Pages

Peminat Novel

Blog Page

14 Nov 2012

MINI NOVEL : AKU TOMBOY, DIA PLAYBOY (Bab 3)



SERANGAN MEMBALAS! Hari ni aku nak buat serang balas di atas perbuatan mamat playboy tu dekat aku.
Langkah kaki aku atur laju menuju ke perpustakaan. Walaupun mamat tu playboy tapi pelajaran tak pernah tinggal woo! Ard macam biasa, aku tak bagi dia ikut. Nanti rosak ini drama! Ha ha ha...
Aku berjalan masuk ke dalam perpusatkaan yang sentiasa sunyi sepi itu untuk mencari Am. Mana pulak mamat playboy ni!
Aku terus mencari dan mencari dan akhirnya mata aku tertancap pada lelaki yang berbaju kemeja kotak berwarna merah hati. Handsome jugak si playboy ni. Alahai! Lemah lutut mak!
Aku terus meluru laju ke arah Am sambil membuat drama air mata sebabak.
“Am! Kenapa you tinggalkan I? Apa salah I pada you, Am??” itu dia..... Drama have began. Muka Am ketika ini terkulat-kulat cuba memahami keadaan. Dalam hati aku sudah mengegek ketawa melihat riak muka dia yang terkejut, cuak, suspen, geram, marah. Ha ha ha!! Rasakan!
“You tahu kan I cintakan you. You dah janji dengan family I you nak kahwin dengan I. Tapi kenapa you curang? Kenapa?” aku masih lagi teresak-esak menangis. Bukan meleleh air mata pun. Auta je lebih! Sebab aku sempat taruk eye more, penyegar mata tu dekat mata. Nampaklah aku macam melalak-lalak sebab mamat playboy ni.
Pelajar-pelajar dekat dalam perpustakaan ni tercengang tengok drama air mata ni. Itulah. Bermain api dengan api Narutto. Memang azablah kau, Am oii....
“Kau ni kenapa?” tanya Am dalam nada berbisik.
You debt me. So, aku mintak bayarlah!” balas aku juga berbisik.
Mencerlung wajah Am melihatku. Aku tahu dia marah. Tapi, aku lagi sakit hati sebab perbuatan kau semalam, playboy oii.
“Kau jangan nak main-main, boleh tak?” marah Am lagi.
Do I care?” balas aku tanpa perasaan.
“Sampai hati you, Am. You tipu I. You kata you hanya cintakan I. Tapi you ada hubungan sulit dengan Sally. Siapa Sally tu, Am? Bakal madu I ke? I tak rela bermadu. Tak rela!” melengking suara aku. Nak bagi nampak real, jadi kenalah feel real, kan?
Kelihatan pelajar-pelajar di situ berbisik sesama sendiri. Puas hati aku! Diorang tengah mengumpat kau wahai playboy!
Am yang seakan merasakan dirinya sedang diperhati dan diumpat, segera menarik tangan aku keluar dari perpustakaan. Mukanya ketika ini, merah seperti baru lepas kena jerang dalam air panas. Padan muka. Ini Sha la. Baru sikit aku buat. Ada faham??
Dia menarik aku di satu sudut yang agak terlindung dari orang ramai dan berkata, “Why the hell is going?!” soalnya garang.
Nothing...” balasku balik.
Nothing? Nothing??!” soalnya sedikit kasar.
Yup! Nothing...” balasku tanpa perasaan.
“Kau ni nak mampus ke?” jerkah Am.
“Kau ke aku yang mampus dulu?” lawan Sha, lawan balik.
“Kau dah buat aku malu tahu tak?!”
Do I care, Mr. Playboy???”
“Kau ni apahal???” marah Am.
“Apahal apa? Kalau kau tak buat hal dulu, aku tak buat baliklah...”
“Aku buat apa?” soalnya kembali. Oh boy! Dia boleh tanya dia buat hal apa? Api Narutto semakin mengeleggak.
“Kau lupa ke pasal semalam?” soalku menahan amarah.
“Kenapa dengan semalam?” soal Am selamba.
Woi, playboy. Kau semalam dah libatkan aku dengan lakonan kau. Kau peluk-peluk aku, kau cuit-cuit aku, kau mengaku aku girlfriend kau. Apa cer??” aku dah mula marah.
“Ala.. setakat cuit sikit. Tak luaklah. Kau tu tomboy. Tak feel langsung..” balas Am bersahaja.
Tak luak kau kata? Aku segera menunjal kepala Am.
“Tak luak kepala otak kau! Aku tetap perempuan. Ada maruah. Bukan macam kau, playboy. Perempuan keliling pinggang. Satu hari, mampus kau kena kerat lapan belas..”
“Baru lapan belas, kalau boleh aku nak kena kerat dua puluh. Baru ngam..” dia main-mainkan kata aku.
“Kau jangan cakap besarlah, Am..”
“Besar ke, kecik ke. Ada aku kisah hah, tomboy?”
“Kurang ajar!” tumbukan padu sudah ku hayun ke mukanya namun dia cepat menangkap dan memulas tanganku ke belakang badan.
Hoi, tomboy. Kau tu perempuan. Buat cara perempuan. Jangan nak belagak jantan sangatlah. Kau belum kenal aku siapa. Sekali aku petik kau, kau akan menangis bila aku tinggalkan kau nanti. Kau ingat aku takut dengan tomboy macam kau ni? Sikit pun aku tak goyang. Kau nak ajak berlawankan? Okey, kita lawan. Mulai saat ni, kau musuh aku. Kau dengar tak? Kau musuh aku. And kau tahu apa jadi pada musuh-musuh aku? Hidup dia tak akan aman. Tak akan aman! Puih!” Am meludah dan melepas tanganku kasar. Dia terus berlalu meninggalkan aku yang terkontang-kanting seperti suami meninggalkan isteri.
Aku sakit menahan perit tangan akibat di pulas kuat tadi. Kurang ajar kau , Am! Aku akan balas!

