Pages

Peminat Novel

Blog Page

2 Aug 2013

MINI NOVEL : AKU TOMBOY, DIA PLAYBOY (Bab 15)



PAGI ni aku dikejutkan dengan adengan romantik pasangan ‘kekasih’ yang sedang berpegangan tangan di sebuah kompleks membeli-belah. Aku kenal perempuan tu dan aku lebih kenal lelaki itu. Siapa lagi kalau bukan Sarah dan Am? Aku kira lepas Sarah keluar dari rumah dia akan insaf. Tapi tak, malah lebih menggedik lagi dengan Si Am tu. Getis lain macam!
“Jom...” ajakku tiba-tiba.
Ard menoleh. “Nak pergi mana?”
Aku berdecit sambil memuncungkan bibir ke satu arah. “Tu... tu...”
“Tu bukan ke Sarah dengan Am? Dia orang buat apa dekat sini?” soal Ard. Mata Ard terus-terus melihat pasangan ‘kekasih’ itu bermesra-mesraan.
“Ni yang aku nak buat kaji selidik ni. Jom lah...” ajakku lagi. Tak sabar aku nak tengok reaksi dua mangkuk ni. Bila dah geram, bahasa aku memang kasar sikit.
Aku dan Ard terus mengekori pasangan ‘kekasih’ itu. Mereka berhenti dan melabuhkan duduk di sebuah kerusi rehat yang terletak di antara kedai. Tanpa melengah, aku segera menegur. “Wow... wow... wow... asyik... asyik... asyik... asyiknya bercinta....” dalam menegur sempat pula aku menyanyi lagu penyanyi dangdut yang terkenal satu ketika dahulu, Amalina. Ard nak bantai gelak dah tapi aku sempat beri jelingan tajam terus dia tak jadi gelak.
“Korang buat apa dekat sini?” tanya Am. Muka dia memang terkejut habis. Macam kena tangkap dengan pencegah maksiat pulak. Ha ha ha!
“Ard... dia tanya kita buat apalah dekat sini. Kita buat apa ek?” tanyaku kepada Ard.
Ard yang jenis selamba badak terus menjawab, “Kita orang berkelah dekat sini. Tak sangka pulak jumpa pasangan bercinta yang macam bertahun-tahun tak jumpa. Kan Sha, kan?”
Tiba-tiba aku dengar Sarah mendengus. “Apa hal ni, Kak Sha? Kak Ard? Jangan nak menyibuk boleh tak?”
Tajam terus pandangan mataku kepada Sarah. “Tak... tak boleh kalau tak menyibuk. Teruk-teruk kau  pun, kau masih sepupu aku. Anak Pak Ngah. Jangan nak kerek sangat la. Kau belum kenal Am ni siapa. Jangan ingat aku tak bagi amaran dekat kau tau!” aku membentak, tak puas hati.
“Suka hati Sarah lah. Diri Sarah pandai-pandai Sarah la nak jaga. Jaga je diri Kak Sha tu. Dah la macam jantan, nak belagak hero pulak!”
Pang!
Satu tamparan hinggap di pipi Sarah. Aku terkedu, Ard ternganga. Sarah pula sudah menangis teresak-esak. “Apa ni Abang Am?”
“Lain kali cakap tu bertapis sikit. Sha ni sepupu Sarah. Hormat dia sikit. Abang tak suka perempuan yang tak tahu homat orang lain.”
Aku? Aku memang tak sangka Am sanggup tampar Sarah. Sanggup back-up aku kerana mulut celupar Sarah tu. Hati aku tak usah cakaplah. Sedikit sebanyak ada juga rasa terharu sebab Am sanggup pertahankan aku dari terus dikutuk oleh budak hingusan ni! Sarah... Sarah... kan dah kena sedas!
“Kak Sha yang mulakan dulu! Kenapa Abang Am nak back-up Kak Sha pulak? Dia bukan sesiapa bagi abanglah!” jerit Sarah, geram barangkali.
Aku dengar Am mendengus. Kasar sekali bunyinya.
“Kalau Sha ni orang lain pun, abang akan tetap tampar Sarah. Abang tak suka perempuan yang kurang ajar. Tengok dari cara Sarah cakap dekat Sha tadi, memang tak menampakkan ciri-ciri perempuan yang abang suka! Sarah tak sesuai untuk abang!”
Aku ternganga. Dalam playboy-playboy mamat ni pun dia tetap ada ciri-ciri idaman wanita yang dia nak? Hebat!
“Abang!” Sarah menjerit. Aku dan Ard perhatikan je budak berdua ni bertekak. Dalam hati dah tumbuh bunga-bunga bahagia kerana Am sanggup back-up aku walaupun kita orang selalu bergaduh. Sayang juga Am dekat aku, kan? Erk!!
“Kau okey Sha?” soalan Am itu mematikan lamunan aku yang sedang ralit memandang Am.
“Err... aku okey, aku okey. Kau jangan risaulah...”
Ard menarik lenganku tanda menyuruh kami beredar. Alaa... belum puas tengok muka Am. Oh boy! Apa aku merepek ni? Takkan dia baru back-up aku, aku dah nak cair dengan dia??
“Kita orang gerak dululah...” Ard meminta diri apabila aku senyap sejak tadi.
Ard pantas menarikku mengekorinya. Dalam tak rela, langkah kakiku atur juga mengikuti Ard.

