“UMI, Yana pergi
kerja dulu ya?”
bicara Yana kepada
Mak Kalsom.
“Baiklah. Hati-hati ya nak..” balas Mak
Kalsom. Yana mencium
tangan uminya.
Yana berjalan
kaki dari arah
rumahnya menuju ke bus
stop. Seketika, hujan
mula melabuhkan tirai.
Yana berlari
anak menuju ke bus
stop. Tidak mahu
baju kerjanya terkena
hujan. Namun, siapa
sangka. Sebuah kereta
Audi a5 merah
hati meluncur laju
dijalan raya sehingga air
dilopak mengena tubuh nya.
Yana menjadi kaku
seketika.
“Ya Allah,
baju aku!” Yana
seakan sedar dirinya
sudah basah dengan
air lopak. Matanya
menyoroti ke arah
kereta mahal itu.
No plat kereta
itu dipandang sekilas.
ZZ 3333. Fuh! No
plat orang kayalah.
Tapi, tak guna jugak kalau
tak pandai bawak. Habis baju
aku. Bebelnya seorang
diri.
“HA, Yana..
Kenapa baju kamu
basah ni? Kamu
main hujan ya?
Nak kerja pun
sempat main hujan..”
bebel Kak Zati
sujurus selepas Yana
memasuki restoran.
Yana hanya
tersenyum sumbing. “Taklah
kak, orang gila
mana entah bawa
kereta laju sangat.
Kereta aja mahal,
tapi tak pandai
bawa. Habis baju
saya basah.” marahnya
yang tidak perasan
mamat belagak turut
berada disitu.
Zarith yang
terdengar perbualan itu
segera ke arah
Kak Yati dan
Yana.
“Kau ke
perempuan tadi?” soal
Zarith.
“Perempuan? Perempuan
mana pulak?” soal Yana
kehairanan.
“Perempuan yang
dekat bus stop tadi...”
Yana berfikir
sejenak. Seketika, terbuntang
matanya kerana dia
dapat menangkap maksud
Zarith.
“Awak
ke orang
gila tadi?” soal
Yana.
“Ha ha
ha.... Padan muka
kau. Itulah balasan
aku untuk kau.”
balas Zarith sambil
tertawa kuat.
“Dasar orang
gila! Awak tak
reti bawak kereta elok-elok
ke hah? Awak
tengok apa jadi
pada saya. Habis
basah kuyup..” kata
Yana sambil melihatdirinya yang
kelihatan begitu teruk
sekali.
“Kau kata
aku orang gila?
Memang padanlah dengan
muka kau. Kurang
ajar sangat!” bentak
Zarith.
“Eh, apahal
kurang ajar pulak? Awak
yang tak pandai
bawak kereta,
nak salahkan saya pulak!”
Yana membalas.
“Mulut kau
tu yang kurang
ajar. Suka hati kau
aja nak kata
aku orang gila.” marah
Zarith.
“Sudah-sudah, jangan
nak bertekak dekat
sini. Yana kamu
pergi tukar baju.
Dekat locker
akak ada baju.
Ni kuncinya. Pergi
tukar cepat.” arah
Kak Zati yang
dari tadi hanya
melihat Yana dan
Zarith berlawan kata.
Zarith segera
berlalu menuju ke
meja makannya semula.
Dalam hati, dia
tertawa senang hati
dapat mengenakan perempuan
bajetlawa tu.
“SAKITNYA hati aku
ni! Kurang ajar
betullah mamat belagak tu. Dia
ingat dia orang
kaya, dia boleh
buat apa yang
dia suka?” bebel
Yana. Dia segera
membuka locker Kak Zati
dan mencapai baju
yang bersesuaian dengannya. Huh! Banyaknya
baju. Berkhemah ke
apa dekat sini.
Soalnya sendirian.
Setelah puas
melihat dirinya dicermin,
Yana segera keluar
menuju ke ruang
dapur. Namun, baru
beberapa langkah, namanya
dipanggil oleh Kak
Zati.
“Ada apa
Kak Zati?”
“Nah, Zarith
bagi kamu surat.”
kata Kak Zati
sambil menghulurkan sekeping
kertas kecil kepada
Yana. Yana yang
kehairanan mencapai juga
surat yang diberikan.
Woi, perempuan. Memang
padan muka kau
kena simbah free-free
dengan aku tadi.. Kurang
ajar sangat.. Lagipun sejak
aku jumpa kau,
macam-macam masalah aku
dapat tahu tak. Ini
baru sikit. Kau
tunggulah nanti. – Zarith
Yana segera merenyukkan kertas
tersebut dan membaling
geram ke dalam
tong sampah. Hatinya
sangat sebal ketika
ini. Kau nak
lawan api dengan
aku ya, mamat belagak? Okay, we
fight. Yana berkata
sendirian dan terus
berlalu ke ruang
dapur.
nak lagi please tq
ReplyDeleteowseem yoo... teruskan menulis yaaaaa....
ReplyDeleteyeah! terbaik...kesian si Yana..:'(
ReplyDeleteMacam nak istihar perang jer Si Zarith dengan Yana ni. Makin interesting nampak.
ReplyDelete