SELESAI MAKAN, mereka
bersantai-santai di pondok, berdekatan dengan pokok rambutan. Sofia tidak turut
serta kerana dia lebih gemar berehat dari menyertai mereka. Bosan katanya. Apa
yang hendak di bosankan tidak pula Haikal ambil tahu.
Baginya, budak bandar
sepertinya sepatutnya gembira dapat datang menjejakkan kaki ke kampung.
Pemandangan yang cantik, udara yang segar, tenang. Itulah yang dia idamkan
selama ini. Bukan duduk di tengah kota yang begitu sesak dan tercemar dengan
pelbagai bunyi.
“Kau orang nak rambutan
tak?” soalan Isfahani mengembalikan Haikal ke alam nyata.
“Nak, nak!” jawab Qila
dan Borhan. Haikal hanya menjadi pemerhati sahaja. Tekaknya juga sudah berasa
kemanisan buah rambutan itu.
“Okey, tunggu kejap.”
Isfahani sudah bersedia untuk memanjat. Itulah kerjanya jika berada di kampung.
Suka memanjat!
“Eh, eh.. awak nak ke mana tu?” soal Haikal terpinga-pinga melihat
Isfahani yang sudah menghampiri pokok rambutan.
“Nak panjatlah. Nak buat apa lagi?” jawab Isfahani
kasar.
“Hah! Panjat?!” soal Haikal yang terkejut. Gila apa
nak panjat.
“Err.. ambil pakai tanggalah...” sambung Haikal
lagi.
Qila, Borhan dan Isfahani sudah ketawa
terbahak-bahak. Pertama kali dalam hidupnya mendengar orang ambil buah rambutan
pakai tangga.
“Mana ada orang ambil buah pakai tangga Encik
Haikal oii...”
“Ta... tapi kalau jatuh macam mana?”
“Don’t worry.
Aku jaguh memanjat.” kata Isfahani mula mendabik dada. Qila dan Borhan sudah
mencebik mendengar kata-kata Isfahani. Tak sudah-sudah dengan angkat bakul
sendiri!
“Sudah, sudah. Aku dah kecur liur ni. Ambiklah cepat!” arah Qila. Isfahani
hanya menganggukkan kepala. Dia membuka selipar dan mula memanjat dari satu
dahan ke satu dahan sehinggalah tiba di satu rimbunan daun yang penuh dengan
buah rambutan yang merah menyala. Pasti manis!
“Ready
ya? Haikal kau pun tangkap jugak tau.
Kau kan jakun!” sempat Isfahani memperli Haikal. Kelihatan Haikal
terpingga-pingga dan menganggukkan kepala.
“Satu, dua, tiga... sambut!!” jerit Isfahani dari
atas dan membaling buah rambutan yang dipetiknya ke bawah. Kelihatan Haikal
terkocoh-kocoh berlari ke sana-sini untuk menyambut buah rambutan itu. Isfahani
sudah ketawa terbahak-bahak melihat telatah Haikal.
“Nak lagi ke?” jerit Isfahani. Mereka mendongak
memandang Isfahani.
“Cukuplah. Dah banyak ni...” balas Borhan dari bawah.
“Okey, aku turun sekarang..”
“Hati-hati weh!”
jerit Qila mengingatkan keselamatan Isfahani.
Isfahani berhati-hati menuruni pokok rambutan.
Perlahan-lahan dia memijak dahan-dahan pokok rambutan namun pada langkah
terakhir dia tersilap langkah apabila secara tak sengaja telah memijak sedahan
pohon yang hampir patah membuatkan dia hilang imbangan. Isfahani menutup
matanya. Dalam hati hanya mampu bertawakal sahaja jika apa-apa berlaku
kepadanya.
“Isfahani!!!” jerit mereka serentak.
Eh! Aku
tak jatuh ke? Tak sakit pun badan. Sedap semacam je, desis hatinya. Isfahani segera membuka matanya dan.. Gulp!
Terkaku dia melihat wajah Haikal yang berada di depan matanya.
“Awak tak apa-apa?” jelas riak risau terpamer di
wajah Haikal. Dia merenung Haikal tanpa kelip. Baru kini dia dapat melihat
dengan jelas wajah Haikal. Alis mata yang cantik tapi sedikit sepet. Muka putih
bersih tanpa jerawat. Bibirnya merah segar. Tanda bukan seorang penghisap
rokok.
