Pages

Peminat Novel

Blog Page

13 Oct 2012

Cerpen - Tiga Kuntum (Part Two)




KEESOKKAN HARINYA, Ika pergi ke pejabat seperti biasa. Dia membuat seperti tiada apa yang berlaku. Puas dia merencana rancangan untuk mengajar tuannya supaya bersikap gentleman. Berterus terang lebih baik daripada menjadi teka-teki. Penat dia mengatur rancangannya bersama Siti. Harap-harap ianya berjaya.
Dia melihat sekeping kertas yang tertulis semua rancangannya. Dia tersenyum sendiri apabila melihat rancangan itu. Seperti perigi mencari timba! Tetapi dia lakukan hanya kerana mahu Faisal bersikap jujur dan mengaku akan perasaannya. Jika Faisal mengaku, dia tidak akan menolak kerana dia juga menyukai tuannya itu. Semalaman dia berfikir tentang perasaannya. Akhirnya, jawapan adalah positif. Justeru itu, dia meminta bantuan Siti. Nasibnya baik kerana Siti sudi membantunya. Dia mula membaca rancangannya.
Rancangan Pertama: Memberi sejambak bunga besar kepada bos!
Berhati-hati dia masuk ke pejabat Faisal setelah mendapat keizinan dari setiausaha Faisal.
“Encik Faisal...” sapa Ika sebaik saja dia berdiri dihadapan tuannya. Faisal seakan terkejut melihatnya membawa sejambak bunga yang pelbagai. Ada bunga ros, bunga kekwa, bunga lily, bunga matahari dan bermacam lagi jenis bunga. Ini adalah bunga yang pernah diberikan kepadanya dulu. Sengaja dia memberi bunga sama seperti itu. Dia mahu melihat reaksi Faisal. Dan ternyata  Faisal terkejut dengan pemberiannya.
“Nah... untuk Encik Faisal...” Ika cuba berbasa-basi.
“Untuk saya?” soalnya kehairanan.
Ye, untuk tuan. Ambillah.” Ika menghulurkan sejambak bunga itu kepada Faisal. Faisal kelihatan ragu-ragu untuk mengambil bunga tersebut.
“Siapa bagi?” soalnya lagi setelah bunga itu berada ditanggannya.
Secret admirer bos...” balas Ika sambil tersenyum-senyum kemudian dia terus berlalu meninggalkan Faisal. Faisal termangu sendirian. Secret admirer? Siapa pulak yang admirer dengan aku ni? Soal hatinya.
Rancangan kedua: Buat air untuk bos!
“Encik Faisal. Saya buatkan tuan air. Minumlah....” pelawa Ika.
“Baik pulak awak hari ni?” tegur Faisal.
“Saya baik sebab secret admirer tuan yang suruh.” Ika terus berlalu meninggalkan Faisal. Sekali lagi Faisal ternganga mendengar penjelasan Ika.
Rancangan Ketiga: Belikan makanan untuk bos!
“Encik Faisal... saya bawakan makanan tengahari untuk encik. Jemputlah makan...” pelawa Ika sambil meletakkan sebungkus nasi bungkus di atas meja Faisal.
“Ika... kenapa susah-susah ni? Saya boleh pergi makan sendiri..” kata Faisal.
“Tak susahlah. Secret admirer tuan yang belikan. Saya tolong hantarkan kepada tuan aje... saya keluar dulu ye, tuan..”
Secret admirer lagi. Aku pun ada secret admirer jugak ke? Ah! Siapa yang buat semua ni? Aku kena siasat. Aku kena tanya sendiri dengan Ika. Faisal mendengus.
“SALLY.... suruh Ika masuk pejabat I sekejap.” Faisal memberi arahan kepada setiausahanya.
“Baik, tuan..”
Sally mula melangkah menuju ke bilik Ika. Dia mengetuk pintu.
“Masuk..” arah Ika.
Sorry disturb you, dear. Bos nak jumpa you dekat bilik dia sekarang...” beritahu Sally.
