Pages

Peminat Novel

Blog Page

18 Oct 2012

Bab 10: Dia Yang Ku Cinta

Zarith Zakuan Tan Sri Zainal

“YANA!!” jerit Zarith dari biliknya. Terkocoh-kocoh Yana berlari menuju ke bilik tuannya.
“Buatkan aku air.” arah Zarith.
“Baik tuan.” balas Yana sepatah. Yana segera berlalu menuju ke pantri untuk membuat minuman tuannya.
“Ini airnya, tuan.” kata Yana sambil meletakkan secawan air nescafe panas di atas meja Zarith. Zarith hanya mengangguk.
Seketika, terdengar lagi jeritan Zarith memanggil dirinya.
“Yana!!”
Yana berlari anak menuju ke bilik Zarith. “Ye, tuan.”
“Kenapa bilik aku berhabuk hah? Kau tak bersihkan ke pagi tadi?” marah Zarith.
“Sudah tuan.” jawab Yana sepatah.
“Macam ni kau kata dah bersih? Aku tengok berdebu lagi. Bersihkan cepat.” arah Zarith. Yana hanya menurut. Segera dia membersihkan tempat yang di katakan berhabuk oleh tuannya itu.
“Yana!!” kali ketiga dirinya dipanggil Zarith. Hati semakin sebal. Ada saja perkara yang tak kena pada mata tuannya itu. Yana melangkah lemah ke bilik Zarith.
Ye tuan...” bicara Yana perlahan.
“Kau.....” kata Zarith terhenti disitu. Dia melihat muka lemah Yana. Aii, baru suruh dua tiga kerja dah lemah? Zarith tersenyum sinis.
“Aku nak kau ikut aku meeting luar hari ni. No excuses...” Zarith memberi arahan.
Ikut pergi meeting? Kalau aku ikut dia, aku jadi apa? Bodyguard? Security Guard? Waiter? Apalah nasib Yana oii. Hidup susah terpaksa mengalah.... eh, mulalah nak menyanyi lagu ciptaan hati aku ni.
“Berangan, berangan! Potong gaji baru tau” teguran Zarith menghentikan lamunannya.
Yana mencebik. Sikit-sikit nak ugut. “Dah, jom gerak”
Eh tuan, tuan. Kita nak pergi mana ni?” soal Yana terpinga-pinga. Ke mana pulaklah mamat ni nak bawak aku. Dia nak jual aku ke?
“Kau ni slowlah! Aku nak bawak kau pergi meetinglah...” tegas Zarith.
“Tapi......”
“Takde tapi-tapi. Dah, jom gerak...” Zarith menarik tangan Yana tanpa sedar.
Eh tuan, tuan....”
“Apa lagi ni?” jerkah Zarith..
“Errr..  tangan saya..” tegur Yana.
Zarith seakan tersedar dan melepas kasar tangan Yana. Kenapalah aku boleh syok sendiri pegang tangan minah ni.
“Habis kena samak tangan aku...” kata Zarith bersahaja.
Membulat mata Yana mendengar bahasa berani mati dari mulut Zarith. Ingat aku kebulur sangat ke dengan tangan kau tu.
“Cepat, cepat! Kau ni sehari tak termenung memang tak bolehkan?”
Yelah, yelah...” Yana membuntuti langkah Zarith menuju ke kereta.
Sejurus selepas mereka sampai ke kereta, Zarith melemparkan segugus kunci kereta ke arah Yana. Kelam-kabut Yana mengambilnya. Dia ni satu hari tak main baling-baling tak boleh agaknya.
Yana memerhati kunci itu dan mula bertanya, “Tuan nak suruh saya buat apa dengan kunci ni?”
“Aku nak kau drive....” Zarith meluru masuk ke tempat duduk bahagian belakang.
Yana termangu.  Drive? Bawak basikal pun tak pro, ini nak suruh bawak kereta? Kalau aku bawak, kereta ke mana, aku ke mana, mamat belagak tu ke mana. Jangan buat hal Yana, tingkah hatinya.
Yana segera bergerak ke bahagian belakang. Cermin kereta diketuknya perlahan.
Zarith segera membuka cermin kereta. “Apa lagi ni?” marah Zarith.
“Saya tak pandai memandu..” balas Yana perlahan.
Kelihatan wajah Zarith terkejut. Berkerut wajahnya apabila dia cuba mempercayai kata-kata Yana. Biar betul budak ni tak pandai drive? Habis dia pandai apa?
“Kau ni kalau tak menyusahkan aku tak bolehkan? Dah, bagi aku kunci. Menyusahkan!” bebel Zarith.
Zarith segera keluar dari bahagian belakang dan mula beralih ke bahagian tempat duduk pemandu. Yana pula terus meluru masuk ke tempat duduk belakang. Menyeringai Zarith.
“Hoi, kau ingat aku kuli kau ke? Suka-suka duduk belakang?”
“Eh! Maaf tuan. Tak perasan...” balas Yana dan terus keluar dan duduk disebelah Zarith.
Zarith merengus. Macam-macam hal!

