Pages

Peminat Novel

Blog Page

7 Oct 2012

Bab 9: Sungguh, Aku Cinta Kamu




Seminggu kemudian....

Hari yang dinanti menjelang tiba. Keputusan sepakat sudah dibuat. Akhirnya mereka menaiki kereta Toyota Alphard putih milik daddy Haikal. Pada awalnya, Isfahani membantah. Tidak mahu menaiki kereta Haikal. Dia lebih rela menaiki bas daripada terpaksa mengadap muka Haikal. Tetapi setelah didesak oleh dua orang sahabat baiknya, akhirnya Isfahani bersetuju.
Mereka akan bertolak ke Kedah. Kampung halaman mak toknya. Mak tok adalah panggilan Isfahani kepada neneknya. Hanya dia sahaja yang memanggil neneknya mak tok. Abang-abangnya memanggilnya nenek. Ini kerana Isfahani dijaga dari kecil oleh mak toknya. Hinggalah usianya menjangkau tiga belas tahun baru dia dijaga oleh keluarganya. Pada awalnya, Isfahani menangis kerana tidak mahu meninggalkan mak tok. Tetapi mak toknya berkata; apa pun yang terjadi, ibu bapa kitalah yang berhak terhadap kita. Akhirnya dalam terpaksa, Isfahani akur. 
Kini baru dia mengerti mengapa  mak tok berkata begitu. Kalau tidak sehingga kini dia pasti tidak merasa kasih sayang ibu dan ayahnya. Dia bertuah mempunyai keluarga yang begitu menyayanginya.
“Cik Is, kita dah boleh gerak ke?” teguran Haikal mematikan lamunannya.
“Marilah.”
Mereka mula menaiki kereta. Sofia setia disisi Haikal manakala mereka bertiga duduk dibahagian belakang. Seketika, kereta Toyota Alphard itu laju menempuh jalan utama.

KEADAAN sunyi tanpa suara mahupun bunyi dj berceloteh di radio amat membosankan. Kesemuanya sedang lena tidur. Cuma Isfahani sahaja yang berjaga. Dengan keadaan kereta yang bergerak-gerak, mana mungkin dia dapat melelapkan mata dengan selesa.
Lantaran itu, dia mencapai mp4 di begnya. Earphone disumbatkan ke telinganya. Kemudian, dia mengeluarkan buku diari yang sentiasa berada di beg silangnya.
Pada helaian pertama tertera gambarnya bersama-sama rakan sekelasnya. Dalam dia leka melihat gambar itu, dia menyoroti matanya ke wajah lelaki itu. Budak spec tebal. Seketika igatannya kembali menjelma.
“Hoi! Budak spec tebal. Kita orang nak ambik gambar kenangan ni. Kau nak join tak?” soal Isfahani.
Tersengih-sengih Haikal apabila Isfahani mengajaknya bergambar bersama. Dia segera berjalan ke arah mereka.
Budak spec tebal, sini ambik gambar sebelah aku..” Isfahani menarik tangan Haikal supaya bergambar disebelahnya.
Haikal seakan tidak percaya. Isfahani sudi bergambar dengannya. Tetapi bak kata orang, rezeki jangan ditolak. Berseri-seri wajah Haikal dapat bergambar dengan kekasih pujaan hatinya itu.
“Okey. Ready semua. Say cheese!!” kata rakan sekelasnya yang menjadi camera man dari tadi.
Haikal tersenyum lebar sehingga menampakkan gigi putihnya yang tersusun rapi. Inilah peluang Isfahani mengenakan Haikal. Semasa rakannya menyuruh mereka bersedia, dia  bergerak sedikit ke belakang Haikal dan membuat muka seakan-akan monyet. Dia sengaja mengelembungkan pipinya dan menarik kedua-dua telinganya dan bermata juling. Pasti kelakar, desis hatinya.
Dalam dia mengingati kenangan itu, secara tidak sedar dia telah menyebut sesuatu.
Budak spec tebal....”
Secara tiba-tiba kereta berhenti secara mengejut. Merka berganjak sedikit ke hadapan. Qila, Borhan serta Sofia terjaga dari lena. Mujur tidak berlaku apa-apa. Cuai betullah mamat ni! Marah hatinya.
“Kenapa ni sayang?” soal Sofia terkejut dengan situasi yang baru belaku tadi. Pasti Haikal penat memandu sendirian sejak awal pagi tadi.
“Takde apa-apa. Ada anak ayam dekat jalan tadi.” bohong Haikal.
Mereka segera memusing kepala memandang luar. Sudah sampai di perkampungan Isfahani rupanya. Isfahani juga tidak menyangka secepat ini mereka sampai. Nampaknya Haikal mahir dikawasan ini. Dia hanya memberikan peta yang dilukisnya kepada Haikal untuk menunjukkan arah ke rumah mak toknya. Malas dia mahu berbual dengan Haikal. Pasti Haikal akan mempermainkannya lagi.
“Maafkan saya. Saya betul-betul tak sengaja. Ada sesiapa yang cedera ke?” soal Haikal sambil menyoroti wajah mereka yang berada dibahagian belakang dari arah cermin. Mereka semua menggelengkan kepala tanda tiada siapa yang cedera.
Mata Haikal masih lagi memandang wajah Isfahani dari arah cermin hadapan. Isfahani perasan renungan itu tetapi dia hanya membiarkan sahaja. Dasar buaya darat! Awek dekat sebelah pun kau berani pandang lain. Gatal! Bebelnya di dalam hati.
‘Budak spec tebal’. Itulah gelaran yang Isfahani berikan kepadanya. Kenapa secara tiba-tiba Isfahani menyebut nama itu. Sebab itu, secara tidak sengaja dia menekan brek kecemasan. Dia amat terkejut kerana Isfahani masih mengingatinya. Isfahani juga menyukainyakah? Hatinya berteka-teki sendiri. Aku akan tawan hati kau, Is. Seketika, dia kembali memfokus kepada pemanduannya.

4 comments:

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,