Pages

Peminat Novel

Blog Page

28 Oct 2012

Bab 16: Dia Yang Ku Cinta

 


Di suatu taman
“AKU MINTA MAAF....” ucap Zarith selepas keadaan agak reda. Yana pun sudah berhenti menangis. cuma Yana masih senyap sejak tadi. Ah! Dia semakin serba salah.
“Yana....” panggil Zarith lembut.
“Kau tahu tak, kau lari tadi laju sangat. Penat aku nak kejar kau. Tak padan dengan badan kecik, laju betul.. ha ha ha...” Zarith cuba membuat lawak tapi lawaknya tidak menjadi apabila Yana masih lagi membisu.
“Yana.. aku betul-betul mintak maaf. Aku tak sengaja. Bukan aku nak hina kau.. tapi aku.... aku....” kata-katanya terhenti disitu. Payah untuk Zarith meluahkan apa yang terbuku dihatinya. Silapnya juga kerana tidak pandai mengawal perasaan. Yana tiada kaitan dengan Lisa. Ah, Lisa lagi. Sejak akhir-akhir ini, nama Lisa sering di sebut. Rindukah dia kepada Lisa? Tapi untuk apa, kerana Lisa sudah tiada. Lisa sudah meninggalkan dirinya.
“Takpe tuan. Memang salah saya pun. Saya yang tak sedar diri..” kata-kata Yana mengembalikannya ke alam nyata.
“Tak, tak.. bukan salah kau. Aku yang salah. Aku tak sepatutnya cakap macam tu pada kau... maafkan aku Yana..” Zarith bersungguh-sungguh meminta maaf kepada Yana. Yana menjadi tidak sampai hati mahu memarahi tuannya itu. Lantas dia tersenyum.
“Boleh. Saya boleh maafkan tuan. Tapi bersyarat...”
“Syarat apa? Aku sanggup ikut, asalkan kau maafkan aku..”
Yana tersenyum sinis. He he he. Idea jahat sudah datang!
“Mari, saya bawak tuan satu tempat...” kata Yana sambil tersengih.
Zarith hanya menurut dan dia tidak mengesyaki apa-apa kerana dia memang mahukan kemaafan dari wanita itu. Apa sahaja yang disuruh Yana akan cuba dipenuhi agar dirinya mendapat kemaafan itu.

