Pages

Peminat Novel

Blog Page

12 Feb 2013

Bab 15: Pelangi Cinta (Hanna Dayana & Yazid Shah)


CINCIN bertakhtakan batu berlian itu cantik terletak di jari manis Hanna Dayana. Dia memandang sahaja cincin itu tanpa rasa. Dia merasa seperti bermimpi sahaja. Kini dia sudah menjadi seorang isteri seawal usia dua puluh tahun. Masih terngiang-ngiang acara akad nikah sebentar tadi. Walaupun suaminya kelihatan gugup, namun dengan sekali lafaz sahaja Hanna Dayana Binti Haji Brahim sah menjadi isteri kepada Yazid Shah Bin Kamarul.
Benar, cinta dan mencintai itu satu perasaan yang tidak asing buat manusia. Namun, mampukah dia bahagia tanpa rasa yang agung itu? Mampukah Yazid Shah mendidiknya di jalan yang diredai? Hanya dia, Yazid Shah dan Allah S.W.T sahaja yang tahu apa yang tersirat di hati mereka. Keutamaan mereka kini adalah kebahagiaan kedua ibu bapa mereka. Jika mereka bahagia dengan perkahwinan ini, jadi dia dan Yazid Shah harus mencuba mencari rasa itu walaupun dia tahu sukar mahu mencambah perasaan yang sedia kosong.
“Cantiknya anak ibu... Macam puteri kayangan...” puji Hajah Asmah melihat anaknya yang ayu memakai baju pengantin.
Hanna Dayana tersenyum nipis. Dia mengerling wajahnya melalui biasan cermin. Memang cantik. Bukan dia mahu membangga diri. Tetapi jika dilihat dari solekan yang dikenakan diwajahnya, memang terlalu cantik. Tapi cantik sahaja cukupkah memberi kebahagiaan? Dia mengeluh perlahan. Tidak mahu ibu dan Adawiyah perasaan akan kemurungan hatinya.
“Tengoklah ibu siapa. Like mother, like daughter!” sampuk Adawiyah mengundang tawa Hanna Dayana dan Hajah Asmah.
“Wiyah pun cantik juga...” puji Hajah Asmah yang lebih selesa memanggil kawan anaknya dengan panggilan Wiyah.
Adawiyah segera melihat baju yang tersarung ditubuhnya. Baju kurung moden berwarna putih diserikan lagi dengan pashima berwarna ungu lembut. Sungguh ayu. Dia tersenyum sendirian.
“Biasalah, ibu... kalau nak suami ala-ala K-Pop, Wiyah kenalah berstail ala-ala K-Pop juga...”
Hanna Dayana mengerling sahabatnya itu. ‘Tang mana kau kata K-Pop? Aku tengok kau pakai baju macam nak masuk pertandingan perempuan melayu terakhir! Tak habis-habis nak perasanlah kau ni, Adah!’
“K-Pop? Siapa tu? Pelakon baru ke? Kenapa pelik sangat nama dia?” soal Hajah Asmah.
Meletus tawa Hanna Dayana dan Adawiyah.
“Korean Poplah ibu...!” balas mereka serentak.
“Alah... Yang mata sepet, rambut leper tu... Entah apa yang ada dekat mamat korea tu sampai Adawiyah minat sangat...” sambung Hanna Dayana pula.
“Sebab dia orang handsomelah, weh!” balas Adawiyah geram. Dia tidak suka jika ada yang mengutuk kekasih hatinya. Peduli apa jika abang korea tu tak kenal dia sekalipun. Yang penting, dia orang tetap yang pertama di hati.
“Macam-macamlah kamu ni, Wiyah. Wiyah tolong tengokkan Hanna sekejap. Ibu nak turun bawah tengok pengantin lelaki dah sampai belum. Nak dekat pukul dua setengah ni...”
“Baiklah ibu. Wiyah guard Hanna. Kalau dia lari, cepat-cepat Wiyah report ibu...” kata Adawiyah bersahaja.
Lengan Adawiyah menjadi sasaran ‘cubitan ketam’ Hanna Dayana.
“Dah jadi bini orang. Nak lari apanya!” marah Hanna Dayana. Mengegek Adawiyah ketawa. Hanna Dayana pula semakin berdebar menunggu saat mereka disandingkan. Berdua-duaan di atas pelamin dengan suaminya.

