Pages

Peminat Novel

Blog Page

25 Jan 2013

Bab 15: Sungguh, Aku Cinta Kamu


PENGALAMAN pertama yang Haikal alami sangat-sangat mengujakan. Ternyata dia amat menyukai keindahan di kampung. Justeru itu, dia menawarkan dirinya untuk turut sama pulang ke kampung Isfahani jika Isfahani mahu balik berjumpa Mak Tok.
“Is, jaga diri baik-baik ye.. Haikal, kamu tolong tengokkan cucu Mak Tok ni ye? Dia ni nakal sikit. Tolong ya, Haikal...” Mak Tok meminta pertolongan Haikal supaya menjaga Isfahani. Haikal tersenyum lebar. Mak Tok dah bagi green light!
“InsyaAllah, Mak Tok. Kalau dia degil, Haikal piat aje telinga dia. Bolehkan, Mak Tok?” usikan Haikal itu ternyata memberi padah apabila Isfahani memberi cubitan halus ke lengan Haikal. Menjerit kecil lelaki itu.
Sofia yang melihat adengan dua ‘mangkuk’ ni merasa tercabar. Rasa mahu menampar Isfahani sekuat hati. Tapi, mengenangkan Mak Tok turut berada di situ, disabarkan saja hati.
“Habis, kami berdua ni siapa nak tengokkan, Mak Tok?” usik Borhan.
“Ish! Kamu ni pandai jaga diri. Cucu Mak Tok ni aje yang liat sikit.” Perli Mak Tok.
“Amboi,  Mak Tok. Bukan main lagi mengutuk cucu sendiri. Karang Is merajuk kang...” Isfahani mengugut. Bukan mahu merajuk betul-betul pun. Saja mahu bermanja dengan Mak Tok sebelum mereka pulang.
“Janganlah merajuk. Is aje satu-satunya cucu Mak Tok...” pujuk Mak Tok lembut. Dia tahu Isfahani saja bergurau dengannya. Namun, dia tetap bimbang jika cucunya itu benar-benar merajuk dengannya. Cucu sudahlah seorang.
“Is main-main ajelah, Mak Tok. Takkanlah Is nak marah Mak Tok. Mak Tok the best in the world!” kata Isfahani sambil mengangkat ibu jari membawa masksud; bagus.
“Macam-macamlah kamu ni, Is. Sudah. Bertolak cepat. Hari dah mendung ni. Takut nanti hujan pula. Apa-apa telefon Mak Tok, ya?” kata Mak Tok lagi.
“Yelah, Mak Tok. Is balik dulu ye...” ujar Isfahani seraya menyalami tangan wanita tua itu.
Selepas itu diikuti pula oleh Haikal, Borhan, Qila dan diakhiri oleh Sofia. Belum lagi menaiki kereta, rindunya kepada Mak Tok dan rumah sudah menebal. Is akan balik lagi, Mak Tok. Katanya di dalam hati.
Mereka berlima menaiki Toyota Alparhd itu sebelum kereta itu meluncur laju keluar ke jalan besar.

“IS, awak lapar tak?” tanya Haikal dari depan.
Sofia pantas berpaling.
“You dia sibuk tanya. I ni macam nak mati you tak nak tanya pun!” kata Sofia sebal.
Haikal menggaru kepala. Nampaknya dia sudah terlalu mengambil berat tentang Isfahani sehingga Sofia perasan akan perubahan dirinya. Namun, bagaimana dia harus mengelak dari mengambil berat tentang Isfahani jika hatinya menggilai Isfahani. Lagilah sejak mereka sudah berbaik ini, dia semakin menggilai Isfahani. Haikal menggeleng perlahan.
“Kenapa geleng-geleng kepala? Teleng?” kata Sofia selamba.
Haikal tersentak. Berkhayal pula aku ni, kata hatinya.
“Kenapa you ni nak marah aje?” soal Haikal pelik.
Sofia mendengus.
“Mana I tak marah. You lebih pentingkan Is daripada I. Ingat I ni tunggul ke apa?” marah Sofia.
“Eloklah tu dia anggap kau tunggul. Dari dia anggap kau asap. Lagi tak nampak...” kata Borhan bersahaja. Qila disebelahnya sudah menyiku lengan Borhan tanda memberi amaran. Jangan cari fasal dengan singa betina yang tengah lapar!
Sofia pantas berpaling kebelakang memandang tepat wajah Borhan yang kelihatan bersahaja.
“You ni apahal?! Daripada semalam you cari fasal dengan I. I ada ganggu you ke?” pekik Sofia.
“Ada. Menganggu sangat. Kau menganggu orang nak buat kerja dengan perangai gedik kau tu!” kata Borhan selamba.
Makin menyinga wajah Sofia mendengar kutukan Borhan.
“What the....”
“Sofi. Sudah. Jangan nak bertengkar lagi. I bawa you pergi makan. You nak pergi mana?” tanya Haikal cuba menenangkan keadaan.
Sofia memandang wajah Haikal dengan senyuman lebar.
“I nak makan tempat ekskulif. Dah lama tak makan makanan ‘five star’. Hari-hari makan makanan ‘zero star’.” Kutuk Sofia.
“Ala... ‘Zero star’ pun kau kenyang jugak!” balas Borhan kembali.
“You!!”

