Pages

Peminat Novel

Blog Page

20 Oct 2012

Bab 13: Dia Yang Ku Cinta

Fendi Mohammad



HELLO kawan!” jerit satu suara.
“Fendi??”
“Akulah. Siapa lagi?”
“Bila kau balik? Tak bagi tahu aku pun. Kalau tak aku boleh jemput kau..” kata Zarith sambil memeluk tubuh sahabat baiknya itu.
“Dah dua hari aku balik..”
“Dah dua hari baru hari ni kau datang jumpa aku? Apa punya kawanlah kau ni...”
Rilekslah bro. Bukan penting sangat aku ni...”
Zarith segera melabuhkan punggung di atas kerusi empuknya dan mula mendail nombor setiausahanya. “Ida.. suruh Yana buatkan dua cawan coffee ya...”
“Baik tuan..” balas Ida. Kemudian Ida menghampiri Yana yang sedang tekun mengemas pantri. Rajin budak ni. Tidak seperti anak dara yang lain. Terlalu memilih pekerjaan.
“Yana... tuan suruh buat dua cawan coffee dan hantar ke bilik tuan ya...”
“Ada tetamu ya kak?” soal Yana.
“Ha’ah. Kawan baik tuan. Encik Fendi. Dia baru balik studi dekat Australia. Buat cepat ya.”
Yelah....” Yana segera membuat dua cawan kopi yang sangat di gemari oleh Zarith. Walaupun Zarith kerap mengutuk minumannya tak sedap tetapi hari-hari asyik minta air yang sama. Tidak pernah tukar. Itu pun dia masih kata tak sedap?
Yana berjalan perlahan sambil membawa dulang yang berisi dua cawan kopi dan juga sepinggan kuih karipap. Dia membawa karipap itu dari rumah untuk diberikan kepada tuannya. Nampaknya kawan Tuan Zarith langkah kanan. Ada rezekilah nak merasa karipap air tangan uminya.
“Masuk...” arah Zarith setelah mendengar ketukan pintu dari luar. Yana segera masuk apabila mendapat arahan daripada Zarith. Dengan berhati-hati Yana meletak dulang itu di atas meja bulat yang berada di hujung sudut bilik Zarith.
Sewaktu dia meletakkan cawan ke atas meja, dia dapat merasakan dirinya diperhatikan seseorang. Lantas dia mengangkat wajah. Mak aih! Handsomenya mamat ni. Tapi lagi handsome Tuan Zarith. Opss! Jangan puji lebih-lebih. Nanti kembang setaman.
“Jemput minum tuan.” pelawa yana kepada Zarith dan Fendi. Kemudian dia berlalu keluar.
“Siapa tu?” soal Fendi selepas melihat Yana keluar dari bilik Zarith.
“Pekerja baru. Assistant aku. Untuk buat kerja-kerja luar..”
“Amboi. Berapa ramai kau nak pakai assistant hah? Dalam pejabat dah ada sorang. Kerja luar pun ada asisstant? Dashyat...”
“Ala. Habis dia nak sangat kerja. Aku bagi ajalah. Lagipun kesian. Dia anak orang susah. Aku tolong mana yang mampu aja..” terang Zarith.
“Muka dia cute beb. Tertawan pulak aku tengok.” kata-kata Fendi membuat jantung Zarith berdebar hebat.
“Muka macam tu kau kata cute? Sah mata kau ada problem.”
“Aku serius beb. Muka dia tenang aje. Aku suka tengok muka dia. Macam dah jatuh cintalah pulak.”
Zarith serta-merta melepar sebatang pen kepada Fendi. Mujur Fendi sempat mengelak. Kalau tidak pasti berbirat dahinya.
“Banyaklah kau punya jatuh cinta. Kau tu playboy terhebat di abad ini. Mana kenal erti cinta..” perli Zarith.
Ha ha ha... Itu tak di nafikan. Aku memang jejaka hot. Tapi bila aku tengok budak perempuan tu, aku rasa tertarik menarik, dia memang da bomb!” balas Fendi sambil tertawa kuat.
Debaran hati Zarith makin tidak keruan. Kenapa ni? Tak ada apa-apalah. Fendi tu mata keranjang. Dia tidak pernah setia dengan sorang perempuan. Zarith cuba menyedapkan hati. Eh, kenapa dengan aku ni. Nak pertahankan minah tu apahal? Cepat-cepat dia membuang perasaan aneh yang mula menapak di hatinya.
Eh, ofis kau ni ada job kosong tak?” soalan Fendi menghentikan lamunan Zarith.
“Kenapa?”
“Aku ingat aku nak kerja sini dululah?”
“Dulu bukan kau menyampah ke kerja ofis. Minat sangat nak bukak galeri. Last, last ofis aku jugak kau cari.” Zarith memerli Fendi.
Fendi tersenyum dan berkata, “Sebab ada budak tu. Hati aku macam berkenan je dengan budak tu. Siapa nama budak tu?” soal Fendi.
“Budak mana?”
“Budak tadilah.”
“Oh.. Yana..” balas Zarith yang dirasakan suaranya mendatar sahaja apabila menjawab pertanyaan Fendi. Ada perasaan kurang enak sekarang ini.
“Ada ke tak?” soal Fendi sambil menghirup air kopi Yana sebentar tadi. Sedap! Puji hatinya.
“Ada apa?”
“Ya Allah, dia ni. Kerja kosonglah. Ada tak?”
“Ha.. ada-ada. Bahagian HR. Okey tak?”
“Kalau HR dapat jumpa dia selalu tak?”
“Jumpa siapa?”
“Yanalah! Kau ni kenapa? Dari tadi aku tengok macam blur aje?” soal Fendi geram.
“Hah? Blur? Mana ada..” tukas Zarith.
“So, aku dapatlah jumpa dia selalu?”
“Rasanya macam tulah...” balas Zarith perlahan.
“Kalau macam tu, esok sebelum subuh aku sampai bos!” kata Fendi sambil memberi tabik kepada Zarith.
“Banyaklah kau punya subuh. Jumpa esok geng..”
“Aku gerak dulu..” kata Fendi sebelum berlalu meninggalkan Zarith yang terkaku. Nak di tolak, kawan. Tapi kalau tak tolak, aku yang sakit hati. Eh, apa yang aku merepek ni. Lantak dialah kalau nak bercakap dengan budak tu.

2 comments:

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,