MAJLIS persandingan selesai juga akhirnya. Ramai tetamu sudah pulang. Yang tinggal hanyalah saudara-mara dan kenalan rapat keluarga sahaja. Yazid Shah awal-awal lagi sudah meringankan tulang membantu menurunkan khemah. Dapat dilihat Yazid Shah begitu bersungguh-sungguh membantu keluarga Hanna Dayana. Hanna Dayana pula berada di dapur. Mengisi perutnya yang kelaparan kerana menahan nafsu makan semenjak seminggu yang lalu. Mana tidaknya, risau juga kalau baju pengantin dia tidak muat. Malu dia nanti nampak perutnya menggelebeh sana-sini!
“Anak dara ni! Makan pula. Bukannya nak buatkan suami tu air. Ajak makan sekali ke. Ini fikir perut dia saja...” marah Hajah Asmah. Menantu dia berhempas pulas di luar, anaknya sedap mengenyangkan perut di dapur.
“Alah, ibu ni... kalau dia lapar, tahulah dia datang dapur...” balas Hanna Dayana bersahaja.
“Ish, kamu ni... Mana ada suami yang tahu cari makan sendiri kalau bukan isteri yang beri.”
“Eh, ada apa. Ramai lelaki sekarang pandai cari makan dekat luar. Kalau dia lapar, pergilah makan dekat luar...”
Hajah Asmah menggeleng.
“Itu kalau si isteri memang dah tak ambil peduli fasal suami. Sebab tu suami makan luar. Kamu ni baru kahwin. Takkan nak suruh Yazid makan luar pulak...!” balas Hajah Asmah yang kurang senang dengan jawapan anaknya. Ingat senang mahu menjaga suami? Jika silap sedikit, mulalah buat perangai. Mujurlah dia bijak menjaga rumah tangganya. Alhamdulillah, dia dan Haji Brahim masih bersama sehingga ke hari ini. Dia bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sabar dan penyayang. Soal wang ringgit ditolak ke tepi. Sehingga ke hari ini, mereka anak beranak cukup makan dan pakai dengan wang pencen suaminya.
“Pergi panggil Yazid makan, cepat!” arah Hajah Asmah apabila melihat anaknya masih tidak berganjak dari kerusi meja makan.
“Ish, ibu ni....” Hanna Dayana bangun dan mencuci tangannya sebelum menuju ke halaman rumah. Dia tercari-cari kelibat Yazid Shah tetapi tidak ada. ‘Mana pulak mamat ni menghilang? Entah-entah dia dah lari kot? Tak sanggup nak tampung makan minum aku. Alamak! Belum sehari aku dah jadi janda. Huwaaa...!!’
Hanna Dayana terpusing-pusing mencari Yazid Shah. Hatinya semakin tidak sedap. Dia bimbang jika apa yang difikirkan tadi benar-benar menjadi kenyataan! ‘Janda mudalah aku!’
“Abang...” Hanna Dayana tertoleh ke kiri dan ke kanan. Kelibat Yazid Shah masih tiada. Dia meneruskan pencarian sehingga dia melihat susuk tubuh seseorang yang tertunduk-tunduk membasuh periuk di belakang khemah memasak. Hanna Dayana tergelak kecil. ‘Dah rupa pencuci pinggan mangkuk dah aku tengok...’
“Abang...” panggil Hanna Dayana perlahan.
Yazid Shah menoleh sebelum mengukir senyuman manis.
Hanna Dayana menjeling.
“Tak payah nak buat senyuman gula manislah! Geli tengok!”
Pecah tawa Yazid Shah.
“Ibu panggil suruh makan...”
“Aik?”
Bekerut dahi Hanna Dayana.
“Kenapa aik pulak?”
“Abang musykil ni...”
“Musykil apanya?”
“Iyelah. Sayang isteri abang ke ibu isteri abang? Kenapa ibu yang panggil abang makan pulak? Bukan sayang ke?” perli Yazid Shah.
Hanna Dayana mengetap bibir. Sedas sekali kena.
“Sengal!” kata Hanna Dayana seraya berlalu meninggalkan Yazid Shah. Mengegek Yazid Shah mentertawakan Hanna Dayana.

SIANG berganti malam. Selepas menjadi isteri Yazid Shah, dia memang kurang gemar waktu malam. Kerana apa? Kerana waktu malam, lelaki akan menjadi gatal seperti ulat bulu dah merayap satu badan dia orang! Pasti Yazid Shah tak terkecuali terkena tempias ‘ulat bulu’ itu. Dia mundar-mandir di dalam kamarnya. Memikirkan cara bagaimana mahu mengelak diri daripada ‘itu’. Dia juga tidak mahu Yazid Shah memegangnya. Dalam surat perjanjiankan dia sudah menerangkan, tidak boleh pegang-pegang. Harap suaminya fahamlah. Tapi, kalau ulat bulu dah naik badan, dia faham ke? Ah, tiba-tiba rasa sejuk seluruh tubuhnya memikirkan perkara itu.
Hanna Dayana melihat katil yang terhias cantik oleh pekerja-pekerja Mak Andam kelmarin. Dia duduk di atas katil itu. ‘Boleh tahan juga tangan lelaki lembut ni ek? Lebih kreatif daripada perempuan...’ puji Hanna Dayana di dalam hati.
“Ish! Macam mana nak elak ni. Jam dah nak pukul sebelas ni. Kejap-kejap lagi masuklah mamat tu. Aku nak tidur mana? Dia nak tidur mana? Tidur satu katil? Oh tidak! Lagi pantas tangan mamat tu merayap!” Hanna Dayana membebel sendirian.
Seketika dia menepuk kedua-dua tangannya. Idea! “Apa kata aku buat macam cerita I’m not single tu. Letak tape sana-sini. Buat port aku dan dia. Jadi taklah dia senang-senang nak ambil kesempatan... Ha ha ha... bijak juga kau ni, Hanna!”
Dia terpusing-pusing mencari sesuatu untuk dibuat sebagai penghadang antara kawasan dia dan kawasan Yazid Shah. Namun tiada apa yang boleh dibuat sebagai penghadang. Dia kembali duduk di sisi katil. Hampa.
Hanna Dayana merebahkan badannya di atas katil. “Ahh... stressnya. Macam mana ni? Kalau dia sentuh aku macam mana?? Takkan aku nak buat report pulak. Lagipun dia kan suami aku yang sah. Memang boleh sangatlah kalau dia nak buat lebih daripada tu...” Hanna Dayana memandang syiling sebelum matanya terpejam rapat.

