Pages

Peminat Novel

Blog Page

2 Aug 2013

MINI NOVEL : AKU TOMBOY, DIA PLAYBOY (Bab 15)



PAGI ni aku dikejutkan dengan adengan romantik pasangan ‘kekasih’ yang sedang berpegangan tangan di sebuah kompleks membeli-belah. Aku kenal perempuan tu dan aku lebih kenal lelaki itu. Siapa lagi kalau bukan Sarah dan Am? Aku kira lepas Sarah keluar dari rumah dia akan insaf. Tapi tak, malah lebih menggedik lagi dengan Si Am tu. Getis lain macam!
“Jom...” ajakku tiba-tiba.
Ard menoleh. “Nak pergi mana?”
Aku berdecit sambil memuncungkan bibir ke satu arah. “Tu... tu...”
“Tu bukan ke Sarah dengan Am? Dia orang buat apa dekat sini?” soal Ard. Mata Ard terus-terus melihat pasangan ‘kekasih’ itu bermesra-mesraan.
“Ni yang aku nak buat kaji selidik ni. Jom lah...” ajakku lagi. Tak sabar aku nak tengok reaksi dua mangkuk ni. Bila dah geram, bahasa aku memang kasar sikit.
Aku dan Ard terus mengekori pasangan ‘kekasih’ itu. Mereka berhenti dan melabuhkan duduk di sebuah kerusi rehat yang terletak di antara kedai. Tanpa melengah, aku segera menegur. “Wow... wow... wow... asyik... asyik... asyik... asyiknya bercinta....” dalam menegur sempat pula aku menyanyi lagu penyanyi dangdut yang terkenal satu ketika dahulu, Amalina. Ard nak bantai gelak dah tapi aku sempat beri jelingan tajam terus dia tak jadi gelak.
“Korang buat apa dekat sini?” tanya Am. Muka dia memang terkejut habis. Macam kena tangkap dengan pencegah maksiat pulak. Ha ha ha!
“Ard... dia tanya kita buat apalah dekat sini. Kita buat apa ek?” tanyaku kepada Ard.
Ard yang jenis selamba badak terus menjawab, “Kita orang berkelah dekat sini. Tak sangka pulak jumpa pasangan bercinta yang macam bertahun-tahun tak jumpa. Kan Sha, kan?”
Tiba-tiba aku dengar Sarah mendengus. “Apa hal ni, Kak Sha? Kak Ard? Jangan nak menyibuk boleh tak?”
Tajam terus pandangan mataku kepada Sarah. “Tak... tak boleh kalau tak menyibuk. Teruk-teruk kau  pun, kau masih sepupu aku. Anak Pak Ngah. Jangan nak kerek sangat la. Kau belum kenal Am ni siapa. Jangan ingat aku tak bagi amaran dekat kau tau!” aku membentak, tak puas hati.
“Suka hati Sarah lah. Diri Sarah pandai-pandai Sarah la nak jaga. Jaga je diri Kak Sha tu. Dah la macam jantan, nak belagak hero pulak!”
Pang!
Satu tamparan hinggap di pipi Sarah. Aku terkedu, Ard ternganga. Sarah pula sudah menangis teresak-esak. “Apa ni Abang Am?”
“Lain kali cakap tu bertapis sikit. Sha ni sepupu Sarah. Hormat dia sikit. Abang tak suka perempuan yang tak tahu homat orang lain.”
Aku? Aku memang tak sangka Am sanggup tampar Sarah. Sanggup back-up aku kerana mulut celupar Sarah tu. Hati aku tak usah cakaplah. Sedikit sebanyak ada juga rasa terharu sebab Am sanggup pertahankan aku dari terus dikutuk oleh budak hingusan ni! Sarah... Sarah... kan dah kena sedas!
“Kak Sha yang mulakan dulu! Kenapa Abang Am nak back-up Kak Sha pulak? Dia bukan sesiapa bagi abanglah!” jerit Sarah, geram barangkali.
Aku dengar Am mendengus. Kasar sekali bunyinya.
“Kalau Sha ni orang lain pun, abang akan tetap tampar Sarah. Abang tak suka perempuan yang kurang ajar. Tengok dari cara Sarah cakap dekat Sha tadi, memang tak menampakkan ciri-ciri perempuan yang abang suka! Sarah tak sesuai untuk abang!”
Aku ternganga. Dalam playboy-playboy mamat ni pun dia tetap ada ciri-ciri idaman wanita yang dia nak? Hebat!
“Abang!” Sarah menjerit. Aku dan Ard perhatikan je budak berdua ni bertekak. Dalam hati dah tumbuh bunga-bunga bahagia kerana Am sanggup back-up aku walaupun kita orang selalu bergaduh. Sayang juga Am dekat aku, kan? Erk!!
“Kau okey Sha?” soalan Am itu mematikan lamunan aku yang sedang ralit memandang Am.
“Err... aku okey, aku okey. Kau jangan risaulah...”
Ard menarik lenganku tanda menyuruh kami beredar. Alaa... belum puas tengok muka Am. Oh boy! Apa aku merepek ni? Takkan dia baru back-up aku, aku dah nak cair dengan dia??
“Kita orang gerak dululah...” Ard meminta diri apabila aku senyap sejak tadi.
Ard pantas menarikku mengekorinya. Dalam tak rela, langkah kakiku atur juga mengikuti Ard.

