Pages

Peminat Novel

Blog Page

27 Jan 2013

Bab 10: Pelangi Cinta (Hanna Dayana & Yazid Shah)



Aku nak jumpa kau. Urgent gila!

HANNA DAYANA menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada teman sehidup sematinya, Adawiyah. Dia mahu berkongsi kesedihan, kebuntuan dan kesengalan mamat tu. Beberapa saat menunggu, mesejnya berbalas.

Okey. Bagi aku sepuluh minit.

Jarak rumah Adawiyah dengan rumah Hanna Dayana tidaklah terlalu jauh. Cuma selang lima buah rumah sahaja. Kerana itu Adawiyah mengatakan yang dia akan sampai dalam masa sepuluh minit. Dia akan menanti dengan penuh kesabaran.
“Macam mana nak cakap dekat mamat tu yang keputusan ni sangat-sangat gila! Aku budak lagi. Diri sendiri pun belum puas bermanja, dah nak ada laki? Dengan mamat tu pula tu. Stressnya..” Hanna Dayana membebel sendirian di dalam kamarnya. Dia berjalan ke hulur ke hilir. Kadang-kadang dia duduk, kadang-kadang dia baring. Apa yang dia buat sekarang jadi serba tidak kena. Kepala asyik memikirkan perihal kahwin itu aje.
“Perlu ke aku turun bawah minta nombor telefon mamat tu? Tapi aku kan tengah merajuk dengan abah.” Katanya sendirian.
Dia menghempaskan badannya di atas tilam empuk beralaskan cadar berwarna putih dan berbunga-bunga kecil berwarna merah jambu. Dia berpusing ke kiri menghadap ke tingkap. Hanna Dayana cuba memikirkan baik buruk jika dia menerima lamaran itu.
Yang baiknya, dia tak perlu susah-susah bekerja. Minta saja dekat mamat tu. Pasti mamat tu akan tunaikan. Tapi mamat tu bukannya orang kaya pun nak minta itu, minta ini.
Dia pun tak perlu nak pening-pening fikir makan, pakaiannya kerana mamat itu yang akan membelikan segala keperluannya dari atas sehingga bawah.
Tapi... keburukannya pula, dia terpaksa menjadi isteri mithali yang perlu menjaga makan minum mamat tu. ‘Aku mana tahu masak? Nak minum air pun suruh ibu buatkan...’ dia menggaru kepala yang tidak gatal.
Tak boleh bersosial sana-sini. Kena jaga rumah dan maruah suami. ‘Ala, melepaslah aku nak lepak dengan kawan-kawan nanti. Takkan nak duduk terperap dekat rumah aje? Nak jadi apa? Tong drum? Membesarkan badan?’
Jadi isteri, kena beri tanggungjawab kepada suami. Adakah ‘tanggungjawab’ itu wajib? ‘Ah, mestilah wajib. Itukan memang tanggungjawab si isteri. Masa tingkatan lima kan ada belajar sikit-sikit fasal tanggungjawab seorang isteri. Bukan dari segi zahir je, batin pun harus dititikberatkan... tapi aku belum bersedia lagi. Kalau dapat anak awal macam mana? Mampu ke aku nak jaga?’
Hanna Dayana mengeluh. Nampaknya keburukan lebih banyak dari kebaikan. Jadi, dia harus menolak lamaran itu. Dia tidak mahu hidupnya menyusahkan dan disusahkan oleh sesiapa. Lagipun Hanna Dayana memang belum bersedia. Dia mahu lelaki yang bakal menjadi suaminya adalah lelaki yang dia cintai dan mencintainya. Dan bukan mamat tak cukup akal itu sepatutnya menjadi suaminya.
Kini, keputusannya tekad. Hanna Dayana bangun dari pembaringan. Dia mahu turun ke bawah dan ingin menolak cadangan abah. Dia juga mahu meminta nombor telefon Yazid Shah dan berbincang mengenai perkahwinan mereka yang tak akan pernah menjadi. Hanna Dayana mahu Yazid Shah turut sama berganding bahu untuk membantah cadangan kedua-dua ibu bapa mereka. Belum sempat dia berbuat apa-apa, telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada pesanan ringkas masuk. Dia menekan skrin untuk melihat mesej itu. Mesej dari Adawiyah.

Aku dah kat depan gate rumah kau. Lincah sikit!

