Pages

Peminat Novel

Blog Page

2 Nov 2012

Cerpen: Aku Suka Dia



AKU berlari-lari anak di kawasan taman reaksi. Ini memang rutin mingguan aku. Setiap pagi ahad, aku akan meluangkan sedikit masa untuk bersenam. Sihat untuk tubuh badan selepas penat bekerja selama lima hari.
Aku mengeliatkan tubuh badan menjadikan badan aku lebih segar. Setelah dua puluh minit berlari, aku mengambil tempat duduk yang agak jauh dari tumpuan orang ramai. Aku mula duduk dan mengelap peluh yang mula menitik dari wajahku. Dalam sedang aku leka melihat pemandangan sekeliling yang dipenuhi dengan manusia, aku terpandang susuk tubuh yang begitu menarik perhatian. Dia tengah melakukan senaman ringan. Pasti baru selesai berlari.
Aku meneliti wajahnya. Wajah yang putih berseri tanpa sebarang jerawat. Matanya yang sedikit sepet namun nampak sangat kena dengan rupanya. Bibirnya yang merah tanda bukan penghisap rokok. Hati aku berdegup secara tiba-tiba. Entah kenapa, kaki aku melangkah perlahan menuju ke arah lelaki itu.
“Assalamualaikum...” aku mula menyapa lelaki itu. Kelihatannya lelaki itu agak terkejut menerima kehadiran aku di sini. Aku pun tidak tahu kenapa aku ingin sangat mengenali lelaki itu.
“Assalamualaikum..” aku memberi salam sekali lagi apabila melihat lelaki itu seakan kaku melihat aku.
“Wa... waalaikumussalam...” lelaki itu menjawab salamku.
“Boleh saya duduk?” entah kenapa hari ini aku begitu berani menegur lelaki yang tidak aku kenali.
“Silakan....” jawab lelaki itu sambil mengelap peluh.
Aku masih lagi meneliti wajahnya tanpa kelip. Wajahnya kelihatan tenang sekali.
“Nama siapa?” aku mula menyoal.
Lelaki itu sekali lagi terkejut mendengar pertanyaanku. Pasti dia berasa pelik kerana seorang perempuan begitu berani menghampiri lelaki yang tidak dikenali tanpa rasa was-was.
“Kamal...” jawab lelaki itu sepatah.
Kamal? Sedap nama, semanis tuannya.
“Saya Kamelia...” aku menghulur salam perkenalan kepadanya. Kelihatan Kamal teragak-agak menyambut huluran tangannya namun dia tetap menyambut juga.
“Kita kawan?” entah kenapa ayat itu yang terkeluar dari mulutku.
“Kawan?” soal Kamal.
“Ya, kawan. Nama pun dah tahu. So kita kawanlah kan?” aku menyoal kembali.
Kamal memandang aku dengan riak pelik. Aku mengambil kesempatan itu dengan melihat wajahnya. Setiap kali aku melihat wajahnya, jantungku semakin kuat berdegup. Aku jatuh cintakah?
“Macam mana? Jangan risau. Saya bukan orang jahat.” aku menyedapkan hatinya. Mana ada perempuan yang ingin berbuat jahat kepada lelaki.
Kamal menganggukkan kepala dan kemudian menguntum senyum. Hatiku semakin tidak keruan. Pesona matanya membuat aku seakan-akan terpukau. Sah aku jatuh cinta.
Kami berbual ringkas mengenali hal masing-masing. Kamal pada awalnya kelihatan kekok mula selesa dan berbicara itu ini denganku. Ada sahaja yang diceritakannya. Apabila dia bercerita aku akan terus-menerus melihat wajahnya. Hatiku tenang melihat ketenangan mukanya. Sesekali dia menoleh ke arahku dan menguntum senyum kemudian menyambung semula ceritanya. Aku semakin tidak keruan.

