Pages

Peminat Novel

Blog Page

24 Oct 2012

Bab 15: Dia Yang Ku Cinta





“YANA, En. Zarith panggil..” kata Kak Ida sebaik sahaja Yana mahu membersihkan kawasan pejabat.
“Kenapa, kak?” soal Yana.
“Tak tahulah pulak. Muka dia semacam aje...”
Erk! Masak aku. Ni mesti fasal kes semalam. Yana bergerak pantas menuju ke bilik Zarith. Dia mengetuk perlahan pintu bilik Zarith. Kedengaran suara Zarith menyuruhnya masuk.
“Tuan panggil saya?”
Senyap.
“Tuan...”
Senyap lagi. Akhirnya Yana hanya berdiri kaku memandang Zarith yang sedang tekun membuat kerja.
“Kau suka aku?” soal Zarith tiba-tiba.
Terpinga-pinga Yana cuba untuk memahami maksud Zarith.
“Kau suka aku?” soal Zarith sekali lagi.
“Maksud tuan?” soalan di balas dengan soalan.
“Semalam...” jawab Zarith sepatah.
“Ya, kenapa dengan semalam?”
Eii, kenapa kau ni blur sangat hah?!” jerkah Zarith.
“Laa.. dah tuan cakap semalam. Kenapa dengan semalam?”
“Kau tak ingat apa-apa?”
“Ingat apa?”
Zarith mendengus kemudian mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya dan menunjukkan mesej mereka semalam.
Seketika, terbeliak matanya. Yalah! Macam mana boleh tak perasan ni. Dah terang-terang dia tanya aku tadi. Blur sangat ni. Tahap kronik dah ni.
So, apa penjelasan kau?” soal Zarith setelah menyimpan semula telefon bimbit.
“Err.. semalam tu.. err..” jawabnya tergagap-gagap.
“Kau nak goda aku?”
“Hah?”
“Kau nak goda aku?”
“Mana ada!” sangkal Yana.
“Habis apa maksud dalam mesej tu?”
“Saya tak sengajalah!”
“Tak sengaja?”
“Ha, betul-betul. Tak sengaja..” bersungguh-sungguh Yana cuba menyangkal pertanyaan Zarith.
“Hei, kau dengar sini eh. Kau tu cuma pekerja aku. Bawah tapak kaki aku je. Jadi jangan cuba-cuba nak goda aku. Dalam mimpi pun aku takkan benarkan kau goda aku. Faham?”
“Lagipun aku dah ada Lisa. Dia kekasih pertama dan terakhir aku. Jadi jangan mimpi kau nak rampas takhta dia..” sambungnya lagi.
Yana terkejut. Begitu juga dengan Zarith. Kenapa mesti nama Lisa dibangkitkan? Sedangkan Lisa sudah hilang entah ke mana. Dan kenapa masih mengaku Lisa itu kekasihnya sedangkan hubungan mereka tiada kata noktah. Ah! Dia merasa serba salah.
Yana hampir menitiskan air mata. Apa salahnya? Takkan sebab tersalah taip mesej dia diherdik sebegini sehingga di tuduh perampas. Dia bukan penggoda jauh sekali mahu cuba merampas kekasih orang. Hatinya merintih hiba.
“Saya sedar saya siapa. Saya memang tak layak untuk tuan dan saya tidak pernah bermimpi untuk merampas tuan dari Cik Lisa. Jujur saya katakan, saya memang tersalah taip. Bukan saya nak mengoda tuan. Maafkan saya. Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu.” Yana terus meluru keluar dan meninggalkan pejabat. Kak Ida dan rakan sepejabat yang lain kelihatan terpinga-pinga melihat Yana meluru keluar dari bilik Zarith.
“Yana! Yana...!” mata mereka menyoroti pula ke arah Zarith yang sedang berlari mengejar Zarith.
“Kenapa tu Kak Ida?” soal Kamal, pengurus akaun syarikat.
“Tak tahulah.” Jawab Kak Ida sepatah.
“Dia orang couple ke?” soal Hayati pula, kerani pejabat.
“Ish. Tak baik menuduh. Kita tak tahu sebalik cerita sebenar. Biarkan ajelah. Jangan masuk campur. Sudah, pergi buat kerja.” arah Kak Ida.
“Morning!” sapa satu suara.
Mereka semua menoleh dan tersenyum lebar. “Morning En. Fendi..”  sapa mereka. En, Fendi seorang yang peramah seperti En. Zarith. Cuma semenjak kehilangan Lisa, dia menjadi seorang yang pemarah.
Bos you mana?” soal Fendi kepada Ida.
Bos keluar..”
Asisstant dia?” tiba-tiba ingatannya kepada Yana menjelma.
“Keluar juga.”
Aik? Ada kerja luar ke?” soal Fendi kehairanan.
“Hah, err.... ada, ada...” Fendi melihat Ida kelihatan tergagap-gagap menjawab pertanyaannya. Dia berasa pelik namun dibiarkan sahaja. Mungkin mereka ada kerja di luar.

SEMENTARA ITU, Zarith terus mengejar Yana yang sudah jauh meninggalkan syarikat.
“Yana....!” jerit Zarith.
Yana tidak mempedulikan panggilan itu dan terus meluru lari.
“Yana!” Zarith memegang kuat lengan Yana. Yana meronta-ronta mahu melepaskan lengannya. Zarith memegang kejap lengan Yana. Tidak mahu Yana lari semakin jauh. Hatinya semakin serba salah.
“Yana.. I’m sorry, okay?” pujuk Zarith.
Yana masih lagi menangis. Hati Zarith menjadi sakit melihat Yana menangis. Tegarnya dia menyakiti hati wanita ini sedangkan dia sudah menerangkan perkara sebenar.
“Yana....”
I’m sorry...” ungkapan maaf yang keluar dari mulut Zarith sedikit sebanyak menghentikan tangisan Yana.
“Mari, kita duduk dekat sana..” ajak Zarith sambil menunjukkan bangku yang berada di tepi taman. Rupanya mereka sudah berlari agak jauh dari syarikat. Yana hanya mengikuti langkah Zarith.

4 comments:

  1. kenapa ayat ni pelik aje....."yana!..yana!" mata mereka menyoroti pula ke arah Zarith yg sedang berlari mengejar Zarith...pelik la?

    ReplyDelete
  2. Cutenya ! Dah main kejar - kejar dan pujuk-pujuk lagi. Best.

    ReplyDelete

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,