Pages

Peminat Novel

Blog Page

18 Feb 2013

Bab 17: Pelangi Cinta (Hanna Dayana & Yazid Shah)



“PSSTT... PSSTT...”
Hanna Dayana segera menoleh. Tetapi tiada sesiapa pun di situ. Ketika ini dia sedang menyiram pokok bunga ibunya. Penat mendengar ibunya membebel dan bercerita mengenai tanggungjawab seorang anak dan lebih-lebih lagi tanggungjawab seorang isteri, akhirnya dia melangkahkan kaki ke taman ini. Sesungguhnya dia berasa dipaksa dan terpaksa!
Hanna Dayana kembali menyiram pokok bunga sebelum sekali lagi dia mendengar suara itu. ‘Siapa pulak usyar-usyar aku ni? Aku ni bukannya fofular sangat pun!’ Dia mencari suara itu. Matanya tertancap kepada susuk tubuh seseorang. Dihampiri perlahan tubuh itu. Dan ternyata susuh tubuh itu adalah suaminya! ‘Main kotor nampak?’
Yazid Shah menahan gelak apabila melihat Hanna Dayana seperti tercari-cari dirinya. Tatkala Hanna Dayana menghampirinya, dia segera mengecilkan badannya supaya Hanna Dayana tidak nampak akan dirinya dibalik pokok bunga ibu mertuanya. Walhal Hanna Dayana sememangnya sudah tahu akan kehadiran dia di situ cuma dia saja yang tidak tahu.
Hanna Dayana mengukir senyuman nipis. Idea nakal mula menunjukkan cahaya. Dia berpura-pura tidak nampak suaminya. Dan dengan sengaja dia menyiram pokok bunga tersebut. Habis basah baju dan tubuh Yazid Shah.
“Apa ni?!” gumam Yazid Shah geram.
“Apa, apa, apa??” soal Hanna Dayana kembali. Senyuman nipis terukir di bibirnya.
Yazid Shah mengetap bibir. Niat di hati mahu mengusik Hanna Dayana namun akhirnya dirinya yang diusik!
“Hanna tak nampak ke abang dekat situ?” soalnya tidak puas hati.
Hanna Dayana menjenguk pasu bunga itu. “Laa... abang ada dekat situ ke? Tak perasan pula. Hanna fikir nyamuk duk usyar Hanna tadi. Tu yang Hanna simbah air tu... takut kena demam denggi pulak!” balas Hanna bersahaja.
Yazid Shah sudah mati akal. Tidak tahu mahu membalas apa. Salahnya juga kerana mengusik Hanna Dayana. Tetapi hatinya kuat mengatakan Hanna Dayana memang nampak dirinya tetapi dia hanya berpura-pura tidak nampak. Sebab itulah, dirinya basah kuyup seperti bermain hujan!
“Hanna ni kannnn.......”
“Ye, sayang. Kenapa dengan Hanna??” soal Hanna Dayana.
Yazid Shah terdiam. Panggilan ‘sayang’ yang dipanggil oleh Hanna Dayana sedikit mengusik hati kecilnya. Terasa indah panggilan itu meniti di bibir isterinya. Namun cepat-cepat disanggah perasaan itu.
“Err... Tadi mama call. Dia suruh kita tidur sana pula. Hari ni kita balik eh?” Yazid Shah segera menukar topik perbualan. Bimbang dia terbuai dengan perasaannya.
Hanna Dayana berfikir sejenak. “Okey, boleh. Tapi.... jangan lupa perjanjian kita eh?” Hanna Dayana cuba mengingatkan.
Yazid Shah memegang dahi. Berpura-pura berfikir. “Perjanjian yang mana ek?”
Hanna Dayana mengetap bibir. “Perjanjian suami isteri tulah! Pelupa betullah dia ni!” marah Hanna Dayana.
“Ohhh......” panjang ‘oh’ Yazid Shah.
“Abang jangan nak oh je lebih. Tapi nanti buat jugak...” Hanna Dayana memberi amaran.
Yazid Shah pantas menggeleng. “Sesungguhnya abang adalah suami dan anak yang baik. Percayalah.....” balas Yazid Shah selamba. Kemudian dia mengegek ketawa apabila Hanna Dayana menjelingnya tajam. Ah, sejak mengenali Hanna Dayana, dia lebih gemar bergurau-senda dengan gadis itu biarpun gadis itu kerap memarahinya. Perasaan apakah ini?
“Sudahlah! Malas Hanna nak layan abang. Nah, ambil ni. Tolong Hanna siram bunga ni. Hanna nak berehat.” Arah Hanna Dayana seraya memberikan getah paip kepada Yazid Shah.
Getah paip bertukar tangan. “Okey, bos. As you say...”
Baru beberapa tapak Hanna Dayana melangkah, kakinya berhenti serta-merta. Pantas dia menoleh ke belakang sebelum menjerit memanggil suaminya.
“Abang.....!”
“Opss..! Sorry. Abang ingat sayang ni pokok bunga tadi. Abang tersiram pulak. Ha ha ha...” balas Yazid Shah selamba dan dia terus berlari mengelilingi taman itu kerana Hanna Dayana bersungguh-sungguh mengejarnya. Oh, indahnya dunia!

