Pages

Peminat Novel

Blog Page

13 Jan 2013

Bab 13: Sungguh, Aku Cinta Kamu




“AWAK!! Awak nak main layang-layang tak?” soal Isfahani sebaik sahaja dia nampak kelibat Haikal keluar dari kamar tidurnya.
“Hah? Layang-layang??” soal Haikal terpinga-pinga. Dia yang baru bangun tidur sudah diajak bermain layang-layang. Mandi belum, makan pun belum.
“Yelah...”
“Sekarang ke?”
“Ish. Apa pulak sekarang? Petang nantilah. Dah-dah. Cepat mandi. Lepas tu sarapan. Mak tok mintak tolong awak parut kelapa. Mak tok nak masak rendang daging. Cepat tau. Saya tunggu dekat luar.” Kata Isfahani kemudian berlalu ke luar rumah.
Haikal menggaru-garu kepalanya. Kenapa Is hari ni mesra semacam je? Selalu menjeling. Seketika, Haikal menepuk dahi. Bukan ke dia orang dah berbaik semalam. Patutlah Isfahani layan dia baik sangat.
Haikal masuk kembali ke dalam bilik mengejutkan Borhan sebelum mencapai tuala yang tergantung di belakang pintu bilik dan berlalu ke bilik air untuk menyegarkan badan. Haikal tersenyum sendirian di dalam bilik air. Dia langsung tidak menyangka hubungannya dengan Isfahani akan baik. Lebih mudah untuk dia berterus-terang tentang dirinya dan memberitahu isi hatinya kepada Isfahani. Dia berharap sangat Isfahani tidak terkejut dan membenci dirinya. Haikal menyanyi kecil di dalam bilik air. Riangnya hati sehingga dia boleh bernyanyi-nyanyi di dalam bilik air.
Sofia yang baru sahaja turun untuk bersarapan terdengar nyanyian riang di dalam bilik air. Suara seperti Haikal. Gembira semacam je?
Lantas dia bertanya kepada Borhan yang sedang duduk di meja makan sambil menahan kuap.
“Kenapa dengan Haikal tu? Pagi-pagi dah bernyanyi?”
Senyap. Sofia melihat Borhan yang masih terkatup mata segera menampar lengan lelaki itu. Borhan menjerit kecil.
“Oii, apa ni? Sakitlah!”
“Tahu pun sakit. I cakap you tak dengar ke? Tidur ajelah you ni!” marah Sofia.
“Ish! Suka hati akulah! Kau nak apa ni? Tak menganggu aku tak boleh ke?” balas Borhan kasar. Sakit hati apabila perempuan gedik ini menganggu lenanya. Ah! Borhan di mana-mana sahaja boleh terlena.
“I tanya kenapa Haikal menyanyi-nyanyi dalam toilet tu?” Sofia menyoal kembali dengan pertanyaan tadi.
“Oh.. Haikal kata Isfahani ajak dia pergi main layang-layang petang nanti. Hari ni pun angin tengah kuat. Memang bestlah kalau nak main layang-layang. Terbang tinggi. Dia punya excited macam tak pernah main layang-layang. Eh, orang bandar memang jakun eh? Tak pernah main layang-layang ke?” soal Borhan yang sedikit pelik melihat tingkah Haikal. Jakun.
Sofia pantas menolak kepala Borhan menggunakan dua jarinya. “Banyaklah you punya jakun!” marah Sofia kemudian berlalu menuju ke kamar.
“Oii! Suka-suka kau je main kepala aku! Bapak aku bayar zakat tahu tak?” bentak Borhan tidak puas hati.
Hati Sofia meledak geram. Kurang ajar! Belum apa-apa dah pandai ajak main layang-layang. Lepas ni apa pulak? Ajak main kahwin-kahwin? Haikal ni pun satu melayan aje. Jakun sangat tu kenapa? Bila aku ajak teman makan dekat pekan, banyak songeh. Tapi kalau perempuan tu ajak, laju je kaki kau kan? Marah hatinya.