****

“SHA....” panggil Ard.
Weh, Sha!!” jerit Ard pula apabila aku tidak menyahut panggilannya. “Ha! Apa dia?”
“Kau ni dah kenapa? Macam tak betul je? Yang kena sepak tu sepupu kau. Bukannya kau. Kenapa kau pulak yang macam terkena penyakit hilang ingatan ni?”
“Banyaklah kau punya hilang ingatan. Aku cuma tak sangka yang Am sanggup back-up aku...”
“Haah la kan. Aku pun pelik. Tak pernah-pernah Am nak back-up kau. Sanggup tampar budak yang dia suka pulak tu. Tak ke gila?”
“Memang gila!” sahutku menyetujui kata-kata Ard.
“Kau rasa tak apa yang aku rasa?” soal Ard tiba-tiba.
“Rasa-rasa...” kataku tanpa mengetahui maksud ‘rasa’ Ard itu. “Aku rasa dia dah berubahlah...” sambungku lagi.
Ard menepuk dahi. Kuat. Laa... kenapa pulaklah minah ni? “Kau kenapa?”
“Kenapalah aku dapat kawan macam kau ni??” soal Ard tiba-tiba.
“Laa... kenapanya?” tanyaku kembali yang tidak faham kata-kata Ard.
“Aku tak maksudkan yang Am tu dah berubah. Maksud aku, aku rasa Am tu sukakan kau!”
“Ha??!” aku tercengang. “Gila kau!”
“Apa gila pulak? Betullah. Kalau tak, takkan lah dia beria-ia nak back-up kau. Takde pekdahnya (faedah) dia suka-suka nak back-up kau. Kau pun tahu kan dia dah lama usyar Si Sarah tu. Tapi sebabkan kita ada, dia payah nak dapat Sarah. Sekarang bila kita dah tak amik port fasal Sarah, kenapa dia boleh marah buah hati dia? Cuba kau fikir...” telah Ard.
“Ye... ye... cuba kalau aku fikir... haah la, Ard...” kataku membuat senyuman Ard melebar.
“Kan??”
“Haah... Sah la kau otak kau dah biol. Takde maknanya dia nak back-up aku sebab dia sukakan aku. Entah-entah dia memang dah insaf....” sangkalku. Mustahillah Am nak suka dekat aku? Mati hidup semula pun belum tentu aku ni nampak istimewa dalam hati dia. Chet! Temberang lebih minah ni.

****

MALAM itu aku dikejutkan lagi dengan sepucuk surat yang diletakkan di luar pagar rumah ketika aku nak kunci pagar. Kali ni siap bagi bunga mawar. Sekuntum mawar merah. Cewahhh!! Aku cepat-cepat mengambil bunga mawar dan surat itu dan terus mengunci pagar kemudian masuk ke rumah. Aku duduk sebelah Ard yang ketika itu sedang melayan kartun Naruto.
Ard yang perasan kelibatku lantas bertanya, “Apasal weh?”
Aku meunjukkan surat dan bunga mawar kepada Ard. Semerta dia bangun. Matanya terbeliak luas. Mungkin terkejut barangkali. “Siapa bagi?”
“Entah...” jawabku sepatah. Tanpa melengah, laju saja tanganku mengoyak sampul surat itu dan terus membaca isi kandungan di dalamnya.

Pen merah pen biru,
You marah, I love you

Ek eleh! Pantun zaman purba! Poyolah....” kataku seperti tidak puas hati. Aku mencampakkan surat itu kepada Ard. Ard pula yang membacanya.
Weh Sha. Kau baca tak habis. Ada lagi ni...”
“Ah... Malaslah aku. Ni mesti sambungan kisah pen tu. Pen biru pen hitam, You marah I pitam. Kan?” canggahku.
“Taklah... cuba kau baca ni...”
Aku pun capai kembali surat itu dan membacanya. Seketika, mataku terbeliak luas.

Dalam hati ada taman,
Taman indah taman impian,
Bila hati sudah berkenan,
Sudikah awak jadi peneman?
With love,
Mr. A

P/S: Harap awak sudi balas tanda awak sudi jadi teman saya. Letak saja di luar pagar rumah awak. Nanti saya akan ambil.

“Mr. A?!” jerit aku dan Ard serentak. Tidak lama kemudian, aku sudah tersenyum sipu.
“Indahnya perasaan bila ada yang berkenan...” kataku sedikit berbangga.
Ard mencebik. “Sekali jumpa, orang tua takde gigi. Baru padan muka kau!”
Eleyh... cemburu la tu...” aku mengusik Ard.
“Kau nak balas tak surat dia ni? Inilah masanya kau tau siapa Mr. A kau tu...” Ard memberi cadangan.
Aku diam. Betul juga kata Ard. Sampai bila nak bercinta dalam surat je kan? Bercinta? Aku gelak dalam hati. Merepek sungguh aku ni.
“Nantilah aku balas...” aku berdalih. Sebenarnya aku tengah memikirkan ayat yang sesuai supaya tak nampak janggal dan gelojoh. Yelah, mata tak pernah bertentangan mata. Tapi Mr. A tu sudah menunjukkan minat kepada aku. Takkan aku nak menolak? Tapi macam mana pula dengan Abang Luqman? Ahh... kusut otak aku. Takkan aku nak dua orang sekali gus? Tapi orang tua-tua pernah berkata; ikutlah kata hatimu. Nescaya kamu akan memiliki insan yang sejiwa denganmu. So?? Aku kena bagi ujian untuk dua-dua lelaki ni.
31 Jul 2013

MINI NOVEL : AKU TOMBOY, DIA PLAYBOY (Bab 14)


Istimewa buat Aisyah yang comel tapi ganas! =P
Abang rindu Aisyah sangat-sangat. Harap Aisyah suka ya dengan pemberian abang ni (^^,)
Salam pertemuan,
Ahmad Luqman

