Pages

Peminat Novel

Blog Page

16 Nov 2012

Cerpen: Cinta Cupcake






HANTU CUPCAKE! Itulah Intan, seorang gadis yang amat gila dengan cupcake. Tapi, dalam banyak-banyak cupcake, entah kenapa dia sukakan cupcake yang mempunyai ukiran.
Tak kisahlah ukiran apa pun, memang jadi kegilaan. Kalau cupcake tu kosong, cuma ditaburi manik-manik gula manisan, dia jadi mual. Rasa nak muntah. Walaupun cupcake tu menjadi sebutan ramai, dia memang tak gemar.
Hanya yang dia mahu cupcake yang ada ukiran. Bagi dia cupcake yang diletak apa-apa lukisan atau tulisan akan melambangkan keperibadian seseorang.
Dan dia amat yakin, orang yang membuat cupcake ni pasti seorang yang romantik, penyayang, lemah-lembut tapi bukan pondan sebab dia alergik kepada lelaki yang mengaku dia tu perempuan. Eh, geli mak!
“Kak, cupcake love satu..” Intan menunjukan cupcake yang diukir bentuk hati di atas kek itu.
“Lagi?” soal penjual itu.
“Saya nak.....” kata-kata Intan terhenti di situ apabila dia mendengar suara lelaki yang menginginkan cupcake yang dia tunjukkan tadi.
“Kak, saya nak yang itu..” kata lelaki.
 Intan memandang lelaki itu. Apa kes!! Aku yang mintak dulu. Dahlah dekorasi kek ni cantik. Ada muka kartun angry bird. Huwaa!! Nak  cupcake tu!
“Ehem.. Encik, kek ni saya yang minta dulu..” kata Intan sopan. Takkan terus nak buat serangan, kan? Dia kan wanita baik. Eceh! Baik ke?
“Siapa cepat dia dapat..” balas lelaki itu selamba.
Intan ternganga. Siapa cepat dia dapat? Agak-agak siapa cepat, mamat ni dapat penampar tak?
“Tapi, Encik. Saya yang mintak dulu. Tak percaya tanya akak ni. Kan akak?” soal Intan kepada penjual itu. Kelihatan penjual itu hanya menganggukkan kepala.
“Cik adik. Saya tak dengar pun suara awak mintak cupcake ni. Cuma suara saya aje. Jadi, ini cupcake saya.” Balas lelaki itu selamba.
Eii!! Benci, benci, benci.....
“Kak, bungkus ni satu. Cepat sikit ye..” kata lelaki itu tanpa perasaan. Dia tak nampak ke aku tengah berduka cita ni. Tolehlah. Simpatilah sikit. Mamat kejung! Eii, takde perasaan.  Geramnya.
Selepas membayar lelaki itu terus berlalu. Tiba-tiba dia menoleh memandang Intan dengan senyuman sinis.
“Cik adik, lain kali pantas sikit. Zaman sekarang, siapa cepat dia dapat. Siapa lambat, dia ternganga. Sekarang saya tengok mulut awak ternganga luas sangatlah. Nanti lalat masuk. See you... daaa...” kata lelaki itu dan terus menghilang entah ke mana.
Dengan pantas aku menutup mulut. Kurang asam punya mamat kejung! Takde perasaan. Eii!
++++++++
“MASUK kerja je monyok. Kenapa ni?” soal sahabat baiknya, Ina.
Sebaik sahaja mendengar suara Intan, dia sudah mencebik seperti mahu menangis. Ah sudah. Kenapa pulak ni.
“Weh, Intan. Kenapa ni? Sedih semacam je..” kata Ina takut.
“Cupcake.. cupcake...” Teringat dekat cupcake tu pulak. Macam mana ni. Angry bird, cupcke. Cupcake, angry bird. Kenapalah masa tu jugak cupcake tu ada satu je..... selalu bila tak nak bukan main berlambak lagi. Waaa!