****

“SHA....” panggil Ard.
Weh, Sha!!” jerit Ard pula apabila aku tidak menyahut panggilannya. “Ha! Apa dia?”
“Kau ni dah kenapa? Macam tak betul je? Yang kena sepak tu sepupu kau. Bukannya kau. Kenapa kau pulak yang macam terkena penyakit hilang ingatan ni?”
“Banyaklah kau punya hilang ingatan. Aku cuma tak sangka yang Am sanggup back-up aku...”
“Haah la kan. Aku pun pelik. Tak pernah-pernah Am nak back-up kau. Sanggup tampar budak yang dia suka pulak tu. Tak ke gila?”
“Memang gila!” sahutku menyetujui kata-kata Ard.
“Kau rasa tak apa yang aku rasa?” soal Ard tiba-tiba.
“Rasa-rasa...” kataku tanpa mengetahui maksud ‘rasa’ Ard itu. “Aku rasa dia dah berubahlah...” sambungku lagi.
Ard menepuk dahi. Kuat. Laa... kenapa pulaklah minah ni? “Kau kenapa?”
“Kenapalah aku dapat kawan macam kau ni??” soal Ard tiba-tiba.
“Laa... kenapanya?” tanyaku kembali yang tidak faham kata-kata Ard.
“Aku tak maksudkan yang Am tu dah berubah. Maksud aku, aku rasa Am tu sukakan kau!”
“Ha??!” aku tercengang. “Gila kau!”
“Apa gila pulak? Betullah. Kalau tak, takkan lah dia beria-ia nak back-up kau. Takde pekdahnya (faedah) dia suka-suka nak back-up kau. Kau pun tahu kan dia dah lama usyar Si Sarah tu. Tapi sebabkan kita ada, dia payah nak dapat Sarah. Sekarang bila kita dah tak amik port fasal Sarah, kenapa dia boleh marah buah hati dia? Cuba kau fikir...” telah Ard.
“Ye... ye... cuba kalau aku fikir... haah la, Ard...” kataku membuat senyuman Ard melebar.
“Kan??”
“Haah... Sah la kau otak kau dah biol. Takde maknanya dia nak back-up aku sebab dia sukakan aku. Entah-entah dia memang dah insaf....” sangkalku. Mustahillah Am nak suka dekat aku? Mati hidup semula pun belum tentu aku ni nampak istimewa dalam hati dia. Chet! Temberang lebih minah ni.

****

MALAM itu aku dikejutkan lagi dengan sepucuk surat yang diletakkan di luar pagar rumah ketika aku nak kunci pagar. Kali ni siap bagi bunga mawar. Sekuntum mawar merah. Cewahhh!! Aku cepat-cepat mengambil bunga mawar dan surat itu dan terus mengunci pagar kemudian masuk ke rumah. Aku duduk sebelah Ard yang ketika itu sedang melayan kartun Naruto.
Ard yang perasan kelibatku lantas bertanya, “Apasal weh?”
Aku meunjukkan surat dan bunga mawar kepada Ard. Semerta dia bangun. Matanya terbeliak luas. Mungkin terkejut barangkali. “Siapa bagi?”
“Entah...” jawabku sepatah. Tanpa melengah, laju saja tanganku mengoyak sampul surat itu dan terus membaca isi kandungan di dalamnya.

Pen merah pen biru,
You marah, I love you

Ek eleh! Pantun zaman purba! Poyolah....” kataku seperti tidak puas hati. Aku mencampakkan surat itu kepada Ard. Ard pula yang membacanya.
Weh Sha. Kau baca tak habis. Ada lagi ni...”
“Ah... Malaslah aku. Ni mesti sambungan kisah pen tu. Pen biru pen hitam, You marah I pitam. Kan?” canggahku.
“Taklah... cuba kau baca ni...”
Aku pun capai kembali surat itu dan membacanya. Seketika, mataku terbeliak luas.