BERULANG-ULANG kali aku baca kad ‘Salam Pertemuan’ yang diberikan oleh Abang Luqman. Ye ke tak ye Abang Luqman ni? Dia memang betul-betul rindukan aku ke dia nak main-mainkan aku? Bulan ‘April Fool’ dah lepas kalau dia nak kenakan aku. Tapi kalau dah bagi kad dengan coklat ni takkan dia nak main-main pulak kan? Maknanya dia betul-betul rindukan aku lah? Aku pun... rindukan... dia... sebenarnya... ewah!
Ard pula tergeleng-geleng melihat perangai aku. “Hari tu kau mabuk cinta dengan surat dari secret admirer kau tu. Sekarang ni kau angau dengan kad salam pertemuan Abang Luqman la pula. Sha, Sha...”
Ard mula membebel macam mak nenek! Aku pekakkan telinga je. Yelah, kali pertama dua orang lelaki sekali gus bagi sesuatu yang aku rasakan sangat istimewa. Mahunya aku tak jakun?
“Aisyah!” panggil satu suara. Aku menoleh. Terkejut aku melihat Abang Luqman berjalan ke arahku. Aku dengan pantas terus menyimpan kad yang Abang Luqman berikan kepada aku pagi tadi. Muka aku memang serius menggelabah!
“Ye, Abang Luqman....” jawabku. Muka aku maniskan dengan senyuman lebar. 
Ard sempat menyiku lenganku tanda isyarat, ‘tu ke Abang Luqman kau?’
Aku faham sangat bahasa isyarat Ard ni. Yelah, kami kawan baik sejak dari semester pertama lagi. Cerita suka duka semua kita orang kongsi bersama. Jadi, aku faham sangat perangai dia. Dia pun faham sangat perangai aku.
Aku hanya memberi anggukan perlahan tanda mengiakan ‘bahasa isyarat’ Ard.
Abang Luqman yang baru tiba terus duduk di sebelahku. Waktu ni kita orang duduk dekat meja bulat  yang selalu menjadi port budak-budak buat study group. Aku mula-mula memang berniat nak discuss assignment dengan Ard tapi disebabkan kepala asyik teringat kad Abang Luqman tu buatkan aku hilang ingatan pada assignment yang aku nak buat bersama Ard.
“Hah... berangan apa tu?” sergah Abang Luqman tiba-tiba.
“Hah?” aku yang seperti sedar dari mimpi hanya memandang muka Abang Luqman. Wajahnya yang berseri-seri dengan senyuman sedikit menyentakkan jantung. Serius, sekarang jantung aku mula menari-nari tidak seirama. Kejap joget dangdut, kejap lagi bershuffle. Hai laa...
“Abang tanya, Sha berangankan apa? Berangankan siapa? Ingat dekat boyfriend eh?” usik Abang Luqman.
Aku pandang muka Ard sekilas kemudian kembali memandang Abang Luqman.
“Haah. Aisyah teringatkan buah hati Aisyah ni...” balasku membalas gurauannya.
Kulihat muka Abang Luqman terus berubah keruh. Aik? Kenapa ni? Tadi elok je ceria?
Aish... Aisyah gurau jela. Siapalah nak kan Aisyah ni, bang. Muka tak cantik, perangai tak semenggah pula tu. Kalau ada yang nak dekat Aisyah, memang Aisyah akan suruh dia fikir dua tiga kali jugak. Betul ke nak dekat Aisyah yang entah apa-apa ni...” terangku panjang lebar.
Tiba-tiba muka Abang Luqman kembali ceria. Aku dan Ard saling berpandangan. Apa kes ni?? Namun aku tidak ambil pusing. Mungkin begini sikap Abang Luqman. Sekejap mendung, sekejap cerah. Biarkanlah...
“Alah... muka tu tak penting. Yang penting, hati. Hati kena baik. Perangai pula boleh diubah pelan-pelan. Kalau takde yang nak kan Aisyah, abang kan ada?” balas Abang Luqman bersama senyuman manis.
Lagi hairan aku melihat sikap dia. Apa maksud dia; ‘Abang kan ada?’
“Merepeklah abang ni...” aku cuba menyangkal teka-teki yang bermain-main di fikiran.
Muka Abang Luqman kembali mendung. Pula dah mamat ni? Semacam betullah perangai.
“Hai, saya Ard. Saya ni kawan sebilik, sebantal dan sekatil Sha. Opsss... maksud saya Aisyah...” Ard memperkenalkan dirinya kepada Abang Luqman. Mungkin dia juga berasa hairan melihat reaksi Abang Luqman yang kerap sangat bertukar ‘mood’.
“Luqman. Abang Luqman. Ard sebaya Aisyah, ya?” mood Abang Luqman kembali ceria. Aku tergeleng-geleng memikirkan sikap Abang Luqman sebentar tadi.
“Haah. Kami sebaya. Satu fakulti pulak tu. Abang dah lama kenal Aisyah?” Ard mula mengorek rahsia. Tiba-tiba aku jadi berminat pula mahu mendengar cerita Abang Luqman ni. Dia betul-betul ingat aku ke tak ek?
Abang Luqman senyum lebar. “Mestilah abang ingat. Kalau Ard nak tahu, Aisyah masa sekolah dulu macam lelaki tau... dengan kain senteng sampai buku lali, beg ala-ala askar tu, terjerit-jerit. Satu sekolah kenal siapa Aisyah ni tau. Tomboy comel yang belagak nak jadi lelaki...” cerita Abang Luqman.
Aku sudah tersipu-sipu malu. Aku takde cerita dekat Ard pun macam mana aku masa sekolah dulu. Ha ha ha! Kantoi!
“Yeke, bang? Aisyah ni memang perasan tak sudah. Dia belagak nak jadi jantan sangat...” kutuk Ard.
Terjengil mataku mendengar kutukan Ard. Kurang masam punya kawan! “Eh... kau ni Ard. Melebih pulak eh? Mengata orang. Dia pun lebih kurang sama je.” aku membentak, pura-pura marah. Alah, aku sikit pun tak terasa hati dengan kata-kata Ard. Memang beginilah aku sejak dari bangku sekolah lagi. Jadi, apa yang nak dihairankan?
Abang Luqman ketawa. Aku tak tahu apa yang lucu sangat sampai dia boleh gelak sakan macam ni. “Dah kenapa abang ni duk gelak-gelak?” soalku sedikit tidak puas hati.
Abang Luqman masih gelak. “Mana tak gelak. Korang berdua ni macam anjing dengan kucing...”
“Alah... belum lagi abang tengok Aisyah gaduh dengan Am. Lebih dari anjing dengan kucing. Macam Gorilla dengan Dinasour!” cerita Ard tiba-tiba.
Mencerlung mataku memberi amaran kepada Ard supaya jangan lebih-lebih membuka cerita. Ard hanya mencebik.
Abang Luqman ternyata terkejut dengan cerita Ard. “Siapa Am tu?” soal Abang Luqman ingin tahu.
“Ha... takde siapa-siapa. Tak penting pun...” aku memberi alasan.
Mata Abang Luqman yang memandang tepat ke dalam mataku membuatkan jantungku semakin tidak keruan. Bersungguh-sungguh aku menyakinkan bahawa ‘Am’ itu bukan sesiapa bagi aku. “Betul. Tak penting pun....”
“Betul ni?” soal Abang Luqman meminta kepastian.
“Betul....”
“Okey. Abang tak suka Aisyah berkawan dengan sebarangan orang. Abang betul-betul tak suka. Abang serius ni...” tekan Abang Luqman.
Aku terdiam. Apa maksud Abang Luqman?