“Intan, kau jangan takutkan aku. Kau kena sampuk dengan hantu cupcake ke?” soal Ina cemas.
Intan mengeluh. Tak boleh tidur malamlah macam ni. Mengidam sungguh nak makan cupcake tadi.
“Aku nak cupcake tu...” rengek Intan.
Ina terpinga-pinga. Cupcake ape minah ni cakap. Itu depan mata tu bukan cupcake ke? Takkan gajah pulak dalam tu, kan? Ina membebel di dalam hati.
“Intan, ni bukan cupcake ke?” soal Ina. Takkan lah dia sampai hati nak cakap lepas dekat Intan pulak,kan? Intan ni budak baik.
“Memanglah. Tapi aku nak cupcake tu jugak...” rengek Intan lagi.
“Cupcake apa? Kalau kau nak, kenapa tak beli?” soal Ina hairan.
“Nak beli macam mana, dah di kebas orang.. hmmmm...”
“Laa.. pasal tu aje? Rilekslah, besok ada lagi. Besok pagi-pagi buta kau datang kedai tu awal. Confirm kau orang pertama dapat cupcake idaman kau tu...” pujuk Ina. Karang kalau tak dipujuk mahu meraung minah ni dekat pejabat. Intan ni bukan boleh percaya sangat. Jenis ‘selamba badak’ je.
“Hmmmm...” hanya itu yang kedengaran dari Intan.
“Sudah, sudah.. buat kerja. Jangan nak teringat sangat cupcake yang dah jadi milik orang tu. Nanti kena tuduh perampas pulak!” seloroh Ina sambil berlalu ke meja kerjanya.
Intan terkulat-kulat cuba memahami kata-kata Ina tadi. Apa kena mengena perampas dengan ini cupcake?? Waaa!!!
++++++++
TOLEH kanan, tak mahu tidur. Toleh kiri, tak mahu tidur. Macam mana ni? Terbayang-bayang cupcake tu. Terbayang-bayang sekali muka mamat kejung tu. Ish! Sakit pulak hati kita ni! Intan mengikut skrip cerita Adnan Sempit 2.
“Kenapa? Kenapa? Kenapa??? Alahai, mata. Tolonglah tidur. Cuba mata tengok jam dah pukul berapa? Sudah pukul dua belas empat puluh lima minit malam tau. Cubalah tidur, wahai mata yang cantik.” Intan bercakap sendirian. Cuba memujuk matanya supaya tidur. Tapi tak jalan, jalan. Yang jalan depan mata dia ni, cupcake angry bird tadi. Berulang-ulang cupcake tu bermain depan matanya.
Tak boleh jadi ni. Takkan tak nak tidur pulak, kan? Lebih baik aku kejut Ina. Teman aku berbual. Mana tahu terlelap mata ni nanti. Tapi.... Ina dah tidur. Takkan nak ganggu dia kot? Ala, takpelah. Ina tu kan sahabat sejati. Dia mesti tak sanggup tengok aku celik macam burung hantu ni, kan.
Intan bangun dari pembaringan dan mula berjalan perlahan ke bilik sebelah. Nak ketuk ke tak? Hatinya berkira-kira.
Tok! Tok! Tok!
Cukuplah ketuk tiga kali. Mesti Ina dengar. Tapi... senyap.
Tok! Tok! Tok!
Cuba lagi. Tapi.... senyap.
“Ina....” panggil Intan perlahan.
“Ina...” panggilnya lagi.
Senyap. Sepi.
“Weh! Ina, bangunlah...” jerit Intan sambil mengetuk pintu bilik Ina sekuat hati. Geramnya! Panggil perlahan tak dengar. Pekak ke? Marah hatinya.
Akhirnya pintu dibuka dari dalam. Tersembul wajah Ina yang tengah sedap menguap. Amboi, sedap tidur ye. Kawan sehidup semati kau rasa nak mati tak boleh tidur. Kau sedap-sedap buat taik mata eh? Bebel hatinya.