SELEPAS pulang dari bersenam, aku merehatkan badan di dalam bilik mahu membaca novel terbaru keluaran Kaki Novel. Baru beberapa helai aku membaca, telefon aku berbunyi tanda ada mesej masuk. Aku melihat nama yang memberi mesej kepadaku. Aku tersenyum sendirian. Kamal. Kami sempat bertukar-tukar nombor telefon sebelum masing-masing menuju ke rumah masing-masing. Tidak sangka secepat ini Kamal menghubungiku.  Lantas, butang hijau ku buka.
~Salam. Maaf menganggu. Buat apa? – Kamal
~Wassalam. Tak menganggu pun. Takde buat apa-apa. Kenapa ya? – Kamelia
~ Saja aja mesej awak. Takde orang marahkan? – Kamal
Aku tersenyum melihat mesejnya itu. Orang nak marah? Siapa? Aku tidak mempunyai teman istimewa. Tiada siapa akan marahkan ku jika aku berkawan dengan dia. Tetapi dia? Dia sudah berpunyakah?
~Takde siapa nak marahkan saya. Saya masih solo but avalaible tau. He he he.. – Kamelia.
Aku cuba melawak. Aku menunggu mesejnya selama sepuluh minit namun tiada balasan. Hatiku hampa. Mesej kami terhenti disitu. Aku kembali menyambung pembacaanku.
Seketika, terdengar deringan telefonku. Aku melihat nama pemanggil itu. Kamal? Butang hijau segera ku tekan.
“Assalamualaikum, Kamal...” aku mula memberi salam.
“Waalaikumussalam....” Kamal membalas.
Seketika, perbualan kami menjadi sepi. Dia diam begitu juga denganku. Tidak tahu hendak berbual apa. Hatiku sentiasa berdegup kencang mendengar suaranya.
“Awak free tak malam ni?” soalnya tiba-tiba.
Free. Kenapa?” pantas saja aku menjawab pertanyaannya. Aku belum betul-betul kenal dengannya. Kenapa dengan berani aku menerima ajakannya.
“Saya... saya ingat nak.... nak ajak awak keluar.” Kamal tergagap-gagap mengajak aku keluar.
 Keluar? Hati melonjat riang entah kenapa. Serasa aku sudah lama mengenalinya sehingga aku tidak takut jika berlaku apa-apa kepadaku.
“Boleh, malam ni. Pukul lapan dekat Kafe Seri Cempaka.” aku memberitahu tempat perjumpaan kami malam ini.
“Terima kasih. Terima kasih. Kita jumpa malam ni. Assalamualaikum.” Kelihatan Kamal begitu gembira menerima kata setuju dariku. Aku tersenyum sendirian. Baju apa yang ku pakai untuk berjumpa dengannya. Aku terus menuju ke almari baju dan mula memilih baju yang bersesuaian untuk berjumpa dengan pencuri hatiku. Ya, aku yakin aku sudah jatuh cinta dengannya.