JAUH dari sudut koridor, berdirinya Am. Dia mendengar dengan jelas yang Sha berkata dia langsung tak penting dalam diri Sha. Am mendengus kuat.
Entah kenapa, hati ini menjadi sakit melihat Sha berbual mesra dengan lelaki yang tidak dikenali itu. Siapa lelaki itu? Apa hubungan lelaki itu dengan Sha? Kenapa mereka kelihatan mesra? Secara tiba-tiba terbit rasa cemburu dalam hati Am.
Sebelum ini, Sha hanya akan memberi tumpuan kepadanya biarpun mereka hanya bergaduh dan bertekak. Itu sudah cukup puas bagi Ard. Tapi sekarang, dia seperti dapat merasakan yang Sha sudah jauh daripadanya. Dia tidak suka dengan perasaan yang tiba-tiba hadir, namun dia tidak mampu menyangkal perasaan itu. Biarpun dia belum tahu apa maksud ‘rasa’ yang dia alami ketika ini.
“Aku akan buat surat cinta banyak-banyak untuk kau, Sha. Biar kau jatuh cinta pada aku. Ini balasan untuk kau sebab kau berani layan jantan lain...” melucut kata-kata itu dari mulut Am.
Tidak mahu hati terus sakit melihat kemesraan di depan mata, laju kakinya melangkah menuju ke kedai buku. Hatinya nekad mahu mencuri hati Sha!
6 Jun 2013

Cerpen: Pulut Kuning Mak


Pelakon muda terkenal membuang ibu kandung

Anne merengus geram sebelum mencampak surat khabar itu ke atas katil.
“Macam mana berita ni boleh tersebar? Mak ni pun satu! Sibuk-sibuk datang masa aku tengah shooting tu kenapa?! Nak hantar pulut kuninglah, apalah. Semak betullah!” marah Anne sendirian.
Dia meraup wajahnya beberapa kali memikirkan berita yang baru terseiar ni. Pasti kejap-kejap lagi wartawan datang serbu hotel ni.
“Beb, apa cerita ni? Riuh kisah you buang ibu kandung. Tapi betul ke mak cik tua tu ibu you?” soal pengurus peribadi Anne, Ella.
Anne yang tersentak dengan soalan Ella segera menjawab, “Nonsense! Dia bukan ibu I lah! Kan I dah beritahu awal-awal lagi. I ni dah tak ada siapa-siapa. I anak yatim. You sendiri dengarkan masa I kena interview dulu...” terang Anne.
Ella menganggukkan kepala. Benar juga apa yang dikatakan oleh Anne. Tapi kenapa sekarang baru hal begini terjadi? Kalau betul mak cik tua itu bukan ibu kandung Anne, mengapa dia mengaku sebagai ibu Anne? Hatinya berteka-teki.
Bunyi telefon mematikan lamunannya. Segera Ella mengangkat panggilan itu.  Dia mendengar butir bicara pemanggil di sana sebelum meletakkan gangang telefon.
“Anne, wartawan dah serbu hotel ni. Tapi pihak hotel call kata wartawan nak jumpa you. Sekarang macam mana?” soal Ella.
Anne meraup wajah.
“You turun bawah beritahu I tak nak jumpa sesiapa buat masa ni. Kalau dia orang tanya you, you kata no komen aja. Beritahu dia orang nanti I akan buati liputan untuk betulkan salah faham ni.”
Ella mengangguk kemudian berlalu untuk ke bawah bertemu dengan wartawan-wartawan sensasi yang sentiasa mencari cerita untuk di jaja di dalam surat khabar. Itulah kerja mereka.
Anne bangun dari duduknya dan menghampiri meja solek. Dia melihat wajahnya disebalik cermin itu.
“Kenapa aku dilahirkan dari rahim orang tua tu? Sepatutnya aku dilahirkan dari keluarga jutawan, bukan keluarga miskin macam dia orang!” bebel Anne.
Dia mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor adiknya, Akil.
Dia menunggu beberapa saat sebelum panggilannya bersahut.
“Hoi! Kau cakap dekat mak lain kali jangan suka-suka datang tempat kerja aku! Menganggu aku kerja. Buat malu aku aja tengok kau orang datang dengan baju kotor, busuk kau tu!” marah Anne.
“Kak, apa akak cakap ni? Mak datang nak jumpa akak. Nak beri pulut kuning dekat akak. Akak kan baru aja menang Pelakon Drama Wanita Popular baru-baru ni. Jadi, mak nak beri pulut kuning untuk mendoakan kejayaan akak. Salah ke apa mak buat tu, kak?” terang Akil.
“Ah! Pergi mampuslah dengan pulut kuning tu! Tapi kau orang aku boleh hiduplah!”
“Astagfirullahalazim, bawa mengucap akak. Jangan lupa Allah. Mak tu nak sangat jumpa akak. Tapi semenjak akak dah popular ni, akak dah tak ingat dekat mak langsung. Mak hari-hari tunggu akak, tunggu panggilan telefon dari akak. Tapi ada akak ingat dekat mak?” kata Akil panjang lebar.
“Akil! Kau jangan nak mengajar aku pula! Aku tak kira. Kau bagi amaran dekat mak. Lagi sekali dia datang jumpa aku, aku tak akan teraga-agak telefon hospital mental dan beritahu mak gila. Kau jangan cabar aku!” kata Anne seraya mematikan talian.
Dia mengumam geram. Semua keluarganya hanya tahu nak memalukan dia sahaja. Masa dia susah, ada siapa nak bantu? Sekarang baru nak terhegeh-hegeh mencarinya. Jangan harap dia nak melayan orang tua itu!