“Kenapa ni, Intan. Kau tak tidur lagi ke? Dah malam ni. Tidurlah. Esokkan kita kerja. Nanti terlambat pulak..” bebel Ina.
Oii, mak cik. Dahlah sedap membuta, boleh kau membebel dekat aku. Panas hati ni..
“Ina......” rengek Intan. Tak marah pun sebenarnya. Saja, nak bermanja-manja. Bila lagi, kan? He he he..
“Apa lagi ni, Intan. Tak habis-habis ke cerita pasal cupcake kau tu. Kau tak bosan ke? Hari-hari dalam kepala kau cupcake,cupcake,cupcake. Tak muak ke? Aku mengantuk ni. Esok-esoklah kita cerita,eh?” kata Ina panjang lebar.
“Ina... janganlah macam ni. Kau kan kawan aku. Sepatutnya kau support aku, bukannya bagi aku jatuh tergolek. Ina....” Intan mengoyang-goyangkan tangan Ina. Mintak simpati la tu!
“Eii, kau ni kan Intan. Suka buat suka mintak kesian tau. Benci betullah!” bebel Ina.
“Ha, ceritalah cepat. Kenapa? Tak boleh tidur malam? Teringat dekat cupcake? Terbayang-bayang cupcake depan mata kau? Kau rasa nak ganyang-ganyang mamat yang berebut cupcake dengan kau tu??” soal Ina bertubi-tubi.
Aik? Macam mana Ina tahu ni. Dia mengaru kepalanya yang sememangnya gatal.
“Mana kau tahu??” soal Intan kebingungan.
“Oit, mak cik! Memang tulah yang kau akan selalu cakap kalau kau berebut cupcake dengan orang lain...”
Intan tersengih. “Oh,yeke?”
“Yelah!”
“Aku memang tak boleh tidur ni, Ina. Asyik teringat cupcake tu aje.”
“Kan aku dah kata. Asyik benda yang sama aje.. tak muak ke?” soal Ina tak puas hati. Aku yang selalu dengar pun naik jemu. Intan, Intan.
Intan hanya membuat muka tidak bersalah. Ina pula yang serba salah. Kena tenangkan minah ni sebaik tenang ni. Kalau tak, masak nak berjaga sampai ke siang dengar dia bercerita tentang cupcake.
“Okey, macam ni Intan. Esok kita gerak awal sikit daripada biasa. Aku temankan kau pergi cupcake tu ye?” Ina cuba memujuk.
“Betul ni? Kau nak temankan aku ni??” soal Intan ceria. Ini kali pertama Ina sudi temankan dia pergi beli cupcake. Selalunya dikerah juga Ina ni temankan dia. Tapi alasan Ina, malas, lazy. Lama-lama aku yang crazy! Hai laa...
“Iyelah. Aku temankan kau. Sekarang boleh kita tidur, cik Intan payung?” soal Ina sambil menguap. Aish, mengantuk benar mata ni. Intan boleh ajak berdrama pulak dekat depan pintu ni.
“Betul ni? Kau tak tipu aku, kan?” soal Intan lagi. Inginkan kepastian.
“Betullah mak cik. Dah, dah. Pergi tidur!!!” jerit Ina. Intan apa lagi, lintang-pukang berlari masuk ke biliknya. Ina kalau dah menjerit memang boleh pekak telinga!
++++++++
SEAWAL JAM lapan setengah pagi, mereka berdua sudah tercongok di hadapan kedai kek itu. Intan menanti dalam resah. Ke hulu, ke hilir. Rimasnya tengok!
“Weh, Ina. Kau boleh duduk diam-diam tak? Tak lari ke manalah cupcake kau tu...” peril Ina.
Intan menjeling. Biarlah! “Aku takut terlepas aje. Mana tahu mamat kejung tu datang jugak. Habis cupcake aku nanti..”