“BABY, I tak nak makan dengan dia orang. Just two of us. Please....” pujuk Sofia.
Haikal sudah serba salah. Sedangkan sebelum ini, dia yang mahu mengajak mereka makan bersama, namun kerenah Sofia menyusahkannya.
“Tak apalah, Haikal. Awak layan aje Puteri awak ni. Kita orang makan KFC pun boleh..” kata Isfahani yang  menunding jari ke restoran itu.
“Tapi saya yang ajak awak makan kan?” kata Haikal.
“Tak apa. Kita orang okey aje. Karang naik sawan pulak awek kau tu..” kata Borhan.
Sofia memberikan jelingan tajam. Biarlah kau nak kata apa pun. Yang penting, aku nak Haikal spendtime dengan aku hari ni. Desis Sofia.
“Tak apa ke ni, Is?” Haikal tanya kepada Isfahani pula. Membengkak ulu hati Sofia mendengar. Balik-balik Is aje yang kau sibuk tanya!
“Tak apalah. Saya okey aje. Jangan risaulah...” jawab Isfahani perlahan. Dia gugup sebenarnya. Hari ini Haikal terlalu mengambil berat tentangnya sehingga hatinya merasa kurang sihat hari ini. Ini halusinasi aje kot, desis hati Isfahani.
“Hmm.. Kalau begitu, tak apalah. Kita jumpa semula jam tiga petang.” Kata Haikal seraya memandang Isfahani. Fikirannya melayang. Disisinya Sofia, tetapi diingatannya Isfahani. Ah! Dia buntu.
“Okey.” Balas Isfahani sepatah sebelum mereka bertiga melintasi jalan menuju ke KFC.

“MAKIN menggediklah aku tengok Si Sofia tu. Geli-geliman. Rasa macam ulat bulu merayap atas badan...” ujar Qila tidak puas hati. Memang dia tidak berkenan dengan spesies perempuan macam Sofia itu. Menggedik tak kira masa. Mujurlah Si Kamil tu jenis pendiam. Silap-silap boyfriend aku pun dia nak kebas! Ah! Sebut nama kekasih hatinya itu membuatkan dia merasa rindu dengan Kamil. Sepanjang dia berada di kampung Isfahani, dia tidak boleh menghubungi Kamil atau Kamil menghubunginya. Kerana line di sana sangat teruk. Lantas, dia mengambil telefon bimbit dan menghantar sms kepada buah hatinya itu.
“Bukan kau sorang aje yang geli. Aku yang lelaki ni pun geli! Macam manalah Haikal boleh bertahan dengan perempuan macam tu...”
“Ala... Perempuan cantik. Siapa yang tak nak?” balas Isfahani.
“Kau pun cantik apa. Tapi kenapa dia tak pandang kau pun?” soal Borhan sedikit hairan.
Isfahani yang ketika itu sedang menyedut minuman bergas tersedak mendengar soalan ‘maut’ Borhan.
“Kau ni. Orang minum air pakai mulut. Kau minum pakai hidung!” kata Borhan selamba sambil menghulurkan sekeping tisu kepada Isfahani.
Isfahani menyambut huluran Borhan.
“Otak kaulah guna hidung! Kau belajar ilmu sesat mana?”
Qila menggosok perlahan belakang badan Isfahani.
“Kau ni, Borhan. Cakap tak bertapis langsung tau! Tapi aku pun pelik juga. Kenapa Haikal tak pandang Is ek? Aku rasa kau belum cukup cantik sehingga mampu melawan Sofia...” kata Qila bersahaja.
Isfahani membeliakkan matanya kepada kedua-dua sahabat baiknya itu.
“Chup, chup, chup!! Apa kena mengena ni, wei? Aku tak sukalah kau orang kaitkan aku dengan kisah cinta budak berdua tu. Aku geli tahu tak?” ujar Isfahani sambil membuat mimik muka.
“Geli ke cemburu?” usik Qila. Dia tahu Isfahani mempunyai perasaan terhadap Haikal tapi saja jual mahal. Jual mahal sangat, takde orang nak belilah!
“Ke gecemburu (ganbungan geli dan cemburu)?” usik Borhan pula.
“Banyak cekadak ah kau orang ni!! Bak balik ayam aku. Kalau nak order sendiri, bayar sendiri!” marah Isfahani. Dia mengambil empat ketul ayam di dalam pinggan Qila dan Borhan dan diletakkan ke pinggannya.
“Aku belanja, kau orang sedap-sedap kutuk aku, kan? Hah, makan jelah pinggan tu.” Bebel Isfahani.
“Is...!”

0 comments:

Post a Comment

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,