Pages

Peminat Novel

Blog Page

13 Oct 2012

Cerpen - Tiga Kuntum (Part One)






“TIGA KUNTUM LAGI? Siapalah yang suka sangat bagi aku bunga ni..” bebel Ika sebaik sahaja dia melabuhkan duduk di meja kerjanya. Dia memerhati tiga kuntuman bunga ros merah. Nampak seperti baru dipetik kerana kelihatan bunganya itu agak basah. Embun pagi. Tiga kuntum ini menjadi tanda tanya saban hari.
Setiap pagi pasti ada saja tiga kuntum bunga berlainan jenis  di atas meja kerjanya. Siapa yang memberi dan apa tujuan orang tu memberi, tidak pula dia tahu. Ika hilang punca mencari siapa yang baik hati memberi dia bunga ini.
“Ika, tuan panggil masuk pejabat.” sapa setiausaha tuannya, Sally. Ika segera menganggukkan kepala.
“Masuk..” arah tuannya, Faisal.
“Tuan panggil saya?” soal Ika.
“Saya nak tanya fasal projek kita dekat Melaka. Macam mana? Semua okey ke?” soal Faisal.
Everything is okay. Takde apa-apa masalah. Under control.” jawab Ika.
Good. Kalau ada apa-apa masalah, terus bagi tahu saya. Saya nak projek ini berjalan lancar dan dapat disiapkan pada tarikh yang telah ditetapkan.” Ika menganggukkan kepala.
“Kalau takde apa-apa lagi, saya keluar dulu.” Ika segera bangun dan menuju ke pintu. Baru saja dia ingin memulas tombol pintu, Faisal bertanya satu soalan yang dia rasakan agak pelik.
“Ika, awak dah terima ke?”
“Terima? Terima apa tuan?” soal Ika pelik.
Kelihatan wajah Faisal terus berubah. “Takde apa-apa. Saya silap cakap. Awak boleh keluar..” kata Faisal menutup gugup. Ika memandang pelik wajah Faisal. Kemudian, dia keluar dari bilik tuannya.
“AKU PELIKLAH. Siapa yang baik hati sangat bagi aku bunga-bunga ni semua. Tiap-tiap hari pulak tu.” soal Ika kepada sahabat baiknya, Siti. Dia masih merenung bunga itu. Bila dia melihat bunga itu, dia seakan dapat merasa suatu perasaan yang lain. Perasaan berdebar-debar. Cintakah? Tetapi mustahil cinta kerana dia tidak tahu siapa yang memberi bunga itu kepadanya.
“Aku pun pelik. Macam fanatik aje dia dekat kau. Hari-hari mesti bagi bunga. Secret admirerlah ni.” balas Siti.
“Mustahillah. Mesti ada orang yang nak kenakan aku ni. Entah-entah budak-budak pejabat kita jugak. Biasalah budak-budak ni, kalau tak mengusik tak sah.” Ika merenung Siti. Mustahil secret admirer. Selama ini dia tidak pernah menerima apa-apa pun. Ini berlaku secara tiba-tiba. Dan secara tiba-tibalah itulah yang membuatkan perasaannya lain daripada lain.
“Aku pun tak boleh nak target siapa yang bagi bunga ni dekat kau. Mungkin kau kena siasat sendiri.” kata Siti memberi cadangan.
“Siasat? Maksud kau?”
Yelah. Kau nak tahu siapa yang bagi bunga ni dekat kaukan? Kau kena siasat. Baru kau tahu.”
“Tapi, macam mana?”
“Bunga ni selalu ada atas meja kau masa bila?”
“Dalam pukul sembilan macam tu. Masa aku masuk kerja, bunga ni memang dah ada atas meja aku.” kata Ika jujur.
So, kau datang sikit awal. Tapi kau jangan terus masuk pejabat. Kau tengok dari jauh siapa yang bagi tiga kuntum bunga ni dekat kau. Lepas dah tahu, senanglah kau nak tanya apa motif dia.” Siti memberi cadangan.
“Betul jugak. Bernas jugak idea kau ni.” kata Ika sambil tersenyum. Dia mula merencana rancangan. Esok dia mahu menyiasat. Siapalah yang sudi memberi dia tiga bunga kuntum itu.
SEAWAL JAM LAPAN PAGI, Ika sudah berada dikawasan pejabatnya. Dia berdiri agak jauh sedikit dari pejabatnya. Kini, tugasnya akan bermula bila-bila masa sahaja. Dia memakai cermin mata hitam yang agak besar bersama baju sejuk yang menutup kepalanya mula memerhati siapa orang pertama yang masuk ke pejabat.
Setengah jam menunggu, dia mula berputus asa. Baru sahaja dia ingin melangkah ke kereta, dia terlihat kelibat seseorang. Dia mula memerhati wajah lelaki itu. Sebaik sahaja lelaki itu menoleh ke kiri, Ika seakan rasa mahu pitam. Encik Faisal?! Mustahil Encik Faisal. Mungkin Encik Faisal ada kerja yang harus disiapkan. Sebab itu, Encik Faisal datang awal. Ika cuba menyedapkan hati.
Sebaik sahaja, Faisal memasuki pejabat, Ika bergerak perlahan mengekori tuannya. Walaupun hati cuba menolak kemungkinan, tetapi rasa ingin tahu mengapa Encik Faisal datang ke pejabat agak awal dari biasa menjadi tanda tanya. Perlahan-lahan dia menyelinap masuk ke pejabat.
