Pages

Peminat Novel

Blog Page

16 Jan 2013

Bab 4: Hanna Dayana & Yazid Shah



“HANNA, mari sini.Abah nak kenalkan Hanna dengan kawan abah. Sini-sini..” panggil Haji Brahim.
Hanna Dayana hanya menurut.Namun sebaik tiba di hadapan Yazid Shah, Hanna Dayana sempat menjelir lidah kepada Yazid Shah. Yazid Shah yang terkedu turut membalas. Tetapi dia cepat-cepat tersedar.‘Apa kes pulak aku nak main jelir-jelir lidah dengan budak tu. Macam budak-budak je.’ Yazid Shah turut melangkah ke arah papanya.
“Hanna, ini kawan abah masa dekat Universiti dulu. Uncle Kamarul. Dia dulu playboy terhebat tau!” kata Haji Brahim bersahaja.
Hajah Amsah pantas memberi cubitan kecil kepada Haji Brahim.Suaminya itu tidak tahu bertapis lansung.Patutlah perangai tu menurun kepada Hanna Dayana.
Kamarul hanya ketawa.Dia langsung tidak mengambil hati dengan kata-kata Haji Brahim.Sudah memang dia begitu suatu ketika dahulu. Apa yang nak dihairankan .
Hanna Dayana menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Kamarul.Kamarul juga memperkenalkan isterinya kepada Hanna Dayana.Hanna Dayana bersalaman juga dengan Aisyah.
“Ini anak teruna kamu ke?” soal Haji Brahim kepada Kamarul sebaik sahaja Yazid Shah melabuhkan duduk di sebelah Kamarul dan juga berhadapan dengan Hanna Dayana. Wajah Hanna Dayana langsung tidak di pandang.Kalau ikutkan hati, mahu saja dia memarahi gadis di hadapannya ini kerana memalukannya sebentar tadi.Tetapi disebabkan kenalan papa berada bersama mereka, ditahankan saja amarah itu.
“Hah. Inilah anak bujang saya.Yazid Shah.”Kamarul memperkenalkan anaknya kepada Haji Brahim.
“Ini kawan papa.Haji Brahim.Ini pula isteri dia, Hajah Asmah.” Kata Kamarul.
Yazid Shah segera menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Haji Brahim dan juga Hajah Asmah.
“Ini anak Uncle Brahim.Hanna Dayana namanya.Cantik tak?” soal Haji Brahim tiada kalis.
Hendak termuntah Yazid Shah mendengar pujian Haji Brahim mengenai anaknya. Cantik sangat ke?Dia mengerling memandang Hanna Dayana dengan ekor mata.‘Hmm, not bad. Muka tak lah lawa mana, tapi manis tu ada. Mata dia menggoda, hidung cantik terbentuk, bibir dia.... Erk?Apa melalut tengok orang sampai ke bibir ni??’ Soal Yazid Shah di dalam hati.
Yazid Shah hanya tersenyum sahaja. Mengangguk tidak menggeleng pun tidak. Karang kalau mengangguk, kembang setaman minah ni. Kalau menggeleng, kecik hati pulak kawan papa ni. Jadi jalan selamat, dia senyum saja.
“Hah, Yazid.Kamu ke mana tadi?Puas papa cari kamu.Menghilang macam tu aje...” bising Kamarul.
Hanna Dayana segera mengangkat wajah.‘Pergi mana lagi uncle.Pergi mengatallah. Depan mata saya pula tu. Muka aje handsome tapi playboy! Eii, menyesal pulak puji tadi!’Kata hati Hanna Dayana.
“Err... Yazid pergi.... Yazid pergi cari baju kerja tadi.Tapi masa tengah cari tu terjumpa awek gatal dengan awek sengal.Menggedik dekat Yazid. Dua-dua Yazid reject.” Katanya tanpa perasaan.
Hampir tersedak Hanna Dayana di situ.‘Awek sengal?Dia panggil aku awek sengal?Eii, kaulah sengal, sengal!’Marah Hanna Dayana namun di dalam hatinya sahaja.
“Eh, kita berbual aje dari tadi. Makan pun tak order lagi. Marilah makan sekali.Abang belanja.”Kata Haji Brahim tiba-tiba.
“Tak apalah abang. Kami sekejap aje ni. Ingat nak singgah rumah mak Aisyah sekejap..” tolak Kamarul lembut.
“Hmm, kalau begitu. Aisyah dan Kamarul datang rumah kamilah malam ni. Akak masak.Boleh kita berkenalan.Suami kita dah kenal rapat. Kita aja belum berkenalan lagi..” cadang Hajah Asmah yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.
