Pages

Peminat Novel

Blog Page

24 Jan 2013

Bab 8: Hanna Dayana & Yazid Shah



HANNA DAYANA menutup pintu biliknya dengan perasaan sebal.‘Eii, kenapalah abah main setuju aje?’
Terngiang-ngiang kata-kata abahnya sebentar tadi.Sewaktu dia mahu menuruni tangga untuk ke dapur, dia dapat mendengar suara riuh di ruang tamu.Baru sahaja kakinya melangkah turun ke tangga pertama, dia mendengar suara lelaki bertanyakan mengenainya kepada abah.
“Hanna tu nak sambung belajar atau terus kerja?” soal lelaki itu.
“Tak tahulah, Arul.Katanya nak kerja dulu sebelum sambung Ijazah.Nak timba pengalaman.Tapi abang tak yakin dengan dia. Dia tu masih budak-budak lagi.Umur aje dah masuk dua puluh tahun.Tapi perangai macam budak-budak.Manja.Abang tak nak dia kena tipu dengan majikan yang ambil dia bekerja nanti.Hati dia tu sensitive.Mudah terasa.”Terang Haji Brahim mengenai anak bongsunya itu.
‘Oh..Uncle Kamarul rupanya. Tapi kenapa dia tanya fasal aku? Dia nak ambil aku bekerja dekat syarikat dia ke? Tapi dia pun kerja makan gaji dekat syarikat tu. Macam mana nak ambil aku kerja dengan dia?’ soalnya sendirian.
Hanna Dayana sudah tidak jadi melangkah lalu dia melabuhkan duduk di tangga paling atas.Mahu mendengar perbualan orang tuanya.‘Kalau turun bawah dengar dia orang berbual, macam tak elok pula.’
Dia tekun mendengar perbualan abah dan ibunya bersama Uncle Kamarul dan Auntie Aisyah.Sesekali mereka ketawa apabila abah mula membuat perangainya.Berseloroh.Sikap abah yang satu ini membuatkan hati ibunya terpaut. ‘Bertuahnya ibu dapat lelaki cool macam abah. Kan best kalau aku pun dapat lelaki cool macam abah ni. Setiap hari aku ketawa. Taklah muka aku cepat kereput! Aduh, sampai ke situ aku melalut!’
Dia kembali mendengar perbualan mereka yang berada di bawah sebelum badannya menjadi kaku serta-merta.Tangannya yang sejuk membeku tapi peluh yang keluar dari tubuh tidak menggambarkan dia dalam kesejukan.
Dia cuba membalik-bolak dan memahami maksud kata-kata Uncle Kamarul sebentar tadi.
“Begini, Abang Brahim. Tujuan saya dan Aisyah datang ke mari sebenarnya membawa hajat. Saya berkenan sangat dengan Hanna tu. Anak yang baik, sopan-santun, hormat orang tua.Saya dah berbincang dengan Aisyah.Kalau boleh, kami nak melamar Hanna menjadi menantu kami dan isteri Yazid.”Terang Kamarul merujuk kepada perkara utama yang dia ingin bincangkan bersama Haji Brahim.
Suasana jadi sepi seketika.Hanna Dayana kaku. Dia cuba untuk berdiri dan berlari turun ke bawah. Dia tidak mahu! Usianya terlalu muda untuk memikirkan hal rumahtangga. Dan.... dan..berkahwin dengan mamat tak cukup akal tu??
Haji Brahim dan Hajah Asmah membalas pandangan.Ternyata mereka juga kelihatan terkejut dengan hajat yang disampaikan oleh Kamarul.
“Kamu tak menyesal, Arul? Anak abang ni membasuh tak tahu. Memasak lagilah tak tahu.Tak pernah pegang periuk, sudip, kuali.Bangun pun lewat.Selagi kami tak kejut, selagi tulah dia tak akan bangun.”
Haji Brahim pun berkenan dengan Yazid Shah dan dia bersetuju sangat jika lelaki itu dijodohkan dengan anaknya. Cuma dia tidak mahu hidup anaknya terkontang-kanting tanpa arah jika Yazid Shah mengetahui sikap anaknya yang sebenar.
Mulut Hanna Dayana melopong. Seakan tidak percaya abah akan berkata begitu. ‘Sempat pulak abah nak mengutuk aku.’
Aisyah menoleh memandang wajah Kamarul sebelum kembali memandang wajah bakal besannya.
“Betul Bang Brahim, Kak Mah. Kami tak akan menyesal. Dia tak tahu memasak?Saya boleh ajarkan.Dia tak tahu membasuh?Saya boleh ajarkan.Tapi kalau kejut dia tu, hanya Yazid yang boleh.Yazid kan suami Hanna...” kata Aisyah.
‘Erk!Belum apa-apa dah panggil suami?’ luah hati Hanna Dayana.
“Kamu macam mana, Mah?’ soal Haji Brahim kepada Hajah Asmah.
‘Ibu, please... katakan tidak..’
“Saya ikut aje, bang.Itu yang terbaik.Berkat.Sebab dapat restu dari kita.”
“Abang pun setuju.Jodoh terbaik adalah jodoh yang telah ditetapkan oleh ibu bapa.Jika ibu bapa sudah merestui, Allah pasti akan memudahkan perjalanan hidup mereka.”Sambung Haji Brahim pula.
“Kalau macam tu, kira jadilah?” tanya Kamarul.
“Jadi-jadi. Hanna tak akan bantah. Kalau dia tak setuju pun, perkahwinan ini akan tetap diteruskan. Abang ni abah dia. Dia tak akan membantah..” kata Haji Brahim yakin.
Sebaik sahaja Haji Brahim habis berkata-kata, Hanna Dayana cepat-cepat mengangkat kaki menuju ke kamar.
“Arghh!!”Hanna Dayana menjerit mengingati kejadian sebentar tadi.