“Mamat kejung? Mamat kejung mana pulak ni??” soal Ina hairan.
“Mamat kejung tulah. Mamat semalam yang ambil cupcake angry bird aku. Yang buat aku tak boleh tidur malan dan kacau kau tu....”
“Ha ha ha.. apa ke buruk benar nama dia..” kata Ina dalam tawa yang panjang.
“Mana tak buruk, perangai dah buruk. Dia tu kejung kau tahu tak. Aku dah habis buat muka kesian tapi dia macam tak ada perasaan. Benci aku tengok!” marah Intan beria-ia.
“Jangan benci sangat, nanti cinta pulak!” sound Ina selamba.
“Amboi perempuan. Memang tak sayang mulutkan????”
“Eh, tengok tu. Orang tu dah buka kedailah. Jom masuk. Nanti terlepas pulak cupcake kau tu...” ujar Ina sebaik sahaja dia melihat seorang wanita membuka kedai kek itu. Intan berlari perlahan memasuki kedai itu. Ina hanya menggelengkan kepala. Macam budak-budak, desis hatinya.
“Akak, saya nak cupcake satu...” serbu Intan membuatkan wanita itu terkejut.
“Eh, adik. Kedai baru bukaklah. Masih belum banyak cupcake lagi. Tunggu sekejap lagi boleh? Dalam sepuluh minit. Pekerja akak baru pergi ambik dekat kedai lagi satu. Tunggu ye?” kata akak itu.
Intan segera mengangguk. Ala, sepuluh minit aje. Tak lama manalah. Dia boleh tunggu. Sabar itu kan separuh daripada iman.
Dia berpusing-pusing disekeliling kedai itu. Ada macam-macam kek ada di situ. Hai laa... dia cuma minat cupcake. Kek dia tak minat. Lain benar rasanya. Erk? Kek jugak. Tak ada yang bezanya, cik Intan oii!!
Setelah berpuas hati membuat tawaf ala-ala model, dia memusingkan badan ,mahu berdiri sebelah Ina yang sedang asyik melihat buku kek, matanya tertancap pada sesubuk tubuh lelaki yang memasuki kedai kek itu.
Mamat kejung! Dengan pantas, dia berlari ke arah Ina. Ina yang terpinga-pinga mula menggelabah.
“Kenapa ni? Ada pencuri ke?” Ina berbisik.
“Bukanlah. Mamat kejung tu ada dekat sini!” bisik Intan pula.
“Mana. Mana?” mereka saling berbalas bisik.
“Yang tercongok depan kaunter tu...” Intan menjuihkan bibir ke arah lelaki itu.
“Handsomenya!!” jeritan Ina yang sedikit nyaring itu membuatkan lelaki itu memandang mereka. Lelaki itu berjalan menuju ke arah mereka.
“Hello, cik adik. Kita jumpa lagi.” Kata lelaki itu bersama senyuman yang dia sendiri tak pasti. Senyuman ikhlas ke senyuman menyindir?
“Err.. hai... ya, jumpa lagi..” jawab Intan tergagap-gagap.
“Well, hari ni nak berebut cupcake dengan saya lagi ke?” peril lelaki itu.
“Ya, macam awak cakap. Siapa cepat, dia dapat..” peril Intan kembali.
“Oh, pasal semalam. Saya mintak maaflah. Bukan niat saya nak berebut dengan awak. Tapi buah hati saya tu teringin sangat nak makan cupcake yang ada gambar angry bird. Kebetulan pula dekat sini tinggal satu je cupcake tu, jadi saya terpaksa ambil. Untuk kepuasan buah hati saya..” kata lelaki itu sambil tersenyum.
“Weh, dia ada isterilah. Melepaslah kau...” bisik Ina. Intan segera mencubit halus lengan Ina. Apahal kaitkan aku dengan buah hati mamat kejung ni pulak?