“InsyaAllah, Hajah. Kalau abang tak ada hal.Aisyah ikut saja.”Kata Aisyah lembut.
“Panggil aje kak Mah.Jangan panggil Hajah.Rasa macam tua pulak.” Kata Hajah Asmah. Aisyah mengukir senyuman nipis.
“Okey juga tu. Kita pun dah lama tak jumpa.Boleh borak panjang...” cadang Haji Brahim pula.
“Bawa Yazid sekali.Biar dia berkenal-kenalan dengan Hanna. Hanna ni pun tak ada kawan lagi..” sambung Haji Brahim lagi bersama senyuman yang Yazid Shah tidak mengerti.
Hanna Dayana membeliakkan matanya memandang Haji Brahim.
“Abah....” renggek Hanna Dayana. ‘Tak sukalah abah cakap macam tu!’
“Datang ye Yazid?” soal Haji Brahim tanpa mempedulikan panggilan anaknya itu.
Yazid berasa serba salah.Semua mata terarah kepadanya.Dalam terpaksa dia mengangguk jua.
“Lepas maghrib ya.” Kata Hajah Asmah. Kamarul mengangguk. Kemudian dia menulis alamat Haji Brahim di dalam buku kecil yang sentiasa berada  dalam beg isterinya.
“Jumpa malam nanti..” kata Haji Brahim sambil bersalaman dengan Kamarul. Hajah Asmah pula bersalaman dengan Aisyah. Manakala Yazid Shah dan Hanna Dayana pula saling memberi pandangan sinis.
Hanna Dayana mencebik.
Yazid Shah mengerot bibir.
Hanna Dayana terjengil biji mata.
Yazid pula membulatkan mata.
“Kenapa dengan kau orang berdua ni?” teguran Haji Brahim menyentakkan Hanna Dayana dan Yazid Shah.Kesemua memandang ke arah mereka dengan pandangan hairan.
“Err....” tergagap-gagap Hanna Dayana dan Yazid Shah.
Haji Brahim yang melihat seperti merasa ada sesuatu yang tidak kena.
“Jomlah, abah...” tarik Hanna Dayana cuba menutup kejadian tadi.
“Salamlah dengan Uncle Kamarul dengan Auntie Aisyah dulu. Ish, budak ni!” marah Haji Brahim. Pening melihat perangai tidak bertempat Hanna Dayana. Namun dalam masa yang sama dia senang dengan keletah anak bongsunya yang menceriakan hari-harinya.
Hanna Dayana mencemberut memandang abah kerana dia di marah depan kawan abahnya. Terutama mamat tak cukup akal ni. Malunya!
“Hanna balik dulu Uncle, Auntie...” ujar Hanna Dayana bersalaman dengan Kamarul dan Aisyah.
Hanna Dayana memandang sekilas wajah Yazid yang kelihatan bersahaja.Haji Brahim hanya memerhatikan sahaja.Pasti ada apa-apa yang berlaku antara mereka berdua.Macam bergaduh aje.Teka hati Haji Brahim.
“Jumpa malam nanti, Arul.”Haji Brahim menepuk perlahan bahu Kamarul.
“InsyaAllah...” balas Kamarul.
Kemudian, Haji Brahim, Hajah Asmah dan Hanna Dayana berlalu meninggalkan mereka. Mereka akan berjumpa lagi di malam nanti.

“HANNA dengan anak Uncle Kamarul tu dah kenal ke?” soal Haji Brahim sebaik mereka tiba di rumah.
Hanna Dayana mengerutkan dahi.‘Kenapa tiba-tiba abah tanya pasal mamat tak cukup akal tu?’
“Maksud abah?” soal Hanna Dayana kurang faham.
“Tadi abah tengok kamu main-main mata dengan dia. Kenapa?”
“Kenapa, kenapa?” soal Hanna Dayana kembali.
Haji Brahim menggeleng.Anaknya ini memang tidak faham atau buat-buat tidak faham.Baru sahaja Haji Brahim mahu membuka mulut, Hanna cepat memintas.
“Abah!Cuba tengok kat dapur tu!” tunjuk Hanna Dayana ke arah dapur.
Haji Brahim segera berpaling.Tetapi tiada apa-apa.Dia mula mengesyaki sesuatu. Pasti......
Haji Brahim berpaling ke tempat anaknya berdiri sebentar tadi. Kan dah agak!
“Sabarlah wahai suami. Bak kata pepatah; bapak borek, anak rintik..” kata Hajah Asmah bersahaja bersama tepukan perlahan di bahu Haji Brahim.
“Hanna Dayana.....!”

0 comments:

Post a Comment

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,