Dalam hati ada taman,
Taman indah taman impian,
Bila hati sudah berkenan,
Sudikah awak jadi peneman?
With love,
Mr. A

P/S: Harap awak sudi balas tanda awak sudi jadi teman saya. Letak saja di luar pagar rumah awak. Nanti saya akan ambil.

“Mr. A?!” jerit aku dan Ard serentak. Tidak lama kemudian, aku sudah tersenyum sipu.
“Indahnya perasaan bila ada yang berkenan...” kataku sedikit berbangga.
Ard mencebik. “Sekali jumpa, orang tua takde gigi. Baru padan muka kau!”
Eleyh... cemburu la tu...” aku mengusik Ard.
“Kau nak balas tak surat dia ni? Inilah masanya kau tau siapa Mr. A kau tu...” Ard memberi cadangan.
Aku diam. Betul juga kata Ard. Sampai bila nak bercinta dalam surat je kan? Bercinta? Aku gelak dalam hati. Merepek sungguh aku ni.
“Nantilah aku balas...” aku berdalih. Sebenarnya aku tengah memikirkan ayat yang sesuai supaya tak nampak janggal dan gelojoh. Yelah, mata tak pernah bertentangan mata. Tapi Mr. A tu sudah menunjukkan minat kepada aku. Takkan aku nak menolak? Tapi macam mana pula dengan Abang Luqman? Ahh... kusut otak aku. Takkan aku nak dua orang sekali gus? Tapi orang tua-tua pernah berkata; ikutlah kata hatimu. Nescaya kamu akan memiliki insan yang sejiwa denganmu. So?? Aku kena bagi ujian untuk dua-dua lelaki ni.

30 comments:

  1. Ok sngt2.. nice

    Natry-

    ReplyDelete
  2. BEST LAMA JUGA X ADA N3 BARU NAK BOLEH ,SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN SEMUA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih baby mio. Selamat Hari Raya juga ^^,

      Delete
  3. best...cepat sambung eh kak..good luck!!!

    ReplyDelete
  4. Haiiiii..Cakkk!!
    done follow sini no. 66
    sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Kakak ,, bab 16 xde ke ? Ke xde sambungan lagi ..

    ReplyDelete
  6. Ieyra emily: ada. Tp masih dlm proses editing. Myb akan fokus utk keluar buku sj kut. Kalau xlulus, akan dipos dlm blog ni :)

    ReplyDelete
  7. akak x de sambungan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada. Tapi direhatkan buat seketika atas sebab2 tertentu. InsyaAllah dah ada, saya akan up juga dalam blog ni :)

      Delete
  8. Kak takda sambungannya ka tak sabar baca ni , novel ni best sangat buat buku boleh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. :)
      Kalau ada rezeki adalah cerita ni dalam versi cetak. Apa2 pn harap dpt sabar menunggu ya

      Delete
  9. Akak,bestnye citer nie...bile akak nk wat episod 16 plak?? X sabar nie....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih dalam mud 'direhatkan'. Kekangan masalah dik. InsyAllah akan diupkan semula kisah mereka ya :)

      Delete
  10. Replies
    1. Oh... Belum... Belum mencuba nasib lg utk dibukukan. Kalau ada rezeki bertemu la kisah mereka versi cetak. Kalau tidak saya tamatkan dalam blog saja :)

      Delete
    2. Oh... Belum... Belum mencuba nasib lg utk dibukukan. Kalau ada rezeki bertemu la kisah mereka versi cetak. Kalau tidak saya tamatkan dalam blog saja :)

      Delete
  11. best cite akak ... Taknak sambung ke ? Excited dah sy nk bce bab seterusnya nie .. ^_^"

    *afyna

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Afyna. Masih dalam proses baikpulih cerita. Nnt sy update ya.
      Nyway thanks sudi baca :)

      Delete
    2. InsyaAllah Afyna. Masih dalam proses baikpulih cerita. Nnt sy update ya.
      Nyway thanks sudi baca :)

      Delete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. BEST!!! Cepat-cepatlah sambung. Tak sabar nak baca!!1

    ReplyDelete
  14. Knp Tak de sambungan ke kat sini....😢

    ReplyDelete
  15. Kak cahaya faliya, best sngt cite ni! Keep it up yer. Xsabar nak tunggu bab 16.mohon kak cahaya update ye:) i will wait for it.

    ReplyDelete
  16. satu malam baca dari ep1-15,tup tup 16 takder,alaaa 😔

    ReplyDelete
  17. i love it...tp sdihny smbgn xde plk.uwaaa😭😭😭

    ReplyDelete
  18. Akk sambunglah lagi.. Tak sabar.. Ke dh dibukukan?

    ReplyDelete
  19. Xde sambungan ke? Alaaa..citer ni best la..harap akan ada sambungan

    ReplyDelete

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,