“HAIKAL... awak tak siap lagi ke? Cepatlah!” teriak Isfahani dari luar rumah. Dia sudah kepanasan menunggu Haikal macam menunggu anak Dato’ datang bertandang ke rumahnya pula.
“Ye-ye. Sekejap. Saya datanglah ni..” jerit Haikal dari dalam rumah. Bergegas Haikal menuruni tangga sebelum betul-betul berdiri di hadapan Isfahani.
“Sorry, I’m late..” katanya serba-salah.
“Memang sangat-sangat lambat pun Encik Haikal. Naik kematu saya tunggu awak tau!”
“Kematu? Apa tu?” Haikal menggaru-garu kepala. Peliknya bahasa?
Isfahani mengegek ketawa mendengar pertanyaan Haikal. Memang anak orang bandar betullah!
“Takde apa-apalah. Cepat tolong saya.” Kata Isfahani. Lebih kepada memberi arahan sebenarnya.
Isfahani menarik tangan Haikal dan betul-betul berdiri di bawah pokok kelapa. Pengangan tangan yang tidak dilepaskan itu mendamaikan hati Haikal. Haikal tersenyum sendirian.
Isfahani yang pelik melihat sikap Haikal mula menyoal, “Kenapa awak senyum sorang-sorang ni?”
“Tu...” bibir Haikal mengunjukkan tangan yang dipegang Isfahani.
“Opps. Sorry. Tak sengaja..” Isfahani memohon maaf di atas keterlanjurannya.
“Tak apa. Saya okey aje. He he he..” balas Haikal bersahaja.
Terbeliak mata Isfahani mendengar kata Haikal yang selmba itu. Rasa aneh mula menyapa. Tetapi dia cepat-cepat membuang kerana ada tugas lebih penting memerlukan perhatiannya.
“Okey. Mak tok suruh kita parut kelapa. Tapi sebelum tu, kita kena ambil kelapa dulu..” terang Isfahani sambil mendonggak kepala melihat ke buah kelapa yang sudah masak.
“Jomlah!” ajak Haikal.
“Pergi mana?”
“Kata pergi ambil buah kelapa. Buah kelapa dekat kedailah kan?” soal Haikal yang tidak faham akan maksud Isfahani tadi.
Isfahani sudah menepuk dahi. Apa punya jakunlah mamat bandar ni. Rungutnya di dalam hati.
“Bukan-bukan. Maksud saya, awak kena panjat pokok kelapa. Ambil dari pokoknya. Lebih segar..”
Membulat mata Haikal mendengar suruhan itu. “Hah? Pan.. panjat pokok?” soal Haikal terkejut.
“Iyelah. Nak buah kelapa kenalah panjat pokok. Takkan nak bertapa bawah pokok kelapa ni tunggu sampai buah kelapa tu gugur pulak..” ujar Isfahani yang geram dengan sikap ‘blur’ Haikal.
“Tapi saya mana tahu panjat...” kata Haikal perlahan.
Kini giliran Isfahani pula membulatkan matanya. Aduh! Masalah berkawan dengan orang bandar nilah. Isfahani menepuk dahi.
“Jakunnya awak ni. Sudahlah. Saya pergi minta tolong Borhan sekejap. Awak tunggu sini. Saya nak awak tengok dan belajar. Tunggu sini!” arah Isfahani.
Haikal hanya menganggukkan kepala. Membantah tidak, melawan pun tidak. Memang benar dia tidak tahu. Jadi, dia harus belajar.
Isfahani mendengus sebelum masuk ke rumah untuk memanggil Borhan.
“Borhan! Borhan!” jerit Isfahani.
“Ye-ye. Apehal terpekik ni? Bisinglah. Aku nak tidur pun tak senang.” Marah Borhan kerana Isfahani menganggu tidurnya.
Tangan Isfahani laju sahaja menepuk belakang badan Borhan. “Kau ni kan, asyik membuta ajelah! Tolonglah aku. Ambil buah kelapa. Mak tok nak masak rendang ni..” rayu Isfahani.
“Ala.. Haikal kan ada. Suruhlah dia..” balas Borhan sambil meraup muka. Kacau betullah!
“Cik abang! Kalau si mamat tu tau, tak adalah aku suruh kau, ngek! Cepatlah. Nanti Mak Tok baliklah.”
“Ngek-ngek tengkorak kau! Dahlah mintak tolong orang. Cakap baik-baik tak boleh ke?” bentak Borhan tidak puas hati.
Isfahani sudah mengelip matanya tanda memohon maaf. “Cepatlah....” renggek Isfahani.
“Ish! Mak nenek ni! Yelah-yelah...” Borhan mengalah.
Mereka berdua menuruni tangga dan menuju ke arah di mana Haikal berdiri ketika ini. Kaku. Itulah yang Isfahani lihat pada diri Haikal ketika ini. Kaku macam kayu! Isfahani mendongkol geram. Muka aje handsomelah. Buat kerja pun tak reti.
Borhan membuat seliparnya sebelum memanjat pokok kelapa itu. Sesampainya di bahagian yang di kehendaki, dia bertanya berapa biji Mak Tok hendak guna. Isfahani menjelaskan Mak Tok nak guna dalam tiga biji. Mak Tok nak beri rendang daging kepada jiran tetangga.