xxxx

“SIAPA telefon tu, Akil? Kakak kamu ya?” soal mak Akil, Mak cik Aidah. Dia merapati anak lelakinya yang duduk di tangga.
“Mak...” panggil Akil lemah.
“Kak Anne telefon ya?” soal Mak Cik Aidah lagi.
Akil menghela nafas panjang. Dia kasihan melihat emaknya yang hari-hari menanti kepulangan anak sulungnya tetapi anaknya langsung tidak mengingati emaknya yang sudah tua ini.
“Kita jangan jumpa Kak Anne lagilah..” beritahu Akil tanpa memandang wajah Mak Cik Aidah.
“Tapi, kenapa? Dia kan anak mak. Kenapa mak tak boleh jumpa dia?” tanya Mak Cik Aidah sebak.
“Mak... Kak Anne yang tak nak jumpa kita. Tolonglah mak jangan degil. Dia dah buang kita jauh-jauh.” Akil menerangkan perkara sebenar. Memang itu yang terjadi. Dari percakapan kakaknya tadi, dia tahu mak dan dia sudah tidak ada di dalam hati kakaknya itu.
“Tak! Mak tak percaya. Apa salah mak sampai dia nak buang mak? Dia anak mak. Mak nak jumpa dia. Mak nak bagi dia pulut kuning sebab dia menang hari tu. Cantik sungguh anak mak hari tu. Mak nak jumpa dia...”
“Mak, tolonglah dengar cakap Akil ni. Kak Anne dah buang kita mak! Dia dah tak mengaku kita ni sedara dia. Tolonglah faham!” kata Akil sedikit kasar.
“Mak tak percaya. Mak tak percaya. Kamu sengaja nak pisahkan mak dengan kakak kamu kan?” marah Mak Cik Aidah tiba-tiba sebelum dia bangun dari duduk dan berlalu ke bilik.
“Mak... Tolonglah percaya....” kata Akil sendirian.

xxxx

“BETUL ke wanita tua itu ibu kandung Cik Anne?” tanya salah seorang wartawan yang berada di dalam dewan hotel itu.
“Bukan. Dia bukan ibu kandung saya. Saya anak yatim piatu sejak kecil. Tak ada saudara-mara.” Terang Anne.
“Tapi Cik Anne. Kalau betul Cik Anne anak yatim piatu kenapa mak cik  itu mengaku dia mak Cik Anne?” soal wartawan lain pula.
Anne sudah terkulat-kulat mahu menjawab. Namun dia cepat mencipta alasan dengan tenang.
“Itu saya tak tahu. Mungkin saya ni popular. Jadi, dia pun sibuk-sibuklah nak mengaku I ni anak dia. Macam you tak pernah dengar kisah macam ni pula, kan?” tanya Anne kembali.
“Apa yang akan Cik Anne lakukan jika mak cik itu menganggu Cik Anne lagi?”
“I tak akan teragak-agak call polis dan kata mak cik tu gila. Sudahlah menganggu I di tempat awam, lepas itu memalukan I dengan mengaku I ni anak dia. Sekarang berita ni dah kecoh satu Malaysia. Malu I tahu tak. Habislah reputasi I lepas ni.” Balas Anne tanpa ada perasaan bersalah.
“Okey, ada apa-apa lagi soalan? I nak rehat. Petang nanti I ada shooting. So, excuse me...” Anne meminta diri. Dia mahu membebaskan dirinya sebelum pelbagai soalan yang disoalkan oleh wartawan boleh menjeratnya.

