Pages

Peminat Novel

Blog Page

2 Sep 2012

Bab 1: Sungguh, Aku Cinta Kamu




"Is,kau percaya dengan cinta pandang pertama tak?”

Huh! Apahal dengan minah ni. Tetiba tanya pasal cinta. Angau ke apa?

“Is! Kau dengar tak aku cakap ni?” 


Qila merenung tajam wajah Isfahani. Geram apabila Isfahani tidak mempedulikan kata-katanya.
“Aku dengarlah. Kau in love dengan mamat mana pulak kali ni? Kau ni kaki playgirl jugak. Pantang nampak lelaki dahi licin , poket berisi, semua kau sapu..” selamba Isfahani sound Qila. Ah! Dah memang betul. Pantang jumpa lelaki, semua nak tangkap cintan. Melampau betul!
Qila mencemberut tanda tidak puas hati. “Kali ni betul-betul la. Mamat tu nak kata handsome tu taklah, tapi sedap mata aku menengoknya. Bab poket, aku tak tahu sebab belum berkenalan lagi. I think I’m in love at first sight. Oh my Romeo..

Qila membuat muka manjanya dihadapan Isfahani. Meluat betul aku tengok minah ni. Karang aku ketuk kepala, hilang penyakit gatal kau tu.
“Suka hati kaulah Cik Qila oi! Aku tak nak masuk campur. Aku tak percaya dengan cinta. Menyusahkan! Nak keluar kena report dengan cik abang. Hidup terkongkong, nak buat itu tak boleh, buat ini tak boleh… Rimasnya!”
Isfahani membuat muka meluat. Geli rasanya apabila Qila membuka cerita mengenai cinta. Aku nak cintan cintun? Oh please! Boleh pengsan semua siswi dekat sini kalau dengar dia bercinta. Bukannya semua tak tahu perangai dia macam mana. Perangai lelakinya mengalahkan Borhan anak Pak Khalid, kawan baik dia tu. Lasak sangat!
“Eleh, kau ni. Belum cuba, belum tahu tau. Kau aje yang tak nak. Perangai kau yang macam lelaki ni, semua orang tak ingin. Kalau aku ni lelaki, aku pun tak ingin nak buat kau awek aku. Silap sikit kena tibai! Cubalah pakai pakaian yang feminim sikit. Kau tu perempuan Isfahani oi!!”
Ah sudah! Siren dah berbunyi. Inilah yang aku lemah. Kalau dah membebel, memang tak ingat! Aku macam biasa, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri! Tabiat buruk!
“Ala, kau ni. Aku selesalah macam ni. Dah memang ini aku dari dulu. Aku Isfahani Khalisah binti Tajudin. Jantina dalam kad pengenalan aku perempuan tapi prangai aku macam lelaki. So, apa nak heran? Pandang sebelah mata sudahlah. Kalau tak nak pandang, lagi bagus. Takdelah berserabut kepala aku nak layan kerenah korang….”
Ha, tu dia. Panjang lebar aku balas. Bagi kau faham sikit. Dengan aku jangan di ajak berbahas. Memang tak menang mulut kau nanti. Aku jaguh berbahas tahu tak. Ni baru intro aje. Belum full story lagi. Tingkah Alice dalam hati.
“Ish… Susahlah cakap dengan kau ni. Ada aje jawapannya. Aku cuma nak kau jadi perempuan. Pakai cantik-cantik, make up lawa-lawa. Biar terbeliak mata mamat-mamat yang kutuk kau selama ni. Muka manis, badan tip-top, takde apa yang kurang. Berbuih dah mulut aku ni membebel dekat kau tapi kau macam tu jugak…”
Isfahani bangun dari pembaringan dan membalas kata Qila. “Yela-yela..  Nanti bila dah sampai seru, aku jadi gegurl. Gegurl kiut-miut okey? Sekarang berhenti membebel. Baik kau pergi mandi. Dah macam bau kambing tak mandi setahun baunya. Nak feeling in love sangat sampai tak ingat nak mandi..” Dengan selamba Isfahani melempar tuala ke arah Qila dan tuala itu mengena tepat ke mukanya.Qila terus menarik muncung sedepa dan berlalu menuju ke bilik air.
Aii… Macam-macam ragam. Siapa kata aku tak nak bercinta? Siapa kata aku tak nak berubah? Belum masanya lagi. Aku bukan tak percaya langsung dengan cinta. Cuma ciri-ciri lelaki idaman yang aku nak belum nampak lagi dekat mana-mana lelaki. Bagi aku lelaki zaman sekarang banyak yang tak boleh pakai. Masa belum dapat, kemain lagi berjanji. Manis aje. Kalah gula pasir manisnya. Tapi bila dah dapat, lupa semua janji. Oh, tidak! Aku tak nak ambil risiko. Nanti yang melalak malam-malam buta siapa? Aku jugak tau!

4 comments:

  1. Ouh. Not bad. teruskan usaha ^^,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih.. saya masih lagi belajar.mana yang salah atau kurang, harap dpt dimaafkan. mana yang rasa tak elok, boleh tegur. teguran yang membina ok :)

      Delete
  2. dsyt betul ye kak si isfahani tu.. kah3

    ReplyDelete

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,