Pages

Peminat Novel

Blog Page

30 Sept 2012

Cerpen: Baju Couple



“Anje..... baby nak baju ni..” tunjuk Diana pada baju yang seragam dari segi bentuk dan warna. Baju perempuan tertulis huruf LO, manakala baju lelaki tertulis huruf VE. Apabila digabungkan akan menjadi satu perkataan yang indah iaitu LOVE. So sweet!
Danish memandang baju yang ditunjukkan isterinya tadi. Seketika, terbeliak matanya melihat baju tersebut. Baju couple?
“Baju couple? Sejak bila pulak baby suka pakai baju macam ni?” soal Danish kehairanan.
Pelik melihat sikap isterinya itu. Dulu, Dianalah orang yang paling anti memakai pakaian yang sama dari segi bentuk, warna. Katanya macam budak-budak. Tetapi, kenapa sekarang Diana meminta untuk memakai baju tersebut. Pembawakan budakkah? Soal hatinya.
“Baby, apa kata kita pergi tempat lain. Mesti lagi banyak baju cantik-cantik.” Danish menarik tangan isterinya menuju ke kedai lain. Namun Diana hanya diam membatu. Muka Diana yang mencemberut merisaukan hati Danish.
“Tak nak! Baby nak baju ni jugak!” suara Diana sedikit meninggi. Susah sangatkah Danish nak memahami kehendaknya yang satu itu. Dia cuma mahu memakai baju itu sahaja. Sampai hati Danish menolak permintaannya. Diana seakan merajuk hati apabila permintaannya tidak ditunaikan.
“Baby... janganlah macam ni. Dulu baby yang tak suka pakai baju macam ni. Baby kata poyolah, macam budak-budaklah. Baby dah lupa ke? Sekarang tiba-tiba baby nak pakai baju ni pulak. Dah tak rasa malu?” soal Danish untuk menyedarkan Diana. Dia pun tidak berapa gemar memakai baju yang sama dari segi bentuk dan warna. Kurang smart. Tidak sesuai dengannya yang sudah beristeri.
Diana merengus. Apa nak jadi, jadilah. Yang dia tahu, dia mahu memakai baju itu. Kalau permintaannya tidak dipenuhi, dia tidak mahu melayan Danish. Dia mahu merajuk.
“Baby tak peduli. Suka atau tidak, anje kena beli jugak baju tu. Atau anje nak tidur dekat luar malam ni?” ugut Diana.
Danish mengeluh. Masakan dia mahu tidur diluar. Sudah punya isteri tanpa terpaksa tidur diluar kerana tidak memenuhi permintaan ibu mengandung. Sungguh tidak logik!
“Hmm.. yela,yela.. kalau itu yang baby nak. Anje ikutkan aje. Tapi nanti jangan merungut pulak. Baby yang nak sangatkan.” Danish memberi peringatan.
Diana sudah tersenyum senang. Akhirnya permintaannya dipenuhi. Segera dia menarik Danish memasuki kedai yang menjual pakaian yang sama. Dia menyoroti satu persatu baju yang ada disitu. Akhirnya baju berwarna kelabu menjadi pilihan. Walaupun Danish tidak menggemari, dia terpaksa menurut. Jika tidak, makin melenting isterinya itu.
9 bulan kemudian.....
Mereka dikurniakan dua orang cahayamata kembar. Kedua-duanya perempuan. Si kakak bernama Damia, manakala si adik bernama Darlina. Kedua-duanya sihat dan sangat cergas.
Danish balik ke rumah dengan membawa hadiah pemberian rakan-rakan sepejabatnya. Ada dalam sepuluh hadiah juga. Baik hati kesemua rakan pejabatnya.
“Baby.... cuba baby tengok apa yang anje bawak balik ni..” soal danish sambil meletakkan hadiah tersebut diatas karpet diruang tamu.
“Wah! Banyaknya hadiah. Siapa bagi?” soal Diana teruja.
“Kawan pejabat anje yang bagi. Untuk baby-baby kita. Kita bukak nak?” Diana menganggukan kepala.
Hadiah pertama dibuka. Mereka menerima set tilam bayi. Boleh juga ditukar apabila tilam sedia ada anaknya dibasuh. Kemudian, hadiah kedua pula dibuka. Tersenyum lebar Danish melihat hadiah tersebut. Baju sepasang. Sama warna dan bentuk. Sesuai untuk anak kembar mereka.
“Baby, tengok baju ni. Macam baju couplelah. Macam kita dulu-dulu..” kata Danish sambil menyuakan baju itu kepada Diana.
“Baju couple? Eii.. Tak naklah. Baby tak suka. Lagipun macam poyo aje....”
Aik? Pelik pula sikap isterinya kini. Dulu masa hamil, bukan main merengek nakkan baju couple. Sekarang tak nak pula?
“Bukan baby suka ke?” soal Danish kehairanan.
“Siapa kata baby suka?”
“Habis masa baby mengandung dulu, babykan yang nak pakai baju macam ni? Takkan dah lupa kot?” soal Danish.
Eh. Mana ada. Dulu, kini dan selamanya baby memang anti dengan baju couple tu. Dulu tu sebab baby mengandung. Mengidam nak pakai baju macam tu. Tapi tu dulu. Sekarang tak dah. Gelilah pakai baju macam ni. Nampak sama je.” balas Diana selamba.
Danish hanya mampu menggelengkan kepala. Itulah sikap Diana yang sebenarnya. Wanita yang paling anti dengan baju seragam a.k.a baju couple. Memang sah pembawakan budak. Danish tersenyum nipis mengenangkan kejadian itu.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,