“HANNA, nanti duduk rumah mama Aisyah, Hanna jangan malas-malas sangat. Ringankan tulang bantu mama Aisyah. Bangun awal. Tolong kemas rumah, basuh baju. Tolong masak sekali....” berjela-jela pesanan dititipkan buat anak bongsunya itu. Walaupun Hanna Dayana sudah bergelar isteri orang, namun sikapnya langsung tidak berubah. Pemalas ya amat!
“Ya, ibu. Hanna tahu. Pandailah Hanna jaga diri...”
“Ish, budak ni! Kita bukan suruh dia jaga diri. Kita suruh dia bantu mertua dia dekat sana...” suara Haji Brahim mula kedengaran.
Hanna Dayana tersengih cuma. Kemudian, dia mendengar pula pesanan dan nasihat abah yang diberikan kepada suaminya. Suaminya hanya menganggukkan kepala. Namun pada pesanan terakhir abah itu membuatkan dia hampir pitam di situ.
“Yazid, kalau Hanna ni degil tak nak dengar cakap kamu, kamu ikat saja dia. Abah izinkan kamu pukul dia kalau perlu. Dia ni degil sangat. Perasan yang dia tu masih kecil lagi...” kata Haji Brahim bersahaja.
Yazid Shah tergelak kecil. Mata Hanna Dayana terus mencari wajah Yazid Shah. ‘Gelak sakan eh!’ Yazid Shah membuat muka selamba. Dia mengetap bibir menahan geram. ‘Sikit lagi ayah bagi nasihat merapu, confirm aku naik bilik terus!’ Namun sangkaannya meleset sama sekali, apabila abah menyuruh mereka segera bertolak.
Huluran tangan ibu dan abah disambut dan dibalas dengan ciuman dan pelukan erat oleh keduanya. Yazid Shah turut membuat perkara sama. Seketika kemudian, dia dan Yazid Shah memasuki kereta sebelum kereta meluncur laju menuju ke destinasi sepatutnya.


