Pages

Peminat Novel

Blog Page

13 Oct 2012

Bab 6: Dia Yang Ku Cinta


ZARITH balik ke rumah dengan satu perasaan yang puas. Puas kerana dapat mengajar perempuan di restoran tadi.
Dia fikir dia siapa? Berani nak main api dengan aku? Aku Zarith Zakuan Tan Sri Zainal. Aku berkuasa dekat kawasan sana. Senang-senang aja kau kena pecat. Aku bukan nak buat report pun. Aku cuma nak kau keluar dari restoran tu. Biar kau terus hidup merempat! Bebelnya hatinya.
Seketika, dia memandang bingkai gambar kecil disudut meja kerjanya. Tertera wajah kekasih yang dikasihnya. Lisa. Kekasih yang amat dicintainya. Tapi entah mengapa, Lisa meninggalkannya tanpa khabar berita. Pada malam bersejarah mereka menyambut ulang tahun hubungan mereka ke dua tahun, Lisa menghilangkan diri. Ingatannya kembali kepada kejadian malam itu.
Zarith mengeluarkan telefon bimbit Samsung Galaxy Note kesayangannya dari poket seluar dan mula mencari  Lisa. Dia tersenyum lebar. Lisa adalah kekasihnya sejak di Universiti lagi. Sungguh, dia amat mencintai Lisa.
Dia mahu memberi kejutan kepada Lisa sempena ulangtahun perkenalan mereka pada hari ini. Butang hijau ditekan. Seketika terdengar bunyi deringan dari pihak sana.
Hello, sayang...”
“Zarith! Hai dear...” balas Lisa manja. Begitulah Lisa. Seorang gadis yang manja. Ah! Dia benar-benar mencintai Lisa.
“Jom kita dinner malam ni. I miss you so much, sayang..” kata Zarith bersungguh-sungguh.
Terdengar ketawa kecil disebelah sana. “I miss you too, dear. Okey. Kita jumpa ya?”
Zarith sudah tersenyum lebar.
“Okey, sayang. I jemput you dekat rumah ye. Love you....” balas Zarith.
Talian dimatikan. Dia bergegas menaiki tangga untuk menukar pakaian dan menuju ke tempat yang ingin diberikan kejutan kepada kekasih hatinya itu.

TEPAT PUKUL LAPAN MALAM, kereta Audi a5 merah hati Zarith sudah berada dihadapan rumah milik keluarga Lisa.
Seketika, kelihatan kelibat Lisa mula mengatur langkah menuju ke arahnya. Lisa yang tampak cantik dengan dress merah jambu separa peha yang dibeli bersamanya dulu. Dirinya diserikan lagi dengan pengayaan rambut yang sering menjadi trend terkini. Cantik sungguh ciptaan Tuhan, desis hatinya.
Zarith segera keluar dari kereta dan berdiri dibahagian pintu sebelah pemandu. Dia membukakan pintu kereta untuk Lisa.
Lisa tersenyum manis ke arahnya. “Thank you, sayang..” bicara Lisa lembut. Itulah sikap Zarith. Sentiasa mengambil berat dan penyayang.
Selepas menutup pintu kereta, Zarith bergerak menuju ke bahagian pintu pemandu. Dan seketika, kereta itu meluncur laju menuju ke destinasi yang ditempahnya.