SETENGAH JAM PERJALANAN, akhirnya mereka tiba di di sebuah Kafe Intan Permata. Di sinilah pertemuan mesyuarat Zarith bersama kliennya. Zarith kerap meeting disini jika dia berasa bosan bermesyuarat di pejabat. Suasananya yang tenang dan damai membuatkan mereka dapat berbincang dengan baik.
Terkocoh-kocoh Yana mengikut langkah pantas Zarith. Beg Zarith dan beberapa dokumen syarikat dipegang kuat. Bimbang jika barang mahal ini jatuh. Mahu kena ‘pancung’ dengan mamat ni, hatinya memberi peringatan.
Secara tiba-tiba Zarith berhenti mendadak dan menyebabkan Yana terlanggar tubuh belakang Zarith. Zarith segera memberi pandangan tajam.
“Kau ni apahal?” marah Zarith.
“Tu... tuan yang tiba-tiba berhenti. Manalah saya nak perasan...”
“Menjawab, menjawab..... menyusahkan!”
“Zarith!” kedengaran suara seseorang memanggil Zarith.
Zarith segera memalingkan wajah ke arah pemuda cina itu. “Mr. Wong...” Zarith berjalan menuju ke Mr.Wong. Yana menuruti langkah Zarith.
Sorry late. Traffic jam...” Zarith memberi alasan. Sebenarnya dia terlambat gara-gara bergaduh dengan minah senget ni. Slow sangat. Dia memandang tajam wajah Yana.
“Kenapa girlfriend you tak duduk? Have a seat, miss..” kata Mr.Wong.
Mereka berdua saling berpandangan. Gulp! Minah ni jadi girlfriend aku? Takde class. Tak layak langsung.
Mamat ni  pakwe aku? Not my taste! Garang macam singa. Hati mereka seakan-akan berbalas kata.
Hello, Zarith. You tenung girlfriend you macam nak makan kenapa? Rilekslah. I joke okey.. I tahu dia ni assistant you. I know your tastelah,  Zarith.” Mr.Wong cuba melawak.
Fuh! Lega. Kalau dia betul-betul girlfriend aku, mahu pengsan semua. Terpampang muka depan surat khabar. Zarith Zakuan Tan Sri Zainal, seorang yang educated, smart, excellent bercinta dengan perempuan low standard, slow, selekeh. Jatuhlah saham aku yang melambung-lambung ni. Zarith mula mengangkat bakul sendiri.
Ha ha ha.. You ni pandai juga bergurau ya..” Zarith cuba menutup debaran di dada. Dia memandang sekilas wajah Yana yang hanya diam membisu sejak tadi.
“Kita order dulu..” segera Zarith menukar topik sebelum Mr.Wong makin melarat. Nanti dia juga yang ternganga nak menjawab. Mr.Wong ni pun boleh tahan mulutnya. Zarith segera memanggil waiter. Yana dari tadi hanya memerhati.
“Kau nak makan apa?” bisik Zarith setelah melihat Yana tidak mengorder apa-apa makanan.
“Err... saya tak tahu tuan...”
“Huh! Menyusahkan!”
“Bagi orange jus and chicken chop dua..” kata Zarith kepada pelayan itu. Kelihatan pelayan itu menganggukkan kepala sambil menulis order di dalam sebuah buku kecil.
“Dah lama you kerja dengan Zarith, miss.....”
“Faryana. Panggil aja Yana..” kata Yana malu-malu.