Seketika dia terkaku apabila melihat Faisal betul-betul berdiri dihadapan meja kerjanya. Begitu ralit Faisal melihat mejanya. Mulut seakan tergamam apabila melihat Faisal mengeluarkan tiga kuntum bunga matahari dan diletakkan atas mejanya. Encik Faisal ke secret admirernya? Seakan mahu pitam apabila kebenaran diketahui oleh matanya sendiri. Bagaimana dia mahu berdepan dengan Encik Faisal selepas dia mengetahui penghantar tiga kuntum bunga segar itu.
Kedengaran pintu bilik bertutup rapat dan Faisal mula keluar dari pejabat membuatkan Ika menjadi kelam-kabut. Dengan pantas, dia berlari meninggalkan pejabat. Dia tidak mahu terserempak dengan tuannya itu. Perasaannya semakin berdebar-debar setelah tahu siapa pemilik tiga kuntum itu.
HARI INI Ika meminta cuti mendadak. Seperti mahu demam setelah mengetahui ‘secret admirer’ nya. Bagaimana dia mahu berhadapan dengan Encik Faisal selepas ini. Mahu buat seperti biasa atau terus bertanya apa tujuan Encik Faisal memberi dia tiga kuntum bunga setiap hari.
Telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Encik Faisal di skrin telefon bimbitnya. Dia menjadi tidak tentu arah. Mahu mengangkat panggilan itu atau membiarkan sahaja. Seketika talian itu berhenti. Ika menarik nafas lega namun cuma seketika kerana telefonnya berbunyi lagi. Dia menarik nafas panjang dan menekan butang hijau.
“Ika, awak tak sihat ke? Saya dapat tahu awak MC hari ni?” soal Faisal risau.
“Err.. sa... saya tak sihat. Pening..... pening kepala sikit. Saya dah min... mintak cuti pada setiausaha tuan...” jawab Ika tergagap-gagap.
“Betul-betul tak sihat ni. Gagap pulak awak hari ni.” seloroh Faisal. Kedengaran tawa halus dari pihak sana. Jantung Ika berdegup kencang. Malunya. Lebih baik tak tahu daripada tahu. Dan apabila tahu, tuannya sendiri adalah ‘secret admirer’ itu!
“Ika.. awak masih dekat sana ke?” soal Faisal setelah tidak mendengar suara Ika. Sebaik sahaja dia diberitahu setiausahanya yang Ika mengambil cuti mendadak, membuatkan darahnya seakan berhenti mengalir. Jantung berhenti berdegup. Risau jika Ika sakit teruk. Cepat-cepat dia menelefon Ika. Namun hatinya sedikit lega apabila mendengar sendiri suara Ika. Tidak sakit teruk, cuma sakit kepala. Kenapa Ika sakit tiba-tiba? Dia sudah tahukah tentang bunga tiga kuntum itu? Mustahillah, kerana dia begitu berhati-hati. Tidak sesiapa yang tahu dia berada dipejabat awal pagi setiap hari. Pasti Ika memang benar-benar tidak sihat, kata hatinya.
“Tuan... tuan...” panggilan Ika menghentikan lamunannya.
“Err.. iya?”
“Kalau takde apa-apa, saya letak telefon dulu. Saya mahu berehat.” dalih Ika. Sebenarnya dia sudah tidak sanggup bercakap dengan tuannya. Seperti mahu meletak muka di bawah katil aje.
“Hmm.. baiklah. Rehat secukupnya. Jika masih belum betul-betul sihat, jangan datang kerja. Jangan lupa makan ubat. Saya letak telefon dulu. Assalamualaikum....”
“Terima kasih tuan. Waalaikumussalam...” Ika segera mematikan talian. Tangannya pantas mendail nombor Siti. Kedengaran dering dari pihak sana.
“Ika! Sally  kau cakap kau MC hari ni. Apa kes?” soal Siti bertalu-talu.
“Aku... aku dah tahu siapa pemilik bunga tiga kuntum tu....” balas Ika perlahan.
“Siapa?” soal Siti tidak sabar.
“Encik Faisal..” jawab Ika sepatah.
What?! Kau biar betul. Takkan bos kita kot.” kata Siti sedikit berbisik. Bimbang jika kakitangan yang lain terdengar perbualannya.
“Betul. Aku ikut dia sampai ke ofis. Mula-mula aku tak nak percaya jugak. Tapi bila dia letak tiga kuntum bunga atas meja aku, aku rasa nak pitam tahu tak. Terkejut aku.”
“Wow! Bos suka kaulah. Satu kejutan yang memang terkejut. So, apa keputusan kau sekarang? Kau suka dia ke?” soal Siti ingin tahu.
“Entahlah.. aku pun tak tahu. Masa mula-mula dapat bunga ni memang hati aku selalu berdebar walaupun tak tahu siapa penghantarnya. Sekarang bila dah tahu, hati aku makin berdebar-debar. Kenapa ek?” soal Ika bingung.
“Ni mesti kau pun syok dia. Kalau tak, takkan kau berdebar-debarkan? Kau suka dia eh?” usik Siti.
“Ish, kau ni! Mana ada. Jangan nak buat gosip liar ye. Okeylah. Aku off dulu. Apa-apa roger ye. Assalammualaikum...” Ika mematikan talian. Dia memegang dadanya. Degupan jantung semakin laju. Cintakah ini?
***BERSAMBUNG ***

0 comments:

Post a Comment

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,