Akhirnya! Mesti dia nak mengaku pasal tiga kuntum bunga tu. Ika tersenyum meleret. “Sure. Sekejap lagi I masuk bilik dia.” kata Ika.
Rancangan Keempat: Buat bos mengaku!
“Tuan nak  jumpa saya?” soal Ika sebaik sahaja Faisal menyuruhnya masuk.
“Silakan duduk, Ika...”
Ika segera melabuhkan punggung di atas kerusi yang menghadap Faisal. Muka Ika tenang. Tidak mahu Faisal melihatnya yang sedikit gugup.
“Boleh awak berterus terang dengan saya?” soal Faisal memecah kesunyian.
Anythin, bos. Apa dia?” soal Ika berpura-pura.
“Awak tahu siapa yang bagi saya bunga, buatkan air, belikan makanan?”
“Tahu. Kenapa bos? Bos tak suka ke?” soalnya lagi.
“Tak. Bukan tak suka. Cuma pelik. Secara tiba-tiba muncul someone and mengaku admirer me. Pelik bukan?”
“Takde peliknya tuan. Hati kalau dah suka. Sanggup buat apa saja untuk mendapatkan cintanya...” balas Ika bersahaja.
Berubah terus raut wajah Faisal. Ika sudah tahukah? Kalau Ika sudah tahu, kenapa reaksinya masih tenang. Soal hatinya sendiri. Ika menyimpan senyum melihat wajah terkejut Faisal. Tulah, nak bercinta. Tapi malu nak mengaku. Nasib boslah, bos!
“Encik nak jumpa secret admirer encik tu ke? Kalau nak, saya boleh aturkan pertemuan untuk encik.” Ika mula membuat tawaran.
“Boleh ke?”
“Apa pulak tak boleh. Cinta itu tak mengenal siapa. Mana tahu bila encik jumpa, dia adalah wanita yang encik cinta selama ni, tetapi encik tak berani mengaku..” kata Ika bersahaja.
“Apa.... apa maksud awak?” soal Faisal tergagap-gagap. Dahinya mula berpeluh.
“Saya takde maksudkan apa-apa. Ini cuma andaian saya sahaja. Cakap kosong. He he he...” Ika ketawa perlahan. Padan muka! Main tipu lagi.
“Oh...” kata Faisal sepatah.
“Malam ni, dekat kafe Sri Cahaya. Pukul lapan malam?” Ika cuba membuat temujanji.
“Baiklah.. jumpa malam nanti.” Faisal sudah merasa tidak sedap hati. Siapalah yang begitu meminatinya.
SEPERTI YANG DIJANJIKAN, tepat jam lapan malam Ika sudah menunggu Faisal di kafe Sri Cahaya bersama ‘secret admirer’ Faisal. Inilah rancangan terakhirnya untuk membuat Faisal mengaku kelakuan dan perasaannya. Dari jauh, dia sudah melihat kelibat Faisal yang menghampirinya yang sedang bersandar di tepi kereta.
“Lama tunggu?” soal Faisal.
“Baru je lagi, tuan.”
“Tuan dh bersedia?” soal Ika.
“Hmm..” Faisal menganggukkan kepala. Serasa jantungnya mahu terkeluar jatuh untuk menemui ‘secret admirer’ nya itu.
“Mari....” Mereka berdua melangkah masuk menuju ke sebuah meja yang agak terlindung dari khalayak ramai.
Di meja tersebut, terlihat seorang wanita yang memakai tudung membelakangi mereka. Ika pantas menuju ke wanita itu.
“Inilah ‘secret admirer’ tuan...” kata Ika sambil menunjuk ke arah wanita itu. Wanita itu mengangkat wajahnya.
“Tiga kuntum??” soal Faisal terkejut. Wajahnya berpucat lesi. Mustahil. Pelbagai jenis kuntuman bunga berada di atas meja dan yang menghairankannya, bagaimana wanita ini memperoleh kuntuman bunga yang diberikan kepad Ika? Dia buntu!
“Kenapa, Encik Faisal?” soal Ika berpura-pura.
“Bu... bunga ini.. Mana dia dapat?” soal Faisal.
“Saya pun tak tahu. Kenapa?”