“Oh. Takpe, takpe. Saya faham. Perempuan mengandung memang macam tu. Kalau kita tak ikut permintaan dia, mesti dia merajuk..” balas Intan.
Kelihatan lelaki itu berkerut-kerut cuba memahami kata-kata Intan.
“Perempuan mengandung? Siapa yang mengandung?” soalnya kehairanan.
“Laa... isteri enciklah. Siapa lagi...” ada dia tanya kita balik. Ingat kita ni pak nujum ke tahu siapa yang mengandung.
“Bila masa saya ada isteri?” soalnya pelik.
Aik? Aku lagi pelik...
“Tadi encik cakap buah hati encik teringin sangat makan cupcake gambar angry bird. Mestilah dia isteri encik kan? Takkan isteri jiran sebelah pulak.” Intan memerli lelaki itu.
Lelaki itu ketawa terbahak-bahak apabila mendengar kata-kata Intan. Intan dan Ina saling berpandangan. Dari mamat kejung jadi mamat sewel pulak ke? Soal Intan di dalam hati.
“Ha ha ha... saya belum kahwinlah. Macam mana nak ada isteri? Macam mana nak ada anak??” soal lelaki itu.
“Habis tadi tu.....”
“Saya cerita pasal mama sayalah. Dia tengok dekat tv ada cef tu buat cupcake gambar angry bird. Terliur katanya. Itu yang dia suruh saya belikan tu..” kata lelaki itu yang masih ketawa.
Aiseh! Malu beribu-ribu batu ni. Ina dan mengegek ketawa. Amboi, mak cik. Pakat dengan dia ke nak bantai gelakkan aku?
“Err.... err.. sorry. Saya tak tahu...” kata Intan menutup malu. Dah malu, so mintak maaf ajelah.
“Takpe, takpe. Saya pun nak mintak maaf juga berebut dengan awak semalam. Maafkan saya?” pandangan redup lelaki itu membuatkan hati Intan nak gugur ke lantai.
 Alahai! Dari mamat kejung terus bertukar jadi mamat ais batulah pulak. Cair semacam je bila dengar dia cakap macam tu.
“It’s okey...” balas Intan menutup gugup.
“Saya Ferhad..” lelaki itu memberi huluran salam.
Belum sempat Intan menyambut huluran itu, Ina lebih pantas. “Ferhad? Awak Ferhad penyanyi Singapura tu ke?” soal Ina.
Intan sudah tepuk dahi. Segera dia menarik tangan Ina dari pegangan tangan lelaki itu dan berbisik, “Weh, kau ni nak kata bebal tak jugak. Kau tak boleh beza ke Ferhad Singapura dengan Ferhad ni? Ferhad Singapura badan ketul-ketul. Ferhad ni hidung mancung, putih melepak. Ish , kau ni pun...”
Ina hanya tersenyum sumbing. Malulah tu!
“Saya Intan. Ini kawan saya, Ina.” Huluran tangan bersambut.
“Adik, cupcake dah sampai. Marilah.” Panggil wanita itu.
Intan melepaskan pegangan dan memandang wajah Ferhad memberi amaran.
“Jangan nak berebut lagi dengan saya ye!”
“Ha ha ha.. Baiklah cik Intan. As you say..”
++++++++
“AMBOI, sakan kau pandang mamat tadi tu, ek?” kata Ina sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kereta.
“Mana ada!” sangkal Intan.
“Tak payah nak bohong akulah. Baru kenal, dah pandai main-main mata. Kau ingat aku tak nampak kau orang balas-balas senyum? Tangan ambik cupcake, mata pandang abang handsome..” perli Ina.
“Ish, tak baik buat dosa kering pagi-pagi ni. Kita dah lambat ni..” Intan cuba berdalih.
“Eleyh! Dosa  kering konon. Main-main mata tu tak dosa ke cik kak?” peril Ina lagi sambil memandu keretanya menuju ke pejabat.