WARUNG HAJI KASSIM. Zarith melihat wajah Yana dan warung itu silih berganti. Kenapa Yana menyuruhnya berhenti di sini? Dia melihat sekeliling warung itu. Keadaan warung tu elok cuba ini bukan citarasanya. Yana mahu makan di sini ke? Dia lebih rela berlapar dari makan di sini. Belum tentu kebersihannya terjaga. Masakannya pun belum tentu sedap seperti taraf hotel lima bintang. Hatinya tertanya-tanya kenapa Yana menyuruhnya ke sini. Lantaran itu dia bertanya.
“Yana, kita nak buat apa dekat sini?”
“Makanlah..” jawab Yana bersahaja.
“Makan?!” soal Zarith sedikit meninggi.
Yelah. Dah masuk makan tengah hari dah...”
“Aku tahu. Tapi kenapa dekat sini?”
“Saja...”
“Kau ni.....” Yana segera memintas kata-kata Zarith.
“Tuan.. tuan dah lupa ke tuan dah buat saya menangis tadi.”
“Errr... Tu memang salah aku. Tapi apa kena mengena dengan makan dekat sini?”
“Ingat tak tuan kena denda?”
Yes. So?”
So, nilah dendanya!” balas Yana sambil mengangkat kedua-dua belah keningnya.
What?!” jeritan Zarith membuatkan Yana ketawa terbahak-bahak. Muka Zarith berubah merah apabila Yana terus-terusan mentertawakannya.
“Budak nikan. Memang saja cari fasal dengan aku. Potong gaji!” marah Zarith.
Eh, tuan nak saya maafkan tuan ke tak ni?” ugut Yana. Laju saja Zarith menganggukkan kepala. Yana ketawa perlahan. Geli hati melihat muka Zarith ketika ini.
“Kalau nak saya maafkan, tuan kena ikut cakap saya. Under... under..... tuan, faham dalam bahasa omputih apa ye?” soalan Yana membuatkan mata Zarith membulat besar.
Understandlah! Blurnya kau ni. Masa sekolah tak belajar ke?”
He he he.. belajar tapi saya selalu tidur..” Yana menayang giginya yang putih.
Zarith hanya mampu menggelengkan kepala.
Let’s go tuan...”
“Itu tahu pulak kau cakap eh?”
He he he....” Yana hanya ketawa. Mereka berdua melangkah menuju ke Warung Pak Kassim itu. Mereka mengambil meja yang agak tersorok dari orang ramai. Banyak mata memerhatikan mereka terutamanya Zarith. Pakaian formal siap berkot tapi makan dekat warung kaki lima. Low class! Macam minah ni jugak. Zarith membebel sendirian.
“Tuan.. hari ni saya belanja. Tuan cuma makan apa yang saya order aja. Okey?” kata Yana sambil membuat bulatan di jari dan tiga jari yang lain dinaikkan membawa maksud ‘okey’.
“Kau nak order apa? Jangan nak merepek ya? Kalau aku sakit perut, tahulah aku nak ajar kau macam mana nanti..” ugutan Zarith sedikit pun tidak menakutkan Yana. Malah dia semakin galak mengusik tuannya itu. Zarith menjeling tajam kemudian dia mengamit pelayan supaya menhampiri mereka.
“Makan apa?” soal lelaki itu.
“Makan nasi putih, telur masin, ikan masin. Ha jangan lupa kicap masin. Air bagi air suam. Untuk dua orang makan. Cepat sikit ye..” Yana mula mengorder menu-menu yang sangat pelik dipendengaran telinganya.
Pelayan tu melihat Zarith dari atas sehingga bawah. Pasti hairan melihat cara pemakaiannya tetapi hanya mampu mengorder menu murahan seperti itu. Oit, bukan aku yang nak sangat. Minah ni yang mengada-ngada. Kata hatinya apabila seakan tahu apa yang berada di fikiran pelayan itu. Pelayan itu berlalu setelah puas menelek dirinya.
“Apa jenis menu kau order hah? Tak sihat langsung. Lepas tu makan dengan kicap aja? Kau ingat aku ni kambing ke?” marah Zarith namun nada suaranya di perlahankan. Tidak mahu orang lain mendengar mereka berbalah kata.
“Tuan ni. Saya dah belanja pun dah cukup bagus tau. Makan ajelah. Jangan banyak bunyi. Nanti tuan rasalah sedap ke tak sedap.”
“Kau.....”
“Apa,apa? Tuan nak potong gaji saya. Potonglah. Saya takkan maafkan tuan. Tuan nak hidup dengan perasaan bersalah seumur hidup ke?” ugut Yana.
“Amboi, sekarang kau pun dah pandai mengugut orang eh? Kau tak takut muka kau berkedut ke?” perli Zarith.
“Kedut itu tuan. Manis itu saya. Ha ha ha...”
“Budak ni kecik besar, kecik besar aje aku tengok.” Zarith mengecilkan matanya.
Yana membuat muka tidak tahu. Dia memerhati warung ini. Walaupun terletaknya di tepi jalan, namun orang ramai tidak putus-putus datang makan ke mari. Laku betul Warung Pak Kassim ni. Seketika, pelayan tadi datang membawa sedulang makanan yang dipesan. Dia menyusun satu peratu di atas meja dan berlalu meninggalkan Zarith yang terkebil-kebil melihat makanan di atas meja.
Yana menyimpul senyum. Hatinya tertawa jahat dapat mengenakan Zarith. Bukan dia tidak mahu memesan makanan yang lebih sedap cuma dia mahu  mendera tuannya.
“Silakan makan tuan. Jangan malu-malu. Buat macam rumah sendiri.” Yana menyuakan nasi ke dalam mulutnya. Fuh! Sesekali dapat makan yang masin macam ni memang terangkat.
Zarith memandang sepi makanan itu. Tekaknya mula berasa mual. Apa jenis makananlah minah ni suruh aku makan. Semuanya masin. Ikan masin, telur masin, kicap pun kicap masin. Dia nak suruh aku kena penyakit darah tinggi ke apa? Mujur air suam, kalau air masin jugak, memang aku sumbat dia dalam laut masin.
“Makanlah tuan. Rasa dulu. Baru tuan tahu sedap ke tak sedap. Saya tuangkan kicap.” Yana menuangkan sedikit kicap ke atas nasi Zarith.
“Aku... aku...”
“Takpe. Tuan rasa aje dulu.”
“Hmmm...” Zarith hanya menurut. Dia mula menyuakan sesuap nasi ke dalam mulutnya. Tiba-tiba matanya membulat besar. Yana terkejut melihat keadaan itu dan bertanya.
“Tuan, tak sedap ke?”
Zarith menggeleng. “Err.. kalau tak sedap tak payah makanlah. Nanti saya bawa tuan makan tempat lain..” Yana ketakutan melihat raut wajah Zarith. Pasti Zarith memang tidak boleh menerima makanan seperti itu.
“Siapa kata tak sedap?” balasnya bersahaja dam kembali menyuap nasi ke dalam mulutnya.
Terbeliak biji mata Yana mendengar pengakuan Zarith. “Betul ke tak betul ni tuan?”
“Betullah. Sedaplah...”
“Lega hati saya tuan suka makan. Makanlah kenyang-kenyang ek tuan.” Zarith tidak mempedulikan kata-kata Yana. Sedap jugak makanan low class ni. Opss! High class okey. Makanan yang aku tak pernah rasa. Mestilah high class. Mereka makan dengan penuh nikmat.

