Pages

Peminat Novel

Blog Page

14 Sept 2012

Bab 6: Sungguh, Aku Cinta Kamu


Seperti biasa, Isfahani terlewat ke kuliah. Mujur lecturernya, Puan Aliza belum masuk. Dia berlari-lari anak menuju ke dewan kuliah. Belum sempat dia menjejakkan kaki ke dewan kuliah, dia disapa dengan suara seseorang.
“Cik Is, Is, Is.. Tunggu sekejap” jerit Haikal. Isfahani memberhentikan langkahnya dan memandang tepat wajah Haikal. “Nak apa?”
“Janganlah nak marah aja Cik Is, Is, Is. Nanti cepat tua tau!” dengan selamba Haikal berkata begitu.
Isfahani menjengkilkan biji matanya. “Kau ni memang nak kena dengan akukan?” serentak itu buku yang berada ditangannya melayang ke lengan Haikal.
“Aduh! Sakitlah...” bicara Haikal sambil menggosok lengannya. Perangai langsung tak berubah. Dalam tak sedar, Haikal menyimpul senyum.
Apesal kau senyum? Kau kutuk aku, eh?” tingkah Isfahani.
“Eh! Mana ada. Tak baik tuduh saya cik Is, Is, Is...” lagi sekali Haikal bermain-main dengan kata-kata Isfahani. Isfahani menunjukkan penumbuk kepada Haikal tanda memberi amaran. Ada yang kena lagi ni kang!
“Okey-okey... Saya mintak maaf. Saya ada benda nak cakap dengan awak ni.”
“Oh.. Talk to my hand..” kata Isfahani selamba dan berlalu menuju ke dewan kuliah.
Haikal pada awalnya terpinga-pinga mula tertawa kuat. Isfahani mempermainkannya. Dia pun berlalu ke dewan kuliah.
SEWAKTU Puan Aliza membentangkan hujahnya dihadapan, Haikal mencampakkan sekeping kertas yang direnyukkan ke Isfahani. Isfahani yang terkejut lantas membuka kertas tersebut. Tidak mahu Puan Aliza melihat dia hilang focus.
Cik Is, jom makan tengahari dengan saya.. – Haikal
Isfahani tidak mempedulikan pesanan didalam kertas tersebut. Seketika, sekeping lagi kertas yang direnyukkan dicampak ke arah Isfahani. Isfahani segera membaca.
Jom la... Jangan sombong sangat. Nanti tak laku. He he he... – Haikal
Isfahani pantas menoleh ke belakang. Geram rasanya apabila dia diganggu ketika belajar. Tetapi belum sempat dia membuat apa-apa, namanya dipanggil Puan Aliza.
“Isfahani Khalisah.. Ada apa-apa yang awak nak share dengan saya ke?” mata Puan Aliza menyoroti ke arahnya. Aduh! Mati aku....
“Err... Tak ada apa-apa Puan Aliza.”  Tergagap-gagap Isfahani menjawab pertanyaan Puan Aliza. Puan Aliza amat terkenal dengan sikap tegasnya. Tetapi hanya di dalam kelas sahaja. Jika diluar, Puan Aliza kelihatan mesra dan sporting. Mungkin baginya, pelajaran ini satu tangunggjawab. Jadi, kita harus memberi komitmen.
So, please focus..” kedengaran tegas suara Puan Aliza.
Isfahani hanya menganggukkan kepala. Seketika, kedengaran tawa halus dari arah belakang. Haikal! Isfahnai segera berpaling ke belakang dan membaling kertas yang diberi Haikal sebentar tadi ke mukanya dan Isafahani kembali memberi focus kepada Puan Aliza.
SEJURUS Puan Aliza keluar dari dewan kuliah, Isfahani segera menoleh ke belakang.
“Encik Haikal, tolonglah jangan ganggu saya masa belajar...” rayu Isfahani.
“Oh.. Talk to my hand...” Haikal memulang kata-kata Isfahani.
Isfahani mengecilkan matanya. Eii.... Mamat nikan. Sengaja nak naikkan darah aku! Belum sempat Isfahani membalas kata-kata Haikal, kedengaran deringan telefon dari poket seluar Haikal. Isfahani menjeling tajam. Meluat melihat Haikal tersenyum kepadanya.
Haikal mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar. Dia memandang telefonnya. Tertera nam Sofia di skrin telefonnya. Butang hijau ditekan.
Hello, dear! Guess what? I’m here. Dekat kolej you. My dad  yang tolong tukarkan I dekat sini. See you at car park....
What??! Okey. You tunggu I dekat sana.” arah Haikal kepada seseorang. Tidak pula Isfahani tahu siapa pemanggilnya. Malas dia mahu masuk campur. 