xxxx

“ASSALAMUALAIKUM.....”
“Waalaikumussalam. Anne!” jerit Mak Cik Aidah. Mak Cik Aidah meluru menuruni anak tangga sebelum memeluk erat tubuh anaknya.
Anne mengelak dari dipeluk oleh Mak Cik Aidah.
“Tolonglah mak jangan suka-suka nak peluk Anne dengan baju busuk mak ni.” Kata Anne bongkak.
Mak Cik Aidah yang terasa hati segera menjauh dari anaknya. Dia mencium bajunya. Memang busuk dan kotor.
“Mak minta maaf, Anne. Lain kali mak pakai baju yang bersih sikit.”
“Anne ada perkara nak cakap dekat mak..” kata Anne tanpa memandang wajah maknya.
“Naiklah dulu. Mak buatkan air.” Ajak Mak Cik Aidah.
“Masuk rumah buruk ni? Tolonglah mak. Baju Anne ni jauh lebih mahal dari rumah buruk mak ni..” katanya angkuh.
Mak Cik Aidah mendiamkan diri. Sampai hati anaknya berkata begitu. Sedangkan dahulu di rumah ini juga di tidur, makan. Sekarang sudah berjaya, dia menganggap rumah ini seperti rumah murah yang tiada nilai. Di mana sikapnya anaknya yang penyayang suatu ketika dahulu.
“Mak, Anne nak bagi amaran dekat mak. Mak jangan suka-suka datang buat kacau dekat tempat kerja Anne. Dahlah kotor, bau busuk pula tu. Mak memalukan Anne tahu tak?” kata Anne sedikit kasar.
Tersentak Mak Cik Aidah mendengar kata-kata anaknya. Namun disabarkan hati.
“Mak cuma nak bagi Anne pulut kuning aja. Hari tu kan Anne menang dalam tv tu. Mak ingat nak beri pulut kuning untuk kejayaan anak mak ni. Cantik anak mak dalam tv tu kan..” kata Mak Cik Aidah yang mahu memegang pipi Anne namun cepat ditepis oleh Anne sebelum tangan wanita tua itu dicengkam kuat.
“Mak! Tolonglah! Mak ingat senang ke Anne nak dapat apa yang Anne dapat ni sekarang? Ini semua dari hasil titik peluh Anne, mak! Anne yang usaha sendiri!” marah Anne tiba-tiba.
Mak Cik Aidah bergelut mahu melepaskan pegangan anaknya yang menyakitkan itu.
“Mak tahu Anne berusaha. Kerja keras. Mak tak satu sen pun duit Anne. Cukuplah mak dapat jumpa Anne.” Terang Mak Cik Aidah.
Anne melepas kasar tangan emaknya.
“Mak ingat Anne nak beri harta Anne pada mak dengan Akil ke? Maaflah mak. Kalau mak nak, mak cari sendiri, bukan meminta sedekah pada Anne!”
“Anne! Sampai hati Anne cakap macam tu pada mak. Sumpah, nak. Mak tak nak harta Anne. Mak cuma nak Anne aja. Kita hidup sama-sama macam dulu.” Pujuk Mak Cik Aidah.
Anne merengus. Dia sudah berjalan menuju ke kereta sebelum maknya menahan.
“Anne, mak ada masakkan pulut kuning untuk Anne. Dari hari tu mak nak bagi dekat Anne. Kita masuk dalam ya. Anne makan dulu baru balik ya, nak...” ajak Mak Cik Aidah lagi.
“Mak ni tak faham bahasa ke? Anne kata tak nak tu tak naklah!” jerit Anne sebelum menolak Mak Cik Aidah. Mak Cik Aidah sudah jatuh terduduk di atas tanah dan kepalanya terhantuk kepada pasu bunga yang berada di sebelahnya. Darah pekat meleleh di dahi Mak Cik Aidah. Luka  di dahi tidak sesakit luka di hati. Dia menangis di situ.
“Kak Anne!” jerit Akil yang baru pulang dari pekan. Akil meluru laju ke arah maknya. Dia menolong maknya bangun dan menyuruh mak duduk di tangga. Wajah kakaknya di pandang dengan pandangan tajam.
“Kak Anne ni kenapa?! Kak Anne buat mak macam mak ni bukan mak kak Anne!” jerit Akil sekuat hati.
“Dia memang bukan mak aku!” balas Anne juga meninggi. Kemudian Anne terus masuk dalam kereta dan memandu laju.
“Anne!” jerit Mak Cik Aidah.
“Sabar, mak. Bawa mengucap mak...” Akil cuba menenangkan Mak Cik Aidah tapi Mak Cik Aidah seperti sudah hilang kawalan sebelum menjerit-jerit memanggil nama kakaknya. Dia akhirnya terpaksa meminta bantuan jiran sebelah untuk menghantar maknya ke hospital.

xxxx

“YOU pergi mana tadi?” soal Ella.
“Hah? I ada hal tadi...” bohong Anne.
“Hal apa? Selalu kalau ada apa-apa you beritahu I dulu. You ada masalah ke?”
“Hah? I okey. You jangan risaulah..”
“You ni pelik semacam je...” soal Ella sedikit curiga.
“Hah? Mana ada pelik. You ni ada-ada ajalah. Hari ni I ada program apa?” soal Anne tukar topik apabila dia merasakan Ella sedikit curiga dengannya.
Ella segera membuka buku yang mencatatkan jadual harian Anne.
“Hari ni you ada shooting drama untuk dua episod. Lepas tu you ada make over untuk satu majalah. Malam nanti, you ada jemputan kahwin Amy.” Terang Ella satu persatu mengenai kerjanya pada hari ini.
“Sekarang?” soal Anne.
“Sekarang you free..” balas Ella sepatah.
“Kalau begitu, I nak rest sekejap. Please...” kata Anne yang sudah menghenyakkan badan di atas katil.
“Okey...”

xxxx

Tiga hari kemudian...
SEMENJAK peristiwa dia menolak maknya, tiada lagi khabar berita dari wanita tua itu. Pada mulanya dia berasa pelik namun kelegaan yang lebih terpemer diwajahnya kerana dia tidak perlu lagi bersua muka dengan mak dan Akil. Pasti mereka berdua sudah faham dan dapat menerima hakikat yang dia sudah tidak mahu mempunyai apa-apa kaitan lagi dengan keluarga itu.
Anne bangun dari pembaringan dan menuju ke bilik air sebelum loceng rumahnya berbunyi.
“Siapa pula yang datang pagi-pagi buta ni??” bebel Anne sendirian.
Dia berjalan perlahan dengan tangan mengurai rambut yang kusut masai sebelum membuka pintu rumahnya.
Seketika terbeliak matanya melihat susuk tubuh yang berdiri dihadapannya. Akil!
“Kau nak apa lagi datang sini? Mana kau tahu rumah aku?” soal Anne tidak puas hati.
“Boleh aku masuk?” soal Akil yang juga sudah beraku-kau.
“Sorrylah. Rumah ni tak layan untuk budak busuk macam kau. Kau nak cakap, cakap dekat luar ajalah..” kedengaran sinis sekali Anne berkata-kata.
“Tak apalah. Dekat luar pun boleh. Aku pun tak hadap sangat harta kau ni...” perli Akil.
Anne sedikit tersentak dengan kata-kata adiknya namun dia tetap belagak biasa.
“Ada apa kau datang sini?” soal Anne yang kembali kepada topik perbualan. Dia mahu perbualannya cepat tamat sebelum ada mata-mata yang melihat dia bersama adiknya. Mungkin bakal menjadi cerita sensasi lagi jika cerita ini tersebar. Alasan apa pula yang dia akan berikan untuk menutup kisahnya?
“Aku datang cuma nak bagi kau ni...” kata Akil seraya menghulurkan sekeping kertas kepada Anne.
“Kertas apa ni?” Anne menyambut huluran tersebut.
“Bacalah sendiri...”
Anne membaca isi kandungan kertas tersebut.
Pengesahan kematian.
Nama: Aidah Binti Abd Halim.
Tarikh dan waktu: Meninggal pada 20 Mei 2011, jam 20.30 malam.
Punca penyakit: Serangan jantung
Hospital: Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
Nama doktor yang mengesahkan kematian: Dr Aminah Binti Hj Zamri