Haikal yang melihat sedari tadi hanya memandang sepi. Tinggi sangatlah kalau nak suruh aku panjat. Kalau aku jatuh, pokok kelapa ni ada insuran tak untuk aku? Ah! Aku sudah melalut sampai ke situ pula.
“Haikal...!!” teriak satu suara sebelum Haikal merasakan sikunya perit. Dia melihat dirinya sudah terbaring di tanah manakala Isfahani menghempap badannya. Seketika, pandangan mereka berlaga. Asyik terlalu asyik sehingga degupan di dada mereka mengubah rentak lebih laju sebelum Isfahani sedar akan keadaan itu dan cepat-cepat berdiri dan membetulkan rambut serta bajunya.
“Berangan ajelah awak ni! Nasib kepala awak tak jadi kelapa. Kalau tak, apa saya nak jawab dengan keluarga awak??” marah Isfahani.
Haikal segera bangun dan membersihkan badan. Dia melihat luka yang memedihkan sikunya itu. Terdapat sedikit kesan calar dan berdarah di siku. Walaupun nampak sikit lukanya, tetapi jika kena air. Perit!
“Awak okey tak?” soal Isfahani yang mula cemas melihat Haikal membelek-belek sikunya. Seketika, terbeliak matanya melihat kesan calar di siku Haikal.
“Eh, awak lukalah! Tunggu sini. Saya ambil ubat.” Isfahani bergegas naik ke atas dan mengambil segulung kapas dan sebotol minyak gamat dan di bawa turun ke bawah.
Dia menghampiri Haikal dan menarik Haikal duduk di pondok di hadapn rumahnya. Botol minyak gamat di buka sebelum kapas di tarik sedikit. Minyak gamat itu dituang ke atas kapas sebelum dilekapkan ke siku Haikal.
“Sakit sikit, eh..” kata Isfahani.
Tetapi kesakitan itu langsung tidak di rasai oleh Haikal. Yang di rasai kini adalah rasa bahagia. Bahagia kerana Isfahani mengambil berat tentangnya. Dia melihat wajah cemas Isfahani dengan pandangan redup. Haikal sayangkan awak, Is. Kalaulah awak tahu...
“Haikal... what’s wrong, dear?” sapa Sofia tiba-tiba sebelum dia mencelah duduk ditengah-tengah di antara Haikal dan Isfahani. Sofia memberi jelingan sebelum melihat siku Haikal.
Isfahani mengumam geram. Macamlah aku heran sangat dengan laki kau ni! Aku cuma mak sapukan ubat je. Karang jatuh pulak saham laki kau kalau berparut!
“Kenapa ni?” soal Sofia prihatin.
Soalan Sofia itu menjengkelkan hati Isfahani. Ambil berat konon.
“Takde apa-apalah, Sofi..” kata Haikal lemah. Hilang terus moodnya sebaik sahaja Sofia datang menganggu ketenangnya.
“Kalau takde apa-apa, takkan boleh luka macam ni?” soal Sofia tidak puas hati. Pantas wajahnya dipalingkan menghadap Isfahani. Isfahani hanya menjongket bahu tanda tidak tahu.
“I okey ajelah. Tadi I tak perasan buah kelapa jatuh ke bawah. Nasib baik Is ada. Dia yang tolak I tadi..” terang Haikal.
“Is tolak you???” soal Sofia seperti tidak puas hati saja.
“No. I mean, dia selamatkan I dari terkena buah kelapa tu. Dahlah, benda kecil aje. Tak payah nak besar-besarkan..” malas Haikal mahu melayan Sofia. Baru sahaja dia bangun dari duduk, Sofia memeluk lengannya.
“Hari ni teman I lunch dekat pekan jom. I hungry fast food.”
Haikal menggelengkan kepala manakala Isfahani menjuihkan bibir. Gedik!
“Sofi. Borhan dengan Mak Tok dah bersusah payah nak masakkan kita rendang daging. Takkan kita nak makan dekat luar pulak? Dah la. Kita makan dekat rumah je. Tak lari ke mana fast food you tu.” Balas Haikal bersahaja.
Isfahani sudah mengenggek ketawa. Pandangan tajam Sofia dia biarkan sahaja. Ingat aku takut?
“You.....”
“Jom, Is. Saya tengok Borhan dah turun tu. Tadi kata nak parut kelapa kan? Boleh ajar saya tak?” soal Haikal tanpa mempedulikan renggekan Sofia.
Isfahani sudah mejerit kesukaan di dalam hati. Nasib kaulah, Sofi. Dapat pakwe macam ni.
Sofia menghentak-hentak kakinya tanda geram dengan penolakan Haikal. Ah, sejak Haikal berada di sini bersama Isfahani. Dia sudah makin dilupakan. Dia tidak boleh menerima penolakan itu. Dia harus berbuat sesuatu!

4 comments:

  1. nak lagi boleh best sangat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. baby mio: akan di uodate dlm masa terdekat ni

      Delete
  2. Hahaha...padan muka Sofia...mengedik sngt!! Lama akak tk update crte ni...rindu saya kt crte ni..hehehe thanks kak ;-)

    ReplyDelete

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,