Haikal mengeluh kuat. “I’m sorry, cik Is.. But, I got to go. Nanti kita sambung gaduh lagi okey?” bicara Haikal sambil mengenyitkan mata. Haikal bergegas keluar meninggalkan dewan kuliah. Qila dan Borhan yang hanya menjadi pemerhati dari tadi mula bersuara.
“Kenapa dengan mamat tu?” soal Borhan.
“Aku rasa dia suka kaulah, Is....” kata Qila pula. Borhan menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan kata-kata Qila.
Weh! Kau orang ni kenapa? Tolonglah..... Tak adanya aku nak bercinta dengan mamat tu. Muka macam buaya darat je!” sangkal Isfahani. Tetapi disudut hatinya dia dapat merasakan satu perasaan yang sukar untuk di mengerti.


HAIKAL ternampak susuk tubuh Sofia ditepi kereta BMW M3 white metallic kesayangannya. Haikal mempercepatkan langkah menuju ke Sofia.
Sofia tersenyum manis melihat Haikal. “I miss you, dear....” bisik Sofia sambil mencuba memeluk Haikal. Haikal menjarakkan sedikit kedudukannya. “Please, Sofi.. Kita dekat tempat awam ni....” tingkah Haikal. Tidak suka dengan cara Sofia melayannya.
“Kenapa? I rindukan you....” Sofia sekali lagi mendekati Haikal.
“Sofi... Please.....” Haikal seakan merayu. Dia tidak mahu adegan ini dilihat oleh pelajar kolej ini terutamanya Isfahani. Dia tidak mahu Isfahani memikir perkara yang bukan-bukan terhadapnya.
“Okey-okey... I’m sorry. So, shall we?” Sofia memeluk lengan Haikal. Haikal membiarkan sahaja. Dia tidak mahu dengan penolakkannya lagi sekali akan membuatkan Sofia menjadi berang.
“Nak pergi mana?” soal Haikal kehairanan.
Dear......You lupa ke kita ada dinner dengan my parents? Hari ni anniversary dia orang. Remember?” soal Sofia sambil membetulkan kolar baju kemeja Haikal. Haikal amat kacak. Sesuai digandingkan dengannya. Sama cantik, sama padan. Tingkahnya sendiri.
I’m sorry, Sofi... I betul-betul lupa. I belum beli apa-apa hadiah lagi untuk auntie, uncle... Mari kita pergi beli hadiah dulu.” pinta Haikal.
“Okey...Let’s go.” balas Sofia.
Haikal membukan pintu kereta bahagian sebelah pemandu untuk Sofia. Kemudian dia beralih pula ke arah pintu kereta bahagian pemandu. Seketika, kereta itu meluncur laju meninggalkan kolej. Harapannya agar Isfahani tidak melihat adegan ini. Tetapi, dia silap. Isfahani bersama dua sahabat baiknya secara tidak sengaja melihat adegan romantik itu. Cepat-cepat mereka bersembunyi dibalik dinding. Geli-geliman Isfahani melihat perempuan gedik itu meliuk lentuk disisi Haikal. Pasti itu kekasih Haikal. Desis hatinya.
“Lawa gila awek tadi.....” kata Borhan.
Ni pun 2 x 5 dengan Qila. Pantang nampak perempuan dahi licin, semua nak kebas! “Kan aku dah cakap dia tu buaya darat. Korang nampak sendirikan?” Isfahani seakan memperli sahabatnya.
“Eh! Mana tahu itu adik dia ke?” Qila cuba menyangkal kata-kata Isfahani.
“Huh! Adik apa macam tu. Tergedik-gedik dengan abang sendiri.”
“Kau cemburu, eh?” Borhan cuba mengusik.
Hello! Tak mainlah cemburu-cemburu ni.” Isfahani mencebikkan bibir.
Qila dan Borhan tersenyum-senyum memandang Isfahani. Sengaja mereka mengusik begitu. Mahu menduga hati Isfahani.
“Apa sengih-sengih? Tak percaya sudahlah!” suara Isfahani sedikit meninggi dan berlalu meninggalkan sahabatnya.
Qila dan Borhan saling berpandangan. Alamak! Minah ni sentap ke? “Is.... Tunggulah!” jerit mereka serentak dan terus berlari mengejar Isfahani yang sudah jauh ke hadapan.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,