Mak aih! Handsomenya mamat ni! Jerit hatinya.
“Awak...” lembut suara Haikal memapar ke
telinganya. Dia masih lagi berkhayal memandang wajah lembut Haikal. Tapi wajah
dia mirip siapa ek? Ah! Lantaklah. Handsome sangat-sangat ni. Cair hati ni
di buatnya. Erk! Takkan jatuh cinta kot.
“Isfahani!!!”
GEDEBUK!! Bunyi orang jatuh katil. Bergegas mak tok
dan Qila menuju ke biliknya. Isfahani sudah terkulat-kulat cuba memahami
situasi. Kenapa aku boleh ada atas katil pulak?
Bukan tadi aku dalam pelukan Haikal ke? Erk! Aku mimpi ke?? Desis hatinya.
“Ya Allah, anak dara ni.. itulah. Dah banyak kali
mak tok pesan. Lepas makan jangan terus tidur. Kan dah mimpi yang bukan-bukan.
Siap jatuh katil lagi..” bebel mak tok sambil berlalu menuju ke ruang tamu
semula melayan kawan-kawan Isfahani.
Isfahani hanya tersengih seperti kerang busuk. Qila
merapati Isfahani dan mulalah edisi siasat dia.
“Kau mimpi apa? Semacam je. Sampai jatuh kali. Mimpi malam pertama ke?” perli Qila.
Isfahani segera mengetuk kepala Qila.
“Apa ke situ kau merepek. Kau dah tak sabar sangat
ke nak kahwin. Boleh aku suruh Kamal masuk meminang kau cepat-cepat..” Qila
mencebik. Dia mahu mengenakan Isfahani tetapi dia yang terkena. Nasib badan
kalau berlawan kata dengan Isfahani ni. Tak pernah nak menang, bebel hatinya.
“Habis tu kau mimpi apa? Ceritalah, ceritalah..”
rengek Qila.
“Tapi... janji jangan gelak...” Isfahani memberi
amaran.
“Janji. Promise.
Aku tak gelak. Ceritalah cepat..” desak Qila.
“Aku mimpi Haikal dukung aku..” senafas sahaja
Isfahani mencerita detik bahagia mimpinya.
Membulat mata Qila mendengar cerita Isfahani. “What?!”
“Syhh!!
Perlahan sikit jerit tu. Kau nak mak tok dengar ke?” marah Isfahani.
“Buat apa dia peluk kau?” soal Qila.
“Aku jatuh pokok masa panjat nak ambil buah rambutan. Salah pijak
dahan aku terjatuh. Tahu-tahu aku ada dalam pelukan dia.” terang Isfahani. Qila
sudah tersengih-sengih.
“Tapi, aku dengar ada suara perempuan nyaring sebut
nama aku. Itu yang aku terkejut. Terus gedebuk jatuh katil...”
“Ha ha ha..
Mesti tu suara Sofi. Hati-hati Is. Kau ada persaingan..” kata Qila.
“Persaingan? Persaingan apa?”
“Persaingan merebut hati Haikal. Kau suka Haikal kan?”
teka Qila.
“Ish! Merepeklah
kau ni!” tungkas Isfahani.
“Jangan nak tipulah. Aku tahu dari renungan matamu
wahai cik Isfahani..”
Isfahani segera mencubit pinggang Qila dan berkata,
“Kau jangan nak buat gosip tak bertauliah dekat sini. Tahu dek mak tok, malam
ni jugak aku kena kahwin dengan
Haikal. Mak tok bukan boleh dengar aku ada seseorang. Mulalah nak fikir pasal
kahwin.” marah Isfahani.
“Mak tok!!” jeritan Qila membuatkan Isfahani
terkejut dan segera menekup mulut sahabatnya itu.
“Iya, ada apa?” kedengaran suara mak tok dari arah
ruang tamu menyahut panggilan Qila.
“Hah.. tak ada apa-apa mak tok. Qila nak minta izin
meronda kawasan kampung ni..” kata Isfahani.
“Ha, pergilah. Ajak Borhan, Haikal dan Sofi sekali.
Bawa dia orang pusing kampung. Jangan balik lewat sangat.” balas mak tok. Qila
sudah mengegek ketawa melihat wajah menyinga Isfahani.
sambung lagi tau kak! best!
ReplyDelete