Pages

Peminat Novel

Blog Page

20 Oct 2012

Bab 12: Dia Yang Ku CInta



“DAH. JOM TURUN....” kata Zarith sesudah mereka sampai di sebuah pusat membeli-belah.
“Err.. tak naklah.. saya tak biasa..” balas Yana yang masih berada di dalam kereta.
Zarith mendengus. Menyusahkan! Dah bawak berjalan pun nak banyak cerita.
“Aku tak kira, suka atau tak kau tetap kena ikut. Kau dah lupa ke pada ‘Perjanjian Sulit’ kita?” sengaja Zarith menekan perkataan perjanjian sulit itu. Biar Yana gerun dengannya.
“Saya ingat perjanjian tu. Tapi saya cuma temankan tuan di pejabat dalam waktu bekerja. Bukan untuk aktiviti bersantai seperti ini.”
Iya tak iya jugak. Kenapa aku mesti seret dia teman aku shopping. Taste dia bukan okey pun. Taste budak kampung. Apa-apa ajalah labu. Dah alang-alang dekat sini, shopping ajalah.
“Memang. Tapi sekarang aku tambah lagi satu syarat. Syarat kesembilan, temankan aku di mana-mana sahaja. Dinner, shopping, bercuti ataupun honeymoon..” usik Zarith.
Terbeliak mata Yana mendengar perkataan honeymoon. Gila apa aku nak teman dia honeymoon. Dia kahwin dengan orang lain. Tapi ada aku yang di suruhnya teman honeymoon. Muka aja handsome tapi kepala zero!
Zarith tersenyum sinis. Umpannya mengena. Dia melihat riak terkejut Yana. Hatinya tertawa jahat. Gila ke aku nak ajak kau honeymoon. Nanti apa yang aku buat dengan isteri aku, kau intai. Lisa.... secara tiba-tiba nama itu terbit di hatinya. Kenapa kau menghilangkan diri. Kalau tidak pasti sekarang kita sudah berkahwin dan mempunyai seorang dua cahaya mata. Apabila mengenangkan Lisa, dadanya menjadi senak. Sebak.
“Tuan.. tuan....” panggil Yana apabila melihat Zarith seperti berkhayal.
Zarith tersentak. Habis semua ingatannya terhadap Lisa melayang di bawa angin. Dia memandang wajah Yana tanpa kelip. Kenapa wanita di hadapannya ini bukan Lisa. Kalau Lisa, pasti mereka sedang bergembira shopping bersama.
“Tuan....” panggil Yana lagi apabila melihat Zarith masih berkhayal. Entah apa yang di khayalkan tidak pula Yana tahu. Tapi jika dilihat dari raut wajah tuannya, dia dapat melihat satu muka yang sangat kecewa, menangis di dalam hati. Kenapa agaknya ya?
“Err.. dahlah. Jom cepat. Berangan aje kerja kau..” kata Zarith dan terus berlalu meninggalkan Yana.
Aku di katanya berangan. Hello, siapa yang berangan sebenarnya. Benci! Yana terus mengikut langah laju Zarith. Kelihatan nafasnya termengah-mengah mengejar Zarith.
“Tuan! Tunggulah sekejap!” panggil Yana kuat.
Zarith menghentikan langkah. “Kau ni sehari tak slow tak bolehkan?”
Eh, apa saya pulak. Tuan yang jalan laju macam  tak cukup tanah. Nak salahkan saya pulak..” jawab Yana.
“Menjawab aje mulut kau tu kan? Aku cubit mulut kau baru tahu nanti..” ugut Zarith.
“Cubitlah. Tuan ingat saya takut dengan tuan?”
“Jangan cabar aku.”
“Saya cabar..” balas Yana bersahaja.
“Gila!”
“Tuanlah gila..”
“Kaulah...”
“Tuan.....”
“Menjawab, menjawab...”
“Menjawab, menjawab...”
“Kau ikut cakap aku kenapa?”
“Saja....”
“Ya Allah, budak ni. Tak tahu hormat aku sebagai majikan kau langsung..”
“Tuan pun tak hormat saya sebagai pekerja dan wanita..”
“Okey, okey. Kau menang. Dah jom teman aku shopping...” kata Zarith memutuskan perbalahan mereka tadi.
Yes! Saya menang... Yahoo...” terlonjak-lonjak Yana apabila Zarith  mengalah. Zarith memerhati wajah Yana yang kegirangan. Bibirnya menguntum senyum namun cuma seketika. Apasal aku nak senyum pulak ni? Pasal budak ni pulak tu. Gila! Zarith segera berlalu meninggalkan Yana yang masih terlonjak-lonjak.
Eh! Tuan... tunggulah..” jerit Yana apabila menyedari Zarith meninggalkannya sekali lagi.