“ASSALAMMUALAIKUM, mama, papa...” teriak Yazid Shah memberi salam. Beberapa saat kemudian, pintu rumah keluarganya dibuka dan salamnya disahut. Tersembul wajah ceria mama dan papanya. Segera dia menghampiri mereka. Hanna Dayana hanya membuntuti Yazid Shah.
“Mama, papa sihat?” soal Yazid Shah ramah. Tangan Encik Kamarul dan Puan Aisyah dikucup mesra.
“Alhamdulillah sihat... Yazid dengan Hanna macam mana? Sihat?” soal Puan Aisyah kembali. Hanna Dayana yang tengah menyalami tangannya terus dibawa ke dalam pelukan. Gembira hatinya bukan kepalang saat menerima menantu.
“Alhamdulillah, sihat juga. Pandai Hanna jaga Yazid, ma...” balas Yazid Shah. Namun dihalwa telinga Hanna Dayana terasa seakan ayat perlian yang mengena batang hidungnya. Senyuman manis diukir buat suaminya.
“Abang pun tak banyak ragam, ma... Cuma kadang-kadang tu manja tak bertempat...” balas Hanna Dayana pula. ‘Hamek kau!’
Yazid Shah terkaku. Pandai pula isterinya membalas usikannya. Dia tersenyum nipis.
“Hah, tunggu apa lagi. Masuklah cepat. Mama ada masak makanan kegemaran Yazid. Hanna mari masuk. Jangan malu-malu, buat macam rumah sendiri....” ajak Puan Aisyah.
Hanna Dayana hanya menurut manakala Yazid Shah mengeluarkan bagasi mereka dari dalam bonet kereta. Membulat mata Hanna Dayana saat melihat rumah mertuanya. Sangat... cantik! Susunan perabot yang sangat kemas, masih mengekalkan ciri-ciri tradisional di rumah ini. Hatinya rela memuji rumah ini berkali-kali. Sangat mendamaikan jiwa. Bau wangi-wangian di dalam rumah sangat menenangkan. Sesuai jika dibuat terapi minda. Langkah kakinya di atur ke ruang tamu dan duduknya dilabuhkan di atas sofa disisi ibu mertuanya.
“Cantiknya rumah mama....” puji Hanna Dayana.
Puan Aisyah tersenyum lebar. “Mama pun tak ada buat apa-apa. Suri rumah sepenuh masa. Ini sajalah kerja mama. Mengemas, memasak, mengemas semula. Jadi, mama dah biasa dengan suasana macam ni. Mujur papa juga tak membantah. Dia pun suka suasana macam ni. Tenang katanya...”
“Nanti Yazid ada rumah sendiri, Yazid pun nak suasana macam ni. Nanti mama boleh ajar Hanna cantikkan rumah kami nanti. Boleh tak, ma?” sampuk Yazid Shah yang entah muncul dari mana. Tahu-tahu sahaja lelaki itu sudah berada di sisinya dan... sedang memeluknya! Arghh!!
Hanna Dayana tersenyum nipis. Tangan kanannya dibawa ke belakang badan kerana dia mahu melepaskan pelukan suaminya. Namun tangan suaminya lebih kuat memeluk pinggangnya. Dia merengus perlahan. Khuatir jika ibu mertuanya mendengar keluhannya. Pantas dia menoleh memandang wajah Yazid Shah yang begitu hampir dengannya.
“Abang jangan nak melebih eh!” bisiknya perlahan.
“Mana ada melebih. Inikan syarat abang. Kita kena jadi husband and wife paling ROMANTIK di dunia. Sayang lupa ke??”
“Tak lupa! Tapi tak payahlah nak pegang-pegang! Rimaslah...” balas Hanna Dayana sedikit kuat.
“Hah? Rimas? Kenapa rimas?” soal Puan Aisyah yang ketika itu sedang mengurut bahu Encik Kamarul.
Berderau Hanna Dayana dengan pertanyaan itu. ‘Alamak! Mama dengar ke  apa aku cakap. Matilah aku. Apa aku nak jawab ni...’ Segera dia menoleh memandang Yazid Shah untuk meminta pertolongan namun lelaki itu hanya berlagak biasa. ‘Weh, tolonglah!’ bisiknya di dalam hati.
“Errr.. Bukan-bukan. Sebenarnya... sebenarnya...”
“Sebenarnya dia tak suka Yazid peluk dia depan mama dan papa. Malu katanya...” sambung Yazid Shah.
Membulat mata Hanna Dayana mendengar jawapan bersahaja dari suaminya itu.
“Oh... Mama ingat apalah tadi. Alah.. nak malu apanya. Mama dan papa okeylah. Kami tak kisah pun kamu berdua nak berpeluk ke, apa ke. Dah halal pun, kan?”
“Haah, Hanna. Jangan malu-malulah. Mama dan papa dah pernah merasa jadi orang muda. Biasalah tu kalau lelaki mahukan perhatian. Kamu layan saja permintaan Yazid tu. Pahala tu...” sambung Encik Kamarul pula.
“Hah, see... Kan abang dah cakap. Family abang open-minded. Nak bercium depan dia orang pun boleh...” kata Yazid Shah selamba.
Mercerlung mata Hanna Dayana saat mendengar kata-kata itu meluncur laju di bibir suaminya. Pantas tangannya memberi cubitan halus ke pinggang Yazid Shah tanda memberi amaran.
“Ouch! Garanglah sayang ni....” kata Yazid Shah. Dia sempat mengenggam tangan Hanna Dayana dan dibawa ke dada.
Hanna Dayana kaku. Debaran di dada mula menggila. Terasa dengupan jantung suaminya. Sama... sama seperti degupan jantungnya. Apakah makna degupan itu?