++++++++
MEREKA masuk ke pejabat yang sudah di penuhi manusia. Mereka terpinga-pinga. Kenapa bising benar pejabat ni? Sambut anak ke? Teka hati Intan.
“Intan, Ina. Baru masuk kerja?” tegur bos mereka, Encik Leman.
“Maaf bos. Kesilapan teknikal..” jawab Ina selamba. Encik Leman seorang yang sporting. Sangat-sangat sporting. Tapi tak bererti pekerja-pekerja boleh memijak kepala dia. Nampak aja kepala botak tapi kalau sekali dia mengamuk, boleh tak tidur malam!
Encik Leman menggelengkan kepala. Budak berdua ni, sama aje. Perangai dari hari pertama kerja sampai sekarang tak berubah. Nasib kaulah, Leman. Dapat pekerja macam ni. Walaupun mereka macam tu, tapi kerja mereka memang perfect.
“Saya nak kenalkan awak dengan Pengurus Kewangan yang baru. Kenalkan Encik Ferhad Sulaiman.” Kata Encik Leman memperkenalkan pengurus kewangan yang baru.
Intan dan Ina tercari-cari pengurus kewangan yang baru itu. Sesaat kemudian, mata mereka terbeliak apabila melihat lelaki yang baru keluar dari tandas.
“Ferhad???” tanya Intan dan Ina serentak.
Ferhad tersentak.
“Intan? Ina? Apa awak buat dekat sini?” soal Ferhad yang sudah menghampiri Encik Leman.
“Kami kerja dekat sini..” balas Ina pula.
“Awak bertiga dah kenal ke?” celah Encik Leman.
“Inilah kesilapan teknikal kami tadi, bos!” kata Ina tanpa sembunyi.
Intan dan mengetap bibir. Mulut minah ni nak kena cili agaknya. Lebih kepoh dari mak cik jual keropok lekor tulah!
“Macam-macamlah awak ni, Ina. Baguslah awak bertiga dah kenal. Senang sikit nak buat kerja, kan? Ferhad, selamat datang dan selamat bekerja.” Ucap Encik Leman sebelum berlalu meninggalkan mereka yang masih lagi berbual-bual.
“Hai! Jumpa lagi kita dekat sini ye?” tegur Ferhad.
“Haah, kan. Macam jodoh pulak. Tapi bukan saya. Cik Intan kita ni ha...” kata Ina bersahaja.
Walaweh, minah ni! Mulut tak reti pakai penapis! Marah hati Intan.
“Betullah, Ina. Macam berjodoh aje kan..” usik Ferhad. Intan sudah tersipu-sipu malu. Mamat ni cover line la sikit. I malu tapi mahu!
“Err... Encik Ferhad, saya buat kerja dulu ye. Kalau ada apa-apa boleh panggil saya..” kata Intan sambil menarik Ina menuju ke meja mereka.
“Bye, Encik Ferhad...” sempat lagi Ina melambai-lambai tangan kepada Ferhad. Malu weh!
++++++++
JAM SATU PETANG. Waktu rasmi pekerja syarikat keluar berehat untuk mengisi perut yang lapar.
Intan macam biasa hanya makan cupcake dia sahaja. Ina pula terpaksa membawa bekal dari rumah kerana Intan tidak pernah mahu menemaninya makan di luar.
Ferhad mula mengatur langkah menuju ke meja Intan untuk mengajaknya keluar makan tengahari.
“Jom makan. Saya belanja..” tegur Ferhad sebaik sahaja tiba di meja Intan. Makan cupcake? Tengah hari macam ni pun boleh telan cupcake. Tak jemu ke? Soal hatinya.
“Err. Takpelah Encik Ferhad. Saya makan cupcake ni aje...” Intan cuba menolak perlawaan Ferhad.
“Kenyang ke makan cupcake tu?” soal Ferhad lagi.
Kenyang ke? Memanglah tak kenyang. Tapi kepuasan. Kepuasan itu penting, desis hati Intan.