MACAM MANA tadi?” soal Ard ingin tahu selepas aku masuk ke dalam bilik kuliah yang sudah dipenuhi dengan makhluk Allah.
Aku hanya mendiamkan diri. Cuba menahan amarah di dada. Jantan tak guna. Dasar playboy!
Weh, Sha. Aku tanya ni..” soal Ard lagi.
Playboy tu memang cari nahas dengan aku. Dia sengaja mencabar aku..”
Ard sudah terkulat-kulat memahami kata-kata aku. Aku buat endah tak endah saja.
“Sha, rilekslah. Cuba cerita dekat aku. Apahalnya ni?” Ard cuba memujuk aku yang tengah angin satu badan.
“Dia cabar aku..” balasku.
“Cabar? Cabar apa weh???” soal Ard ingin tahu.
“Cabar jadi musuh dia...” balas aku sambil mengecilkan biji mata. Aku cuba membayangkan bibirnya yang berdarah akibat tumpukan padu aku.
“Musuh? Kau biar betul weh.” Soal Ard.
Aku hanya menganggukkan kepala mengia-iakan pertanyaan Ard tadi.
“Kurang ajar punya playboy. Dia belum kenal kita siapa lagi, Sha. Aku nak ajar dia sikit.” Ard sudah panas hati mendengar cerita aku.
Aku lagi panas hati. Terngiang-ngiang ugutannya ke telinga aku.
“Mulai saat ni, kau musuh aku. Kau dengar tak? Kau musuh aku. And kau tahu apa jadi pada musuh-musuh aku? Hidup dia tak akan aman. Tak akan aman! Puih!” kata-kata Am itu membuatkan aku semakin tidak puas hati dengannya. Playboy tak guna!!

KURANG AJAR punya perempuan! Apa kau ingat kau macam jantan aku takut ke? Kurang ajar!” marah Ard setelah dia menghenyak kasar badannya di atas tilam.
Terbayang-bayang wajah tomboy itu memandangnya sinis. Perangai macam jantan. Ada hati nak tumbuk aku.
“Kau boleh kenal aku siapa lagi, Sha. Aku akan ajar kau. Aku akan buat kau jatuh cinta dengan aku. Lepas tu, aku akan tinggalkan kau terkontang-kanting. Pergi jahanamlah kau!”

1 comments:

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,