“Bukan. Dia bukan orangnya. Saya bagi bunga ni kepada awak!” akhirnya Faisal terlepas kata.
“Terima kasih, kak. Ini duit untuk akak. Ambillah.” kata Ika sambil menghulurkan dua keping not lima puluh. Wanita itu mencapai dan segera berlalu.
“Akhirnya, tuan mengaku jugak..”
Faisal kelihatan terpinga-pinga. Debaran dihati makin terasa. “Mak... maksud Ika?”
“Saya tahu bunga ini tuan yang beri. Setiap hari pasti ada tiga kuntum bunga di atas meja saya. Saya tahu tuan sukakan saya. Kenapa tuan tidak mahu berterus terang?” soal Ika.
“Saya.... saya takut awak tak sudi terima saya..” balas Faisal tergagap-gagap.
“Siapa kata saya tak suka tuan? Pernah tuan tanya pada saya sendiri? Pernah tuan luahkan perasaan tuan pada saya?” soal Ika bertubi-tubi. Faisal hanya mendiamkan diri. Tidak tahu kata apa. Benar kata Ika. Dia yang malu berterus-terang. Bimbang akan penolakan Ika. Pasti dia akan kecewa dan malu jika cintanya ditolak.
“Sebab itu, saya terpaksa buat rancangan. Saya terpaksa menyamar dan menjadi admirer tuan. Saya mahu tahu tuan berminat atau tidak. Dan jika tuan tahu kebenaran, tuan mahu mengaku atau terus membisu.” kata Ika lagi.
“Saya minta maaf, Ika. Mungkin cara saya tu agak kurang kelelakian.”
“Saya tak kata apa-apa pun. Saya pun suka hari-hari dapat tiga kuntum bunga yang berlainan jenis. Cuma sebagai balasan, tuan kena denda?”
“Denda?”
“Ya, denda. Saya mahu tuan mengaku perasaan tuan kepada saya..”
“Tapi....”
“Takde tapi-tapi... Lambat mengaku, nasib tuanlah kalau saya di kebas orang...” balas Ika bersahaja.
Kedengaran Faisal menarik nafas panjang dan mula bersuara, “Saya dengan jujur mengaku menyukai Syafikah Alisya Binti Md Rani. Saya berharap awak juga menyukai saya....”
“Hmm... not bad.. saya terima..”
“Be... betul ni??” soal Faisal tidak percaya. Ika hanya menganggukkan kepala.
“Okey. Terima kasih sayang...” Faisal terlepas kata lagi.
“Amboi, belum apa-apa dah bersayang-sayang...” Ika mengusik.
 “He he he.. Maaf. Excited sangat. Saya nak mulai hari ni, awak panggil saya abang. Saya panggil awak sayang. Di pejabat panggil encik aje sudah. Jangan kejap-kejap tuan, kejap-kejap bos, kejap-kejap encik. Dah macam apa dah. Ada faham?”
Ika tertawa senang. “Baiklah bos, encik, tuan, abang. Saya ikut cakap awak...”
“Ika.. macam mana awak tahu saya yang beri tiga kuntum bunga tu?”
“Saya intip bos. Eh! Abang. Eh! Tuan...” Ika pula yang tersasul-sasul.
“Oh... intip saya ye. Awak pun kena denda jugak..” giliran Faisal mengusik Ika.
“Denda apa?”
“Ucap I Love You...”
“Ish. Tak naklah.” Ika malu-malu.
“Ala.. bolehlah sayang..” sengaja Faisal menekan perkataan sayang itu.
I Love You...!” dengan pantas Ika menyebut perkataan keramat itu. Terasa malu menyerbu ke muka.
Thank you.. hmmm... dah alang-alang dekat kafe ni, kita first datelah. Boleh?”
“Amboi, lajunya!” Akhirnya mereka ketawa bahagia. Malam itu merupakan malam teristimewa buat mereka. Faisal akhirnya berani membuat pengakuan dan Ika sudi menerima Faisal. Jadilah episod istimewa mereka bermula pada malam itu.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,