“DAH. JOM TURUN....”
kata Zarith sesudah mereka sampai di sebuah pusat membeli-belah.
“Err.. tak naklah.. saya tak biasa..” balas Yana yang
masih berada di dalam kereta.
Zarith mendengus. Menyusahkan! Dah bawak berjalan
pun nak banyak cerita.
“Aku tak kira, suka atau tak kau tetap kena ikut. Kau dah
lupa ke pada ‘Perjanjian Sulit’ kita?” sengaja Zarith menekan perkataan
perjanjian sulit itu. Biar Yana gerun dengannya.
“Saya ingat perjanjian tu. Tapi saya cuma temankan tuan
di pejabat dalam waktu bekerja. Bukan untuk aktiviti bersantai seperti ini.”
Iya tak iya jugak. Kenapa aku mesti seret dia
teman aku shopping. Taste dia bukan okey pun. Taste budak
kampung. Apa-apa ajalah labu. Dah alang-alang dekat sini, shopping
ajalah.
“Memang. Tapi sekarang aku tambah lagi satu syarat.
Syarat kesembilan, temankan aku di mana-mana sahaja. Dinner, shopping,
bercuti ataupun honeymoon..” usik Zarith.
Terbeliak mata Yana mendengar perkataan honeymoon.
Gila apa aku nak teman dia honeymoon. Dia kahwin dengan orang lain. Tapi
ada aku yang di suruhnya teman honeymoon. Muka aja handsome tapi
kepala zero!
Zarith tersenyum sinis. Umpannya mengena. Dia melihat
riak terkejut Yana. Hatinya tertawa jahat. Gila ke aku nak ajak kau honeymoon.
Nanti apa yang aku buat dengan isteri aku, kau intai. Lisa.... secara tiba-tiba
nama itu terbit di hatinya. Kenapa kau menghilangkan diri. Kalau tidak pasti
sekarang kita sudah berkahwin dan mempunyai seorang dua cahaya mata. Apabila
mengenangkan Lisa, dadanya menjadi senak. Sebak.
“Tuan.. tuan....” panggil Yana apabila melihat Zarith
seperti berkhayal.
Zarith tersentak. Habis semua ingatannya terhadap Lisa
melayang di bawa angin. Dia memandang wajah Yana tanpa kelip. Kenapa wanita di
hadapannya ini bukan Lisa. Kalau Lisa, pasti mereka sedang bergembira shopping
bersama.
“Tuan....” panggil Yana lagi apabila melihat Zarith masih
berkhayal. Entah apa yang di khayalkan tidak pula Yana tahu. Tapi jika dilihat
dari raut wajah tuannya, dia dapat melihat satu muka yang sangat kecewa,
menangis di dalam hati. Kenapa agaknya ya?
“Err.. dahlah. Jom cepat. Berangan aje kerja
kau..” kata Zarith dan terus berlalu meninggalkan Yana.
Aku di katanya berangan. Hello, siapa yang
berangan sebenarnya. Benci! Yana terus mengikut langah laju Zarith. Kelihatan
nafasnya termengah-mengah mengejar Zarith.
“Tuan! Tunggulah sekejap!” panggil Yana kuat.
Zarith menghentikan langkah. “Kau ni sehari tak slow
tak bolehkan?”
“Eh, apa saya pulak. Tuan yang jalan laju
macam tak cukup tanah. Nak salahkan saya
pulak..” jawab Yana.
“Menjawab aje mulut kau tu kan? Aku cubit mulut
kau baru tahu nanti..” ugut Zarith.
“Cubitlah. Tuan ingat saya takut dengan tuan?”
“Jangan cabar aku.”
“Saya cabar..” balas Yana bersahaja.
“Gila!”
“Tuanlah gila..”
“Kaulah...”
“Tuan.....”
“Menjawab, menjawab...”
“Menjawab, menjawab...”
“Kau ikut cakap aku kenapa?”
“Saja....”
“Ya Allah, budak ni. Tak tahu hormat aku sebagai majikan
kau langsung..”
“Tuan pun tak hormat saya sebagai pekerja dan wanita..”
“Okey, okey. Kau menang. Dah jom teman aku shopping...”
kata Zarith memutuskan perbalahan mereka tadi.
“Yes! Saya menang... Yahoo...”
terlonjak-lonjak Yana apabila Zarith
mengalah. Zarith memerhati wajah Yana yang kegirangan. Bibirnya
menguntum senyum namun cuma seketika. Apasal aku nak senyum pulak ni?
