Pages

Peminat Novel

Blog Page

3 Sept 2012

Bab 5: Sungguh, Aku Cinta Kamu


“Ha ha ha...!!” meletus tawa Isfahani dan Borhan. “Itu ke mamat yang kau tangkap cintan tu?” soal Borhan dalam tawa.
“Ish! Kau ni janganlah gelak kuat-kuat. Nanti mamat tu dengar..” marah Qila sambil mencuri pandang ke arah lelaki yang sedang menikmati makan tengahari di kafe.
“Betullah orang kata, cinta itu buta. Dalam ramai-ramai lelaki, mamat tu jugak yang kau sangkut...” Isfahani masih tenggelam dalam tawanya. Geli hati melihat pilihan Qila kali ni. Selalunya, Qila amat menitikberatkan ketampanan seseorang dan juga ‘poket’ yang sentiasa berisi. Tetapi pilihan Qila kali ni amat mengejutkannya.
“Ala... Nak terjatuh cinta. Nak buat macam mana?” sangkal Qila. Geram kerana Isfahani seakan menyindirnya.
“Ha ha ha.... Dengan rambut belah tepi, cermin mata besar. Sebijik  macam budak kelas aku dulu...” tawa Isfahani semakin meledak. Mana tidaknya, budak yang sering di bulinya dahulu berpakaian seperti ini sehingga Isfahani menggelar budak itu ‘budak spec tebal’. Tetapi dia tidak lagi mendengar khabar berita ‘budak spec tebal itu’ setelah tamat persekolahan mereka.
“Sudahlah,Is.. Jangan gelakkan dia lagi. Sekarang, kau cakap dekat kita orang apa yang kita orang boleh tolong?” soal Borhan cuba memujuk sahabat baiknya itu.
Qila tersenyum meleret mendengar kata-kata Borhan. “Betul kau nak tolong aku?” Borhan hanya menganggukkan kepalanya.
“Aku nak minta tolong kau kenen-kenenkan aku dengan mamat tu. Boleh tak?” soal Qila penuh mengharap.
Isfahani dan Borhan saling membalas pandang. Biar betul minah ni! Aku ingat dia main-main je. Tingkah Borhan di dalam hati.
“Boleh tak?” soal Qila lagi.
“Erm... Boleh. Kau orang tunggu sini kejap.” Pinta Borhan sambil berlalu ke arah lelaki itu. Qila terus memegang tangan Isfahani. Terasa sejuk tangannya. Isfahani cuba menenangkan Qila.
Borhan sudah duduk di sebelah lelaki itu dan mula berbicara. Entah apa yang dibicarakan Borhan membuatkan lelaki itu menoleh ke arah kami dan tersemyum sipu. Kemudian, kelihatan lelaki itu menganggukkan kepala. Borhan segera menaikkan ibu jari tanda ‘bagus’. Setelah bersalaman, Borhan menuju ke arah kami. Lelaki itu juga turut berlalu dari situ sambil melambai tangan kepada Qila. Qila hanya tersipu malu.
“Nah... Nama dia Kamil. Course Kejuruteraan. Ni nombor telefon dia..” Borhan meletakkan sehelai kertas kecil dihadapan Qila. Bersinar-sinar mata Qila melihat kertas tersebut. “Dia cakap apa dekat kau?” soal Qila ingin tahu.
“Dia kata dia dah lama perhatikan kau. Cuma dia tak berani nak tegur. Takut kau marah..” Tersipu-sipu Qila mendengar jawapan Borhan.
Fulamak! Cinta tak bertepuk sebelah tanganlah!” kata isfahani teruja.
“Sudah.. Jangan nak feeling sangat. Sekarang kau kena belanja aku makan. Aku dah tolong kau tadi kan?” kata Borhan sambil mengangkat keningnya.
“Eleh! Tolong tak ikhlas. Menyampah aku!” jelling Qila sambil berlalu ke kaunter.
Borhan dan Isfahani ketawa geli hati melihat Qila menarik muncung. Semoga jodoh ada untuk kau, Qila.. Bisik Isfahani sendiri.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,