SEUSAI makan malam, Hanna Dayana meminta diri masuk ke kamar untuk membersihkan diri dan merehatkan badan. Badannya terasa lenguh semacam. Tidak pernah-pernah dia membuat kerja, tetapi malam ini rajin pula dia membantu Puan Aisyah membasuh pinggan mangkuk. Bukan setakat pinggan mangkuk, periuk-periuk yang digunakan untuk memasak lauk juga dibasuhnya. Dia  menggosok tapak tangannya. Kasar! ‘Ah, baru sekali basuh pinggan, tak adanya nak kasarlah Hanna oiii!!’ marahnya kepada diri sendiri.
Baru sahaja dia menghampiri bagasi bajunya, terdengar ketukan perlahan di pintu kamar sebelum mendengar pintu kamar itu dibuka dari luar. Pantas dia berpaling. Muncul wajah Yazid Shah. Dia malas mahu melayan lelaki itu lantas terus mengeluarkan tuala dan pakaian ganti berserta barang mandian dan dibawa ke bilik mandi. Namun, langkahnya terhenti saat Yazid Shah berdiri betul-betul dihadapannya. Dia mendongak melihat lelaki itu seraya mengangkat kening.
“Nothing...” balas Yazid Shah sepatah.
“So, may I?”
“Sure... tapi sayang terlupa sesuatu...”
“Apa??”
“Tu....”
Hanna Dayana menoleh ke belakang untuk melihat apa yang ditunjukkan oleh Yazid Shah sebelum matanya terbeliak luas. ‘Oh, my!’ Menggelabah Hanna Dayana mengambil pakaian dalamnya dan disorokkan di dalam tuala mandi. Wajahnya ketika ini, tidak usah cakaplah, merah seperti menelan sepuluh batang cili!
“Cantik...” puji Yazid Shah selamba. Dia tersenyum nakal.
Mercerlung mata Hanna Dayana. ‘Dia nampak ke? Ah! Mestilah dia nampak. Kan dia yang beritahu tadi. Malunya!’
“Ha... Hanna mandi dulu...” pamitnya dan dia berlalu pantas menuju ke bilik mandi sebelum kata-kata suaminya seakan membenamkannya ke dalam tanah.
“Jangan tercicir dekat bilik mandi pula...”