Nama sedap tapi perangai macam budak kampung. Zarith mengutuk di dalam hati.
“Yana. Sedap nama you. So sudah berapa lama kerja dengan jejaka handsome seantero ni?” soal Mr.Wong lagi.
Yana melihat Zarith tersenyum sinis kepadanya. Nak kata dia banggalah tu muka handsome? Muka market? Hello, kalau muka handsome perangai hodoh nak buat apa.
“Err.. semalam baru saya mula kerja.” balas Yana sopan.
“Oh.. patutlah I tak pernah nampak you sebelum ni.”
Yana hanya tersenyum manis.
“Dia yang merayu-rayu dengan I nak kerja dekat syarikat I. Kerja apa pun takpe, janji I sanggup terima dia bekerja. I kan lelaki yang prihatin lagi penyayang. So I ambil juga dia bekerja dengan I...” balas Zarith bersahaja.
Yana kelihatan terkejut dengan kenyataan palsu Zarith. Aku menagih simpati? Betullah tu. Tapi part ‘lelaki prihatin dan penyayang’ buat tekak  aku rasa loya. Kenapalah aku perlu berkenalan dengan lelaki perasan handsome ni.
Yana masih mampu tersenyum manis. Tetapi di dalam hati, dia sudah tahap mahu meletup. Tahulah nasib mamat ni nanti, marah hatinya.
Seketika, hidangan yang di pesan sebentar tadi sudah sampai. Pelayan tersebut meletak makanan mereka dengan berhati-hati. Setelah selesai menghidangkan makanan, pelayan itu berlalu meninggalkan meja makan.
Please enjoy your lunch..” pelawa Mr.Wong kepada Yana. Yana hanya menganggukkan kepala. Ini kali pertama dia dapat makan semewah ini. Chicken Chop. Pernah dengar tapi tidak pernah melihat dan merasa. Kesusahan keluarganya membataskan dirinya untuk menikmati makanan yang enak dan mahal. Yana kelihatan terkial-kial untuk memotong isi ayam itu. Kedengaran garfu berlaga-laga dengan pisau.
Mr.Wong tergelak kecil. “Zarith... you tolong asisstant you tu. Kesian pula I tengok dia.”
Zarith segera memandang wajah polos Yana. Bersusah-payah Yana mencuba memotong isi ikan itu. Pergerakan Yana terhenti apabila Zarith menarik pinggannya dan mula memotong isi ayam itu. Muka Zarith ketika itu kelihatan tenang sahaja. Dia tak marahkah? Soal hatinya.
“Nah, makan. Aku tahu kau tak pernah makan makanan ni. Aku pun tak zalim sangat. Now, enjoy you dinner...” kata Zarith kemudian menyuakan isi ayam ke mulutnya.
“Terima kasih..” Yana berbisik perlahan. Dia menikmati hidangan itu dengan hati yang girang. Sedap tak terkata!

7 comments:

  1. eh, ni mamat siam yg berlakon the little thing called love tu kan? *mata bersinar*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heee.. Iyelah tu. Muka jambu kan? muheheheh

      Delete
  2. pelakon cerita first love- Mario Maurer! omg omg omg! hahaha

    ReplyDelete
  3. Ceriter ni banyak menguja persaan dan emosi pembaca.Kesian Zarith.

    ReplyDelete

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,