Pages

Peminat Novel

Blog Page

2 Nov 2012

MINI NOVEL : AKU TOMBOY, DIA PLAYBOY (Bab 2)






WEH, SHA!” jerit Ard apabila melihat wajah mencuka aku. Hati tengah panas. Memang tak nampak jalanlah. Semua aku langgar.
Woi...” panggil Ard lagi. Aku masih buat derk. Jalan menonong. Geram gila dengan playboy Am tu. Dia ingat aku tomboy, dia playboy, aku perempuan, dia jantan aku takutlah. Kenapalah aku perlu kenal dengan mamat tak betul macam tu.
Ard segera menarik tangan aku membuatkan aku terdorong ke belakang. “Kau apahal?” aku membentak.
“Kau ni kenapa? Jalan laju macam kena kejar hantu. Apa cer tadi?” soalan Ard tu membuatkan api Narutto yang masih meledak semakin meledak dan mahu meletup. Bom!
“Kau jangan nak menyibuk boleh tak?!” melengking suara aku. Ard apa lagi, terkejut beruklah tengok aku sound dia depan orang ramai. Sorry geng, bukan sengaja sound. Tak tahan nak lepas geram. Kau kan kawan dunia akhirat aku. Aku hembus kau kau ajelah!
“Rilekslah beb. Aku ni Ardlah weh. Bukan mamat playboy tu. Kau ni sasau ke apa?” aku ketawa dalam hati melihat muka Ard. Beria-ia dia memberitahu dia tu Ard dan bukannya Am lelaki playboy gila tu.
“Aku tahulah kau tu Ard. Kau ingat mata aku ni dah buta ke?” aku menghentam Ard.
“Manalah tahu. Lepas jumpa playboy handsome tu, mata kau terus buta..” dia hentam aku balik. Ard kalau part ‘betah’ cakap orang memang nombor satu.
“Mulut kau tu jaga sikit eh. Orang lain sedap makan nasi lauk ayam kari, kau seksa makan bubur pakai straw.” Aku memberi amaran. Bukan marah betul pun. Saja nak menyerang balas.
“Rileks geng. Aku masih nak makan nasi lauk kari ayam lagi..” seloroh Ard.
“Apahal tadi?” sambung Ard lagi.
Aku malas nak jawab tapi terpaksa jugak menjawab sebab minah ni dah bertanya. Karang tak jawab, ada kena luku dengan minah ni.
“Kau nak tahu. Ada ke patut dia kata dekat skandal dia aku ni girlfriend merangkap bakal tunang dia.” aku bercakap gaya Mak Joyah bergosip. Ha ha ha!
What the...... tettt...” Ard berkata ‘tettt’ dihujung ayatnya. Aku sudah ketawa terbahak-bahak. Ha tahu pun terkejut beruk. Aku tadi lagi terkejut tapir.
“Bila skandal dia dah blah, aku pun mintaklah penjelasan. Kau tahu dia kata apa?” aku mula membuat cerita suspen.
“Apa,apa?” soal Ard ingin tahu.
Nothing...”
Weh, kau ni cakaplah betul-betul...”
“Betullah. Nothing....”
“Tadi dia cakap apa? Kau boleh kata nothing pulak!” marah Ard.
Wohoo! Rileks der. Dia kata nothing. Nothing. Faham? Tak ada apa-apa..” terang aku sambil membuat mimik muka Am tadi. Muka aje handsome, otak ting tong!
“Kurang ajar punya Am. Dia main-mainkan kau. Aku nak ajar dia.” Ard sudah mula bergerak dari tempatnya mahu mencari Am tapi aku pantas menahan.
“Kau yang melenting sangat ni kenapa?” aku menyoal.
“Dia buat macam tu dekat kau. Beranginlah aku. Jatuhlah standard Sha, budak tomboy terpopular dekat kolej ni..” aku menjengkilkan biji mata memberi arahan supaya menghentikan rancangannya mahu berjumpa si playboy itu.
“Takpe. Hal Am biar aku yang uruskan. Kau cuma cover line aku je. Tahulah aku nak ajar mamat tu macam mana..” pelbagai rancangan berada di benak fikiranku. Lu langsi, wa pun langsi. Kita tengok siapa mati dulu. Ha ha ha...

4 comments:

  1. ala... kenapa pendek sangat? x sempat nak amik feel pun.... sambung cepat-cepat

    ReplyDelete
  2. Cepat sambung tau .sungguh aku cinta kamu bila n3 dia.

    ReplyDelete
  3. btol3x! pendek sngt....smbung2x!

    ReplyDelete
  4. Bab 2ni masih kelakar lagi , nice.

    ReplyDelete

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,