MUNDAR-MANDIR Hanna Dayana di dalam kamar. Dia melihat jam sudah pukul sebelas malam. Yazid Shah ketika itu sedang melayari facebook di laptopnya. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. ‘Mana aku nak tidur ni? Takkan aku nak main bantai tidur satu katil dengan dia? Lainlah kalau ni rumah aku. Memang aku terus letak kepala atas katil. Tapi ni rumah family dia, ni bilik dia. Takkan aku nak memandai-mandai pula?’
Yazid Shah mengerling sekilas. Dia nampak keresahan di wajah isterinya itu. Tapi, sebab apa? Lantas dia bertanya, “Kenapa sayang mundar-mandir ni? Peninglah kepala abang. Sayang lapar ke?”
Pertanyaan Yazid Shah itu mematikan lamunannya. Pantas dia berpaling dan tersenyum kelat. “Err... Hanna nak kena tidur mana ni? Atas katil ke sofa?”
Berkerut dahi Yazid Shah. “Kenapa nak tidur atas sofa pula??”
Hanna Dayana menghela nafas. “Iyalah... Ini kan bilik abang. Takkanlah Hanna sesuka hati nak buat macam bilik sendiri pula...”
Terhambur tawa Yazid Shah mendengar jawapan isterinya itu. Dia menggeleng perlahan. Lantas, isterinya dihampiri setelah laptopnya dipadamkan.
“Sayang... Kita kan dah kahwin. Tak salah tidur satu katil. Semalam pun kita tidur sekatil juga, kan?” kata Yazid Shah lembut.
Hanna Dayana mengigit bibir. Dia hanya menjeling sahaja Yazid Shah yang sudah duduk sebelahnya.
“Abang ada perkara nak terus-terang dengan sayang ni...” ucap Yazid Shah lemah.
Pantas Hanna Dayana mengangkat wajah. “Hal apa??”
Yazid Shah mengeluh. “Sebenarnya, mama suka terjah bilik abang bila abang dah tidur.”
“So??” Hanna Dayana masih tidak faham. Apa kaitan mama dan suaminya yang sedang tidur. Dia benar-benar blur!
“So, abang tak naklah mama tengok kita tidur jauh-jauh. Mesti mama akan fikir yang bukan-bukan...” terang Yazid Shah seraya memegang tangan Hanna Dayana namun Hanna Dayana sempat menepis.
“Ish! Apa pegang-pegang orang ni...” marah Hanna Dayana.
“Inilah masalahnya. Takkan kita nak tidur tak payah peluk-peluk? Mesti mama terkejut tengok kita tidur jauh-jauh...” sekali lagi dia cuba memegang tangan Hanna Dayana dan kali ni dia berjaya. Bertungkus-lumus Hanna Dayana mencuba melepaskan pegangannya tetapi dia tetap memegang erat tangan isterinya itu. Dia hampir sahaja melepaskan tawa tatkala melihat wajah keliru Hanna Dayana. Sebenarnya ini adalah rekaannya sahaja. Semenjak dia sudah berumur lapan belas tahun, mama sudah tidak lagi menjengah masuk ke kamar dan melihatnya. Cuma dia saja yang mereka cerita supaya Hanna Dayana menurut kemahuannya. Entah kenapa, malam ini dia mahu memeluk Hanna Dayana. Terasa ingin dipeluk dan memeluk. Ah! Yazid Shah sudah hilang akal agaknya.
“Merepeklah abang ni!” suara Hanna Dayana menyentakkan lamunannya.
“Betullah... tak percaya, tunggu kejap lagi...” kata Yazid Shah bersungguh-sungguh.
Hanna Dayana menggeleng manakala Yazid Shah mengangguk. Baru sahaja Hanna Dayana ingin membalas kata-kata suaminya, pintu kamar dibuka dari luar. Bergegas dia dan Yazid Shah melompat ke atas katil dan saling memeluk antara satu sama lain. Mata mereka turut dipejam rapat.
“Han.... Eh, budak berdua ni dah tidur rupanya. Bukannya nak tutup lampu ni dulu...” bebel Puan Aisyah perlahan namun kedengaran jelas di telinga mereka.
“Alalala... Romantiknya budak berdua ni kan, yang. Macam kita masa muda-muda dulu...” usik Encik Kamarul yang entah bilik berada di kamar mereka.
“Kan, bang? Sejuk hati Aisyah tengok Yazid bahagia. Mudah-mudahan Hanna mampu membahagiakan anak kita...” ucap Puan Aisyah sayu.
“Sudahlah, bang. Aisyah ingat nak minta tolong Hanna urutkan kaki Aisyah. Teringin juga nak merasa tangan dia. Tapi dia dah tidur pula...” kata Puan Aisyah lagi.
“Abang kan ada. Sejak ada menantu ni, abang pun Aisyah tolak tepi, ya?” balas Encik Kamarul seakan berjauh hati sebelum mereka keluar dari kamar pengantin baru itu.
Sebaik sahaja pintu kamar ditutup, mereka pantas bangun. Hanna Dayana mengurut dadanya yang berkocak kencang. Yazid Shah pula membisu.
“Fuh, nasib baik tak kantoi...” ucap Hanna Dayana lemah.
Yazid Shah masih lagi mendiamkan diri. ‘Apa kena mamat ni? Tiba-tiba senyap pula...’
“Abang...” Hanna Dayana menyentuh lembut lengan Yazid Shah. Yazid Shah tersentak. Wajah Hanna Dayana ditatap lama.
“Err... Hanna rasa lebih baik kita tidur berpelukan. Risau juga kalau mama masuk lagi. Tapi, jangan lebih-lebih eh!” Hanna Dayana memberi amaran namun reaksi Yazid Shah masih sama. Kaku dan beku.
Malas mahu melayan perangai pelik Yazid Shah, laju sahaja dia menarik Yazid Shah supaya berbaring dengannya. Lantas badan suaminya itu dipeluk dan terus terlena.
Yazid Shah seperti berada di awang-awangan. Seakan tidak percaya mamanya menerjah masuk ke kamarnya. Niatnya tadi cuma mahu mengenakan Hanna Dayana tetapi tidak sangka pula mamanya benar-benar masuk. Hampir jatuh jantungnya apabila Hanna Dayana memeluknya erat. Dan kini debarannya masih menggila kerana Hanna Dayana sudi memeluknya. Perasaannya seakan aneh dan pelik. Tidak mahu terus memikirkan rasa yang tiba-tiba sahaja hadir itu, tubuh isterinya terus didakap.  Erat.

1 comments:

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,