Pages

Peminat Novel

Blog Page

15 Jan 2013

Bab 2: Hanna Dayana & Yazid Shah



“WAH! Hajah Asmah tengah bersilat dekat dapur.Masak apa tu Puan Hajah?” usik Hanna Dayana sebaik sahaja menghampiri ibunya yang sedang memasak di dapur.
“Oh, Cik Hanna Dayana. Puan Hajah sedang menumis untuk masak ayam lemak cili api. Makanan kegemaran Cik Hanna.” balas Hajah Asmah membalas gurauan anaknya.
“Wow! Kegemaran Hanna. Terima kasih ibu. Ibu nak suruh Hanna buat apa? Ibu cakap aje. Disebabkan hari ini ibu masakan lauk kegemaran Hanna, Hanna akan buat apa yang ibu suruh. Cakaplah, bu...”
“Betul Hanna nak tolong ibu ni?” soal Hajah Asmah kurang yakin dengan kata-katan anaknya.
Hanna Dayana pantas menganggukkan kepala.
“Hanna tolong ibu sidai baju boleh? Ibu tengah memasak ni. Mesin basuh baru aje berhenti tadi.Tolong ibu eh?”Hajah Asmah membuat mimik muka keletihan manakala Hanna Dayana sudah membuka mulut seluas-luasnya.
“Hah?! Si..sidai baju??” soal Hanna Dayana seakan tidak percaya.
Kini giliran Hajah Asmah pula menganggukkan kepala.
“Ibu ni.... maksud Hanna teman ibu shopping. Hanna sanggup jadi bodyguard ibu asalkan ibu belanja Hanna  sekali. He he he..” balas Hanna Dayana bersahaja.
“Hah?” Hajah Asmah pula tercengang.Kemudian dia menggelengkan kepala.Bapak borek, anak rintik.Sama aje.
“Ala, Hanna tolonglah ibu.Hanna tak kasihan dekat ibu ke?Dari tadi ibu tak berhenti buat kerja rumah.Tolonglah.Kalau ibu kelam-kabut.jadi tak sedap pulak lauk kegemaran Hanna ni..” Hajah Asmah masih berusaha cuba memujuk.
Mencemberut wajah Hanna Dayana ketika ini. Aduh! Malasnya nak sidai baju!
“Yela, yela.” balas Hanna Dayana sepatah.Dia menuju ke mesin basuh automatik jenama LG itu.Di buka penutup mesin basuh itu dengan kasar tanda protes dengan suruhan ibunya.Namun Hajah Asmah hanya mendiamkan diri sahaja.Dia mahu anaknya berdikari.Sampai bila anaknya mahu bermanja dan bermalas-malasan di rumah.Tidak tahu mengemas rumah, tidak tahu membasuh baju, tidak tahu memasak.Anak dara apanya jika tanggungjawab sebagai seorang wanita tidak di ketahui.
Dengan wajah yang masih cemberut, baju yang sudah di masukkan ke dalam bakul baju di bawa ke luar rumah untuk di jemur. Menonong sahaja Hanna Dayana berjalan tanpa perasan akan kehadiran Haji Brahim yang baru sahaja turun dari kamar anaknya itu. Haji Brahim melihat Hanna Dayana pelik.Dan bertambah pelik apabila dia melihat Hanna Dayana memegang bakul baju yang berisi pakaian untuk di jemur.Lantas, kakinya di bawa ke ruang dapur.
“Kenapa dengan anak dara awak tu, Mah?” soal Haji Brahim.Sesekali Haji Brahim menoleh ke belakang apabila mendengar anaknya menjerit kecil di luar rumah.Pasti Hanna Dayana berasa tidak puas hati apabila di suruh membuat kerja rumah.Haji Brahim menggelengkan kepala.Parah, parah.
“Anak dara abang tu. Malas sangat nak menolong saya.Baru suruh sidai baju, dah nak protes. Hentak sana, hentak sini. Apa nak jadilah anak abang tu...” bebel Hajah Asmah.
“Anak abang ajelah?Bukan anak awak?” soal Haji Brahim seperti berjauh hati.Merajuk.
Hajah Asmah tersenyum melihat tingkah suaminya. Walaupun mereka sudah menjangkau usia 60-an, namun sifat romantik dan ingin bermanja dalam diri Haji Brahim tidak pernah pudar. Hajah Asmah bersyukur dikurniakan seorang lelaki dan suami yang baik dan penyayang.
“Abang nak pergi tengok anak kita kejap. Ada nanti mati bunuh diri pulak..” kata Haji Brahim bersahaja.
“Ish! Abang ni..” ditepuk perlahan bahu suaminya itu. Sudah di bilang; bapa borek, anak rintik. Betul, kan?

“EHEM-EHEM....”
Hanna Dayana pantas berpaling.Kemudian dia kembali memandang ke hadapan.Di libas-libasnya kain pelekat Haji Brahim tanda marah dan merajuk.
“Anak abah ni marah ke merajuk?” soal Haji Brahim.
Senyap.
“Marah ke merajuk?” soal Haji Brahim lagi.Cuba memujuk.
“Dua-dua!” balas Hanna Dayana sedikit meninggi.
“Amboi.Macam tu ke cakap dengan abah?”
Hanna segera menekup mulut.
“Sorry abah. Abah.....” rengek Hanna Dayana.Haji Brahim sudah tahu taktik anaknya.Pasti mahu mengadu tentang isterinya dan juga mahu Haji Brahim menghabiskan tugas yang diberikan kepada Hanna Dayana.Namun, dia mahu mengusik anaknya.Rajuk Hanna di layan.
“Kenapa, sayang?” soal Haji Brahim lembut.Dia duduk di atas kerusi yang sudah sedia diletakkan di anjung luar rumah.
“Ibu tu......”
Haji Brahim tersenyum.Kan dah cakap.
“Kenapa dengan ibu?”
“Tengoklah ni.Ibu suruh Hanna sidai baju. Banyak pulak tu.” kata Hanna Dayana sambil memintal-mintal kain batik Hajah Asmah.
Haji Brahim bangun dan menghampiri Hanna Dayana.Di lihat bakul baju yang berada di lantai kemudian dia memandang semula wajah Hanna Dayana.
“Baju siapa yang paling banyak dalam bakul?” soal Haji Brahim.
Hanna Dayana segera menunduk dan melihat pakaian yang berada di dalam bakul.Aik? Kenapa baju aku paling banyak ni? Dapat di lihat dengan jelas baju dan seluarnya paling banyak di dalam bakul baju itu.
“Abah.....” rengek Hanna Dayana lagi.Dia tahu pakaian dia paling banyak.Namun dia tetap tidak puas hati apabila di suruh menyidai pakaian.
“Hanna, cuba tengok kat luar tu.” kata Haji Brahim serius. Jari telunjuknya di tunjuk ke luar rumah bagi menunjukkan sesuatu benda.Hanna Dayana pantas berpaling.Hanna Dayana melihat ke kiri dan ke kanan.Apa yang abah tunjuk tadi?
“Apa yang a......” Hanna Dayana terdiam.Di hadapannya kini cuma kerusi yang baru sahaja di duduki oleh abahnya.Barulah kini dia sedar bahawa dirinya telah dipermainkan oleh abahnya sendiri.
“Abah....!!” jerit Hanna Dayana sekuat hati.
Haji Brahim yang sudah berada di dapur bersama isterinya ketawa mendengar jeritan anak kesayangan mereka itu.Kasihan.Namun seperti kata isterinya tadi, Hanna Dayana harus berdikari. Harus! 

4 comments:

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,