KAFE SERI CEMPAKA. Aku menunggu dalam resah. Sudah hampir setengah jam aku menunggunya, namun bayangnya tak kunjung tiba. Dia jadi datang ke tidak ni. Aku memerhati kawasan sekeliling. Kafe ini sudah penuh dengan orang ramai. Biasalah malam minggu pasti ada perjumpaan antara rakan-rakan tidak terkecuali jugak pasangan bercinta dan bakal bercinta. Bakal bercinta? Hatiku ketawa sendirian memikirkan perkara yang mustahil terjadi.
Pandangan  mataku terhenti di luar kafe. Aku melihat Kamal berjalan menghampiriku. Senyumannya tidak pernah lekang dari wajahnya. Jantung berdegup lagi setelah beberapa jam menyepi. Sah, aku memang cintakan dia!
“Assalammualaikum...” Kamal memberi salam sambil tersenyum manis.
“Waalaikumussalam..” aku membalas salamnya.
“Dah lama sampai?” Kamal menyoal sambil matanya mencari kelibat pelayan. Dia mula mengamit pelayan yang dekat dengan meja sebelah.
“Taklah, baru aje sampai.” bohongku. Takkan aku mahu beritahu aku menunggunya dari jam tujuh empat puluh lima minit malam tadi. Ah, memalukan!
“Makan apa?” soal pelayan itu.
“Awak nak makan apa?” soal Kamal kepadaku.
“Saya ikut awak jelah..”
Kamal mula memesan Nasi Goreng Pattaya bersama air Fresh Oren untuk kami berdua. Seketika, pelayan itu mula berlalu selepas mengambil order dari Kamal.
Kamal memandang aku dengan pandangan yang aku sendiri kurang pasti. Aku hanya mampu tersenyum menutup gugup di dada. Namun setelah lima minit dia memandang aku, aku mula bersuara kerana berasa tidak selesa diperhatikan terus-menerus.
“Kenapa awak pandang saya macam tu?”
“Awak perempuan pertama yang berani menegur saya. Awak tak takut ke kalau saya ni orang jahat?” soalan Kamal membuatkan aku terkejut. Dia orang jahatkah? Hati aku tetap menidakkan kata-kata Kamal. Aku tahu dia pasti orang baik. Cuma dia mahu menguji aku saja.
Aku tersenyum dan menjawab pertanyaanya, “Saya yakin awak ni orang baik..”
Kata-kata dariku membuat Kamal tersenyum senang. Aku  semakin tidak keruan. Hati ingin bertanya tentang statusnya, tetapi lidah menjadi kelu untuk berkata-kata.  Seketika, pelayan tadi menghampiri meja kami dan membawa dulang berisi makanan yang dipesan Kamal. Selepas meletakkan makan tersebut di atas meja, pelayan itu berlalu ke meja lain untuk mengambil pesanan mereka yang datang ke Kafe Seri Cempaka ini.
“Makanlah...” Kamal mempelawaku. Aku segera mengangguk dan menyua sudu ke mulutku.
Kami banyak bercerita mengenai hal-hal pejabat, kawan-kawan. Sememangnya Kamal seorang yang suka bercerita. Dari awal makan, hanya dia sahaja yang bercerita itu ini. Aku cuma tengok wajahnya saja sambil melayan rentak degupan jantungku ini.

“TERIMA KASIH sudi keluar dengan saya.”
“Sama-sama..” aku membalas.
Kami berjalan keluar menuju ke kereta masing-masing. Makan malam pertama ini adalah perkara terindah yang aku pernah buat. Sebaik sahaja aku masuk ke kereta, Kamal mengetuk cermin keretaku. Aku segera membuka cermin kereta.
“Kenapa?” soalku.
“Saya nak bagi awak ni.” Kamal menghulurkan sampul surat berwarna coklat kepadaku. Aku melihat wajahnya kehairanan.
Dia hanya tersenyum manis. “Balik nanti baru baca. Saya balik dulu. Assalamualaikum...” Kamal berlalu ke keretanya dan seketika keretanya meluncur laju meninggalkan tempat pertemuan pertama kami.
Aku pun terus memandu dengan berhati-hati menuju ke rumah.