‘Kau ni memang nak lincah (cepat) ajelah!’ Dengan langkah pantas, Hanna Dayana menuruni tangga menuju ke ruang halaman rumah. Terpancul wajah Adawiyah disebalik pagar berwarna kuning emas itu. Ibu memang mengemari warna kuning. Kalau boleh, satu rumah dia hendak warna kuning. Mujurlah, ibu tak melaksanakan impiannya dengan jayanya. Kalau tak, rumah dah macam istana diraja pula.
“Hah, ada apa panggil aku pagi-pagi ni? Aku nak layan korea pun tak senanglah!” marah Adawiyah.
Hanna Dayana mengerut dahi. Pagi? Segera dia melihat jam di telefon bimbitnya dan....
“Otak hang pagi. Ini dah pukul dua belas setengah tengah hari. Kau ni sejak-sejak dah tak sekolah ni, otak makin problem eh?” sound Hanna Dayana selamba.
Adawiyah terkulat-kulat mendengar kutukan selamba Hanna Dayana.
“Yeke tengah hari? Macam pagi aje aku tengok?” kata Adawiyah menutup kesalahannya tadi.
“Banyak cekadaklah kau ni!” marah Hanna Dayana.
“Kau nak ajak aku sembang dekat pagar ni je ke?” sound Adawiyah pula.
“Eh! Lupa pula nak ajak kau masuk. Jemput masuk Puan Adawiyah...”
“Terima kasih Cik Hanna Dayana. Santapan beta sudah siap?” soal Adawiyah ala-ala Permaisuri Diraja. Mereka berjalan beriringan menuju ke taman buatan ibu Hanna Dayana.
“Belum Puanku. Patik tidak sempat berbuat apa-apa lagi Puanku. Air kosong boleh?” tanya Hanna Dayana yang turut melayan ‘kesengalan’ yang melanda Adawiyah.
“Cik Hanna Dayana. Tuan hamba kan tahu beta tidak minum air kosong. Beta cuma minum air oren sahaja. Tuan hamba mengalami masalah daya ingatankah?” sound Adawiyah selamba. Mereka sudah duduk di kerusi meja bulat yang berada di taman buatan itu.
Membulat mata Hanna Dayana medengar kutukan sahabatnya itu. Namun dia tetap melayan kerenah Adawiyah.
“Maafkan patik, Puanku. Patik bukan mengalami masalah daya ingatan. Tapi Patik terpaksa berbuat begitu kerana Patik lihat badan Puanku kini sedikit bulat daripada biasa. Pasti Puanku terlalu banyak tidur dan minum minuman bergula secara berlebihan. Jadi, dengan meminum air kosong ini, ia dapat mengurangkan berat badan Puanku yang semakin meningkat ni, Puanku. Ampun Puanku...”
“Woi! Suka kau aje kata aku gemuk!” marah Adawiyah tiba-tiba.
Mengekek Hanna Dayana mentertawakan Adawiyah. ‘Itulah. Nak main kotor sangat. Tak minum air kosong konon!’
“Tapi serius wei! Kau memang nampak gemuk. Kau membuta je ke apa?” soal Hanna Dayana.
“Yeke aku nampak gemuk ni, wei? Gilalah! Malu gila kalau budak-budak sekolah kita nampak aku macam ni...” kata Adawiyah sedih. Makin terbahak-bahak Hanna Dayana ketawa melihat mimik muka ‘kasihan’ Adawiyah itu.
“Kau kena diet, beb. Kalau tak, badan kau sebijik macam tong drum dekat sekolah kita tu!” sempat Hanna Dayana mengutuk Adawiyah dengan menyamakan Adawiyah dengan tong drum pancaragam di sekolahnya.
“Kuang asam ketullah kau ni!” marah Adawiyah.
“Eh, beb. Aku ada problem ni...” cepat-cepat Hanna Dayana menukar topik sebelum Adawiyah bertukar menjadi singa betina!
“Masalah apa pula ni? Masalah negara? Masalah rumahtangga?” tanya Adawiyah.
“Masalah rumahtangga jangan sebut-sebut wei!” kata Hanna Dayana tidak puas hati.
“Apasal pulak?” tanya Adawiyah pelik.
“Sebab.....” belum habis Hanna Dayan berkata-kata, Adawiyah cepat memintas.
“Sebelum sebab-sebab kau keluar dari mulut kau. Baik kau buat air untuk aku. Aku hauslah. Jauh gila kot nak datang rumah kau ni...”