“Orang dah ajak makan, bedal ajelah. Nak tunggu apa lagi. Kau tak nak, aku nak...” kata Ina selamba.
Intan segera berpaling memandang wajah Ina. Ina pun memandang wajah Intan.
‘Kau ni, Ina. Jangan buat malu aku boleh?’
‘Ada aku kisah? Orang dah ajak tu, sapu ajelah. Dia nak tackle kau tu!’
‘Kau jangan nak buat cerita eh!’
‘Cerita apa pulak? Kau ingat aku tengah cerita pasal doreamon, kartun kesukaan kau tu ke?’
Mereka saling berbalas kata di dalam hati. Seolah-olah tahu apa yang mereka berdua katakan.
“Jom, Intan?” ajak Ferhad lagi. Intan memandang Ferhad.
Nak tak nak Intan terpaksa akur. Dia bingkas bangun dan berjalan ke Ferhad.
“Jomlah..” ajaknya.
Ina menunjuk isyarat ‘good luck’ kepada Ferhad. Ferhad tersenyum dan menganggukkan kepala.
++++++++
“INTAN, nak makan apa?” soal Ferhad sebaik sahaja dia melabuhkan duduk di kedai makan yang berada di hadapan pejabatnya.
“Erm.. apa-apa ajelah....” balas Intan segan. Malu aih makan dengan lelaki handsome.
“Hmmm... kalau kita order nasi ayam, ok tak?” soal Ferhad lagi.
“Bolehlah....” jawab Intan sepatah.
“Dik, nasi ayam dua. Air milo ais ya.” Pesan Ferhad kepada pelayan yang melintasi meja makannya. Pelayan itu menganggukkan kepala.
“Dah lama kerja sini?” soal Ferhad. Dia mahu mencari suasana yang selesa bersama Intan. Intan. Nama yang indah, senyuman yang menawan. Sopan santun. Ah, hari pertama berjumpa hati terus terpikat. Sangkanya dia tak akan berjumpa lagi. Namun, sudah jodoh. Akhirnya mereka berjumpa sekali lagi di kedai itu. Dan paling membahagiakan mereka bekerja di dalam satu pejabat. Indahnya perasaan jika sudah ada bibit-bibit cinta.
“Sudah lima tahun..” balas Intan perlahan.
“Dah ada boyfriend?” soal Ferhad terus.
Intan tercengang. Amboi, cepat dan pantas. Tapi, dalam hati sudah berbunga riang.
“Errr... be.. belum...” balas Intan gugup. Hai laa, hati. Suka ye? Tapi kenapa gabra ni? Bukan dia ajak kahwin pun.
“Jadi, saya boleh isi boranglah ni?”
“Hah? Borang?? Borang apa? Borang mintak kerja ke?” soal Intan terpinga-pinga. Dah kerja, nak mintak kerja apa pulak. Janganlah tukar kerja. Belum puas tengok muka awak ni.
“Borang jadi suami pilihanlah..” balas Ferhad selamba.
Gulp! Pahit plus manis. Alahai.... malu tapi mahu.... Intan hanya mendiamkan diri. Tak tahu nak bagi jawapan apa. Kalau kata tak boleh, melepas nak dapat lelaki handsome ni. Kalau kata boleh, dia ingat aku ni sedang dipikat pulak.
“Macam mana???” soal Ferhad inginkan jawapan.
“Err... errr... kita berkenalan dulu, boleh?” kata Intan lembut. Tidak mahu Ferhad terasa hati dengan kata-katanya.
“Boleh.. tak ada masalah. Awak pasti akan sukakan saya...” balasnya sambil mengenyitkan mata.
Oh, hati, kawal perasaanmu!



SELEPAS BEBERAPA BULAN. Akhirnya mereka telah menjadi pasangan kekasih. Hati Ferhad gembira bukan main kepalang. Dia cintakan Intan! Dia mahu Intan bahagia bersamanya.
