“YANA, En. Zarith panggil..”
kata Kak Ida sebaik sahaja Yana mahu membersihkan kawasan pejabat.
“Kenapa, kak?” soal Yana.
“Tak tahulah pulak. Muka dia semacam aje...”
Erk! Masak aku. Ni mesti
fasal kes semalam. Yana bergerak pantas menuju ke bilik Zarith. Dia mengetuk
perlahan pintu bilik Zarith. Kedengaran suara Zarith menyuruhnya masuk.
“Tuan panggil saya?”
Senyap.
“Tuan...”
Senyap lagi. Akhirnya
Yana hanya berdiri kaku memandang Zarith yang sedang tekun membuat kerja.
“Kau suka aku?” soal
Zarith tiba-tiba.
Terpinga-pinga Yana cuba
untuk memahami maksud Zarith.
“Kau suka aku?” soal
Zarith sekali lagi.
“Maksud tuan?” soalan di
balas dengan soalan.
“Semalam...” jawab Zarith
sepatah.
“Ya, kenapa dengan
semalam?”
“Eii, kenapa kau ni blur
sangat hah?!” jerkah Zarith.
“Laa.. dah tuan cakap
semalam. Kenapa dengan semalam?”
“Kau tak ingat apa-apa?”
“Ingat apa?”
Zarith mendengus kemudian
mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya dan menunjukkan mesej mereka semalam.
Seketika, terbeliak
matanya. Yalah! Macam mana boleh tak perasan ni. Dah terang-terang dia tanya
aku tadi. Blur sangat ni. Tahap
kronik dah ni.
“So, apa penjelasan kau?” soal Zarith setelah menyimpan semula
telefon bimbit.
“Err.. semalam tu..
err..” jawabnya tergagap-gagap.
“Kau nak goda aku?”
“Hah?”
“Kau nak goda aku?”
“Mana ada!” sangkal Yana.
“Habis apa maksud dalam
mesej tu?”
“Saya tak sengajalah!”
“Tak sengaja?”
“Ha, betul-betul. Tak
sengaja..” bersungguh-sungguh Yana cuba menyangkal pertanyaan Zarith.
“Hei, kau dengar sini eh. Kau tu cuma pekerja aku. Bawah tapak
kaki aku je. Jadi jangan cuba-cuba
nak goda aku. Dalam mimpi pun aku takkan benarkan kau goda aku. Faham?”
“Lagipun aku dah ada
Lisa. Dia kekasih pertama dan terakhir aku. Jadi jangan mimpi kau nak rampas
takhta dia..” sambungnya lagi.
Yana terkejut. Begitu
juga dengan Zarith. Kenapa mesti nama Lisa dibangkitkan? Sedangkan Lisa sudah
hilang entah ke mana. Dan kenapa masih mengaku Lisa itu kekasihnya sedangkan
hubungan mereka tiada kata noktah. Ah! Dia merasa serba salah.
Yana hampir menitiskan
air mata. Apa salahnya? Takkan sebab tersalah taip mesej dia diherdik sebegini
sehingga di tuduh perampas. Dia bukan penggoda jauh sekali mahu cuba merampas
kekasih orang. Hatinya merintih hiba.
“Saya sedar saya siapa.
Saya memang tak layak untuk tuan dan saya tidak pernah bermimpi untuk merampas
tuan dari Cik Lisa. Jujur saya katakan, saya memang tersalah taip. Bukan saya
nak mengoda tuan. Maafkan saya. Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu.” Yana
terus meluru keluar dan meninggalkan pejabat. Kak Ida dan rakan sepejabat yang
lain kelihatan terpinga-pinga melihat Yana meluru keluar dari bilik Zarith.
“Yana! Yana...!” mata
mereka menyoroti pula ke arah Zarith yang sedang berlari mengejar Zarith.
“Kenapa tu Kak Ida?” soal
Kamal, pengurus akaun syarikat.
“Tak tahulah.” Jawab Kak
Ida sepatah.
“Dia orang couple ke?” soal Hayati pula, kerani
pejabat.
“Ish. Tak baik menuduh.
Kita tak tahu sebalik cerita sebenar. Biarkan ajelah. Jangan masuk campur. Sudah, pergi buat kerja.” arah Kak Ida.
“Morning!” sapa satu
suara.
Mereka semua menoleh dan
tersenyum lebar. “Morning En. Fendi..” sapa mereka. En, Fendi seorang yang peramah
seperti En. Zarith. Cuma semenjak kehilangan Lisa, dia menjadi seorang yang
pemarah.
“Bos you mana?” soal Fendi kepada Ida.
“Bos keluar..”
“Asisstant dia?” tiba-tiba ingatannya kepada Yana menjelma.
“Keluar juga.”
“Aik? Ada kerja luar ke?” soal Fendi kehairanan.
“Hah, err.... ada,
ada...” Fendi melihat Ida kelihatan tergagap-gagap menjawab pertanyaannya. Dia
berasa pelik namun dibiarkan sahaja. Mungkin mereka ada kerja di luar.
SEMENTARA ITU, Zarith terus mengejar
Yana yang sudah jauh meninggalkan syarikat.
“Yana....!” jerit Zarith.
Yana tidak mempedulikan
panggilan itu dan terus meluru lari.
“Yana!” Zarith memegang
kuat lengan Yana. Yana meronta-ronta mahu melepaskan lengannya. Zarith memegang
kejap lengan Yana. Tidak mahu Yana lari semakin jauh. Hatinya semakin serba
salah.
“Yana.. I’m sorry, okay?” pujuk Zarith.
Yana masih lagi menangis.
Hati Zarith menjadi sakit melihat Yana menangis. Tegarnya dia menyakiti hati
wanita ini sedangkan dia sudah menerangkan perkara sebenar.
“Yana....”
“I’m sorry...” ungkapan maaf yang keluar dari mulut Zarith sedikit
sebanyak menghentikan tangisan Yana.
“Mari, kita duduk dekat
sana..” ajak Zarith sambil menunjukkan bangku yang berada di tepi taman. Rupanya
mereka sudah berlari agak jauh dari syarikat. Yana hanya mengikuti langkah
Zarith.
NAK LAGI
ReplyDeletekenapa ayat ni pelik aje....."yana!..yana!" mata mereka menyoroti pula ke arah Zarith yg sedang berlari mengejar Zarith...pelik la?
ReplyDeleteKesilapan teknikal. Sorry! :D
DeleteCutenya ! Dah main kejar - kejar dan pujuk-pujuk lagi. Best.
ReplyDelete