“PENATNYA BADAN....” Yana menghenyakkan badan di atas toto. Penat betul dia menemani tuannya shopping. Mengalahkan perempuan. Cerewet!  Itu tak lawa, ini tak cantik. Suruh aku pilih. Bila aku dah pilih, di katanya taste orang tua. Hello, aku ni walaupun orang susah. Mata aku tajam lagi tau nak tahu fesyen terkini. Okey apa baju yang aku pilih tu. Bukannya teruk sangat. Tapi sengajalah nak menyusahkan aku. Bebelan hati Yana terhenti apabila mendengar bunyi deringan telefon dari beg sandangnya.
Dia segera mengeluarkan telefon bimbit itu. Tertera nama ‘Bos Zarith handsome lagi penyayang’ Buek! Nak muntah dia melihat nama itu. Zarith yang meletakkan nama itu selepas dia membelikan telefon bimbit untuk Yana. Sudah puas Yana menolak namun Zarith tetap berkeras. Katanya ia sebagai pemberian kerana aku tiada telefon. Lagipun senang untuknya menghubungi aku jika aku sesat. Eleyh! Ingat aku ni blur sangat ke tak tahu jalan balik.
Setelah di desak, akhirnya Yana menerima. Deringan telefon bimbitnya masih berbunyi. Segera dia menekan butang hijau.
Hello! Kenapalah slow sangat angkat call... aku dah ajar tadikan tekan mana kalau aku call, tekan mana kalau aku mesej.” bebel Zarith di hujung sana.
“Saya sembahyang tadi..” dalih Yana.
“Oh.. sorry. Anyway, macam mana handphone tu? Okey? Aku bukan beria sangat nak bagi kau. Tapi kau tukan jakun. Nanti sesat entah ke mana, satu hal aku nak kena menjawab dengan family kau pulak..”
“Tuan ingat saya ni slow sangat ke?” soal Yana marah.
“Memang pun. Baru tahu ke?” sengaja Zarith bermain kata dengannya.
“Tuan nak apa call saya ni? Kalau takde apa-apa, saya off dulu. Saya nak tidur ni...” dalih Yana lagi. Malas dia mahu melayan perangai Zarith ni.
Eh, eh... sekejaplah. Aku sebenarnya nak say thank you sebab kau temankan aku shopping tadi walaupun taste kau sangat-sangat low class...” perli Zarith.
Hello, tuan... saya ni tau jugaklah perkembangkan fesyen terkini. Tuan aje yang cerewet. Semua tak kena. Kalau dah tahu taste saya teruk, kenapa tuan paksa saya pilih baju untuk tuan? Jawab, jangan tak jawab...”
“Errr.. sebab.... eh, dahlah. Pergi tidur. Esok kalau kau lambat sesaat, aku potong gaji kau..”
Yana mencebik. “Sikit-sikit nak ugut... tak baik tuan. Orang tua-tua kata kalau kita suka mengugut, muka kita cepat tua, kereput. Tuan nak ke muka tuan kereput sebelum usia..” soal Yana.
Yeke? Kau tengok muka aku tadi berkerut sangat tak? Habislah kena buat treatment muka lepas ni. Jatuh market aku nanti.”
Ha ha ha...” Yana ketawa kuat.
“Kenapa kau ketawa?”
“Tuan terkena beb! Nite!” kata Yana kemudian memutuskan talian. Padan muka kau. Perasan handsome sangat.
Zarith termangu. Kurang asam jawa punya budak. Dia main-mainkan aku. Tahulah aku nak ajar kau esok. Dalam tak sedar, dia menguntum senyum.

6 comments:

  1. teruskan berkarya.. jemput ke blog.. ----> annawafie.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eyqa Lovetta: Karya awak not bad jugak. teruskan berkarya ya :)

      Delete
  2. dah nmpk dh tanda2 jatuh cinta si Zarith ni...huhu...saya pulak yg jatuh karang!

    ReplyDelete
  3. Cerita ni kelakar dan menghiburkan. Memang interesting.

    ReplyDelete

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,