Oleh itu, setiap hari Ferhad akan meletakkan sebungkus cupcake bersama kata-kata cinta di meja Intan. Intan yang menerimanya sangat gembira. Ah, inilah dikatakan panahan asmara! Tetapi, hari ini ada yang lebih istimewa dari itu. Hatinya bahagia!
Intan melabuhkan duduk di meja kerjanya. Dia memerhati mejanya. Satu keluhan terbit dari mulutnya. Hari ni tak ada cupcake ke? Tak ada ayat-ayat cinta ke? Dia dah lupa aku ke? Hatinya sedikit kecewa.
Dia membuka laci dan mengeluarkan nota-nota cinta yang pernah diberikan Ferhad sebelum ini. Dia membaca satu persatu nota itu.
Morning, sunshine! - Ferhad
Smile with love. – Ferhad
Lunch with me! – Ferhad
Dinner with me! – Ferhad
I love you, Intan! - Ferhad
Hai laa... Macam ni rupanya orang yang kemaruk bercinta. Dia mengeluh lagi untuk kesekian kalinya.
“Orang lain pun bercinta jugak, tapi kau ni kategori angau tahu tak?” perli Ina.
Intan menjelirkan lidah. “Sibuklah kau ni!”
Ina hanya tersengih. Kemaruk sangat dah kawan aku ni.
“Special deliver...” tegur budak pejabat mereka apabila tiba di meja Intan.
“Special deliver??” soal mereka serentak.
“Iya dong. Untuk kamu, Intan..” kata budak pejabat itu dalam slang Indon.
Budak pejabat itu menghulurkan kotak kecil kepada Intan dan dia berlalu meninggalkan mereka berdua dengan tanda tanya. Intan yang terpinga-pinga itu menyambut juga hulurannya.
“Ada apa, weh???” soal Ina ingin tahu.
“Manalah aku tahu...”
“Bukaklah cepat...” gesa Ina.
Dalam gugup, dia membuka juga kotak kecil itu. Seketika terbeliak matanya melihat isi di dalam kotak tersebut.
Will you marry me?
Tulisan yang berada di atas cupcake itu membuatkan Intan seperti mahu pengsan. Ina yang melihat isi di dalam kotak itu turut terlopong. Pasti tidak percaya apa yang dilihatnya.  Dia ternampak satu nota kecil terselit di antara cupcake cantik itu. Dia mengambil dan mula membaca.
Answer with smile, not with cry. – Ferhad
Dia segera memaling wajah menghadap Ferhad yang berada di dalam bilik di hadapan meja kerjanya. Dan ternyata Ferhad sedang memerhatikannya dengan pandangan yang redup.
Dia melihat wajah Ferhad. Hatinya menyorak riang. Aku nak kahwin! Jerit hatinya. Dia memandang Ferhad dengan pandangan penuh kasih kemudian menganggukkan kepala dua tiga kali.
Kelihatan Ferhad bersorak riang di dalam bilik. Kemudian Ferhad keluar dengan wajah ceria.
“Hari ni saya belanja semua makan tengah hari...” kata Ferhad teruja.
Intan tersenyum malu manakala pekerja di situ kelihatan terpinga-pinga. Tak ada angina, tak ada ribut nak belanja makan?
Ina yang seakan faham kebingungan pekerja di situ mula bersuara.
“Dia orang nak kahwinlah!” kata Ina sambil menjuih bibir ke arah Ferhad dan Intan. Cuba mengaitkan antara satu sama lain supaya pekerja di situ faham maksudnya.
Seketika, terdengar tepukan dan riuh suara pekerja-pekerja memberi ucapan tahniah kepada Ferhad dan Intan. Ferhad sudah tersenyum-senyum bahagia manakala Intan masih tersipu-sipu malu.
“Lepas ni, aku dah tak ada genglah...” usik Ina di akhiri dengan pelukan tahniah untuk sahabatnya itu.

4 comments:

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,