Pasal budak ni pulak tu. Gila! Zarith segera berlalu meninggalkan Yana
yang masih terlonjak-lonjak.
“Eh! Tuan... tunggulah..” jerit Yana apabila
menyedari Zarith meninggalkannya sekali lagi.
“PENATNYA BADAN....” Yana menghenyakkan badan di atas toto. Penat betul dia menemani tuannya shopping. Mengalahkan perempuan. Cerewet! Itu tak lawa, ini tak cantik. Suruh aku pilih. Bila aku dah pilih, di katanya taste orang tua. Hello, aku ni walaupun orang susah. Mata aku tajam lagi tau nak tahu fesyen terkini. Okey apa baju yang aku pilih tu. Bukannya teruk sangat. Tapi sengajalah nak menyusahkan aku. Bebelan hati Yana terhenti apabila mendengar bunyi deringan telefon dari beg sandangnya.
Dia segera mengeluarkan telefon bimbit itu. Tertera nama
‘Bos Zarith handsome lagi penyayang’ Buek! Nak muntah dia melihat nama
itu. Zarith yang meletakkan nama itu selepas dia membelikan telefon bimbit
untuk Yana. Sudah puas Yana menolak namun Zarith tetap berkeras. Katanya ia
sebagai pemberian kerana aku tiada telefon. Lagipun senang untuknya menghubungi
aku jika aku sesat. Eleyh! Ingat aku ni blur sangat ke tak tahu
jalan balik.
Setelah di desak, akhirnya Yana menerima. Deringan
telefon bimbitnya masih berbunyi. Segera dia menekan butang hijau.
“Hello! Kenapalah slow sangat angkat call...
aku dah ajar tadikan tekan mana kalau aku call, tekan mana kalau aku
mesej.” bebel Zarith di hujung sana.
“Saya sembahyang tadi..” dalih Yana.
“Oh.. sorry. Anyway, macam mana handphone
tu? Okey? Aku bukan beria sangat nak bagi kau. Tapi kau tukan jakun. Nanti
sesat entah ke mana, satu hal aku nak kena menjawab dengan family kau pulak..”
“Tuan ingat saya ni slow sangat ke?” soal Yana
marah.
“Memang pun. Baru tahu ke?” sengaja Zarith bermain kata
dengannya.
“Tuan nak apa call saya ni? Kalau takde
apa-apa, saya off dulu. Saya nak tidur ni...” dalih Yana lagi. Malas dia
mahu melayan perangai Zarith ni.
“Eh, eh... sekejaplah. Aku sebenarnya nak say
thank you sebab kau temankan aku shopping tadi walaupun taste
kau sangat-sangat low class...” perli Zarith.
“Hello, tuan... saya ni tau jugaklah
perkembangkan fesyen terkini. Tuan aje yang cerewet. Semua tak kena.
Kalau dah tahu taste saya teruk, kenapa tuan paksa saya pilih baju untuk
tuan? Jawab, jangan tak jawab...”
“Errr.. sebab.... eh, dahlah. Pergi tidur. Esok
kalau kau lambat sesaat, aku potong gaji kau..”
Yana mencebik. “Sikit-sikit nak ugut... tak baik tuan.
Orang tua-tua kata kalau kita suka mengugut, muka kita cepat tua, kereput. Tuan
nak ke muka tuan kereput sebelum usia..” soal Yana.
“Yeke? Kau tengok muka aku tadi berkerut sangat
tak? Habislah kena buat treatment muka lepas ni. Jatuh market aku
nanti.”
“Ha ha ha...” Yana ketawa kuat.
“Kenapa kau ketawa?”
“Tuan terkena beb! Nite!” kata Yana
kemudian memutuskan talian. Padan muka kau. Perasan handsome sangat.
Zarith termangu. Kurang asam jawa punya budak. Dia
main-mainkan aku. Tahulah aku nak ajar kau esok. Dalam tak sedar, dia menguntum
senyum.
NAK LAGI TQ YA
ReplyDeleteTQ baby mio :)
Deleteteruskan berkarya.. jemput ke blog.. ----> annawafie.blogspot.com
ReplyDeleteEyqa Lovetta: Karya awak not bad jugak. teruskan berkarya ya :)
Deletedah nmpk dh tanda2 jatuh cinta si Zarith ni...huhu...saya pulak yg jatuh karang!
ReplyDeleteCerita ni kelakar dan menghiburkan. Memang interesting.
ReplyDelete