Pages

Peminat Novel

Blog Page

9 Oct 2012

Prolog: Dia Yang Ku Cinta



Kerja  Oh  Kerja
Di mana  engkau  kerja
Macam  mana  aku  nak  kerja
Orang  tak  nak  ambil  aku
Orang  tak  nak  ambil  aku

“HAH!  Tu  dia  lagu  yang  tunggang-langgang  aku  buat.  Geram  punya  pasal.  Kenapalah  nak  memilih  sangat ambil  pekerja.  Aku  ada  kelulusan  SPM  ni  tak  cukup  bagus  ke?  Takkanlah  setakat  kerja ambil  order  kena  ada  kelulusan  Diploma?  Tak  masuk  akal  langsung!  Kalau  macam  nilah  gayanya,  memang  takkan  majulah  bisneskorang.  Kalau  pekerja  asing,  kau  boleh  pulak  ambil  bekerja.  Nak jimat koslah  tu!”  bebel  Yana  seorang  diri.
Dia  mencari  arah  tuju  seterusnya.  Dalam  dialeka  mencari  iklan  jawatan  kosong,  dia  telah  terlanggar  seseorang.
“Aduh!!”  jerit  mereka  serentak.
“Kau  ni  buta  ke  apa?  Mata  letak  mana?”  jerkah  lelaki  yang  tidak  dikenalinya  itu  sambil  membersihkan  seluarnya  yang  terkena  debu  jalan.
Eh,  mamat  ni.  Melampau  betul.  Suka  hati  je  nak hentam  aku. “Apahal  aku  pulak.  Kau  yang  jalan  tak  tengok  depan.  Mesti  mata  kau  tengah  pandang  awek-awek  cun  kan.  Sebab  tu  kau  tak  nampak  aku  yang  kiut-miut  ni  depan  kau...”  selamba  Yana  membalas  kata-kata  lelaki  tadi.
“Hoi,  perempuan..  Kau  jangan  nak  perasan  boleh  tak?  Muka  kau  tak ada  lawa   mana  pun.  Perasan  cantik!”  balas  lelaki  itu  pula.
“Kau...!”  Yana  menunding  jari  ke  arah  lelaki  yang  tidak  dikenalinya  itu.
“Ah!  Buang  masalah  layan budak  perasancunmacam   kau  ni.  Aku  dah  lambat  nak  pergi  kerja  ni. Ada meeting  penting.  Boleh  pulak  aku  terlanggar  minahperasan  dekat  tepi  jalan.  Mesti  malang  nasib  aku  kejap  lagi.  Aku  gerak  dulu.  Harap  aku  tak  jumpa  kau  lagi  lepas  ni...”  balas  lelaki  itu  selamba  sambil  berlalu  pergi.
“Aku  lagi  malang  jumpa  kau...!!”  jerit  Yana  sekuat  hati.  Dia  hanya  memandang  sepi  lelaki  yang  tidak  dikenalinya   itu  berlalu  pergi.

3 comments:

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,