"AWAL KAMU BALIK HARI NI, YANA?" soal Mak
Kalsom dari arah
ampaian baju. Mak
Kalsom mengibas-ngibas baju
sebelum memasukkan ke
dalam bakul baju.
Yana melangkah
longlai mendekati Mak
Kalsom. Dia mencium
tangan kemudian mencium
kedua-dua belah pipi
uminya. Itu yang diterapkan
dalam keluarga mereka.
Kasih sayang yang
tidak berbelah bagi
antara mereka .
“Yana kena
pecat umi..” bicara
Yana lemah dan
memasuki rumah.
“Ya Allah.
Kenapa kena pecat?
Kamu buat hal
ya?” soal Mak
Kalsom sambil menuruti
langkah Yana masuk
ke rumah
“Yana...... Yana.....”
katanya tergagap-gagap.
Mak Kalsom
memandang Yana tanpa
kelip. Meminta penjelasan
dari Yana.
“Yana..... Yana
ter...... terketuk kepala
pelanggan dengan buku
menu restoran...” bicara
Yana perlahan namun
kedengaran jelas ditelinga
Pak Bakri.
“Astagfirullahalazim..
Yana, kenapa buat
macam tu? Apa
salah pelanggan tu
dengan kamu?” soal
Pak Bakri pula.
“Lelaki tu
tak nak maafkan
Yana. Dia tengking-tengking Yana. Yana
geram, Yana ketuklah
kepala dia...” balas
Yana sambil menundukkan
wajah. Dia pun
tidak menyangka yang
dia akan mengetuk
kepala lelaki itu.
Mesti sakitkan, desis
hatinya.
“Maksud kamu,
lelaki yang kamu
ceritakan dekat umi
semalam?” soal Mak
Kalsom. Yana pantas
mengangguk mengiakan kata-kata
uminya.
“Yana..
Yana.. Kenapalah kamu
ni kasar sangat.
Kalau ya pun
dia tak nak
maafkan kamu, kamu
tak patut buat
begitu. Kalau dia
report polis macam
mana?”
Yana mengigit
bibir. Mula merasa
takut. Bimbang jika mamat
belagak tu betul-betul
membuat report. Habislah
dia kena tahan
dan tidur dilokap.
Tidak dapat bayangkan
bagaimana dia diheret
ke lokap. Pasti
umi dan baba
malu. Maafkan Yana, umi,
baba.....
“Yana tak
sengaja. Tapi dia
macam sengaja mencabar
Yana. Dia mengugut
Kak Zati supaya
memberhentikan Yana. Kalau
tak, dia akan
saman restoran Kak
Zati...”
Saman?? Pasti
lelaki itu anak
orang kaya, desis hati
Pak Bakri.
“Kak Zati
terpaksalah pecat Yana.
Dia nak jaga
reputasi restoran dia...”
sambung Yana lagi.
Mak Kalsom
hanya menggelengkan kepala.
Anaknya ini walaupun
mendengar kata, tetapi
tetap degil. Suka
buat sesuatu tanpa
memikirkan kesan buruk.
“Kamu ni
Yana.....” Mak Kalsom
mengeluh.
Yana segera
merapati uminya dan
duduk bersimpuh. Dia
segera melekapkan wajahnya
di atas riba Mak Kalsom.
“Yana minta
maaf umi, baba.
Yana dah malukan
umi dengan baba.
Ampunkan Yana..” bicara
Yana kedengaran sebak.
Yana tahu
dia bersalah. Sepatutnya dia
menjaga tingkah lakunya.
Tapi, ini semua
gara-gara mamat belagak itu.
Jika dia memaafkan
Yana, sudah pasti
perkara ini tidak
terjadi. Yana kesal
dengan kejadian yang
berlaku tadi. Silapnya
juga kerana tidak mengawal
kemarahannya. Ah! Mamat
tu punya
pasal! Jerit hatinya.
“Sudahlah, benda
pun dah jadi.
Ambil pengajaran. Jangan
bertindak melulu. Mujur,
lelaki itu tidak
buat report. Kamu
patut bersyukur tak
ada tindakan dikenakan
terhadap kamu. Kalau
kamu jumpa dia
dekat mana-mana, mintak
maaf ya?” nasihat
Pak Bakri sambil menggosok
lembut kepala Yana.
Yana hanya
menganggukkan kepala. Sungguh,
dia amat kesal!
MALAM itu
Yana sukar melelapkan
mata. Kejadian pagi
tadi terbayang-bayang dimatanya.
“Encik Zarith.....”
sapanya lembut.
Zarith menoleh
sekilas dan kembali fokus
kepada lap-top dihadapnnya.
“Encik... Zarith...”
panggil Yana lagi.
“Kau nak
apa?” balas Zarith
sepatah.
“Saya.....
saya...” Yana tergagap-gagap untuk
meminta maaf. Ah!
Bantai ajalah!
“Saya apa?!”
meninggi suara Zarith.
Yana yang terkejut
dengan tengkingan membalas
laju. “Saya mintak maaf!”
Zarith tersenyum
sinis. “Maaf? Tak mungkin!
Sejak aku kenal
kau, hidup aku
selalu saja ditimpa
masalah. Tempias malang
kau dah terkena
dekat aku, kau
boleh nak mintak maaf??”
soalnya tanpa mempedulikan
perasaan Yana.
Yana segera
menundukkan wajah. Lantas,
dia duduk disebelah
Zarith. “Saya tahu saya
salah. Saya betul-betul
nak mintak maaf ni...”
suara Yana seakan
merayu.
“Tidak! No! Never!” balas
Zarith selamba.
Sebaik sahaja
Yana mendengar jawapan
‘ikhlas’ Zarith, dia
mencapai buku menu
di meja dibelakangnya
dan terus mengetuk
kepala Zarith. Zarith
apalagi menjerit kesakitanlah.
Yana tergamam. Tidak
menyangka dia akan
mengetuk kepala lelaki
itu. Tapi lelaki
itu seakan-akan mencabarnya.
Sudah minta maaf,
lagi nak marah-marah.
Rasakan!
“Ha ha
ha....” tawa Yana
secara tiba-tiba sehingga
menganggu adik-adiknya tidur.
“Kak Yana,
kenapa gelak sorang-sorang ni?
Akak tak tidur
lagi ke?” soal
Sakinah sambil menggosok
matanya. Kenapa dengan
kakak aku ni? Mengigau
ke? Soalnya didalam
hati.
“Err.... Tak
ada apa-apalah. Akak
mengantuk ni. Akak
tidur dulu. Good night!”
balas Yana seraya
membaringkan badan diatas
toto. Apalah aku
ni, gelak sakan
sampai tak sedar
hari malam. Tapi,
kelakarlah bila fikirkan
balik. He he he.....
Akhirnya dia terlena.
Yana ni kartun dan tak fikir panjang.Kesian pulak tengokkan dia. Ceriter tetap menarik.
ReplyDelete