PADA
MALAM ITU, Zarith seperti tidak senang duduk apabila teringatkan
kesungguhan Fendi mahu bekerja di syarikatnya. Hanya kerana perempuan itu!
Tangannya pantas
mengambil telefon bimbit. Nama ‘Yana budak gedik’ dicari. Tangannya menekan
laju butang kekunci telefon.
~Salam..
kau buat apa? Bz ke?
Dia menunggu dalam resah.
Balas ke tidak budak ni. Setelah sepuluh minit, akhirnya telefonnya berbunyi
tanda ada mesej masuk. Segera dia menekan butang hijau. Tertera nama Yana. Dia
menguntum senyum melihat mesej Yana.
~Wassalam.
Saya baru lepas sembahyang. Kenapa?
Laju saja tangan Zarith membalas
mesej Yana.
~Nothing.
Saja nak try kau. Nak tahu kau dah pandai taip mesej belum. Kau kan jakun. Ha ha
ha....
~Amboi tuan,
sedap mengutuk saya ye? Tuan pun jakun juga.
Mereka saling berbalas mesej.
~Jakun
apa?
~Jakun
tak pernah jumpa awek cute macam saya. Ha ha ha...
~Perasannya
budak ni!
~Mengaku
ajelah tuan.
~Sudah,
sudah. Jangan nak merepek. Esok kawan aku akan mula kerja di syarikat. Aku nak
kau layan dia dengan baik. Ada faham?
~Eleyh!
Tukar topik nampak. Baiklah cik abang. Saya menurut perintah. Jumpa esok.
Assalamualaikum...
Gulp! Zarith memegang
dada. Dapat dirasakan dadanya ketika ini berdegup kuat. Apa kena dengan aku ni.
Baru dia sebut cik abang dah gabra semacam. Belum lagi dia sebut sayang, cinta.
Ish! Apa yang aku merepek ni. Melalut aje dari pagi tadi. Patutlah Fendi kata
aku blur. Lebih baik aku tidur.
Zarith segera melekapkan
kepala di atas bantal dan akhirnya dia terlena.
YANA gelisah. Macam mana dia boleh terlepas tulis
cik abang. Malunya. Dia nak tulis cik tuan. Tangan gatal-gatal taip cik abang.
Ya Allah, mana nak letak muka ni.
Masaklah nak menjawab
esok. Nak kena tebal muka nak jumpa dia ni. Wahai tangan, tolong jangan buat
perangai gedik lagi ya? Memang malu habis sekarang ni. Aku tak tahu apalah
tanggapan mamat tu nanti. Jangan dia kata aku syok dia sudahlah. Malu aku nak
berdepan dengan dia. Tak pasal-pasal kena pecat.
Tenang, Yana. Tenang. Fikir
fositif. Jangan kalut. Benda kecik. Boleh
satle. Kau berlagak biasa aje. Kalau dia
tanya jawablah kau ter... ter... kira tak sengajalah tu kan. Huh! Tenang. Sekarang
sila tidur selena yang mungkin. Dia mula baring di atas toto dan melihat
kembali mesej ‘ter....’ itu tadi. Dia memejam mata. Macam nak tercabut nyawa
bila tersalah buat sesuatu. Malu satu hal! Akhirnya dia terlena bersama telefon
yang di pegangnya erat.
Tq tapi pendek sangat.sungguh aku cinta x ada n3 baru ke.
ReplyDeleteAda... tp belum tertaip lagi..hee..maaf ye..nt dh update, bc tau ^^,
Deleteshort but best...hehe
ReplyDeleteDah ada bunga dalam taman nampak bagi Yana dan Zarith. Best.
ReplyDelete