BLURPP!! Alhamdulillah, kenyang...”
“Selera betul tuan makan tadi?”
“Itulah. Sedap pulak makanan tadi. Apa nama makanan tu?”
“Hah?”
“Makanan tadilah.”
“Err... makanan masin sedunia..” bohong Yana.
“Makanan masin sedunia? Pelik betul namanya. Kau bohong aku eh?”
Kata zarith yang mula memfokus kepada pemanduannya.
“Taklah. Tak baik tipu...” hentam sajalah Yana. Aku pun tak tahu nak panggil makanan macam tu makanan apa.
Zarith diam. Yana sudah ketawa dalam hati. Mula-mula sombong, tapi aku tengok dia yang berselera benar. Sampai mintak tambah kali kedua. Teruk benar aku tengok dia makan. Orang bandar makan makanan orang kampung. Jakun sekampung, desis hatinya.
“Kau senyum-senyum ni mengutuk aku ke?” soalan Zarith membuat jantung Yana berdegup laju. Erk! Dia tahu ke aku kutuk dia? Dia pakai ilmu hitam ke?
“Ish, mana ada. Saya wanita budiman. Tak tergamak nak mengutuk tuan tau. Apatah lagi tuanlah jejaka yang baik hati sanggup terima saya bekerja walaupun kelulusan saya kurang baik. Percayakan saya sehingga saya dilantik sebagai asisstant tuan.” Pujian Yana membuatkan Zarith tersenyum melebar.
“Bagus. Aku suka kau..”
“Hah? Suka?”
“Tak... tak.. maksud aku, aku suka kau puji aku. Memang tak di nafikan aku ni macho. Idaman gadis. Jadi, jangan nak pertikaikan apa-apa..”
“Perah santanlah tuan ni!” marah Yana.
“Perah santan? Bila masa aku perah santan?” soal Zarith kehairanan.
“Perah santan tu nama ciut-miut dari perkataan perasan. P.E.R.A.S.A.N...” Yana mengeja satu-satu perkataan perasan tu. Biar Zarith jelas dan faham yang dia mengutuk Zarith.
“Perasan.. perah santan. Perasan... perah santan..” Zarith mengulang perkataan itu dua tiga kali sehingga dia dapat menangkap maksud Yana  tadi.
“Kau kata aku perasan?” soal Zarith.
“Yup. Betul lagi benar.” Balas Yana bersungguh-sungguh.
“Kau...!”
Ha ha ha..” hanya tawa Yana yang kedengaran. Zarith sudah menahan gelegak di dada. Kurang asam punya budak. Dua kali kau kenakan aku. Akhirnya Zarith turut sama tertawa memikirkan kelembapan dirinya sendiri.

2 comments:

  1. Scenario bab ni sudah cukup bagus dan menggalakan.Kita tak sabar tunggu scene Fendi dan Yana. Apa jadi pada Zarief.

    ReplyDelete

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,