HANNA DAYANA menghempaskan badannya di atas katil. Tangan
mula menyentuh dada. Berdebar kencang. Terbayang-bayang layanan Yazid Shah
sewaktu mereka berada di luar tadi. Yazid Shah membawanya ke Jusco Tebrau.
Berjalan-jalan cuci mata sebelum makan malam. Tidak lama lagi, Yazid Shah akan
kembali bekerja selepas seminggu bercuti untuk majlis perkahwinan mereka.
Kalau pasangan
pengantin baru yang lain, pasti waktu seminggu itu akan dihabiskan dengan berbulan
madu untuk mencambahkan lagi rasa cinta. Tetapi tidak bagi dia dan Yazid Shah.
Mereka hanya duduk di rumah keluarga Hanna Dayana dan juga keluarga Yazid Shah
sebelum berpindah ke sini. Layanan Yazid Shah masih boleh dikawal sewaktu di
rumah keluarga masing-masing. Tetapi, layanan suaminya terhadapnya sebentar
tadi seakan-akan membunuh seluruh urat sarafnya. Dia seperti tidak mampu untuk
bernafas tatkala Yazid Shah begitu baik melayannya.
“Sayang
nak baju? Abang suka tengok orang pakai baju couple. Kita beli satu nak?” soal
Yazid Shah mesra.
“Tak
naklah. Kita bukannya couple pun. Kita kan kahwin terpaksa. Bila terpaksa,
pakai apa pun nak serabai...” balas Hanna Dayana bersahaja.
“Sayang
nak jam tak? Abang tengok sayang tak pakai jam pun.”
“Tak
apa. Sayang tak suka pakai jam. Rimas...”
“Sayang...
sayang tengok tu. Cantikkan? Sayang nak tak?” soal Yazid Shah sambil
menunjukkan pakaian yang cantik tergantung di butik Bum itu.
Hanna
Dayana memandang ke arah butik itu. Hatinya terus tertarik melihat baju itu
tetapi entah kenapa dia seperti tiada mood untuk berbelanja. Pantas dia
menggelengkan kepala.
“Tak
naklah.” Tolaknya perlahan.
Dia
fikir Yazid Shah akan terus diam tetapi sangkaannya meleset apabila Yazid Shah mula
curi-curi memegang tangannya. Puas dia menarik tetapi Yazid Shah memberitahu
bahawa tempat itu ada sekumpulan lelaki jahat yang suka mengambil kesempatan ke
atas wanita yang jalan bersendirian. Dia pula percaya bulat-bulat. Akibat
terlalu takut, dia memegang erat tangan suaminya itu. Disebabkan itu, semakin
galak pula suaminya menyentuhnya. Adakalanya tangan Yazid Shah kejap memeluk
pingangnya dan adakala Yazid Shah sengaja menarik tangannya supaya memeluk
pingang suaminya itu. Dalam terpaksa, dia menurut sahaja kerana dia benar-benar
takut jika sekumpulan lelaki jahat itu menganggunya. Lantas, dia biarkan sahaja
perbuatan suaminya asalkan pegangannya tidak lebih dari tangan dan pingang.
Sewaktu
makan malam pula, dia dilayan bagaikan bidadari. Ketika itu, Nasi Pattaya yang
diordernya masih panas. Jadi Yazid Shah dengan rela hati membantu meniup
makanannya sehingga sejuk dan boleh di makan. Sesekali, Yazid Shah menyuap
Mihun Tom Yam ke mulutnya. Mahu tidak mahu, dia terpaksa membuka mulut kerana dia
juga berasa kecur liur melihat Mihun Tom Yam itu. Nampak enak dan menyelerakan!
Ketukan
di pintu mematikan lamunannya. Pantas dia bangun dan membuka pintu kamar. Tersembul
wajah Yazid Shah yang sedang tersenyum lebar kepadanya. Dia menggosok-gosok
matanya beberapa kali kerana dia merasakan senyuman Yazid Shah pada malam ini
sungguh menggoda. Dia menatap wajah itu dengan perasaan berdebar.
“Kenapa
tak tukar baju lagi ni? Cuba tengok jam pukul berapa? Nak dekat pukul dua belas
malam dah. Pergi tukar baju lepas tu tidur. Tapi sebelum tu, minum Milo ni
dulu. Abang buatkan spesial untuk sayang...” kata Yazid Shah sambil
menghulurkan mug berisi air Milo panas itu.
Lambat-lambat
Hanna Dayana mencapai mug itu. Matanya masih tertancap kepada senyuman suaminya
itu. Perasaannya semakin aneh.
“Hei,
sayang. Termenung apa tu?” soal Yazid Shah. Dia berdebar tatkala Hanna Dayana
memandangnya tanpa kelip. Sehabis daya dia mencuba mengawal riak wajahnya.
Bagaikan
tersedar daripada mimpi, Hanna Dayana pantas menggeleng.
“Err..
tak ada apa-apa. Good night!” balas Hanna Dayana gugup.
Yazid
Shah tersenyum manis.
‘Ah,
senyuman itu!’ bisik hati Hanna Dayana.
“Good night to you too, my dear. Love you...”
ucap Yazid Shah tanpa sedar.
Membulat
mata Hanna Dayana mendengar ungkapan ‘cinta’ itu. Adakah dia yang tersilap
dengar?
“Abang
cakap apa tadi?” soal Hanna Dayana ingin tahu.
“Err..
tak ada apa-apa. Tidurlah. Dah lewat ni. Selamat malam...” balas Yazid Shah dan
terus berlalu ke kamarnya.
Sebaik
masuk ke kamar, Yazid Shah menepuk perlahan mulutnya. Hatinya sebal kerana
mulutnya suka-suka saja melepas kata. ‘Mesti dia fikir yang bukan-bukan ni. Alahai,
mulut ni pun!’ rungutnya di dalam hati.
Sementara
itu, di kamar Hanna Dayana. Hanna Dayana seperti patung bergerak. Walaupun dia
bergerak ke sana, ke sini namun fikirannya menerawang kepada Yazid Shah. Love
you? Apa maksudnya? Suka awak? Sayang awak? Atau cinta awak? Pening dia
memikirkannya. Apakah Yazid Shah benar-benar memaksudkannya atau Yazid Shah
sekadar mengambil hatinya yang sedang merajuk? Langkah kakinya semakin longlai
kerana dadanya mula dihimpit satu perasaan yang dia sendiri semakin tidak
mengerti. Perasaan apakah itu? Dia buntu.
P/S: Sorry, entry pendek...
alolo.. comel la♥
ReplyDelete