“ABAH, ibu, Abang Long, Kak Ngah. Yazid masuk bilik dulu ye. Mengantuk pula mata ni...” pamit Yazid Shah.
“Iyelah. Hanna pun tak keluar-keluar bilik lagi. Mungkin dia pun dah tidur. Penat sangat agaknya tu. Kamu pergilah rehat...” balas Haji Brahim.
“Jangan kasar-kasar sangat dengan adik Abang Long tu. Dia kalau marah, masa tu jugak boleh tukar jadi Hulk!” kata Hakimi bersahaja. Meletus tawa Haji Brahim. Sempat lagi Haji Brahim memberi nasihat. “Kalau nak, minta baik-baik. Hanna jenis mudah tergoda...”
“Ish, abang ni! Tahulah Yazid nak uruskan Hanna macam mana...” tegur Hajah Asmah. Dia melihat wajah Yazid sudah kemerah-merahan. Pasti malu kerana dia diberi tips untuk memikat Hanna.
“Err... Yazid masuk tidur dulu ye... Assalamualaikum...”
“Kimi nak tengok Baby Syira sekejap. Kesian dekat Intan...” giliran Hakimi pula meminta diri dan selepas itu disusuli oleh Nadira.
“Nadira pun nak masuk bilik. Nak buat assignment. Abah dan ibu jangan tidur lewat sangat. Assalamualaikum...”
“Aii... Semua dah masuk bilik. Tinggal kita berdua ajelah, Mah. Apa kata kalau kita pun masuk bilik juga.” Ajak Haji Brahim bersama sengihan nakal.
“Tolonglah, bang! Kita ni dah tua. Layak timang cucu aje.”
“Eh, abang tak kata apa-apa pun? Abang cuma ajak masuk bilik saja. Abang dah mengantuk...” balas suaminya bersahaja.
“Ish, abang ni!” Hajah Asmah menampar perlahan bahu suaminya.

YAZID SHAH bercekak pinggang di hadapan Hanna Dayana yang begitu asyik berdengkur. Isteri siapalah ni!
Yazid Shah duduk di sebelah isterinya yang sedang tidur itu.
“Sayang....” panggil Yazid perlahan. ‘Ish, tidur mati!’
Tiada sahutan. Cuma kedengaran dengkuran halus. Yazid Shah mencuba sekali lagi. Kali ini dengan menggerakkan badan Hanna Dayana.
“Sayang....”
Hanna Dayana membuka mata perlahan-lahan sebelum dia terkejut melihat wajah itu dan bangun dengan tergesa-gesa sehingga terhantuk kepala Yazid Shah.
“Ouch! Apa ni Hanna? Main kasarlah!” marah Yazid Shah.
“Apa ni pegang-pegang orang! Nak kena saman ke???” soal Hanna Dayana sambil menggosok mata.
“Mana ada abang pegang!” balas Yazid Shah, tidak mahu kalah.
“Habis tu apa??” soal Hanna Dayana sambil memuncungkan bibir ke arah tangan Yazid Shah yang elok terletak di atas peha Hanna Dayana.
“Opss! Sorry...” balas Yazid Shah. Perlahan-lahan dia mengalihkan tangannya bersama sengihan nakal.
“Kesalahan pertama dan amaran pertama! Sekali lagi abang buat macam tu. Tahulah nasib abang!” Hanna Dayana memberi amaran sebelum meloncat atas katil dan menyelubung badan dengan selimut.
Yazid Shah ketawa kecil.
“Ingat abang hadap sangat? Peluk bantal peluk lagi syok!”

2 comments:

  1. yeyeye.. dah kahwin
    hahahah... BEST2
    smbng lgi♥
    uat bgi yazid garang2 sikit.. bagi heroin takot
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. akan disambung dalam masa terdekat ni. thanks sudi komen :D

      Delete

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,