Terketar-ketar tangan Anne ketika membaca isi kandungan tersebut. Namanya seperti pernah dia kenal. Seketika, dia memandang wajah Akil dengan pandangan penuh tanda tanya.
“Puaslah hati kau sekarang? Kau nak sangat mak pergi dar hidup kau kan? Sekarang mak memang betul-betul pergi dari hidup kau. Kau bebas nak buat apa saja. Aku pun tak akan mengaku kau ni kakak aku lagi!” jerit Akil tiba-tiba.
Anne yang masih terkejut itu pantas mencapai tangan Akil sebelum Akil menepis kasar tangan wanita yang telah membunuh maknya sendiri!
“Akil, mak. Mak, Akil...” kata Anne bersama linangan air mata. Sungguh payah untuk dia menerima berita pahit ini. Memang dia inginkan maknya jauh  dari hidupnya tapi dia tidak sama sekali memikirkan kematian maknya supaya dia dapat hidup bebas tanpa gangguan mak dan juga Akil. Dia berasa menyesal dan bersalah!
“Tak payahlah kau nak panggil-panggil mak. Arwah dah tenang dalam kubur tu. Dia lebih baik meninggal daripada hidup tapi merintih nasibnya kerana dibuang oleh anak kandung dia sendiri!” pekik Akil lagi.
“Akil... Akak minta maaf. Akak.... Akak menyesal. Akak nak jumpa mak, Akil..” pinta Anne.
“Nak buat apa? Kau nak seksa dia di alam kubur pula? Sudah-sudahlah dengan hinaan kau terhadap mak. Selama ni, mak cukup bersabar dengan kau. Hari-hari dia masakkan pulut kuning untuk kau sebab nak bagi kau makan dan mendoakan kesejahteraan kau. Tapi kau sebagai anak? Kau hina dia, kau caci dia. Kau kata dia memalukan kau. Kau sedar tak, kalau dia tak hulur duit untuk kau ke Kuala Lumpur masa mula-mula kau nak jadi pelakon, kau tak akan sesenang sekaranglah. Sedar diri sikit!” herdikan Akil membuat Anne jatuh terduduk di hadapan pintu rumahnya.
Kini baru dia sedar pengorbanan mak kepadanya. Mak yang bersusah payah mengumpul duit untuknya menjadi pelakon. Duit tiket bas, duit hotel, duit makan sebelum dia diterima oleh salah sebuah syarikat lakonan, semuanya ditanggung oleh mak. Jika tidak, dia tidak mungkin jadi seperti sekarang. Pelakon muda yang berkaliber dan berbakat.
“Ampunkan Anne, mak. Ampunkan Anne!” teriak Anne seperti orang hilang akal.
“Tak payahlah kau nak minta maaf. Dia kan bukan mak kau. Kau sendiri yang cakap.” Kata Akil sinis.
“Akil... Mana kubur mak. Akak nak tengok..” pinta Anne.
“Aku tak nak perempuan tak tahu bersyukur macam kau jejak kaki tengok kubur mak aku!” kata Akil tegas sebelum berlalu meninggalkan Anne yang menangis teresak-esak.
Ella yang ketika itu baru pulang dari berjumpa manager syarikat lakonan terkemuka terkejut melihat Anne yang duduk di lantai sambil menangis. Segera dia meluru ke arah Anne.
“Anne! Kenapa ni?” soal Ella cemas.
“Mak.....”
“Mak? Siapa mak kau?”
“Mak aku, Ella. Mak aku dah meninggal!”
“Hah? Bukan ke kau kata mak kau dah lama meninggal. Kau anak yatim sejak kecil lagi..” tanya Ella pelik.
“Tak! Mak aku masih hidup. Aku tipu kau. Aku tipu semua orang. Orang tua yang datang buat kacau dekat set itulah mak aku. Tapi mak aku dah tak ada, Ella. Mak aku dah meninggal!” jerit Anne yang masih menangis.
“Astagfirullahalazim... Anne, kenapa kau buat mak kau macam tu? Tak bau syurga tahu tak?!” marah Ella. Dia terkejut mengetahui kebenaran itu dan ternyata apabila mengetahui, ianya sudah terlambat. Terlambat untuk Anne memohon ampun kepada maknya.
“Ella, aku nak jumpa mak. Aku nak minta ampun pada mak. Aku nak jumpa mak!” jerit Anne lagi.
“Anne, bawa mengucap. Aku akan bawa kau pergi kubur arwah mak kau. Sabar Anne, bawa mengucap...” pujuk Akil sambil mengusap rambut Anne.

