2
HARI
INI bermulalah
sesi aku mencari pekerja untuk kafe aku. Kebanyakannya pelajar lepasan SPM. Ada
juga yang aku ambil, ada yang aku hold dulu. Kalau semua pekerja aku ambil
budak-budak SPM, bila dapat result, semua pakat nak berhenti. Yela, dapat
tawaran belajar Universiti pula lepas ni. Dah kafe aku tak ada pekerja nanti.
Masalah pulak. Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. Tetapi, kehadiran
seorang lelaki yang datang ke kafe aku ni menarik perhatian aku.
Jika dilihat dari rupa paras,
sepertinya lelaki ini golongan berada. Namun jika dilihat dari segi
pemakaiannnya, masyaAllah, boleh putus nyawa. Selekeh ya amat! Baju berleher
bulat yang kelihatan sangat lusuh, seluar jeans yang koyak dekat lutut. Ish,
ish, ish. Muka aja market, tapi selekeh! Kulihat dia datang menghampiri kafe.
Tanpa peduli mata-mata yang memandang, laju saja dia melabuhkan duduk di kerusi
yang berhadapanku. Laju saja dia berkata, “Saya nak temuduga kerja sebagai Pembantu
Dapur...”
Aku telan liur. Kesat. Mak aih,
macam ni punya selekeh ada hati nak kerja dekat dapur? Habis satu dapur bau dia
je. “Ada bawak apa-apa sijil?” soalku kepada lelaki itu. Aku harus bersikap
professional.
Lelaki itu hanya menggeleng kepala dan
berwajah muram.”Tak ada. Belajar tak habis...”
“Laa... Sampai tingkatan berapa je?”
soalku prihatin.
“Darjah 6”
“Dar.... Darjah 6??” aku sedikit
terkejut. Muka market ni belajar sampai darjah 6 je ke? “Result UPSR okey?”
tanyaku lagi.
“Tak. Semua gagal...” kata lelaki
itu lemah.
“Hah? Habis sekarang buat apa? Umur
berapa ni?” soalku seperti bertih jagung yang membuak keluar dari mesinnya.
“Umur 29 tahun. Macam-macam kerja
saya buat. Cuci tandas, cuci pinggan mangkuk, pelayan dan pengemis...”
Sayu hati aku mendengar luahan hati
lelaki dihadapanku ini. Nampaknya lelaki ini tua tiga tahun daripada aku.
Kasihan pula aku melihat kedaifannya. Tak apalah jika aku membantu sekalipun.
“Hmm.. Macam nilah. Saya boleh bagi kerja pada awak. Tapi awak kena jaga ketrampilan
awak. Supaya awak nampak kemas dan ada keyakinan diri. Boleh?”
Kelihatan lelaki itu tersenyum
lebar. Pantas sahaja dia menganggukkan kepala. “Boleh-boleh! Bila saya boleh
mula kerja?”
“Esok, boleh? Sebab saya nak awak
kena bahan-bahan dan cara masakan dulu. Nanti bila kafe ni dah launching, awak
senang, saya senang, semua orang senang. Boleh?”
“Boleh-boleh. Sebelum subuh saya
datang...”
“Ish, janganlah sebelum subuh. Kafe
belum buka, saya pun belum datang lagi....”
Lelaki itu mengangguk lagi.
“Nama awak siapa? Saya Naina.
Panggil Ina saja.” aku memperkenalkan diriku kepadanya.
“Darman, Puan Ina...” lelaki itu
memperkenalkannya sebagai Darman. Hmm, nama yang ekslusif.
“Cik... Cik Ina. Saya belum
berkahwin dan saya lagi muda dari awak...” aku memberitahu supaya tidak berlaku
salah faham di masa akan datang.
“Maaf, Cik Ina... Kalau tak ada
apa-apa, saya minta diri dulu...” pamit Darman.
“Baiklah. Esok jangan lupa ya. Pukul
8.00 pagi...” aku mengingatkan Darman tentang waktu bekerja.
Darman tersenyum saja. Baru sahaja
Darman hendak keluar, aku menjerit memanggilnya. “Darman, pakai pakaian yang
lebih kemas, ya?”
Dan seperti biasa, Darman hanya
tersenyum.
“Ouch!” jerit Saadah di luar kafe.
“Maaf, maaf....” pinta Darman
sebelum dia berlari laju meninggalkan Saadah yang membebel seorang diri.
“Ish, buta ke apa? Main langgar
orang je! Dahlah pengotor. Ina, siapa mamat selekeh tu?” guman Saadah, geram.
Aku menjeling Saadah sekilas sebelum
berlalu ke dapur untuk menyediakan minuman. “Pekerja baru...”
“Pekerja baru??? Kau biar betul,
Ina? Selekeh macam tu. Nanti semua customer kau larilah...” bentak Saadah tidak
puas hati.
“Dia tak ada pekerjaanlah, Adah, Tu
aku tolong dia. Lagipun tak salah, kan?” aku membela lelaki itu.
“Memanglah tak salah, tapi kau
tengoklah baju dia tadi. Ya Allah! Macam tak mandi bertahun-tahun. Selekeh
sangat. Dia minta bahagian mana?”
“Dapur...” jawabku sepatah.
“Hah?! Dapur? Kau biar betul?? Habis
satu dapur penuh lalat...” bebel Saadah lagi.
Aku mengeluh. Adah, Adah. Perangai
tak berubah. Suka sangat hukum orang sebelum betul-betul kenal orang tu. “Kau
jangan risaulah, Adah. Aku dah suruh dia wangi-wangi, lawa-lawa sebelum dia
masuk kerja. Dahlah, tak payah nak pening.”
“Suka hati kaulah, Ina oii... Tak
laku kafe kau ni, kau jangan salahkan aku pulak!”
****
“MACAM
MANA, Tuan Darman?” soal pemandu peribadi Darman.
“Dia terima saya bekerja, Pak Mat...”
balas Darman ceria.
“Tuan,
Pak Mat cakap sikit, Tuan jangan marah, ye?” pinta pembantu peribadinya.
“Tanya
ajelah, Pak Mat. Saya bukan makan orang pun...” balas Darman yang sedang
membersihkan mukanya yang tercalit kotoran. Baju lusuh tadi dibuka dan diganti
dengan baju berjenama.
“Pak
Mat hairanlah. Macam mana Tuan Darman sanggup menyamar sampai macam ni sekali.
Tuan kenal gadis tu ke?”
Darman
tersenyum lebar. “Saya kenal dia, tapi dia tak kenal saya...”
“Maksud
Tuan?”
Darman
hanya tersenyum.
Best...
ReplyDeleteBESTNYA.
ReplyDeleteNAK LG YA TQ.
ReplyDelete.best n3 kli nie. .
ReplyDelete.cpt2 update ye. ?
best sgt...bila nk sambung??
ReplyDeleteBest
ReplyDelete