“Otak hang jauh! Jarak lima rumah je kot!” marah Hanna Dayana. ‘Selang lima rumah dia kata jauh? Memang sah badan bakal jadi tong drum.’
“Tunggu sini kejap. Aku buat air...”
“Chup-chup! Kau ke yang buat air? Sah-sah tak sedap. Suruh ibu buatlah! Cakap anak kesayangan dia nak air oren. Okey?”
“Mengada-ngada!” balas Hanna Dayana seraya masuk ke dalam rumah. Adawiyah sudah lama mengenali keluarga Hanna Dayana sehingga ibu dan abah Hanna Dayana pun di anggap ibu dan abah sendiri sampai memanggil mereka ibu dan abah. Jangan melebih sudah!
Selepas sepuluh minit menunggu, Hanna Dayana kembali ke taman dengan membawa sejag air oren berserta dua gelas dan juga sepinggan karipap hasil tangan ibu Hanna Dayana. Ibu Hanna Dayana kalau masak memang tip-top!
“Peh! Ini namanya rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari. Ibu macam tahu-tahu je aku belum makan dari pagi tadi..” kata Adawiyah yang sudah mencapai seketul karipap sebelum sempat Hanna Dayana meletakkan dulang di atas meja bulat itu.
“Woi! Kau ni agak-agaklah pun. Macam kebulur tak makan sepuluh hari tu kenapa?” marah Hanna Dayana sambil meletakkan dulang di atas meja.
“Marah pula. Memang aku rindu masakan ibu pun. Lama gila kot aku tak datang sini.” Kata Adawiyah bersahaja.
“Bagus juga kau tak datang. Karang badan kau dari tong drum terus jadi King Kong pula...” perli Hanna Dayana.
“Amboi, bahasa! Nak beta murka ke?” tanya Adawiyah.
Hanna Dayana hanya ketawa sahaja. Dia hanya bergurau sahaja dengan Adawiyah. Takkanlah dia mahu mengutuk sahabat baiknya. ‘Tapi... dia memang dah gemuklah!’
“Beb...” panggil Hanna Dayana.
“Apa?” balas Adawiyah yang sedang menguyah karipap tetapi dalam masa yang sama duduk bermain telefon bimbit.
“Wei! Dengarlah aku nak cakap ni! Masa-masa nilah kau nak menggatal!” kata Hanna Dayana tak puas hati.
“Apa? Aku balas mesej abang akulah!” marah Adawiyah balik.
“Banyaklah kau punya abang! Bila masa kau ada abang?”
“Abang angkatlah!”
“Mana sama!”
“Apa yang tak sama pula?”
“Iyalah. Dia tu abang angkat kau aje pun. Yang nak anggap macam abang kandung tu kenapa?”
“Alah. Samalah tu...”
“Sengal!”
Keadaan sepi seketika. Hanna Dayana membiarkan Adawiyah melayan mesejnya terlebih dahulu. Dia kalau boleh mahu Adawiyah mendengar luahan perasaannya dan sama-sama memikirkan jalan penyelesaian untuknya. Selepas beberapa minit, Hanna Dayana nampak Adawiyah menyimpan telefon bimbitnya ke dalam kocek seluar.
“Okey. Aku dah bersedia. Apa masalah yang kau hadapi sampai serabut aku tengok kau ni.”
“Serabut ke?” soal Hanna Dayana kembali.
“Mahu tak serabut. Cuba kau tengok selipar yang kau pakai tu. Sebelah kanan abah punya, sebelah kiri ibu punya. Gila hebat fesyen kau sekarang? Ha ha ha!” perli Adawiyah bersama gelakan sinis.
Tangan Hanna Dayana pantas menggetis lengan Adawiyah sehingga Adawiyah menjerit kesakitan.
“Main kasarlah kau ni!” bentak Adawiyah tidak puas hati.
“Main-main lagi. Aku serius ni!”
“Yelah, yelah. Apa ceritanya?” tanya Adawiyah. Adawiyah sudah kembali serius. ‘Teruk benar aku tengok kawan aku sorang ni. Masalah apa pula ni?’
“Beb, kau rasa umur macam kita ni patut kahwin ke?”
“Apsal kau tanya macam tu pula?”
“Aku tanya tu jawab jelah! Banyak tanya pula!” marah Hanna Dayana.
Adawiyah menggaru kepalanya yang dilitupi dengan pashima berwarna ungu lembut.
