Pages

Peminat Novel

Blog Page

17 Nov 2012

Bab 20: Dia Yang Ku Cinta



‘FENDI, I nak jumpa you malam ni. Jam lapan malam dekat Kafe My Friend. – Lisa’
Mesej itu dibaca berulang kali. Hatinya semakin tidak keruan. Kenapa agaknya Lisa mahu menemuinya. Segera dia membelokkan kereta dan menuju ke Kafe My Friend.
Selepas sepuluh minit perjalanan, akhirnya dia tiba juga di Kafe My Friend. Dengan langkah pantas, dia mencari Lisa. hatinya tertanya-tanya, kenapa Lisa mahu berjumpa dengannya? Adakah Lisa menyimpan dendam dengannya. Dia semakin tidak tentu arah. Peluk yang mengalir di dahi itu sangat merimaskan. Selagi dia tidak tahu tujuan Lisa mahu menemuinya, hatinya semakin sesak.
Matanya menyoroti ke arah pelanggan yang berada di kafe itu. Matanya tertancap kepada wanita yang duduk membelakanginya. Segera dia berlalu ke wanita itu.
“Li... Lisa...” dia menyapa Lisa.
“Hah, Fendi. Please have a seat..” pelawa Lisa sambil menunjuk kerusi di hadapannya. Fendi segera duduk di kerusi itu.
“Ada apa nak jumpa I?” soal Fendi tidak sabar. Lagi cepat dia tahu tujuan Lisa, lagi cepat dia pulang ke rumah. Berjumpa dengan Lisa seolah-oleh menjerat dirinya ke tali gantung.
Well, sayang. Kita order dulu. Waiter..” panggil Lisa apabila dia ternampak pelayan melalui mejanya.
“Nak makan apa?” soal pelayan itu.
“Bagi air laici dengan nasi pattaya satu. You nak makan apa, Fendi?” soal Lisa kepada Fendi. Namun belum sempat Fendi memesan makanan, Lisa sudah mencelah.
“Oh, I tahu your favourite. Bagi teh suam dengan nasi goreng kampung. Bagi kaw-kaw pedas, ya?” pesan Lisa kepada pelayan itu. Setelah mengambil pesanan, pelayan itu berlalu meninggalkan mereka.
“I tak pernah lupa favourite you, sayang....” sengaja Lisa menekankan perkataan sayang itu.
“Lisa, please.. ada apa you nak jumpa I.” 
Tegas suara Fendi. Dia tidak suka apabila Lisa seakan-akan memainkan dirinya.
Well, tak ada apa yang penting. Cuma nak tunjuk you gambar anak kita..” balasnya sinis. Dia mahu fendi tahu yang dia tidak mengugurkan kandungannya. Dia mahu Fendi tahu bahawa anak itu adalah anak mereka!
“Anak kita???” soal Fendi tidak faham.
“Yes, sayang. Anak kita. You dah lupa atau buat-buat lupa?” perli Lisa.
“Lisa...” tegur Fendi. Dia tidak suka Lisa memerli dirinya.
“Kenapa? You terkejut? Tak sangka anak kita masih hidup??” soal Lisa kembali.
What do you mean?” soal Fendi tidak puas hati. Lisa tak gugurkan kandungan dia ke? Soal hatinya.
Perbualan mereka terhenti apabila pelayan datang membawa makanan yang mereka pesan tadi. Pelayan itu meletakkan makanan di atas meja dan berlalu ke meja lain untuk mengambil pesanan pelanggan lain.
Lisa tersenyum sinis. Dia mengeluarkan beberapa keping gambar anak mereka dan ditunjukkan kepada Fendi.
“Nuralia Natasha binti Mohamad Fendi...” kata Lisa bersahaja. Memang itu anak Fendi. Dia tidak pernah membuat hubungan dengan lelaki lain. Tetapi lelaki dihadapannya ini sudah menghina dirinya. Menghina anak ini. Hatinya bagai di siat-siat.
Fendi tergamam. Dia melihat satu persatu wajah anak kecil di dalam gambar itu. Melihat dari gambar ini, pasti anaknya sudah berusia dua tahun.
Wajahnya yang comel, pipinya yang tembam, senyuman yang manis membuatkan jiwanya tenang. Wajah anak kecil itu persis sepertinya. Betulkah anak ini anaknya? Hatinya bertanya sendirian.