“KENAPA muka masam ni?” tanya Haji Brahim penuh kasih. Takde angin, takde ribut monyok aje mukanya.Dia duduk bersebelahan dengan anaknya.Ada perkara yang harus dibincangkan.
Hanna Dayana masih diam membisu memandang skrin televisyen.Dia menonton tanpa perasaan.Matanya menghadap ke hadapan sedangkan fikiran melayang mengingati kejadian tadi.Dia terasa hati dengan abah dan ibu kerana menerima lamaran Uncle Kamarul tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu.
“Hei, kenapa ni?’ soal Haji Brahim lagi. Risau melihat muncung Hanna Dayana yang lain daripada biasa.
Hanna Dayana memberi pandangan kepada ayahnya sebelum kembali menonton televisyen.
Dehaman  Haji Brahim menyentakkan lamunan Hanna Dayana. Haji Brahim mengamit Hajah Asmah yang berada di dapur turut sama-sama berada dengannya.
Sebaik sahaja Hajah Asmah duduk di sebelah suaminya, Haji Brahim bersuara.
“Papa ada perkara nak bincang dengan Hanna...”
Hanna Dayana mengetap bibir.
Haji Brahim berdeham lagi.
“Tadi Uncle Kamarul dengan Auntie Aisyah datang..”
Sepi.
“Dia orang datang bawa hajat..” sambung Haji Brahim.
Melihat tiada sebarang reaksi daripada Hanna Dayana, Hajah Asmah pantas mencelah, “Dia orang datang nak meminang Hanna...”
“Dan abah dengan ibu setuju tanpa berbincang dengan Hanna dulu?” soalnya sinis.
Haji Brahim dengan Hajah Amsah terkejut.
“Macam mana Hann....”
“Hanna dengar tadi.Dia orang nak kahwinkan Hanna dengan Yazid.Abah dengan ibu senang-senang aje terima pinangan dia orang.”Kata Hanna Dayana tidak puas hati.
“Hanna..abah buat ni semua untuk kebaikan Hanna..” jelas Haji Brahim.
Hanna Dayana yang kini berpeluk tubuh mengukir senyuman sinis.
“Kebaikan Hanna? Kebaikan apa, abah? Abah juga yang cakap dekat dia orang Hanna ni tak pandai memasak, membasuh. Bangun tidur pun lambat. Nanti terabai pula anak dia tu.."
“Betul... memang abah ada cakap begitu pada mereka.Tapi dia orang terima Hanna seadanya.Auntie Aisyah sanggup ajar Hanna menjadi isteri yang baik.”Terang Haji Brahim.
“Yazid? Adakah Yazid akan terima Hanna sebagaimana Uncle dengan Auntie terima Hanna? Abah jangan fikir diri abah je.Abah kena fikir hati Hanna. Hati Yazid. Kalau kami tak bahagia, macam mana?Kalau Yazid sudah ada pilihan hati dia macam mana?Kalau Hanna diceraikan, macam mana?” soal Hanna Dayana bertubi-tubi.
Haji Brahim terdiam.Apa yang dikatakan oleh Hanna Dayana ada benarnya.Ibu bapa mana mahu melihat anak mereka menderita.Namun keputusan dah di buat. Dia yakin Yazid  Shah boleh membahagiakan anaknya.
“Maafkan abah, sayang. Hanna tetap akan berkahwin dengan Yazid. Keputusan abah muktamad..”
Hanna Dayana menghentak tangannya ke sofa dan terus berlari naik ke kamarnya sebelum menghempas pintu dengan kuat.
“Sabarlah, abang...” pujuk Hajah Asmah.

1 comments:

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,