“Entah! Tapi mak aku kata, masa zaman muda-muda dulu. Umur sebaya kita ni dah layak dapat anak sorang. Kira umur lapan belas tahun tu dah boleh kahwinlah...” terang Adawiyah.
Terkejut Hanna Dayana mendengar cerita yang disampaikan oleh mak Adawiyah kepada Adawiyah.
“Kau biar betul?” tanya Hanna Dayana cuak.
“Apa tak betul pula? Kau tengok adik beradik aku berapa ramai? Sepuluh orang tahu tak. Mak aku dah umur lima puluh enam tapi adik aku lagi tiga orang masih sekolah rendah lagi. Aku ni pula baru habis tingkatan enam. Jadi, cuba kau fikir umur berapa mak aku kahwin? Dan umur berapa mak aku dapat abang aku yang sulung tu?” soal Adawiyah.
Kini giliran Hanna Dayana pula menggaru kepala. ‘Terer gila mak Si Adawiyah ni. Dalam masa lima puluh enam tahun, sepuluh anak dia boleh dapat. Kalau aku kahwin umur dua puluh tahun. Agak-agak berapa anak aku boleh dapat? Lapan mungkin? Argh!’ Hanna Dayana mengetuk perlahan kepalanya.
“Kau ni dah kenapa? Teruk benar aku tengok? Ada masalah ke?”
“Aku memang ada masalah beb!”
“Masalah apa?”
“Abah suruh aku kahwin!”
“Hah?!”
“Kau ni tak payahlah jerit kuat-kuat!” marah Hanna Dayana sambil memandang kiri dan kanan. Bimbang abah atau ibu dengar dan datang ke mari.
“Kau biar betul?”
“Apa tak betul pula? Bukan ke kau kata mak kau kahwin awal. Jadi, kau rasa umur macam aku ni patut kahwin ke tak?” sound Hanna Dayana.
Adawiyah menganggukkan kepala.
“Tapi siapa, beb? Aku kenal ke?”
“Kau tak kenal. Ni anak kawan abah aku. Dia orang kawan lama. Dah lama tak jumpa. Tapi bila jumpa dua, tiga hari ni. Terus bagi cadangan nak kahwinkan aku dengan anak teruna dia. Tak ke gila?” tanya Hanna Dayana.
“Memang gila! Tapi hensem tak lelaki tu?”
“Hensemlah juga. Muka dia ala-ala k-pop sikit. Rambut pacak-pacak, mata bulat. Hidung taklah mancung tapi gila comel!” puji Hanna Dayana dalam tidak sedar.
“Puji lain macam aje ni? Syok ke?” sound Adawiyah.
“Otak hang!”
“So, apa keputusan kau?” tanya Adawiyah. ‘Tak sangka aku, nak kahwin dah kawan aku ni. Dengan lelaki muka k-pop pula tu! Jelesnya!’
“Aku tak nak kahwinlah, beb..”
“Apsal pula? Muka market tu!”
“Kau ni tak habis-habis dengan k-pop kau tulah!”
“Marah pula?”
“Mestilah marah! Kau boleh tolong aku tak?”
“Tolong apa?” tanya Adawiyah.
“Tolong cakap dekat abah yang aku tak nak kahwin. Aku nak kerja atau sambung belajar. Kalau aku kahwin, pergerakan aku terbatas. Boleh tak?” pinta Hanna Dayana.
“Ish! Tak naklah aku! Aku tak berani. Kau tahu kan abah kau tu bekas komando. Sekali dia menjerit, lintang-pukang aku lari.” Tolak Adawiyah. Gerun bila mengenangkan ketegasan abah Hanna Dayana. Nampak lembut tapi bila dia keluarkan suara singa jantan dia, mahu pengsan dekat situ!
“Kau ni! Tolonglah!” pinta Hanna Dayana lagi.
“Ibu! Ibu buat apa tu?” soal Adawiyah sebaik sahaja ternampak Hajah Asmah di tepi taman berhampiran mereka.
“Wei! Aku jumpa ibu kejap ek?” Adawiyah segera berlalu meninggalkan Hanna Dayana yang ketika itu sudah pun menjadi singa betina. ‘Gerun mak!

3 comments:

  1. best2.. bgi dia kahwin cpt sikit.. hehe
    nak tngok cra dia mrajuk ngan brmanja mcm mna? hehe

    ReplyDelete
  2. hehe..

    datang menjemput tuk join random 25
    http://sna-aai.blogspot.com/2013/01/tag-25-random-facts-about-me.html

    ReplyDelete

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,