“Ini anak you. Anak kita....” balas Lisa yang seakan faham apa yang berada di fikiran Fendi.
“You.. you tak gugurkan anak ni?” soal Fendi ingin tahu.
“Tak. Anak ni tak bersalah. Kita yang bersalah, Fendi. You tengok senyuman dia, tawa dia. Memberi kita ketenangan. You tak rasa ke?” soal Lisa.
Fendi hanya mengangukkan kepala menyetujui kata-kata Lisa. Ya, benarlah orang kata. Anak penenang jiwa. Apabila dia melihat anak ini, hati kecilnya menjadi tenang.
“Dekat mana dia sekarang?” soal Fendi.
“Alia ada dengan kawan I dekat UK. I terpaksa tinggalkan dia dengan kawan I untuk berjumpa semula dengan Zarith. I cintakan dia, Fendi. I really do love him..” balas Lisa.
“Tapi kenapa selepas tiga tahun? Kenapa tidak selepas you lahirkan anak ni?” soalnya lagi.
“I... I perlukan kekuatan, Fendi. I takut I tak kuat nak hadapi. I takut I berterus-terang dengan Zarith tentang hubungan kita.” Kata Lisa jujur. Dia bimbang dengan kepulangan dia akan mengundang masalah lebih besar lagi. Dia tidak mahu kehilangan Zarith.
No! You tak boleh beritahu dia tentang kita!” kata Fendi tegas.
I know. Sebab itu, I perlukan masa. Sekarang I dah bersedia. I akan hadapinya dengan tenang... I nak Zarith semula.” kata Lisa yakin.
“Tapi, macam mana dengan anak kita?” akhirnya dia mengaku juga anak ini sebagai anaknya. Kasih sayangnya sudah tertumpah pada anak ini walaupun hanya melihat wajahnya di dalam gambar.
“I akan jaga dia. Don’t worry..”
“Kalau Zarith tahu macam mana?” soal Fendi.
“Jangan risau. Buat sementara ni, biar dia dengan kawan I dulu. Bila hubungan I dah baik, I akan berterus-terang. Masa tu, mesti dia akan maafkan I dan lupakan perkara itu kerana dia cintakan I dan I cintakan dia.” Kata Lisa yakin.
Fendi semakin tak tentu arah. Lisa mahu berterus-terang? Dia kenal benar perangai Zarith. Mana mungkin Zarith akan melupakan hal itu dengan semudahnya.
Teringat wajah bengis Zarith membuatkan dia seram sejuk. Walaupun mereka sahabat baik, tapi jika sahabatnya mengkhianatinya, tidak mustahil maut menanti.
“I tak yakin Zarith akan terima. Biar I bertanggungjawab..”
No! I can handle this. No worries...” balas Lisa cuba menyedapkan hati Fendi..
Apa yang perlu dia lakukan? Untuk berkahwin dengan Lisa itu adalah perkara mustahil kerana sejak dari dulu dia memang tidak mencintai Lisa. Dia cuba mahu berseronok sahaja. 
Kini, hatinya sudah terpaut kepada Yana, gadis pembancuh air itu. Dia pun tidak tahu apa istimewanya Yana di matanya namun dia amat menyenangi Yana.Mungkin dengan kepulangan Lisa ini memberi dia peluang dan ruang untuk mengambil hati Yana. Dia tahu Zarith juga menyukai Yana. Sebab itu, dia rasa sedikit tergugat. Tetapi, dengan kepulangan Lisa, dia berasa  sedikit lega.
So, you nak I buat apa?”
I want him back!” kata Lisa tegas. Fendi fahamlah apa yang diinginkan oleh Lisa. Dia mahu Zarith kembali kepadanya. Kembali kepada cinta yang pernah mati suatu ketika dahulu.
Fendi hanya mendiamkan diri sambil menghirup minumannya perlahan-lahan. Perut yang lapar pada awalnya seakan kenyang setelah mengetahui perkara ini. Pertama, dia mempunyai anak. Kedua, dia terpaksa membantu Lisa mengambil hati Zarith semula. Ah! Kusutnya kepala.

1 comments:

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,