SETELAH setengah jam berada dijalan raya. Akhirnya mereka tiba disebuah restoran ekskulif. Restoran Cinta Kasih. Dia ingin membuat kejutan kepada Lisa memandangkan hari ini adalah ulangtahun perkenalan mereka yang ke-2.
“Kita dah sampai. Shall we?” soal Zarith sambil memandang wajah lembut Lisa.
Lisa menganggukkan kepala. Mereka berjalan  memasuki ke dalam restoran serba mewah itu.
Lisa terpegun. Sungguh cantik restoran ini. Di sudut tepi restoran terdapat sekumpulan pemain muzik yang memainkan alunan muzik yang amat menyentuh jiwa. Dilihat sekeliling restoran itu. Dekorasi moden sepenuhnya jelas kelihatan disetiap inci restoran tersebut. Haruman wangi yang menusuk ke hidung amat menenangkan. Sesuai untuk pasangan yang bercinta. Sebab tu agaknya nama restoran ni, Restoran Cinta Kasih. Penuh nilai kasih sayang yang dipamerkan disini.
Akhirnya mereka tiba disebuah meja bulat  yang ajak terlindung dari orang ramai. Sekali lagi dia terpegun. Dekorasi di meja makannya terlalu cantik. Lilin wangi berbentuk ‘love’ yang dipasang menghiasi meja makannya. Pinggan makan berbentuk ‘love’ juga disusun dimeja. Setiap inci mejanya dihiasi dengan barang yang berbentuk seperti hati. Sungguh cantik.
“Sayang, have a seat...” bicara Zarith sambil menarik kerusi untuk Lisa. Selepas Lisa duduk, dia pula menarik kerusi dan duduk dihadapan Lisa.
“Macam mana? Cantik tak?” soal Zarith.
“Sayang, cantik sangat. Thank you, Zarith.” balas Lisa sambil memandang sekeliling. Sungguh, tempat ini memang cantik. Inilah kali pertama dia menjejakan kaki ke restoran ini. Dia sungguh bertuah!
My pleasure....” balas Zarith sambil mengengam erat tangan Lisa. Dia mahu memberi kejutan ini kepada Lisa. Penat petang tadi dia membuat rancangan dan terkejar-kejar untuk memastikan kejutannya ini berjaya. Dia gembira apabila melihat reaksi Lisa sewaktu membawa Lisa ke sini. Dia mahu Lisa mengingati kenangan ini sepanjang hidupnya.
Seketika, pelayan restoran menghampiri dan membawa dulang yang berisi makanan. Dua hidangan chicken chop istimewa bersama sos lemon membangkitkan selera mereka. Air orange juice kegemaran Lisa turut dihidangkan. Buahan-buahan yang dipotong dadu bersama kuah sos yang diperbuat daripada susu cair dihidangkan sebagai pencuci mulut.
Enjoy your dinner, sir..” kata pelayan itu sebelum berlalu pergi. Zarith hanya menganggukan kepala.
“Kita makan dulu okey?” kata Zarith lembut. Mereka menikmati makan malam diselangi dengan gelak ketawa.

“SAYANG, jom kita ke sana..” ajak Zarith sesudah mereka menikmati hidangan tersebut.
“Ke mana?” soal Lisa kehairanan.
“Marilah...” ajak Zarith sambil menari tangan Lisa. Lisa hanya menuruti.
Setibanya  mereka tiba di atas pentas, Lisa disuruh duduk diatas kerusi bulat yang disediakan atas pentas. Zarith membisikkan sesuatu kepada pemain muzik itu dan kelihatan pemain muzik itu menganggukkan kepala. Zarith mencapai mikrofon yang disediakan  disitu dan seketika  terdengar  alunan  muzik  yang  mengasyikkan  bernada  di  atas  pentas.
This is for you, sayang..” kata Zarith  sambil  tersenyum  manis.
Lisa  memandang  Zarith  tanpa  kelip.  Apa  yang  Zarith  cuba  lakukan?
Seketika,  terdengar  bicara  ikhlas  dari  bibir  Zarith seiring dengan alunan muzik yang mendamaikan.  Lisa  terpegun.
Lisa...  Kau  terlalu  istimewa  dihatiku.  Kecantikkanmu, pesonamu memikat hatiku. Sungguh, kau pertama dalam hatiku. Izinkan aku terus berada di takhtamu... Happy our anniversary, sayang.....
Hampir menitis air mata Lisa mendengar bibit-bibit cinta yang keluar dari mulut Zarith. Zarith menghampiri Lisa dan menghulurkan sejambak bunga Lily white kepada Lisa. Kedengaran tepukan gemuruh diberikan kepada Zarith.
Thanks, sayang....” kata Lisa.
Happy our anniversary...” balas Zarith dan segera mengucup tangan Lisa.
Malam itu merupakan memori indah yang dilakukan bersama dengan Lisa.
Seketika, dia kembali ke alam nyata. Dia kecewa. Kenapa Lisa meninggalkan dirinya saat dia betul-betul mencintai Lisa. Malam itu adalah malam terakhir mereka berjumpa. Selepas itu, dia cuba menghubungi Lisa namun tiada jawapan. Dia cuba mencari Lisa tetapi tidak jumpa. Buntu memikirkan keberadaan Lisa. Dimana  kau sayang! Hatinya merintih.

1 comments:

  1. Zarith ada sejarah ,padanlah attitude begiti.Makin interesting .

    ReplyDelete

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,