eii.Orang merajuk, dia boleh gelak-gelak pulak!’
“Oppss! Sorry. Comel sangat muka anak abah ni bila merajuk. Macam ayam berak kapur.”Usik Haji Brahim.
Makin memuncung bibir anaknya itu.Haji Brahim menggeleng perlahan.Manja.Dia menggosok perlahan kepala anaknya.Persis memujuk anak kecil berumur dua tahun.Hanna Dayana memang seorang anak yang manja.Lagi pula dia dilahirkan sebagai anak yang bongsu.Bertambah-tambah manjalah.
“Marah abah ya?” soal Haji Brahim.
Muka Hanna Dayana masih cemberut tetapi kepalanya laju sahaja mengangguk menjawab pertanyaan Haji Brahim.
“Abah minta maaf.Okey?Maafkan abah, ye?”
Tiba-tiba wajah Hanna Dayana bertukar ceria.Senyuman terukir di bibir.
“Hmm.. boleh. Tapi dengan satu syarat!” laju saja Hanna Dayana menetapkan syarat sebelum sempat Haji Brahim berkata-kata.
“Syarat apa? Main tipulah anak abah ni..” kata Haji Brahim seraya mencubit perlahan hidung anaknya. Dia tidak kisah syarat apa sekalipun, asalkan anaknya sudah tidak merajuk lagi. Nanar hari-harinya jika tidak mendengar celoteh anaknya.
“Belanja baju, boleh?Petang tadi tak sempat belilah.He he he...” kata Hanna Dayana bersahaja.
“Aik..orang yang tadi merajuk dah tak merajuk ke?” usik Haji Brahim.
Hanna Dayana tersenyum sumbing.
Haji Brahim menggelengkan kepala. ‘Hanna... Hanna... Buat abah risau ajelah.’

1 comments:

  1. best la.. hehe
    smbng lgi ya.. suka ♥♥♥♥
    bagi mreka kahwin cpt sikit.. hehe
    sya masih skolah lagi.. so writer jgan risau, sya tetap bca jugak.. hehe

    ReplyDelete

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,