Pages

Peminat Novel

Blog Page

13 Oct 2012

Bab 8: Dia Yang Ku Cinta


TOK, TOK, TOK!!
YANA mengetuk pintu bilik bakal majikannya. Seketika, kedengaran suara seseorang menyuruhnya masuk. Amboi! Kasarnya suara.
Yana memulas tombol pintu dan mula melangkah masuk. Mulanya terkumat-kamit membaca selawat supaya tidak disembur oleh bakal majikannya. Boleh tahan bilik dia. Yana memerhati keadaan sekeliling. Dia melihat lelaki itu sedang duduk membelakanginya. Entah apalah yang dibuatnya.
"Tuan, saya buatkan tuan air. Jemput minum.." kata Yana sedikit ketakutan.
"Letak aje dekat situ. Nanti saya minum." balas lelaki itu.
Kalau nak tunggu kau minum, bilanya aku boleh mula kerja? Masalah betul, bebel hatinya.
"Err.. tuan. Maaf ya. Tapi tuan kena minum air ni sekarang juga. Sebab saya nak tahu kedudukan saya. Sama ada saya diterima bekerja dekat sini atau tak.." kata Yana lembut. Bimbang jika lelaki ini meradang.
"Ops! Sorry. Saya lupa." bicara lelaki itu seraya berpusing ke hadapan memandang wajah Yana.
Seketika, terbeliak mata Yana memandang wajah lelaki itu.
"Awak?!" soal Yana terkejut.
Lelaki itu mendengus apabila Yana mula bersuara. Kenapalah aku kena jumpa lagi minah ni.
"Kau nak apa?!" soal Zarith kasar. Rupanya Zarith adalah bos yang cerewet itu. Macam manalah dia boleh berjumpa lagi dengan mamat ni. Yana mengeluh.
"Saya datang sini nak mintak kerja. Minumlah air tu. Lepas tu bagitahu saya diterima bekerja atau tidak." balas Yana.
Zarith memandang secawan air nescafe yang dibuat oleh Yana. Bau aromanya menarik perhatian Zarith. Seketika, dia mencapai cawan itu dan mula mencicipnya. Sedap! Puji hatinya.
"Huh! Air apa yang kau buat ni. Tak sedap langsung. Kau reti buat air ke tak?" sengaja Zarith meninggikan suara.
Yana segera memandang wajah Zarith. Tak sedap ke? Aku jaguh buat air tau. Memang cerewetlah mamat ni.
"Tak sedap ke?"
"Tak!"
"Jadi saya diterima bekerja ke tak?"
"Tak!"
"Takde peluang untuk saya ke?"
"Tak!"
"Awak ni asyik tak, tak, tak aje. Takde jawapan lain ke?" Yana mendengus. Geram. Nak mintak kerja pun susah.
"Kau nak suruh aku cakap apa lagi? Aku takkan ambik kau bekerja. Nanti malang company aku!" marah Zarith.
"Awak.. saya merayu dekat awak. Awak sudilah terima saya bekerja. Saya harap awak seorang yang profesional. Awak takkan campur adukkan hal kerja dengan masalah peribadi." kata Yana seakan memujuk.
Zarith memandang Yana tanpa kelip. Betul jugak kata dia ni. Kalau aku campur adukkan hal peribadi, jatuhlah saham aku.
"Hmm.. baik. Disebabkan aku ni profesional dan juga gentleman, aku benarkan kau kerja." kata Zarith membangga diri.
Yana mencebik. "Perasan.." kata Yana perlahan. Zarith melihat mulut Yana terkumat-kamit tetapi dia tidak tahu butir bicara wanita itu.
"Kau kutuk aku eh?" soal Zarith kasar.
"Mana ada!" balas Yana terkejut.
"Kau tak payah nak buat muka gedik kau dekat sini. Kau nak aku tarik balik ke keputusan aku?"
Yana segera menggelengkan kepala. Dia dapat kerja disini pun dah kira bagus. Kerja pun tak susah. Cuma buat air untuk pekerja-pekerja disini.
"Esok kau dah boleh mula kerja. Tapi, kau kena jumpa aku dulu. Ada peraturan yang patut kau tahu dalam syarikat ni. Faham?" soal Zarith.
"Faham. Terima kasih awak."
"Tuan." Zarith membetulkan panggilan untuk dirinya.
"Maaf, tuan"
"Sekarang kau boleh keluar. Esok jangan lambat datang kerja. Pukul lapan tepat kau mesti ada dekat sini. Kalau kau lambat sesaat, kau takkan diterima bekerja disini. Faham?!"
"Err. Faham, tuan. Kalau takde apa-apa, saya mintak diri dulu. Terima kasih sekali lagi tuan kerana sudi terima saya bekerja disini." Zarith menganggukan kepala. Yana segera keluar dari biliknya.

"MACAM MANA Yana?" soal kak Ida sebaik sahaja dia melihat kelibat Yana keluar dari bilik tuannya. Harap-harap keputusan yang membanggakan. Dia pun sudah penat mahu mencari pekerja pembancuh air yang baru. Semua yang hadir tidak menepati cita rasa tuannya.
Yana tersenyum manis ke arah kak Ida. "Saya diterima bekerja kak."
"Alhamdulillah...."
"Tuan tu baiklah kak. Walaupun air saya tidak menepati cita rasa dia, dia tetap terima saya bekerja di syarikat ini."
"Hmm.. pelik. Tuan tu kalau air tak sedap. Mesti dia mengamuk sakan. Tapi dengan Yana dia senyap pula. Air tu sedaplah agaknya. Itu yang dia terima Yana bekerja. Saja nak mengusik Yanalah tu." kata kak Ida berserta sengihan.
Yana terdiam. Betul ke? Tapi tadi dia kata air aku tak sedap. Ah. Dia tu perasaan bagus aje tu. Air aku memang sedap. Aku tahu sangat.
"Akak nak saya buatkan akak air tak?"
"Boleh juga."
"Mari saya buatkan sebelum saya balik." kak Ida hanya menganggukkan kepala.
Mereka menuju ke pantri dan Yana  mula membuat seteko air necsafe dan dihidangkan kepada pekerja disini.

1 comments:

  1. Kesian Yana , sedih pulak memikirkan nasibnya.Harap Yana cool kali ni.

    ReplyDelete

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,