xxxx

TANAH PERKUBURAN ISLAM
ANNE berjalan lemah menuju ke kubur arwah Mak Cik Aidah. Puas dia memujuk Akil supaya memberitahu di mana kubur arwah mak mereka. Barulah hari ini dia memberitahu di mana letaknya kubur arwah mak. Dia yang ditemani Ella berjalan perlahan menuju ke kubur mak dan terus jatuh terduduk di atas kubur mak sebelum menangis teresak-esak sambil mengusap batu nisan maknya.
“Mak....” panggil Anne perlahan.
“Anne datang ni...” katanya lagi.
“Mak, Anne nak minta ampun, mak. Anne tak sepatutnya buat macam tu pada mak. Maafkan Anne mak.” Katanya yang mengurai tanah di kubur maknya.
“Mak, cakaplah mak. Anne datang minta ampun ni, mak. Jangan buat Anne macam ni, mak...” pintanya yang sudah menangis hiba di atas kubur maknya.
“Anne, bawa mengucap. Kita doakan kesejahteraan mak you, ya?” pujuk Ella yang sentiasa di sisi Anne. Walaupun Anne sudah melakukan kesilapan besar dalam hidupnya, namun dia sebagai sahabat yang sudah lama mengenali Anne tetap akan menyokong Anne.
“Mak I tak cakap apa-apa pun, Ella. Mak I tak dengar ke apa I cakap ni?” soal Anne tiba-tiba.
Ella yang terkejut dengan pertanyaan itu mula merasakan ada yang tidak kena kepada Anne.
“Anne... you jangan macam ni. Mak you dah maafkan you. You bersabar ya..” pujuk Ella lagi.
Tiba-tiba Anne menjerit.
“Tidak! You tipu! Kalau mak I dah maafkan I kenapa dia tak bangun lagi? Kenapa dia tak bagi I pulut kuning yang dia buat. Dia kata dia buat pulut kuning tu untuk doakan I. Tapi kenapa mak I masih diam aja? You tipu!”
“Astagfirullah, Anne! Bawa mengucap. Jangan macam ni, Anne...”
“I tak percaya. You tipu! Dia tipu Anne kan, mak?”
Anne sudah baring di atas tanah merah itu. Ella semakin tidak keruan. Segera dia menelefon Akil menggunakan telefon bimbit Anne dan memberitahu keadaan Anne di sini. Akil akan sampai dalam masa lima minit lagi. Ella masih cuba memujuk Anne yang sudah comot dengan tanah merah itu.
“Anne, tolonglah. Jangan buat mak you macam ni. Jangan seksa dia di alam kubur. Dia sedih tengok you macam ni...” pujuk Ella.
“Tak nak! Selagi mak I tak maafkan I, I tak akan bangun.”
“Dia maafkan you, Anne. You anak dia. Dia akan maafkan you. Percayalah.”
“Tak! You tipu. Mak, mak belum maafkan Anne, kan?”
“Kak Anne!” jerit Akil seraya berlari anak menuju ke Anne dan Ella.
“Kak Anne. Jangan macam ni. Bangun kak. Tak baik kak buat mak macam ni. Terseksa mak.” Pujuk Akil pula.
“Tak nak. Selagi mak tak maafkan kak Anne, selagi tu akak tak akan bangun. Kan, mak?”
“Apa kita nak buat ni, Akil?” tanya Ella yang bimbang melihat keadaan Anne. Ada masanya dia akan ketawa. Ada masanya dia menangis menjerit-jerit memanggil maknya.
“Kita terpaksa telefon hospital.”
“Hah?! Akil gila ke?” marah Ella.
“Bukan Akil yang gila. Tapi kak Anne. Akil rasa kak Anne mengalami tekanan perasaan. Tolong faham, kak Ella. Terseksa Akil tengok kak Anne macam ni. Arwah lagi terseksa tengok anaknya datang menangis depan kubur dia..” terang Akil.
Ella mengangguk menyetujui pendapat Anne. Nampaknya Anne memerlukan pertolongan dari segi mental. Dia mungkin tertekan akibat berita buruk ini.
Akil segera menghubungi Hospital Mental untuk membawa kakaknya. Dia terpaksa berbuat begitu demi kebaikan kakaknya.
Tidak sampai lima belas minit, ambulans datang. Mereka menghampiri Anne yang sedang ketawa itu. Sebaik sahaja tangan Anne dipegang oleh pembantu ambulans itu, Anne menjerit dengan tiba-tiba.
“Apa ni?! Pegang-pegang orang pula. Sakitlah!”
Pembantu ambulans itu tetap memegang Anne sebelum memakaikan Anne baju putih yang berselirat dengan tali. Anne meronta-ronta minta dilepaskan. Tetapi, pembantu ambulans itu terus mengikat tangan Anne menggunakan tali di baju itu. Kata-kata makian keluar dari mulut Anne.
“Akak.. bawa mengucap, kak. Ingat Allah..” pujuk Akil.
“Akil.. Tolong akak, Akil. Akak tak gila. Tolong akak. Akak nak minta ampun dekat mak...” rintih Anne sebelum dia kembali ketawa mengilai-ngilai.
“Tolong bawa dia, Encik. Kami ikut daripada belakang..” kata Akil.
Pembantu ambulans itu mengangguk sebelum membawa Anne masuk ke dalam ambulans itu. Anne menjerit-jerit memanggil maknya. Akil merintih hiba.

xxxx

Pelakon popular gila akibat tidak mendapat kemaafan ibu kandung

Ella membaca surat khabar di bahagian muka hadapan itu dengan perasaan simpati. Kasihannya Anne. Beginilah kesudahan Anne akhirnya.Keampunan mak yang dipinta sehingga menjadikannya gila dan hilang arah tujuan.
Ella menutup surat khabar itu. Matanya tertancap kepada Anne yang sedang bermain dengan anak patung yang berada diribanya. Ella dapat mendengar dengan jelas nasihat yang diberikan kepada anak patung tidak bernyawa itu.
“Anne, kamu jadi anak yang baik tau. Ingat mak, dengar cakap mak. Jangan melawan cakap mak. Kalau tak, mak tak akan maafkan kamu. Faham?”
Seketika, Anne merintih memanggil mak nya.
“Mak..... Ampunkan Anne...”
Ella melihat dengan perasaan sebak.
“Mak. Mana pulut kuning untuk Anne, mak?” tanya Anne kepada Ella.
Ella yang terkejut dengan pertanyaa itu menjawab dengan sebak.
“Nanti mak buatkan ya...”
“Yeah! Mak nak buatkan pulut kuning untuk Anne!” kata Anne yang terlonjak-lonjak keriangan.
Ella hanya mampu melihat dengan linangan air mata. Benarlah kata pepatah; terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. Kini Anne sudah menerima hukumannya.