Pages

Peminat Novel

Blog Page

19 Oct 2012

Bab 11: Dia Yang Ku Cinta

Faryana  Bakri


"SO, MACAM MANA DENGAN PROJEK KITA?” soal Mr.Wong selepas mereka selesai menikmati makanan tengahari.
So far, so good. Ada improvement. Maybe dalam 2,3 bulan lagi, siaplah..” balas Zarith.
“Oh ya, Miss Yana. You degree jurusan apa?” soal Mr.Wong tiba-tiba.
Yana terkial-kial nak menjawab. Belum sempat dia menjawab, Zarith sudah menjawab bagi pihaknya.
“Dia lulusan SPM aja. Keluarga susah. Terpaksalah kan..” kata-kata Zarith mengejutkan Yana. Betulkah Zarith yang cakap ni? Aku ingat dia nak malukan aku. Bertimbang rasa jugak mamat ni, tingkah hatinya.
It’s okay. At least, you habis belajar. Ada juga keluarga susah sehingga tidak mampu membiayai pelajaran anak-anak. Last, last anak tu terpaksa bekerja untuk bantu  family dia. I pun dulu hidup susah macam  you. Tapi I berusaha keras. I will get what I want. Don’t ever give up. Dunia masih luas. Yang penting you sanggup belajar and mencari pengalaman. Kerja terus dengan Zarith. Dia ni nampak aja perasan handsome tapi hati dia baik...” nasihat Mr.Wong dalam masa yang sama memuji Zarith. Memang perasan pun!
“Terima kasih Mr.Wong. Saya akan ingat nasihat Mr.Wong..” balas Yana.
“You pun sama Zarith. Jangan buli dia pula. Dia ni I tengok macam ada satu aura yang penting dalam syarikat you especially hati you. Don’t get mad. But I sure what I feel right now..” kata-kata keramat Mr.Wong itu membuatkan Zarith tersedak. Zarith merenung wajah Mr.Wong. Yana pula seakan terkaku mendengar kata-kata Mr.Wong tadi. Apa maksud dia?
Ha ha ha.. See... I dah kata you pandai melawak. Takdenya dia special di hati I. Hubungan kami hanya sebagai majikan dan pekerja. Nothing personal. You pun tahu taste I kan?” balas Zarith. Apa maksud Mr.Wong? Aura? Aura apa? Aura nak cari fasal adalah. Macam-macamlah apek cina ni, bebel hatinya.
“I tak melawak. I serius. You tak percaya tak apa. Nanti you tahu sendirilah..”
Gulp! Semakin pahit dirasakan tekaknya kini. Yana semakin tidak senang duduk. Jantungnya berdegup laju apabila Mr.Wong berkata begitu. Mustahillah. Aku ni walaupun low class, tapi mata sangat high class. Memanglah dia handsome tahap tak boleh tidur malam kalau tak tengok muka dia, tapi perangai dia teruk!
Enough, enough... tukar topik. You ni sehari tak usik I memang tak sahkan?” Zarith cuba bergurau.
Up to you...” balas Mr.Wong sepatah.
“I balik dulu. Ada meeting dengan pekerja I...” Zarith semakin panas punggung. Segera aja dia meminta diri. Laju aja tangannya menarik lengan Yana. Yana menuruti kelam-kabut.
See.. belum apa-apa dah pegang tangan dia. You tunggulah nanti. My instinct tak pernah salah.” kata Mr.Wong seorang diri sebelum dia turut berlalu keluar

“GILALAH APEK CINA TU! Merepak entah apa-apa...” marah Zarith. Yana hanya dia memerhati jalan-jalan disekelilingnya. Zarith memandang sekilas wajah Yana.
“Kau dengar taka pa aku cakap ni?”
“Dengar...” balas Yana sepatah. Entahlah. Kata-kata Mr.Wong itu membuatkan hatinya kini berdebar-debar. Kenapa Mr.Wong kata aku ni special dalam hati Zarith. Kami akan bercinta nantikah?
“Woi!” jeritan Zarith membuatkan Yana melatah tiba-tiba.
“Oi mak kau meletup. Aura hebat dalam hati aku..” Zarith ketawa geli hati mendengar Yana melatah. Muka dia comel sangat. Macam baby. Eh! Kenapa dengan mata aku ni? Tiba-tiba kata dia comel pulak. Itulah dah termakan dengan kata-kata apek cina tadi. Apa pun tak boleh!
“Tuan ni......”
“Apa, apa? Nak marah aku? Aku potong gaji baru tahu..”
“Sikit-sikit nak ugut..” kata Yana perlahan.
“Apa kau cakap?” soal Zarith apabila melihat mulut Yana terkumat-kamit tapi dia tidak mendengar apa-apa pun.
“Saya kata tuan handsome, bergaya, baik hati...” Yana cuba memuji.
“Tahu takpe. Baru sekarang kau nak mengaku aku ni handsome, bergaya?” balas Zarith bangga.
Yana hanya menggelengkan kepala. Perasan tak sudah. Pantang puji sikit. Mulalah nak angkat punggung.
“Eh, tuan. Mr.Wong tu fasih cakap melayu, ya?” soal Yana apabila dia teringatkan Mr.Wong yang begitu fasih berbahasa melayu. Tidak ada salah perkataan atau sebutan pun.
“Mr.Wong tu sekolah melayu. Dari tadika sampailah ke Universiti. Keluarga dia pun banyak bergaul dengan melayu. Sebab tu dia fasih. Takde pelatkan masa dia berbual tadi..” soal Zarith.
Yana menganggukkan kepala mengiakan kata-kata Zarith.
“Kau ada nak pergi mana-mana tak hari ni?” soal Zarith tiba-tiba.
“Hmm.. rasanya tak ada pergi mana. Balik ajalah. Kenapa?” soal Yana.
“Teman aku shopping!”
“Tapi tuan....” kata-kata Yana cepat dipintas Zarith.
“Takde tapi-tapi.. Kau kan assistant aku. Jadi ke mana aku pergi kau mesti ikut. Titik!”
“Suka paksa-paksa! Benci!” Yana memandang ke lain. Geramnya!
Zarith tersenyum sinis. Dapat juga dia mengenakan Yana. Hatinya tertawa riang. 

2 comments:

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,