SEBAIK SAHAJA aku sampai di rumah, aku terus mengoyak sampul surat itu untuk melihat apa yang berada di dalamnya. Seketika terbeliak mataku melihat gambarku pelbagai reaksi di taman itu. Ini semua gambarku ketika aku melakukan senaman.
Sepucuk surat yang terselit antara gambar-gambar itu aku tarik. Aku mula membaca tulisan itu.
Assalamualaikum, Kamelia...
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk berterus terang dengan awak. Sudah lama saya perhatikan awak. Ini semua gambar awak yang saya ambil secara curi-curi sewaktu awak bersenam di taman tu. Saya minta maaf kerana mengambil gambar awak tanpa kebenaran awak. Bila awak tegur saya pagi tadi, saya rasa gembira sangat kerana akhirnya awak perasan jugak kehadiran saya dekat taman tu. Saya rasa saya patut berterus terang dengan awak. Kamelia.. SAYA SUKA KAMU... kalau awak pun sukakan saya, kita jumpa esok jam enam petang lepas habis kerja. Saya tunggu awak dekat sana. Jika awak tak datang, saya faham. Saya takkan ganggu awak lagi. Awk fikirlah masak-masak.
Ikhlas, Kamal.
Aku tidak tahu mahu berreaksi bagaimana. Hati memang suka tetapi terkejut. Bila masa dia ambil gambar aku? Dan macam mana aku boleh tak perasan dia selama ni. Jantungku semakin berdegup kencang. Rasanya aku tahu apa jawapan hatiku. Aku segera masuk ke bilik dan mula menghafal lirik lagu.

JAM ENAM PETANG. Aku menunggu Kamal dengan sabar. Tanganku semakin sejuk menunggu kehadirannya. Keputusan sudah dibuat. Aku sukakan dia. Aku mahu dia jadi kekasihku.
Kelihatan Kamal berlari-lari anak menuju ke arahku. Aku tersenyum melihat tingkah lakunya. Hati semakin berdebar.
“Assalamualaikum.. maaf terpaksa tunggu.” kata Kamal.
“Takpe. Mari kita duduk dekat hujung sana.” aku menunjuk ke satu arah dan Kamal hanya menuruti langkahku.
         Seketika, Kamal terkaku melihat permandangan disitu. Di dahan-dahan pokok, aku meletak sehelai kertas yang tertulis AKU SUKA KAMU dan AKU SUKA DIA berselang seli. Di situ juga terdapat tikar yang di alas di atas rumput bersama bekalan makanan untuk kami selepas aku meluahkan isi hatiku kepada.
         Aku menyuruh Kamal duduk di tikar itu manakala aku berdiri dihadapannya sambil memegang gitar.
         “Awak, dengar betul-betul ya?” kelihatan Kamal masih lagi berkhayal. Pasti dia terkejut dengan semua ini. Aku tersenyum manis kepadanya dan memetik satu persatu tali gitar dan ia mula mengeluarkan melodi. Aku mula bernyanyi sambil mata terus memandang wajahnya.
Aku Suka Dia - Ainan Tasneem 

Aku lihat dia di sana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia
Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mula bermain mata
Mula timbul rasa bahagia
Bila dia mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia senyum kepadaku
Hatiku rasa tak menentu

         Aku melihat senyuman di wajahnya. Aku tahu dia faham disebalik lagu ini. Aku terus menghayati nyanyianku.

Terkadang hatiku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh cinta padanya
Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaganya
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya
Mugkinkah aku kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkingkah aku kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

         Aku terus memetik gitar dengan penuh perasaan. Biar dia tahu isi hatiku benar-benar tulus.
Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis AKU SUKA KAMU
         Aku menunjuk helaian kertas yang tergantung di dahan-dahan pokok besar itu.
Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya
AKU SUKA DIA
         Sebaik sahaja aku menghabiskan lirik lagu itu, Kamal menepuk tangan dengan penuh bahagia. Dia faham isi hatiku melalui lirik lagu ini. Aku tersenyum malu kerana ini kali pertama aku meluahkan rasa melalui lagu. AKU SUKA DIA! AKU SUKA DIA!
         “Terima kasih Kamelia..” bicara Kamal.
         “Sama-sama kasih...” aku membalas.
         “Marilah makan. Saya sempat masak spaghetti pagi tadi. Khas untuk awak..”
         Kamal memandangku dengan penuh kasih. Aku membalas renungannya. Seperti lirik lagu tadi. Kini, aku bahagia. Aku bahagia disampingnya.

P/S: Saya dapat idea masa dengar lagu ni. Hehehe. jangan lupa komen :)

3 comments:

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,